January 26, 2012

@Terengganu: Hutan Chemerung, Gunung Berembun & Air Terjun Langsir

Posted in experience, Journey tagged , , at 7:01 pm by talk2ha

Chinese New Year kali ni telah mencabar diri sendiri membuat aktiviti yang tak pernah terfikir saya akan join. Walaweh.. dia punya nervous memang toksah cerita la. Memang dah ade terfikir la nak melarikan diri sebenarnya malam Jumaat tu.

Tapi cuma terfikir jelah. Sayang dah bayar duit. So pergilah kami 14 orang dari KL dan seorang dari Kerteh join XPDC Chemerong Berembun.

Jumaat

Bertolak dari Stesen Bas Putra pukul 9 malam. Dari 14 orang tu, 5 orang adalah perempuan, dan yang saya kenal 4 orang je (campur yang datang dari Kerteh tu). Jadi memang senyap skit la. Dah la cuak dengan jalan nak ke sana nih. Memang la banyak kali pegi, tapi memang kurang berkeyakinan betul kalau naik bas nih. Uh uh uh…

Sabtu

Sampai pukul 3 pagi. Tunggu kenderaan kat stesen Petronas sampai pukul 5. Kawan kitorang yang dari Kerteh tu pun sampai. Tunggu lagi sampai hari cerah baru gerak masuk hutan.

Bila nak masuk, hah muka terus cuak pucat lesi. Dalam hati tatau la berapa banyak doa dah baca. Mintak lindung dari macam-macam benda. Dan paling penting tak menyusahkan orang. Debar di hati memang tak cerita la, rasa cam sebatu orang boleh dengar. Rasa jelah..

Jalan punya jalan.. ade la pancit skit-skit. Tapi baru warm up, jadi masih dalam keadaan terkawal lagi la. Dalam lebih kurang 1 jam jalan kot, jumpa Air Terjun Chemerung, air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Subhanallah, memang cantik!

Kemudian jalan lagi. Kali memang lagi dasyat. Trail semuanya mencanak gila. Waaa.. memang nak menangis. HAHA. Okay.. masih belum menangis, tapi memang dah start tertinggal kat belakang. Bersusah payah convince budak-budak lelaki ni tak payah tunggu, tapi memang harapan la. Yelah saya tau memang bahaya tertinggal kat belakang berdua, perempuan je pulak tu, tapi mungkin sebab dah biasa jalan sendiri-sendiri sebelum ni. Pressure bila tau orang menunggu kita kat belakang tu lagi saya tak tahan.

Setelah berjam-jam jalan naik bukit, akhirnya sampai kem balak untuk lunch. Masa tu dah pukul 2 lebih. Masa ni, saya dah tak peduli pasal makan, hati kira nak main air je. Wahaha.. air air.. Best wei mandi air sungai!

Kem Balak

Lepas lunch, tracking lagi sampai Kem Y. Time ni sejuk gila sebab hujan, dan banyak gila pacat. Tapi track a bit relax skit.

Sampai-sampai Kem Y, saya jatuh dalam lubang. HAHA. Apa malang tah! Saya lalu je tempat tu, terus tanah dia mendap. Kelam kabut bangun. Cuak gak, takut sarang ular. Satu lagi takut orang nampak. Kekeke.. :D Reputasi kena jaga beb, ni baru first day. ;)

Kem Y

Malam, kitorang bermalam kat sini. Kem sini tak best sangat. Banyak akar jadi asyik tertidur atas akar. Hari pun asyik hujan renyai-renyai je. So macam tak boleh nak tidur malam, sejuk gila!

Ahad

Start tracking pukul 10 lebih. Eh? Cam dah lupa plak kejadian hari ni. …….. Okay dah ingat!

Hari ni plan sepatutnya sampai puncak. Trail tak la sedasyat semalm, tapi still mengah-mengah la gak. Bila dah nak dekat sampai puncak, kawasan dah jadi berlumut dan banyak pokok bonsai. Macam kat Kinabalu kilometer 4.

Bila sampai puncak, kitorang pun melepak la sekejap barang setengah jam. Ade la yang siap buat air dan makan bekalan lempeng yang buat pagi tadi. Lempeng tu saya yang goreng, jadi memang sedap la kan, sampai berebut-rebut diorang habiskan. Kekeke.. :D Walaupun orang lain yang bancuh tepung tu. Sebenarnya tu first time tengok orang buat lempeng. Hampeh tak? Dulu-dulu tak amik port pun benda nih. Padahal arwah tok selalu je buat. Ingat nanti breakfast kat umah nak buat lempeng la.

Selepas tu, kitorang pun ke Air Terjun Langsir. Series, memang terbaek la kawasan nih! Cantik dia Subhanallah. Air dia hijau tenang jernih nampak sampai dasar. Nak sampai tempat ni, trail menjunam la pulak. Sampai ada yang injured.

Oleh sebab ada yang injured, fokus dah tak tertumpu kat saya lagi. HEHE. Makanya, saya dapat duduk di depan, dan tak da lelaki disekeliling. Dengan air sungai yang cantik jernih tu, hati mana dapat tahan weh. Last-last campak beg, g terjun mandi sungai. Terbaek lah!!

Dan kawasan camping pun terbaik dalam semua hari. Kawasan kemah best. Kawasan kitorang mandi tersorok dari lelaki. Siap bleh berenang-renang. Cantik some more. Boleh tengok pemandangan dan matahari terbit.

Kem U

Malam ada games dan majlis suai kenal. Baru lah kenal semua orang. Dan semua pun mula la nak tunjuk perangai. HEHE. Bahaya tuh! Tak kenal, semua senyum sopan-sopan je. Dan kenal.. asyik nak mengena orang je kejenya.

Isnin

Bangun pagi-pagi, lepas solat subuh, kitorang g kat kawasan batu dan lapang, nak tengok sunrise. Rasa macam kat Kinabalu plak. Tapi Kinabalu lagi best la.

menunggu sunrise

buat aktiviti pelik sekejap..

matahari muncul..

Hari ni start nak turun gunung. Nama je turun, trail dia  2 kali naik 2 kali turun. Penat memang tak payah cerita la. Ntah macam mana, diorang ni suruh plak saya duduk depan. Bayangkan 14 orang duduk belakang ko menunggu kalau saya berenti berjalan. Suruh potong tak nak potong pulak tu. So push la diri ni jalan jugak-jugak. Masa tu dah mula rasa sakit dada. Rasanya, yang ni la kot paling azab. Akhirnya tah cemaner, kitorang terpecah jadi 3 group. Group depan sekali ikut guide. Group saya tengah-tengah semua perempuan. Group belakang sekali semua lelaki. Baru la rasa bernafas skit.

Sampai Kem Balak (kem last nak camping – camp yang sama masa lunch ari first) tu, nak rasa tak bermaya betul. Rasa nak tertidur pun ada. Pasang khemah, mandi lebih kurang, solat dan lepas tu tidur. Memang dah tak larat gila. Sejuk dia tuhan je yang tau. Gigi asyik berlaga je terketar-ketar. Memang dah rasa nak demam.

Tent mate kejut pukul 6.30 ptg. Bangun jugak la pasal dia asyik cakap tak baik tidur petang. Muka pun dah lain macam kot, sebab ada yang menegur. So lepas dinner, terus makan ubat.

Malam ni takda main games dah. Tapi budak-budak lelaki ni dok main kad. Perempuan ada yang tidur awal, ada yang bersembang-sembang. Masa ni saya dah rasa tekak sakit dah.

Selasa

Kali ni terus turun sampai bawah. Trail okay lah, sebab menurun. Saya kalau menurun, laju kemain lagi. Cee kalau menaik, muka terus macam nak menangis. Kekeke. :D

Sampai, kitorang berendam lagi. Kira last call la. Sebenarnya, kitorang rasa, 3 hari ni kitorang tak sakit kaki walaupun tracking sepanjang hari, sebab lepas tu kitorang berendam dalam sungai kot. Betul, tak sakit kaki pun! Padahal minggu lepas saya naik Saga, terus kaki sakit sampai 3 hari. Tu pasal kitorang berendam lagi lepas turun tu.

Lepas tu, kitorang semua buat aktiviti bebas. Apa lagi, main kad jelah kejanya. Sampai kad tu pun dah tak rupa kad dah.

Pukul 6 lebih, gerak keluar dari Hutan Lipur Chemerong, dan tunggu bas kat Bandar Muktafi Billah Shah. Oh.. first time dapat masuk bandar ni. Kalau korang tau bandar ni kat mana, mesti korang pun ada rasa hairan macam saya juga. Dari KT or Kuantan, bandar ni duduk kat tengah-tengah hutan. Bila sampai je kawasan ni, terus kawasan dia jadi grand semacam. Kadang-kadang selalu cakap dengan member, macam pekan orang bunian. Tengah hutan ada bandar macam ni. Tapi tak nampak ramai orang keluar masuk.

Rupa-rupanya, ni termasuk dalam projek KETENGAH. Some more ini bandar di raja. Jadi kerajaan negeri jagalah kawasan ni sebab ni kawasan bersejarah. Sebab tu la nampak cantik semacam. Ni pun kitorang tanya dekat driver yang bawak kitorang dan makcik kedai makan.

Malam, sementara tunggu bas, kitorang main kad lagi. Iskh.. dah macam taik judi pulak. Sebenarnya dah tak tahu apa nak buat. Pukul 11 bas pun sampai.

Rabu

Alhamdulillah, jalan tak jem sangat, so pukul 4 dah sampai KL. Tidur kejap kan Hentian Putra, lepas subuh, terus gerak balik and terus siap g keje. Memang gigih. Sempat basuh baju and sidai baju camping tu lagi.

Masa rabu tu macam okay lah keadaan. Tak mengantuk, cuma macam nano-nano skit je.

Hari ni? Saya sudah rasa mau demam. Adeh! Balik tadi, terus tidur, bangun untuk solat maghrib dan isyak je, lepas tu sambung tidur balik. Penat badan, campur dengan sejuk aircond hospital, badan terus rasa seram sejuk. Ni baru bangun pukul 12.30 tadi, makan skit sebab nak makan ubat.

Tak boleh mc la nampaknya, sebab esok ada training lagi!

~creadit gambat to Aini.. saya takde gambar pun, hp takde bateri.

Regards,

~Ha~

-saya yang tak sihat-

January 15, 2012

@Home: Update untuk minggu ke-2 2012

Posted in myself at 4:22 pm by talk2ha

Aktiviti blogging nampaknya dah tak serancak dulu. Kalau dulu (definisi dulu = 2-3 tahun lepas), boleh kata hari-hari nak update. Marah update. Bengang update. Sedih update. Blur update. Happy? lagi lah nak update.

Sekarang? Jadilah perkara macam-macam pun, cerita skit-skit je. Kadang-kadang tak cerita pun. Siap boleh terlupa pulak. HAHA. :D Adat lah manusia. Benda baru memang excited. Dah lama-lama, endah tak endah je. Iskh iskh iskh..

Projek Bilik

Ntah brapa bulan la projek ni nak ambil masa. Sedih betul! Tapi kita cuba jugak lah yang mana terdaya.

Tadi survey tilam dan kerusi. Saya memerlukan 2 biji tilam single (eh? penjodoh bilangan tilam tu biji ke? ke bidang? uh uh uh.. ). Sebab katil saya yang seperti transformer boleh jadi katil single boleh jadi katil queen tu memerlukan tilam tersebut. Jadi requirement-nya harus lah sedap nak tidur dan nipis saja. Sebab kalau katil saya jadi single, saya akan tindan 2 tilam tersebut. Kalau tebal, harus jadi tinggi katil tu.

Kemudian, saya memerlukan sebiji kerusi untuk meja study. Meja study tak payah beli, ada orang baik hati nak bagi. Tapi kerusi takda lagi. Jadi ia perlu dicari. Dah jumpa.. kedai dia kat depan rumah saja. Tapi saya ingat nak survey lagi!

2 kotak telah dikemas. Dan sebiji kotak lagi saya telah decide nak buang saja tanpa perlu tengok. Tahniah! Saya telah menjadi seorang yang sangat kejam pada kenangan. 5 more boxes to go..!

Walaupun bilik ni nampak macam kemas.. tapi sebenarnya banyak benda nak kena scan balik. Macam tadi, bila buat pengemasan.. jumpa hampir 3 voucher dah expired, lebih kurang 5 paket ubat dah expired, 3 bungkusan makanan yang tak berbuka dah expired, dan berlambak-lambak barang toileteries yang di beli 3-4 tahun lepas!

Hebat tak saya? Memang suka simpan sampah! Dan beli barang buat sampah! :(

Training Mulu

Umum mengetahui yang saya..

Hoi hoi!! Ko tengah buat rencana untuk Majalah 3 ke apa? HEHE.. :D Tiba-tiba pulak terkeluar ayat macam tu. Baiklah. Saya buat ayat lain.

Hari tu saya dah bagi tau pasal jadual training untuk ke Mulu kan. Sebenarnya, bukan aktiviti caving yang buat kitorang training naik turun bkt/gunung tu. Tapi kitorang semua cuak dengan Pinnacles. Ntahlah, semua cerita yang ngeri-ngeri, sampai jadual training kitorang dah mengalahkan naik Kinabalu pulak.

Jadi minggu ni, kitorang naik Bukit Saga, dekat Cheras. Ada pertukaran plan, tapi tak kisah. Janji ada jugak. Ni kira macam baru nak start balik.. jadi stamina memang zero. Ni betul-betul ZERO. Tau.. mesti antara korang tak percaya. Tapi percayalah. Memang zero. Penat dia bukan main.

Camnilah… bayangkan, Bukit Saga yang cuma tinggi lebih kurang 400 meter tu, kitorang amik masa dari pukul 9 setengah pagi sampai ke 3 petang baru turun. HAHA. :D Dasyat tak?

Okay, takde la dasyat sangat sebenarnya. Sebab lepas sampai rooftop, kitorang trekking lagi sampai air terjun bukit Apeh, lepas tu mandi+bersembang je dah berape jam, pastu balik plak saja trekking ikut jalan jauh, sebab lebih landai walaupun memang penat rasa macam dah sesat je. So, it was believable la. HEHE. :D

Tapi badan memang tekejut. Kesan dia, terus kena migrain + sakit perut + rasa loya. Okay.. part sakit perut tu mungkin boleh diabaikan. Tak naik bukit pun, sakit perut tetap datang jugak. Muscle kaki pun rasa tegang. Padahal, jalan punya la slow. So nampak sangat dah lama tak exercise.

Jadi, next week punya plan, saya tak tahula apa nasibnya! Memang kena doa banyak-banyak ni. Mintak perlindungan dan kekuatan dari Tuhan. Sebab dengar-dengar cerita Chemerung macam lagi ngeri! Waaa… :( (

Kerja

Dah lama tak cerita pasal kerja kan? Bukan apa, dulu takut korang muntah darah asyik dengar saya asyik dok merungut pasal kerja je. Tu belum lagi mengumpat pasal boss. :D

Sebenarnya, kalau nak compare dengan dulu, sekarang ni lagi banyak kerja. Maklumlah, dah 4 tahun kat company ni. Ada projek yang dah nak close. Ada projek yang on going. Ada projek yang baru nak mula. Dan haruslah semuanya nak kena cover. Jadi memang penat!

Tapi macam yang saya pernah cakap jugak la, stress level dah kurang skit. Banyak la faktor penyumbang.

Mungkin pasal kitorang pun dah pandai buat kerja. Dah tahu apa nak buat. Kalau tak tahu pun, dah tahu pada siapa kitorang nak turn to. Walaupun ada masalah, kena marah, tapi takdelah macam dulu, clueless!!

Mungkin juga pasal boss pun dah tak sakastik macam dulu. Tak laser-laser tak tentu pasal. Dia pun macam banyak biar kitorang buat kerja sendiri. Tapi takdelah lepas tangan, kalau datang angin tu, pening kepala juga. Tapi at least, time tu jelah kitorang gaduh. Esok, semua orang baik balik.

Tapi rasanya, mungkin faktor yang ni paling kuat. Sebabnya.. kitorang ni pulak yang dah jadi laser sekarang. :D Tengok la siapa boss kitorang. Kitorang ni protegee dia la ni. Pantang silap, siap la. Pastu me-laser dah tak kira siapa. Sekarang kitorang dah tak pegang konsep who’s the boss. Yang penting siapa yang salah? Tak kira la siapa kau pun. Boss ke, support ke, company lain ke, consultant ke.. sampai ade sekali tu, user pun kitorang perli-perli. Sampai kadang-kadang nampak bos kitorang pun macam cuak-cuak dengan kitorang. HAHA. Tapi kadang-kadang jelah. Selalunya memang kitorang la cuak dengan dia.

Tapi, penindasan tetap jugak la berlaku. Tu perkara normal. Jadi normal jugak la kitorang pun sibuk nak cari kerja lain. ;)

Kereta

Kesian la kereta tu. Dah la accident, tak hantar pebaik lagi, pastu dalam dok uzur-uzur tu, owner dia belasah cukup-cukup, sampai ke Temerloh sana dia paksa pergi. Tapi kereta, kau kena tough, sebab owner kau pun sebenarnya sedang cuba menjadi tough! ;) Jadi kereta, kau kena janji, kita jadi tough sama-sama!

Dan minggu ni owner pun mesti jugak janji buat 2 perkara, tak kira la sibuk macam nak terbalik pun.

Pertama, kena call Perodua. Haihh.. orang Perodua ni pun satu. Order apa yang sampai tak sampai-sampai lagi barang. Bilanya nak baik kereta nih. Nak kena diorang nih. Tau la end of year la, closing stock la ape la, tapi takkan la sampai 3-4 minggu kot. Tah-tah, terlupa tak?

Kedua, kena call polis trafik Ipoh. Report case ni ape ceritanya? Ni kira dah cukup ni 15  hari bekerja. Iskh.. benda boleh decide sekejap pun amik masa sampai 15 hari. Bukan 15 hari biasa, kena 15 hari bekerja pulak tu. 3 minggu!! Bukan nak kena masuk court ke apa pun. Tapi kalau report case dah keluar.. nak kena pergi Ipoh la pulak, ambil benda alah tu!

Okeylah. Cukup la tu. Dah nak pukul 12 malam ni. Cinderella nak kena masuk tidur. HAHA. Esok nak kena kerja. Tak bleh bangun plak nanti.

Until then..

Regards,

~Ha~

January 6, 2012

@Home: Plan 2012

Posted in myself at 5:49 pm by talk2ha

Salam,

Dah lama tak ada entry bergambar kan? Tulah tu. Computer ni macam tak boleh detect pulak hp saya, jadi macam mana nak transfer gambar. Banyak jugak gambar nak tunjuk sebenarnya. Walaupun saya ni bukanlah jenis suka sangat tayang-tayang muka sendiri dalam blog, tapi adalah juga sebenarnya benda yang nak tunjuk.

I am very much like this right now – takde gambar betul.. gambar anime pun jadilah kan?

Bilik

Projek bilik dah bermula! Walaupun kalau pergi serbu bilik saya sekarang, macam tak nampak pun perubahan. Sebab sebenarnya saya bermula dalam fikiran dulu. HAHA. Tapi betul! Kalau saya tak bermula apa yang saya fikir, sumpah ia pasti takkan berlaku. So saya sudah start measure things, survey sana sini, thinking about what to buy, how to place it and etcetera etcetera. Hei bukan senang tau kerja ni. Tak percaya, tanya siapa yang pernah buat decorating house, susah kan Along? Tapi sekurang-kurang, you have 2 heads to crack for. Huhu. Ye ye.. tapi saya kalah dari segi space. Bilik saya sekangkang kera je. :)

So, thinking sudah. Tapi part kotak tu, masih tak buat ape lagi. Saya rasa kena ada strategi lah. Tu dia.. nak kemas kotak pun perlu strategi! HAHA. Kelakar betul. Macam nak pergi buat apa saja. :D But knowing myself, ye saya rasa memang perlu persiapan. I’m easily carried away dengan kenangan. Nanti sudah-sudahnya saya dok sibuk membelek album lama.

Baiklah cukuplah setakat itu dulu pasal bilik.

Plan for Year 2012

Baiklah. Officially saya akan bagi tahu plan tahun ini. Ke mana pulak saya nak menjongkit lagi. HAHA. Korang patut bangga tau sebab ada sesetangah benda ni, tak ramai lagi orang yang tau. (Sorry kepada kawan-kawan rapat, saya pun tak bagi tau anda jugak! Hehe..)

So yang pertama, plan Mac ni, saya akan pergi Mulu, untuk aktiviti caving. Saya pernah pergi 2 or 3 tahun lepas. Saya suka pengalaman yang lepas. Tapi yang lepas tu acara santai. Kali ini, saya pun berpeluh juga bila fikir. Pergi je pun sampai 7-8 hari. Aktiviti pun tough betul. Masuk gua lah, naik Pinnacles la. Harap-harap saya tak trauma balik dari Mulu nanti.

Yang kedua, plan April ni… saya akan ke Korea lagi. HHAHA. Ye saya tau. Macam baru lepas cerita pasal pengembaraan hari tu kan? Tapi kali ni pergi dengan kawan-kawan office. Jadi pengalaman kali ni mungkin ada sedikit berbeza dengan pengalaman yang lepas. Saya pun tak pasti tentang chemistry. Harap-harap semuanya okay!

Yang ketiga, plan bulan Mei pulak.. saya akan ke Medan. Yang ni dengan kawan-kawan biasa, tapi aktiviti tak tahu apa lagi. Diorang kata acara santai, tapi korang sendiri percaya tak? Kalau pergi Korea pun nak panjat gunung, saya sedang mentally prepared for anything. Maklumlah, anything can happen!

Oleh sebab plan nak ke Mulu ni acara bukan main-main, maka ada banyak jugak la acara sampingan sepanjang sebelum ke Mulu ni. Tu yang tengok saya amik kelas swimming la ape la.Ni antara aktiviti yang di plan..

Macam dasyat kan aktiviti? Berdoalah badan saya lemah ni mampu menanggung aktiviti yang sarat. Saya kan memang suka mencari masalah!

Swimming

HAHA. Ye sila muntah sekarang. Dah hampir setiap entry nak cerita pasal swimming. HAHA.

Anyway, hari ni saya nak cerita pasal cikgu swimming saya. Cikgu swimming saya kecik je dari saya. Dari segi badan dan jugak umur. Baru nak masuk tingkatan 3. Badan dia lebih kurang cik Mari Chan je. Tapi garang! Kadang-kadang macam terbalik pulak, siapa yang budak siapa yang dewasa. Sebab kitorang ni asyik nak main-main je. Takpelah, we try to bring the child in her. Wakaka… :) Serius sangat pun tak elok juga untuk kesihatan, ye tak? ;)

Okaylah. Dah tak tahu nak cerita apa. Lain kali kita cerita lagi.

Until then.

Regards,

~Ha~

December 31, 2011

@Year 2012: Resolusi Yang Pertama

Posted in myself at 3:06 pm by talk2ha

Ingatkan, nak buka tahun 2012 dengan bilik yang cantik berseri, ready nk install a few IKEA things je lagi. Tapi memang hopeless!

Ia cuma berjaya sampai takat mengemop saja. Baru buka satu kotak, oh.. terus rasa ia memerlukan satu effort masa yang tinggi. Jadi bayangkan kalau ada berkotak-kotak. Perlu scan, teliti, fikir dan barulah boleh buat keputusan, nak simpan atau buang. Nak buang pun sesuatu yang memeningkan juga. Nak terus buang, nak jual, nak recycle.. oh sangat susah!

Kadang-kadang nak decide simpan pun susah. Sayang nak buang, rasa macam nak pakai, tapi kalau dah ada sampai 3 benda yang sama, uishh.. rasanya jadi macam dulu-dulu jugak la. Last-last bersimpan la sampai ke sudah.

So bayangkan ni ada 8 kotak, campur dengan satu desktop. Iskh.. lama tu kalau nak check satu-satu. Haih.. kena determine nih! Takleh nak buat sekali harung, takleh nak buat lebih-lebih kurang. Karang, 8 kotak tu kekal 8 kotak. Tu bukan kemas namanya. Tu buang masa je!

Jadi, resolution yang pertama pada tahun 2012 adalah nak clear kan semua kotak-kotak nih! Kita simpan 2-3 kotak saja. Storage box yang comel-comel tu haruslah di simpan kan. Lepas clear, barulah boleh benda yang diidamkan. Lama betul dah tak menziarah IKEA. ;) Dan lepas tu barulah bilik ni jadi seperti yang sepatutnya!

Selamat Tahun Baru!

Regards,

~Ha~

~Takyah la buang masa pegi tengok buang api. Bukan tak pernah tengok pun. Hehehe.. Tapi kalau takde benda nak buat, pergilah!

December 30, 2011

Goodbye 2011 :( Welcome 2012 :)

Posted in myself at 7:19 pm by talk2ha

Salam.

There’s a lot to say for this time. I don’t know if I can make it, or it might turns out to be I write something like “to be continued to the next entry”, that at last will be forgotten and no update at all. But I’ll try to complete this entry as I’ll make it short and sweet.

Let’s start with what happened to me recently.

Got Sick

Last a few days, I got sick. I felt really  sick that I vomited at 2 o’clock in the morning. And I can’t help myself but moaning of my sickness all the night.

Most of my friends know that I always got stomachache due to many reasons. I have gastric, easily bloated, period pain, allergic to lactose or sometimes just pain with no reason. I guess I have a sensitive stomach. I can even easily get stomachache when I’m nervous. So for that night case, I think that might something to do with what I already ate.

But I had a feeling that this might happened because I was being tested by Allah.

A few hours before that happened, I groaned about my appetite that I can’t control. I ate a lot and always craving for more, and it caused me gain more weight. I even scolded my body for cannot control myself and for growing bigger. Now, I can’t eat more than I should.

There’s a lot to think about that.

An Accident

On Friday last week I went back to Taiping and got accident. My car got hit by an Alza near Plaza Tol Ipoh. There’s a lot of car during that night that causing a little traffic jam. So when the Saga Erobec in front of me make an emergency break, I did it too. I was safe but my car wasn’t. Luckily, we weren’t driving too fast.

So, I took an EL last Tuesday to settle down everything. I am very thankful that during the accident and after that, no drama happened. I was calm and rational (except that I just don’t know what to do first) and the man who hit my car done nothing absurd nor scold me. I know that it was his fault but anything can happen during those moment. After all, I was being alone.

And I already made police report, and waiting for result of the case to come out in 2 weeks. I also already submitted insurances claim, and waiting for Perodua branch call me to send the car when insurances adjustor set up appointment (the adjustor already call me and check my car today, but I still have a few day to use the car before sending to Perodua).

Swimming

Not to update about what I’m good about. My level still same like last time reported. ;)

But due to my almost-every-night swimming training, now my body can’t bear too much cold. And sometimes I feel tender in my chest. But I’m not sure that tender got something to do with my swimming. Do I need to worried about?

Hhmmm…

Year 2012

I’m not planning to say something like new year resolution or what. I know a lot people might doing that, but I have no mood of doing that. Until last a few minutes ago, I was still doing the never-ending-what-so-ever documents. Tomorrow, I need to go to work. So yeah.. may be next time we talk about resolution (if I feel so).

Let’s talk about life. My life to be specific.

You know how my life is (based on what you always read). Despite a lot of thing that I always complain about, I can’t however say that I’m frustrated with my life. I’m very thankful for being me. Although some of you might feel different.

I know that I’m not that young and I’m still single. Most of friends already having family and children. And family (some) keep asking that $1,000,000 question. When when when? But are they forget, that it is not something that I could plan without the who, right? HAHA. I feel the humor there.

Dear all my friends (single or taken ;) ),

Everyone dreams for the happy life. Having husband or wife and children to cherish for. But who are us to question God’s work? So I’m thankful. Anda mungkin lebih dari saya. Tapi saya juga mungkin ada yang lebih dari anda. ;) Harap kita dapat saling melengkapi.

To all my marriage friends,

Be thankful. (Of course you are! :) ) You have someone to have and to hold. To share the joy and the pain. (eh? macam penah dengar kan ayat2 ni?) But always remember, life is not a straight line. Be prepared. (huh? who am I to give more advice for something I never experience? HEHE. Over tau.. ). I always pray you will always be blessed by God.

To all single friends,

Don’t be sad! (Itupun kalau korang sedih la.) We are in the same boat. Let’s rock and roll! (HAHA. Mengarut je!) No, I mean.. let’s spice up our life, while waiting for our fate to come. Kalau memang takda, nak buat macam mana, kan. Kerja Tuhan tak baik kita persoal. But what we can do, is pray to Him. Mungkin Tuhan suka nak dengar kita berdoa pada dia kan? Mungkin sebenarnya kita pun tak cukup bersedia lagi. Only God knows, kan..

Happy New Year!

Regards,

~Ha~

(I’m taking 2 days 2 wrote this. I’m so worst, kan? :) )

December 19, 2011

FB: Who is this people??

Posted in myself at 3:48 am by talk2ha

Salam..

I have health problem this morning, so end up I didn’t go to work. HEHE. But I decided to try work from home. Well, no choice actually, when all the date line is just around the corner. Anyway, never mind about that.

So while waiting email receive to my inbox, I surf fb, like ussual. Then I spot one unfamiliar face. I look at his name, no I didn’t recognize the name. Then I search his profile, ready to unfriend him if he certainly no one I know. Then I saw I common info with me, which is he’s the same batch with me when I was in Penang.

Then I search all his picture, again. Confirm, not a familiar face. Seriously seriously, who is this guy? Although I did not talk to all 300 people from my batch, I certainly think I knew all of them, at least the face, or the name.

And this is not first time. I had a few time where I found people I don’t know from my friend list. And fyi, I have issue with having unknown people in my friend list. HEHE. May be I just don’t like people I don’t know stalking me, or my recent activities suddenly appear to the wall of anybody.

Have you ever face the same thing? I mean, why out of nowhere suddenly you friend with this people? Or why suddenly their face or name change to somebody I don’t know?

Hmmm…

Regards,

~Ha~

December 15, 2011

@Putrajaya: Dalam otak ada awan larat…

Posted in myself at 6:06 am by talk2ha

Mata macam dah nak terpejam-pejam. Walaupun bau nasi beriani dan ayam masak merah dah menusuk hidung, tapi tak cukup mampu nak membuka selera. Nampaknya nafsu tidur lagi hebat menguasai diri.

Wah.. dah macam nak buat novel ni. Kau memang suka berangan kan? =.=

Tapi sungguh, memang pun perut ni takda craving for lunch. Alhamdulillah. Cuma mata ni macam dah tak boleh nak terbuka nih. Haihh.. dasyat betul penangan tidur ni. Tulah, time orang suruh tidur, kau tak tidur. Sekarang bila bukan time tu, kau sibuk nak menidurkan diri.

Training ni pun satu, sungguh la bosan. Eh. Training tu tak bosan. Tapi yang bosan, bos ada plak kat sini. So banyak lah dia punya itu ini. Kena macam tu lah, kena macam nilah. Haihh.. encik bos tau tak itu semua memerlukan effort yang tinggi. Saya dengan ketidakcukupan masa ni, ditambah pulak dengan kekurangan semangat meneruskan kehidupan dengan company ni, memang rasa tak menang tangan nak buat semua.

Lagipun, saya bukannya tau sistem dulu tu macam mana. Saya bluffing je banyak tadi, based on diorang-diorang ni cerita. Mungkin btul la apa saya cakap, tapi saya bukan pegi explore sendiri sistem tu. Harap dengar cerita orang je. HEHE. Ini nak suruh saya pegi buat comparison plak. Haihhh…

Nak tukar kerja, tapi malas cari kerja. Sape la nak tolong saya mengubah nasib saya nih? Nanti saya bagi upah, nak? Rumors banyak cakap yang company nak buat re-structuring. Blerrgghh.. habislah habislah. Mesti tukar bos. Bukanlah sayang sangat dengan bos sekarang. Tapi rasanya lagi tak boleh blah dengan bos-bos yang sedia ada. Hailahh..

Apa rasanya kalau kita jadi ikan? Mungkin tak perlu risau pasal cari kerja lain kan. Pastu kita tak perlu risau sangat pasal cerita banjir kat jalan Tun Abdul Razak. Mungkin jugak tak perlu bersusah payah bayar duit pergi kelas berenang. Mungkin juga tak perlu buat training ari  nih. HEH. Tapi mungkin juga tak boleh memiliki WTX. Tak boleh buat outdoor lain selain berkaitan air. Dan paling penting, dah sah la tak kerja dan takda duit. Huhuhuu..

Tu dia.. baru masuk kelas berenang, dah berangan-angan nak jadi ikan. Esok kalau masuk kelas snorkling, agaknya terus teringin nak jadi jaws. Contohnyalah kan.. Padahal tak suka pun aktiviti laut. Baiklah, cerita pasal kelas berenang, saya dah pandai berenang breast stroke! Yaa.. kelihatan tangki riak sedang berkocak di situ. Hati-hati. Riak boleh membawa musibah. Sebenarnya tak pandai pun sangat. Boleh la dianggap teror kalau kau suruh berenang dekat kedalaman 1.2 meter. Cuba 1.8 meter, mau menggelupur kat situ.

Tapi tak sabar jugak ni rasa nak belajar benda lain pulak. Free style contohnya. Ataupun buat terjun tiruk barangkali. Wah kalau dapat berangan… Huhu.. sungguh. Dah bosan dah main benda sama.

Oklah. Kita update lain kali. Banyak nak cakap. Tapi kuasa mengantuk ni nampaknya dah berganda. Sebelum ayat yang bukan-bukan keluar, lebih baik kita tamatkan di sini saja.

Until then… daa!

Regards,

~Ha~

December 5, 2011

Angle Vs Evil

Posted in myself at 3:30 pm by talk2ha

Korang pernah tak pada suatu hari, bangun dari tidur contohnya, tiba-tiba korang rasa korang orang paling berdosa kat muka bumi ni, walaupun korang ni bukan lah pelaku dosa besar yang tegar.

Ataupun kebelakangan ini, hari ni contohnya, korang rasa memang hidup korang ni makin jauh dengan tuhan, walaupun korang takdelah tinggal sembahyang pun.

Sebab apa korang rasa perkara-perkara macam ni berlaku?

Aku rasa (sorry, hari ni takde rasa plak nak bersopan santun!) aku tau sebab apa. Aku rasa kita jadi macam ni sebab kita buat pahala bersulam dosa, tanpa rasa tak bersalah skit pun. Sebab benda yang kita tu, kalau di sebut jelas, memang berdosa, tapi kalau dibuat ketika sedang membuat pahala, secara santai pulak tu, langsung tak perasan pun benda tu salah.

Mengumpat contohnya. Kalau kau sebut mengumpat, haruslah nampak besar dosanya. Macam makan daging saudara sendiri. Tapi kalau kau tengah duduk-duduk makan goreng pisang yang kau belanja kawan-kawan dengan duit gaji kau contohnya, pastu tiba-tiba kau pun buka cerita, “Aku tak suka betul makcik kat bahagian admin tu. Dia tu suka menginaya orang. Dah la hitam, hidung kembang, perangai busuk pulak tu!” Contohnyalah kan..

Ataupun kau tengah menonton Halaqah kat TV9, lepas tu keluar iklan Galaksi yang tunjuk artis kegemaran kau sedang pakai baju tali nipis sangkut kat bahu, pastu kau dengan penuh emosi pun cakap, “Celaka betul lah perempuan ni, pakai baju macam ni, macam perempuan s*@l, dah macam p%l@c#r dah aku tengok, masuk neraka lah kau!” Err.. tu contoh saja lah..

Apalah aku merepek malam ni sebenarnya…

Takde. Sebenarnya aku nak cakap. Hidup kita ni makin lama makin jauh dengan tuhan. Memanglah kau tunging terbalik solat tak tinggal awal waktu bagai dan segala. Tapi lepas tu kau buat segala benda jahat dan berdosa yang termampu oleh kau. Benda jahat tu, bukanlah maksud kau minum arak, masuk disko, buka aurat, pegang lelaki perempuan atau apa-apa sajalah perkara jahat dan berdosa yang highlight besar-besar dalam al-Quran tu. Tapi benda-benda yang kau tak perasan hari-hari kau buat, tapi kalau teliti betul-betul, itu memang salah atau tak elok di buat.

Okay, aku sebenarnya tak nak cakap banyak. Sebanyak mana tak elok buat benda jahat secara sembunyi-sembunyi, Tuhan pun tak suka kita menjaja benda jahat yang kita buat, sebab nanti boleh jadi fitnah lah pulak.

Cuma.. aku harap aku boleh jadi lebih baik macam dulu-dulu. Dulu-dulu tu maksud aku, masa fikiran aku masih syumul. Aku suka diri aku yang sangat innocence dulu. Too much information memang boleh merosakkan.

Jadi, aku tak setuju pendidikan seks di ajar di sekolah. Eh? ~tiba-tiba je aku rasa sesuai je perumpamaan tu dengan ayat too much aku tu. HEHE. :D

Sebenarnya, masalah aku takde kaitan pun dengan pendidikan seks kemenda semua tu.

Until next time..

Regards,

~Ha~

November 25, 2011

@Cyberjaya: It all about kayaking..

Posted in myself at 8:12 am by talk2ha

Hi guys..

It’s been quite sometimes I didn’t write something. Or that’s how I feel.

The reason is I have no story to tell. May be actually I had one or two, but that’s not interesting enough to make me create an entry. And suddenly today, I feel longing to write here.

What else?

Work

I’m doing just fine with my life. If that’s what you wanna ask. HEHE. : Still craving for another job of course, but I feeling a lil bit nervous thinking if this is the right step for me. So end up, I’m doing nothing about that. HAHA.  I’m busy as hell in the office, but as long as I’m good with boss and colleague, I still can bare with that. But of course it such unmanageable work stack. It so mess. I seem can’t figure out which to do first. Sometimes, I think all my task  is undone, or only half done. I definitely not meant to be manager or something. HAHA. :D

Kelab Putrajaya

I do busy with activities too. Last week, we went kayaking, although after that we regret that. This time, we tried Kelab Putrajaya. It’s so expensive (RM20 per hour per person) and so ridiculous small. Not up to any lake standard we ever tried. Sure the lake is big, but we cannot go beyond the boundaries. So end up, we were circling around under the bridge, and gossiping.

And I hate some people around there. I know that we were usually talking too loud, that even one whole lake could hear our voice. Or mine. But it is rude to just casually pointing at us in public, and me of course, and accusing that. Not after we paying much for the service. People nowadays are sometime don’t know how to behave. Not that I’m really behave good and polite and all, but please bear in mind that we are customer and we pay a lot to come there.

But of course, it’s my fault too, talking out loud. Sometimes it’s hard to control yourself when you’ve been surrounded by people you love. But I shall improve myself. There’s definitely no excuse for me. Huhu.

Wetland

And the week before last week, we went kayaking to Wetland. Again, I was joining Pae’s aerobics’s friends. Together with me were Mar and Jack, and of course Pae and her other 7 friends. Sometimes, I was mesmerizing by these Pae’s friends. Almost all of them married and have family, but they are so happening. At first glance, people wouldn’t thought they have family, let alone guessing they already married.

And about kayaking. Kayaking is kayaking. What else to tell.

So that’s my story. Hope I found excitement to write next time. HEHE.

Till next time..

Regards,

~Ha~

November 17, 2011

@Puncak Jalil: Rasa Berdebar..

Posted in myself at 2:53 pm by talk2ha

Hari ni.. in fact, malam ni saya rasa berdebar betul! Sampai rasa macam sakit perut tak boleh tidur tak boleh nak buat apa.. nak surfing pun rasa tak senang..

Ia mungkin berpunca dari beberapa sebab.. kebanyakkannya saya cari pasal sendiri.. Padan Muka!! Uh uh uh…

Pertama, sebab saya tertengok game Malaysia vs Indonesia tadi. Ia memang betul-betul menimbulkan rasa berdebar yang macam tak boleh nak duduk diam. Padahal saya ni bukannya ambil berat sangat pun pasal sukan negara ni. Mungkin itu sebabnya kot.. saya ni punya jantung yang tak cukup kuat. Tengok sekajap pun, boleh menimbulkan debar yang bukan bukan.. aishh..

Kedua, saya telah membuat suatu keputusan yang menakutkan. Saya takut banyak perkara. Duit salah satunya. Masa keduanya. Takdir ketiganya. Haih.. betul ke keputusan saya ni? Mungkin saya patut tarik diri?

Ketiga.. saya hampir tertangkap atas keputusan saya tadi. Orang bersalah memang akan rasa takut tanpa sebab. HAHA. :D

Keempat, saya..

Okay, saya patut hentikan entry ini. Lagi banyak saya cakap, lagi berdebar saya dibuatnya. Lagi banyak saya tulis, saya mungkin akan membuka rahsia diri. Cukup!

Sekian..

Regards,

~Ha~

Next page

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.