• About Me

The Traveler..

~ Ordinary person.. who accidentally doing something out of her mind..

The Traveler..

Monthly Archives: June 2014

@Me: Hari Pertama Ramadhan 1435H.

29 Sunday Jun 2014

Posted by talk2ha in Me

≈ Leave a comment

Salam kawan-kawan,

Wah rajin sungguh daku meng-update blog. 3 hari berturut-turut. Takpe, layankan jelah tengah rajin tu. Kang dah datang sifat malas tu, berminggu-minggu blog ni sepi je.

Anyway, macam mana puasa pada hari pertama? Seriously saya tak larat. HAHAHA. Walaupun katanya dah berpuluh tahun pengalaman berpuasa selama sebulan atau kurang sikit, tapi hari pertama memang cabaran dia lain macam sikit. Belum apa-apa, tengah hari saya dah diserang gastrik. So dok tergolek-golek lah di atas katil menahan sakit. Buka? Oh memang tak lah. Itu cabaran sikit je. Kalau tak puasa pun, memang selalu jugak sakit perut.

Cabaran kedua, saya dah beberapa kali tersasul cakap lapar. HAHAHA. Maaflah. Habit suka mengeluh tu, kalau dibiarkan memang akan tercakap-cakap walaupun cuba menahan. In fact, masa tidur tengahari tadi pun saya siap mimpi nak makan. Dang! Apakah ko Ha? Dah macam budak-budak. Itulah.. sangat penting sebenarnya kita buat sedikit persediaan masa bulan Syaaban. Patutnya masa Syaaban hari tu, saya ada puasa sikit-sikit. Tapi oleh sebab sibuk penumpukan perhatian pada training gunung, semua puasa sunat saya tinggal dekat 3 bulan. Jadi walaupun dah balik dari Semeru, saya tak dapat nak puasa sunat jugak sebab saya ada baca kalau kita tak amalkan puasa sunat, selepas 15 Syaaban tak boleh puasa sunat dah kecuali puasa ganti. Okay.. yang ni sebenarnya takde lah dengar nas yang betul-betul, cuma disampaikan dari kawan-kawan. Jadi sure lah maksud tak boleh memang tak boleh, atau cuma tak digalakkan. Tapi memang kesimpulannya, saya memilih untuk tak puasa. Nanti saya cari-cari betul ke tak info tu.

So apa korang buat sepanjang hari Ahad ni?

Saya? Selain menidurkan diri, mengaji sikit-sikit dan baca buku-buku amalan *kantoi baru nak baca*, saya pergi update gambar kat IG. Seriously, walaupun suka ambil gambar dan gambar selalu penuhkan memory phone, tapi jarang sungguh update IG. Pemalas gila. Jadi gambar dalam IG tu pun tah berapa bulan lepas punya gambar. Okay tadi baru update 1. Baru satu je sebenarnya kecoh macam dah update 10. Ahaks. Yelah, nanti saya update lagi. In the process editing skit.

Okaylah, selain tu, saya sibuk baca blog. Try jugak usha-usha baju raya bawah seratus secara online tapi susah la nak jumpa. Ade la jumpa satu dua. Tapi out of stock la pulak. Takpun saya yang tak berkeyakinan nak beli. Saya bukanlah manusia yang suka shopping online. Saya suka nak rasa-rasa, pegang-pegang, ukur di badan sendiri dulu baru decide nak beli. Kadang-kadang dah elok kat badan pun, saya fikir dulu nak beli ke tak. Membazir ke tak? Keperluan ke kehendak? Tapi ntah kenapa tah, seminggu ni saya dirasuk membeli secara online. Gila sungguh minat yang baru ni.

Okaylah. Ada kerja tak siap lagi ni. Kalau saya tak hantar email hari ni, esok pasti diserang developer. Padahal due date dia Jumaat lepas. HAHAHAHA. Suka hati tak?? 😀

Regards,

~Ha~

@Me: Salam Ramadhan Al Mubarak 1435 Hijrah

28 Saturday Jun 2014

Posted by talk2ha in Me

≈ Leave a comment

Assalamualaikum..

Saya tukar themes. Sebenarnya pakai themse yang dah pernah pakai je. Tapi kali ni agak best sebab wordpress dah upgrade features, dah boleh tukar gambar background, font, palate warna dan sebagainya. So taraaa.. my new blog interface!

*Okay aku baru tau rupanya lepas aku setup-setup cantik-cantik bagai nak rak, aku kene beli dulu to make live. Hampeh! So takde lah background font palet warna dll (T_T)*

Anyway, esok kita dah nak berpuasa. Bersyukurlah kita diberi kesempatan bertemu dengan bulan yang mulia ni. Saya dah try ambil mood siap-siap, dah start baca Al-Quran. Yang sebenarnya, azam tahun ni nak try khatam Al-Quran. Tak pernah berjaya sebelum ni hokay. 😦 Asyik tak lepas je. Jadi tahun ni ingat start awal skit. Maklumlah, masalah hal orang perempuan lagi dah kene tolak berape hari tak boleh mengaji. Tu belum lagi masalah diri sendiri yang susah nak istiqamah.

Bila nak dekat bulan Ramadhan ni, banyak la ceramah dan kuliah agama pasal persediaan nak menyambut Ramadhan. Well, tiap-tiap tahun pun dengar benda yang sama. Tapi saya rasa isu dia sekarang bukan lagi bagaimana nak sambut Ramadhan tu. Tapi macam mana nak maintain momentum tu. Kau tahulah kan, awal Ramadhan okay.. tengah Ramadhan so-so, akhir Ramadhan KO. Kadang-kadang, dah cuba ni nak maintain momentum.. alih-alih banyak pulak urusan duniawi yang tak berkesudahan. Jemputan berbuka puasa la *eh aku tak pernah dapat jemputan pun, bajet selebriti pulak.. HEH*, gathering buka puasa la, buat kuih la *bajet gadis-gadis sangat, padahal masak pun tak reti* balik kampung la, malas la.. okay malas bukan urusan duniawi, tu urusan hati!

Urusan tu tak salah sebenarnya, tapi biasalah, manusia ni, takde syaitan pun, kalah dengan nafsu jugak. Alasan je benda-benda tu, sebenarnya memang pun ade rasa malas nak buat ibadah. Itu belum lagi tabiat-tabiat buruk yang susah betul nak buang.

Jadi apa nak buat bila kita jadi hilang momentum?

Saya dah dengar beberapa ustaz cakap. Us. Zaharuddin cakap, IM Asyraf cakap, Us Harryanto cakap.. kita kena fokus. Fokus pada matlamat. Fokus apa yang kita cari dalam Ramadhan ni. Kalau sekadar kata.. Ramadhan datang maknanya kita kena puasa lah. Maka, lapar dan dahaga jelah yang kita dapat. Kalau matlamat kita nak complete solat terawih 30 hari, insya-Allah dapatlah kot puasa 30 hari, kalau Allah nak bagi. Kalau fokus nak baca Al-Quran, insya-Allah khatam la al-Quran tu. Ameen..!

Tapi sebaik-baik matlamat adalah memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan. Oh kene tambah lagi matlamat tu. Demi mendapat keredhaan Allah. Yang tu baru betul! Don’t limit yourselves with one ibadah. Kerja pun ibadah tau. Provided ko kerja betul-betul lah kan. And niat tu kene betul lah jugak.

tarikh-bulan-puasa-2014-3

Fokus tau fokus. Agak-agak dah macam culas tu.. rasa macam program tv tu macam best je.. cepat-cepat ingat, fokus matlamat saya dalam bulan Ramadhan ni adalah…

Cakap macam ustazah pilihan pulak. HAHAHA. Sebenarnya tengah nasihat diri sendiri ni. Banyak sungguh kelemahan saya nak kene saya perbaiki. Kalau yang belajar tu, mungkin okay juga sebab boleh dapat support system dari kawan-kawan, provided kawan-kawan tu okay la. Yang duduk dengan family pun okay jugak sebab ada family tolong tengok-tengok kan. Tapi dah duduk sorang-sorang kat KL ni, memang susah jugaklah. Takde sape nak tolong dan bantu. Kene ada power inner strength tuh.

Okaylah.. sampai sini dulu. Oh, jangan lupa pergi baca buku amalan-amalan di bulan Ramadhan. Walaupun dah pernah buat, mesti dah lupa tu. Setahun dah kot tinggal. Sampai sini dulu, daa..

Regards,

~Ha~

@Me: Semeru Trip, Thousand of Emotions..

27 Friday Jun 2014

Posted by talk2ha in Me, Thought

≈ Leave a comment

I’m back, save and sound, Alhamdulillah!

However, this time, the event bring a lot of emotion to me, more than expected. I had a mixture feeling, from happy to sad, to feel hopeless, then feel submit fully to Allah caused no one else I can turn to, to feel disappointed, then the need to be patient, to feel mesmerize and wonder with the mother nature, to feel angry and to feel grieving, then to feel guilty for making other sad, oh my.. that’s a lot to tell!

And for the first time, I didn’t reach summit. So no conquer for peak of Semeru. Now I know the feeling of being a loser. The loser that I choose. I just went there half way. No, the feeling is not fun at all, especially when people discussing the matter and you felt left behind.

It started with when I had an anxiety attack for not preparing well for this trip. Yes, lately I easily get heart palpitation, and it getting worst when I realize I’m not prepared…

*****

Okay.. yang atas tu ayat 2 minggu lepas, 2 hari selepas aku tiba di Malaysia, masa tu emosi berkecamuk lagi. HAHA. Tapi ayat tu terhenti kat situ sebab bersusah payah pikir ayat bombastic nak tulis, supaya semua boleh menyelami apa yang aku rasa. Tapi oleh sebab terlalu lama sangat berfikir, plus emosi pun dah tak berkecamuk mana, langsung dah tak tahu macam mana nak continue ayat tu. (T_T)

The truth is, aku tensen juga dengan diri ni sebab selalu je tak jumpa mood nak tulis blog. Dalam dada ni membuak-buak hokay nak cerita macam-macam. Kalau sambil drive or tengah temenung ke or makan ke dan sebagainya, wah bukan main dalam otak ni pikir nak karang macam-macam, nak cerita itu ini, padahal bila dah depan pc ni, hampeh, habuk pun takde!

Lepas tu pergi meroyan, sebab kononnya blog dah lama berhabuk dan ade sawang dah, sebab lama sangat tak update. Lalu terus menggunakan kata ganti ‘aku’ sebab kononnya tengah meroyan. *Macam-macam  hal la ko neh Ha!*

Anyway.. aku try sambung jugak entri ni sampai habis.. menggunakan sisa idea dan tenaga yang tinggal. Teeheehe.. 😀

*****

Sesungguhnya memang betul ini adalah perjalanan dan pengalaman yang sarat dengn emosi. *Dah aku rasa macam tulis novel la pulak. Skema sungguh* Tapi nak buat macam mana, ini adalah jalan saya pilih. Bak kata pepatah orang sekarang, bersedia atau tidak, kita tempuh sajalah dinding itu.

Di setiap trip, heart palpitation tu memang wajib. It’s always getting worst sampai mengigau tengah malam dan berdebar tak tentu pasal. Sambil duduk-duduk makan nasi pun tiba-tiba boleh mendapat palpitation. Sebab tu secara tak langsung saya juga mensusut secara tiba-tiba. Ehem.. boleh percaya ke? Percaya tak percaya, memang pun telah menimbulkan kesedaran orang lain juga lah.

Cuma, on this trip, kerisauan tu berlebihan, sebab banyak perkara yang tak jelas. Baiklah, saya memang seorang yang sangat sukar dipuaskan hati. Saya mahu itinerary yang lengkap dan gambaran yang sangat jelas. Sebab tu saya memang selalu ada banyak soalan. Saya suka trip Rinjani yang sangat lengkap itinerary-nya. Malah sampai ke tahap, trail yang dilalui dan jenis-jenis training yang perlu dilakukan.

Tapi dipendekkan cerita, no one can feed me the details. Usah diungkit perkara yang lepas, kalau ia bakal mengundang cerita yang tidak baik. Makanya, bila kemahuan saya tak dipenuhi, saya pun runsing seorang diri, sehingga sumpah saya dah pun menangis sebab risau! Saya memang suka menangis masa kecik-kecik dulu. *Tiba-tiba*

Apa lagi yang saya rasa. Oh sudah tentulah mesmerize dengan ciptaan Allah. Subhanallah, tersangat-sangat sangat sangat *berapa banyak sangat daa* lah cantiknya!! Segala perasaan tak okay sebelum tu memang terus lupa tengok keindahan alam. Muka buminya. Langitnya. Pokok-pokok dan bunganya. Gunung-ganang. No word can describe the bless I feel. Macam syurga dunia. Plus cuaca pun tak panas sangat.

Saya juga ada rasa kecewa dengan accommodation trip kali ni except apabila tidur dalam khemah. Dah la saya ni penggeli kan. HAHA. Tapi takpelah, nasib baik baru lepas dengar usrah. Terus insaf. Sedangkan para nabi dan perempuan-perempuan solehah diuji lebih dasyat dari ini, apa sangatlah ujian yang diberikan pada kami ni. Sunnah orang bermusafir, Allah akan menguji di jalanan. Sebab tu doa orang musafir mustajab.

Feel hopeless. Seperti biasa, saya kan mendaki seperti kura-kura. Nak-nak pulak di waktu pagi. Takde semput pun tetiba ada pulak.  Heh. Jadi berjalanlah saya perlahan-lahan mengikut keupayaan sendiri. Bila berjalan berseorangan ditengah-tengah pagi yang hening tu, saya pun asyik jelah menoleh ke belakang. Nasib baiklah ada kawan saya seorang lagi dan juga guide. Kepada mereka sajalah sandarkan harapan melihat-lihat saya dari jauh. Gayat-gayat pun, ku gigih juga sebab kononnya ada orang di belakang. Tapi bila saya mula mendaki track gunung berapi, tiba-tiba saya lihat dah tiada cahaya lampu di belakang. Ingatkan mata dah kelabu tak nampak cahaya. Rupanya, memang diorang berdua dah patah balik.

Masa tu memang dah cuak gila. Nak terus ke nak patah balik jugak? Awal lagi nak mengalah, tapi bolehkah saya mendaki sorang-sorang. Perlahan-lahan, saya cuba juga mendaki, berharap dapat mengejar orang depan yang memang jauh gila, yang sah-sah memang bukan kawan-kawan saya pulak tu. Masa tu hanya Allah saja yang tahu perasaan saya. Sungguh saya sangat takut. Rasa sangat berseorangan. Rasa kalau ada apa-apa jadi pada saya tiada siapa yang tahu sebab saya jauh dengan orang depan, dan tiada siapa di belakang saya. Maka, dalam titisan air mata terus saya berdoa “Ya Allah, tolong jaga aku ketika ini, sebab tiada siapa lagi yang boleh ku harapkan melainkan Engkau”. Ini bukan lagi masalah mendaki berseorangan diwaktu gelap saja, tapi juga masalah cuba mengatasi perasaan takut tinggi dan bahaya terjatuh dalam keadaan muka bumi 40 darjah. Memang waktu tu, saya menyerah diri secara total kepada Allah.

Saya mengalah juga akhirnya, yang kemudiannya membuatkan saya sedikit menyesal selepas tu. Tapi ntahlah, saya memang macam ada instinct yang pendakian tu walaupun tinggal separuh, bukanlah mudah sangat. Tapi rasa menyesal tu sebab tiba-tiba je gambar saya tiada. Ini pertama kali tak sampai summit jadi perasaan tu memang tak best langsung.

Bila dah penat, emosi pun tak stabil. Mulalah nak marah saja kerjanya. Lepas tu ada pulak yang tukang kasi panas hati ni. Dalam saya dok bersabar-sabar tu, terlepas juga. Lepas tu ada pulak yang simpan di dalam hati. Kan dah pesan jangan simpan jarum di dalam peti? HAHAH. Tapi itulah. Kadang-kadang, memanglah terlintas di fikiran, “Apsal aku je kena bersabar dan jaga hati semua orang. Orang lain buat darah aku meyirap aku bersabar je. Bila time aku, amboi bukan main nak sentap simpan dalam hati lama-lama pulak!”

Hokay kawan-kawan, itu nama dia bisikan syaitan ye kawan-kawan. Jangan terpedaya. Jangan buat macam tu. Orang terbuat kat kau, kau buat-buat lupa je. Maafkan jelah kesalahan orang. Tapi kalau kau buat salah kat orang wajiblah kau minta maaf. Bagi saya ada hikmah setiap yang berlaku. Seriously banyak hikmahnya. Tapi takdelah saya pun suka benda ni berlaku. Tak suka hokay. *Kau tau tak aku takleh tidur seminggu pikir pasal benda ni! Sambil drive sambil mandi pun aku pikir*

Baiklah. Banyak lagi emosi yang saya alami kat sana. Tapi saya dah malas, tak sabar nak post dah ni. Kalau semangat sangat nak tulis macam-macam, last-last masuk draft lagi entri ni. Cukup cukup sudah.. cukup sampai di sini saja.. Okay stop.

Ni mungkin pendedahan emosi paling daring pernah saya buat. *masalahnya daring ke??* Takpelah, sekali sekala bercerita. Tak. Yang sebenarnya saya dah terpengaruh dengan banyak blogger yang selamba. Gila selamba sampai ade sesetengah tu saya sampai ketawa berdekah-dekah baca entri diorang. *Tak sangka aku rupanya Fatin Liyana tu kelakar gila. Ingat kan girlish girlish sopan santun amalan mulia. Apsal la aku tak baca dari dulu* Then saya inspired juga dengan perempuan kental macam backpacker busuk. Okay.. banyak lagi contoh blogger tapi cukuplah dua tu.

*Nak link blog diorg? Pegi google sendiri..*

Regards,
~Ha~

@Me: Off To Semeru.. Waaa.. :((

06 Friday Jun 2014

Posted by talk2ha in Me

≈ 2 Comments

Salam..

Rasanya, tak sempat nak habiskan cerita Trip Rinjani sebab next week dah nak off to Semeru. Tulah.. tangguh-tangguh lagi. Kalau bersungguh-sungguh, boleh je sebenarnya. Tapi takpelah. Lagi dua hari punya cerita tu, tidaklah se-thrill mane sebab saya tak buat apa-apa aktiviti pun. Orang lain panjat Gunung Batur pun saya duduk diam-diam dalam van sebab kaki dah sakit. Then di Bali pun memang takde aktiviti lasak melainkan aktiviti merayap saje. Insya Allah balik nanti saya sambung cerita.

Next week ni, Trip Semeru pulak. Hailaah.. nervous ni sebab tak training sangat. 😦 Macamanalah keadaannya. Kalau dulu, dekat-dekat nak pergi lagi banyak training naik gunung, kali ni sebulan lebih kurang sekali je. Walaupun start dari awal tahun, tapi stamina tu tak consistent jadi susah nak dijangka keadaannya.

2009-07-11-Hiking...Kinda_

Jangan aku jadi macam kartun ni.. HAHAHA.. 😀

Dengan keadaan saya yang banyak habiskan masa di rumah makciknya, rumah sewa yang separa ready nak didudukinya (bilik saya je sebenarnya), dan barang-barang outdoor yang lintang-pukang kat mana-mana ntah laginya, weekend ni pasti saya ter-sangattt laa sibuknya. Mencari barang yang ‘hilang’ dalam simpanannya, membeli barang-barang barunya.. Hohooo.. bertabahlah!! Janganlah sampai ada tercicir barang dan terlupa bawak barang.. atau terbawa barang yang tak perlu. Huhuu..

3579: cat backpack

Itu belum lagi mendapat berita yang tak disangka-sangka. Nak tahu apa?

Ada pendaki baru hilang di Semeru 4hb lepas. Haaa.. bacalah ini. Maaf bacaan dalam bahasa Indonesia. Tak jumpa pulak news dalam bahasa Inggeris. Yang paling tragisnya, pihak perhutanan sana dah menutup laluan ke puncak dalam usaha mencari mangsa. Kuang kuang kuang..

Tapi dengarnya, dah jumpa jejak. Baca ini. Harap semuanya baik-baik sajalah. Semoga pendaki tersebut dijumpa dalam keadaan selamat. Insya Allah.. rasanya tak jatuh, cuma mungkin turun arah yang salah saja sebab dia turun sorang-sorang.

Doakan saya  semoga selamat pergi dah pulang!

Sampai sini dulu. Daaa..

Regards,

~Ha~

@Outdoor: Rinjani’s Trip, ke Gili Terawangan kita..

06 Friday Jun 2014

Posted by talk2ha in Outdoors

≈ 2 Comments

Tags

hiking, indonesia, Lombok, Mt. Rinjani, Rinjani's Trip

11 May 2013 (Saturday)

Bangun, breakfast, lepas tu gerak mandi air terjun pulak, dan main air!

Puncak Rinjani lebih jelas di sebelah pagi..

Puncak Rinjani lebih jelas di sebelah pagi..

matahari pagi..

matahari pagi..

makan time..

makan time..

2013-05-11 06.45.04

pemandangan yang cantik ni diambil dari atas bumbung.. hahah.. :D

pemandangan yang cantik sbnrnya diambil dari atas bumbung.. hahah.. 😀

Seperti biasa di Indonesia.. kebersepahan anjing, dah macam kucing..

Seperti biasa di Indonesia.. kebersepahan anjing, walaupun jinak katanya, kami agak kecuakkan nak lalu tepi dia..

Subhanallah.. pemandangan yang cantik..

Subhanallah.. pemandangan yang cantik!

Menggerak ke air terjun Tiu Kalep

Menggerak ke air terjun Tiu Kalep

2013-05-11 07.32.172013-05-11 08.16.252013-05-11 08.18.50

percubaan untuk check in.. dan berjaya! tapi lepas balik KL baru tau dia check in kat situ.. HAHAHA.. :D

percubaan untuk check in.. dan berjaya! tapi lepas balik KL baru tau dia check in kat situ.. HAHAHA.. 😀

2013-05-11 09.44.13

Saya purposely letak gambar ni untuk membahan ketinggian mereka. HAHAH. 😀 Disclaimer: Mereka tidak berpacaran.

Okay, gambar dalam hp saya tak banyak. Jadi nak pergi mencari gambar dari camera lain pulak.

*From Jaiz’s camera

Bergerak secara berjemaah menuju ke air terjun..

Bergerak secara berjemaah menuju ke air terjun..

DSC05743

Dari belakang air terjun ade gua..

Dari belakang air terjun ade gua..

sampai pedih2 mata sebab air terjun tu kuat sangat..

sampai pedih2 mata sebab air terjun tu kuat sangat..

Ni gambar dari Abg Azli, camera jurupatato: sebelum keluar dari Air terjun tu..

Ni gambar dari Abg Azli, camera jurupotato: sebelum keluar dari Air terjun tu..

Lepas air terjun Kiu Kelep, kitorang main tali air pulak..

Lepas air terjun Kiu Kelep, kitorang main tali air pulak..

masuk bawah ni dah gelongsor sampai hujung.. Best sbb current dia laju!

masuk bawah ni dah gelongsor sampai hujung.. Best sbb current dia laju!

Dari atas.. laluan air tu macam ni.. ~photo Abg Azli

Dari atas.. laluan air tu macam ni.. ~photo Abg Azli

Lepas tu.. masuk dalam terowong tali air.. okay memang mcm takde kerja..

Lepas tu.. masuk dalam terowong tali air.. okay memang mcm takde kerja..

Dalam terowong tali air..

Dalam terowong tali air..

DSC05827

sampai hujung..

sampai hujung..

Air terjun sebegini tinggi.. dasar dia tak dalam pun.. in fact cetek paras buku lali je..

Air terjun sebegini tinggi.. dasar dia tak dalam pun.. in fact cetek paras buku lali je..

Dalam 11 lebih, kami pun bergerak keluar dari kawasan perkampungan dan bergerak ke Jeti Gili Terawangan. Bila dah penat, semua pun sibuk membuta dalam perjalanan. Our excuse, nak gain energy balik. HAHA. 😀 So takde gambar sangat sebab tengah sibuk membuta.

*Okay.. officially pasni aku amik gambar dari camera Jaiz je. Bagus Jaiz ni, dia amik banyak gambar yang lengkap untuk penceritaan aku. HAHAH.. 😀 Kalau gambar tu ade tarikh, tu maknanya dari camera Jaiz la tu..

Belum gerak. Semua tgh sibuk melaram dengan glasses masing2.

Belum gerak. Semua tgh sibuk melaram dengan glasses masing2.

Dah gerak.. tapi masa ni fully awake lagi..

Dah gerak.. tapi masa ni semua fully awake lagi..

To be truth, I was not really thrill when it came to sea and island. Usually I don’t choose island and sea related in my vacation list, except if there is other factor involve, contohnya, sebab kawan-kawan. Bukan belagak or because of saya punya kampung kat Pulang Pangkor so saya tak minat laut kat tempat lain. *Haack.. balik kampung pun aku dok diam-diam je kt dalam rumah. May be, laut is not my favour sebab panas kot. Oh dem, masa kat jeti tu pun memang panas. Kitorang sampai terus niat makan aiskrim bila sampai je kat jeti dan nampak motor aiskrim.

Bukti kitorang makan aiskrim lepas tu.. Heh!

Bukti kitorang makan aiskrim lepas tu.. Heh!

Tengoklah betapa panasnya.. berkerut-kerut dahi semua orang

Tengoklah betapa panasnya.. berkerut-kerut dahi semua orang

Tapi Gili Terawangan sumpah cantik ya amat. Lebih cantik dari Bali yang kitorang pergi keesokkan harinya. Oleh sebab jarang vacation kat laut, jadi pengalaman tak banyak, mula-mula tu kurang appreciate, ingat semua laut kat dunia ni sama je. HAHA. Tapi lama-lama, oh my oh my, orang takde pengalaman pun rasa Gili Terawangan ini sangat cantik. Air laut cantik jernih, see through, warna biru dan cakaplah apa lagi kau nak? HAHA. Tapi.. pulau tetap pulau. It extremely hot!! (T_T) ~or at least to me. 😀

Cuaca cerah dan panas..

Cuaca cerah dan panas..

Makanya air laut pun nampak sungguh cantik.. dan biru dia memang lain macam..

Makanya air laut pun nampak sungguh cantik.. dan biru dia memang lain macam..

Let’s check some info.

The largest of the three islands, Gili Trawangan attracts the majority of visitors, it is around thirty minutes boat ride from the northwest mainland of Lombok and regular daily fast boats depart Bali directly to Trawangan island and all boats stop off at Teluk Nare on mainland Lombok as part of the return journey.

The beaches of the Gilis are still powdery white, the water a beautiful clear blue and they are positioned perfectly for sunsets over Bali’s Mt Agung and sunrise over Lombok’s Mt Rinjani. Thirty years ago the Gili islands were uninhabited and only discovered by the seafaring Bugis people from Sulawesi. It was only a matter of time before the more adventurous backpacker types discovered the islands and developed Trawangan into a hippy party paradise destination.

Gili Trawangan now identifies itself as a great holiday destination suitable for families of all ages. Various new hotels, luxury villas, and boutique bungalows now cater to children and offer good value. Some have baby-sitting services, and with lots of activities on the islands families are sure to enjoy their beach holidays to the full.

-Gili paradise-

http://www.gili-paradise.com/gilis-information/about-gili-islands/gili-trawangan/

Cakaplah kalau kau tak terpengaruh lagi! HAHA.

*Gambar from Mira.. yang lain tak sibuk ambil gambar pun.

IMG_1598 IMG_1600 IMG_1601 IMG_1605IMG_1618

Info untuk siapa nak pergi Gili terangwangan ni, Green Cafe ni halal..

Info untuk siapa nak pergi Gili terangwangan ni, Green Cafe ni halal..

Okaylah, kat Gili Terawangan pun acara santai lagi. Sampai, lunch, kemudian letak barang kat chalet. Lepas solat dan rehat lebih kurang, masing-masing pun bertebaranlah ke serata pulau mencari rezeki yang halal. HAHA. Ada yang sewa basikal, tak kurang santai-santai sendiri jalan kaki ambil gambar. Sampai ke malam kitorang bersantai-santai. Memang cantik dan macam tak puas je nak ambil gambar. Bila tengok balik handphone, gambar kat satu-satu tempat tu je sampai berpuluh-puluh (T_T).

2013-05-11 16.46.45 2013-05-11 16.52.32 2013-05-11 16.53.15  2013-05-11 16.54.482013-05-11 16.56.37 2013-05-11 17.00.56 2013-05-11 16.58.56 2013-05-11 17.01.21 2013-05-11 17.20.08

Ni start merenung sunset..

Ni start merenung sunset..

Lama kitorang renung.. gambar pemandangan yang sampai berkeping-keping, tapi takkan nak letak gambar yang sama berpuluh-puluh keping..

Lama kitorang renung.. gambar pemandangan ni je yang sampai berkeping-keping, tapi takkan nak letak gambar yang sama berpuluh-puluh keping..

percubaan selfie.. tapi cuma nampak bayang hitam..

percubaan selfie.. tapi cuma nampak bayang hitam..

Sebenarnya, takdelah gelap sangat keadaan masa tu..

Sebenarnya, takdelah gelap sangat keadaan masa tu..

Diorang siap sediakan tempat duduk untuk tengok sunrise ni..

Diorang siap sediakan tempat duduk untuk tengok sunrise ni..

Bila dah terlalu lama.. mula la start ambil gambar lain jugak.. anak patuh key chin ni pun jadi..

Bila dah terlalu lama.. mula la start ambil gambar lain jugak.. anak patuh key chin ni pun jadi..

2013-05-11 17.49.36 2013-05-11 17.51.12

akhirnya, setelah berpuluh keping gambar.. matahari pun hilang..

akhirnya, setelah berpuluh keping gambar.. matahari pun hilang dari pandangan..

tapi masing2 nak jugak gambar cara lain..

tapi acara ambil gambar tak sudah lagi..

2013-05-11 18.20.042013-05-11 18.21.10

sampai malam baru kitorang pulang.. sebenarnya pulau ni pun cantik waktu malam.. cuma hp ni je tak mampu nak capture cantik2..

sampai malam baru kitorang pulang.. sebenarnya pulau ni pun cantik waktu malam.. cuma hp ni je tak mampu nak capture cantik2..

ade pasar malam..

ade pasar malam..

dan seramai-ramai umat manusia..

dan seramai-ramai umat manusia..

Sekian..

Regards,

~Ha~

@Outdoor: Gunung Rinjani telahku Daki, sekarang Lurah pula Perlu Dituruni..

03 Tuesday Jun 2014

Posted by talk2ha in Outdoors

≈ Leave a comment

Tags

hiking, indonesia, Lombok, Mt. Rinjani, Rinjani's Trip

10 May 2013 (Friday)

Bangun pagi ntah pukul brape ntah. HAHA. The thing is, it became ‘santai’ now since this is the last day we will be in this forest. No need to hurry for summit or to follow tight schedule. So after Subuh, kitorang pun sibuk mengemas barang dan ambil gambar. Lepas sarapan, dalam 7.20 pagi, kami bergerak dari kem site. Sungguh santai, sampai setiap 5 minit kitorang berenti ambil gambar. HAHA.

tasik yang tenang memang confirm tiada buaya.. byk sulfur kot.. kalo ade buaya.. confirm jadi mutan okay stop the comment..

tasik yang tenang memang confirm tiada buaya.. byk sulfur kot so kalo ade buaya confirm jadi mutan okay stop the caption..

mengemas khemah secara santai..

mengemas khemah secara santai..

Siapa kemas khemah awal.. boleh lah buat acara bergambar pula..

Siapa kemas khemah awal.. boleh lah buat acara bergambar pula..

2013-05-10 07.26.59

Danau Segara Anak

Puncak Rinjani dikejauhan..

Puncak Rinjani dikejauhan..

Ada gunung berapi di tengah-tengah tasik..

Ada gunung berapi di tengah-tengah tasik..

2013-05-10 07.45.24

The organizer and guides..

The organizer and guides..

Perjanalanan balik pun bukan calang-calang. Perlu naik turun gunung jua. (T_T) Nasib badanlah. Makanya, berjalanlah perlahan-lahan dengan penuh ketabahan.

Bermulalah perjalanan yang menghazabkan..

Bermulalah perjalanan yang menghazabkan..

Perlahan-lahan meninggalkan Danau Segara Anak..

Perlahan-lahan meninggalkan Danau Segara Anak..

Selamat tinggal Gunung Rinjani..

Selamat tinggal Gunung Rinjani..

Oleh sebab pulang lebih santai.. makanya acara berhenti dan ambil gambar pun lebih banyak..

Oleh sebab pulang lebih santai.. makanya acara berhenti dan ambil gambar pun lebih banyak..

aksi kontrovesi.. HAHAHA.. :D

aksi kontrovesi.. HAHAHA.. 😀

Laluan masih lagi mengerikan..

Laluan masih lagi mengerikan..

semakin jauh..

semakin jauh..

Besi tu bukannya kuat.. so tak boleh bergantung sangat..

Besi tu bukannya kuat.. so kena berhati2 dan tak boleh bergantung sangat..

Finnaly we arrive at check point to have some rest.. and to take more pictures.. ahaks!

Finally we arrive at check point to have some rest.. and to take more pictures.. ahaks!

Ni last check point yang boleh ambil gambar berlatar belakangkan tasik dan gunung. Jadi setiap kamera ade berpuluh-puluh keping gambar kat kawasan ni. Saya pun sampai pening nak pilih gambar mana nak letak. Tapi cuba tengok gambar mamat ni. Saya rasa aksi dia paling epik. HAHAHA.

Macam-macam hal..

Macam-macam gaya..

Tapi epik paling terbaik.. kah kah kah.. :D

Tapi ni gambar paling terbaik.. kah kah kah.. 😀

Dan yang lain-lain..

Dan yang lain-lain tak melepaskan peluang..

kakak ni memang payah nak ambil gambar.. so I'm trying to get her pic with beautiful shot.. or that's what I think beautiful shot.. ahaks..

kakak ni memang payah gila nak ambil gambar.. so I’m trying my best to get her pic with beautiful shot.. or that’s what I think beautiful shot.. ahaks..

2013-05-10 10.48.392013-05-10 10.48.512013-05-10 10.49.022013-05-10 10.54.222013-05-10 10.40.54-12013-05-10 10.41.392013-05-10 10.48.35

cukup lah sekadar itu.. ini pun memang dh bertapis dari camera saya.. bayangkanlah kalau saya ambil dari camera orang lain jugak..

cukup lah sekadar itu.. ini pun memang dh bertapis dari camera saya.. bayangkanlah kalau saya ambil dari camera orang lain jugak..

Lepas check point ni, dah tiada memanjat dan trek semakin menurun menuju ke kawasan hutan dan dah mula jumpa pokok-pokok besar.

Jalan menurun dan berkabus..

Jalan menurun dan berkabus..

2013-05-10 11.39.022013-05-10 11.40.12

bila tengok-tengok balik gambar, saya tak paham sampai kenapa kitorang yang ada kat situ pergi ambil gambar kt bwh pokok ni.. ade berkeping gambar kt bwh pokok ni.. padahal nothing special pun.. haih..

bila tengok-tengok balik gambar, saya tak paham sampai kenapa kitorang yang ada kat situ pergi ambil gambar kt bwh pokok ni.. ade berkeping2 gambar kt bwh pokok ni.. padahal nothing special pun.. haihh..

ntah buah apa kitorang jumpa.. mcm buah ceri je..

ntah buah apa kitorang jumpa.. mcm buah ceri je..

2013-05-10 12.04.12

check point seterusnya.. berehat sambil minum air panas..

2013-05-10 12.04.29

Makin lama, track macam hutan Malaysia. Pokok tinggi-tinggi dan redup, dan track dah macam tangga. Inilah masa kita berlari. HAHA. Memang terkejut guide tengok semua. Yang memang dah laju tu memang tahulah turun pun laju. Ni yang slow macam kura-kura masa naik pun, turun laju kemain. Haih.. lain macam skit semangat turun ni.

Gambar-gambar bawah ni semua dari camera orang lain. Saya tak sempat nak ambil gambar. Sempat pose kat camera orang lain je.

Lebih kurang macam nilah trek yg mcm hutang malaysia tu..

Lebih kurang macam nilah trek yg mcm hutang malaysia tu..

DSC05628

masa ni berenti sebab sekejap sebab dah hujan..

masa ni berenti sebab sekejap sebab dah hujan..

Boleh tahan lebat hujan dia..

Boleh tahan lebat hujan dia..

Ni pun berenti sekali lagi.. sebab guide suruh berenti..

Ni pun berenti sekali lagi.. sebab guide suruh berenti..

dah suruh berenti.. berenti jelah di mana-mana yang sempat..

dah suruh berenti.. berenti jelah di mana-mana yang sempat..

*Credit pictures to Jaiz.

Akhirnya sampai di pintu keluar Taman National Gunung Rinjani. Pose pelbagai gaya dari para peserta.. HAHA.

2013-05-10 15.50.36-2DSC056512013-05-10 16.05.43DSC05664

Lepas rehat dan tunggu semua ahli kumpulan sampai, barulah kitorang bergerak masuk kawasan kampung. Then gerak ke homestay/guesshouse yang dah dibook.

Gunung Rinjani dari jauh..

Gunung Rinjani dari homestay..

Malam acara santai. Lepas dinner, aktiviti bersembang sekejap. Tapi yang sebenarnya, semua dah tak sabar nak mengemas beg dan charge hp and power bank. Kelakarnya, malam tu dekat berape kali black out, kitorang syak penggunaan kapasiti elektirik yang melapaui batas. HAHAH. Tapi, saya macam rasa ada kena-mengena dengan water heater yang saya tengah guna tu jugak. Asal on je terus black out. HAHA. *Tapi aku senyap-senyap jelah. Keh keh keh. 😛

2013-05-10 20.15.542013-05-10 20.16.032013-05-10 20.16.10

*Habis dah cerita mendaki dan menuruni Rinjani.. tapi trip ni tak habis cerita lagi. Ade 3 hari lagi kitorang spend kat Indonesia. Nanti sambung. Lega weh.. mane tak nya, tak sampai seminggu lagi nak pegi Semeru, cerita Rinjani ni tak habis-habis lagi. Hailaa.. Takpe. Esok try continue sampai habis. Pilih gambar la sebenarnya yang paling penat. Heh! 😀

Regards,

~Ha~

Subscribe

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)

Archives

  • January 2021
  • January 2020
  • November 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • January 2018
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • October 2016
  • June 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • September 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • February 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • November 2012
  • October 2012
  • September 2012
  • August 2012
  • July 2012
  • June 2012
  • May 2012
  • April 2012
  • March 2012
  • February 2012
  • January 2012
  • December 2011
  • November 2011
  • October 2011
  • September 2011
  • August 2011
  • July 2011
  • June 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • March 2011
  • February 2011
  • January 2011
  • December 2010
  • November 2010
  • October 2010
  • September 2010
  • August 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • November 2009
  • October 2009
  • September 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009

Categories

  • Deco
  • Event
  • Experience
  • Family
  • Food
  • Friends
  • Gadgets
  • Journey
  • Me
  • Movie
  • Outdoors
  • Promotion
  • Review
  • Thought
  • Travel
  • Uncategorized
  • Video
  • Work

Meta

  • Register
  • Log in

Blog at WordPress.com.

Cancel
Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy