• About Me

The Traveler..

~ Ordinary person.. who accidentally doing something out of her mind..

The Traveler..

Category Archives: Food

@ME: Misi lama dimulakan kembali..

07 Wednesday May 2014

Posted by talk2ha in Food, Me

≈ Leave a comment

Setelah hampir sebulan lebih bergumbira makan sesuka hati diet sesuka hati dan belanja sesuka hati, minggu ni nak start balik diet yang seimbang. Belum secara drastik pun. Sekadar mengawal pemakanan je. Tapi haih.. memulakan diet yang seimbang adalah sangat susah! (TT_TT)

Dan paling amazing, badan dan otak saya memang genius craving benda-benda yang bukan saja tak susuai dengan diet, malah teramatlah mahal. Ppfffttt. Lain kali, kau layankan lagi keinginan yang bukan-bukan. Sekarang ni hambik nak kena tren balik badan terima dan makan seadanya.

Dan saya pun ada masalah dengan everyday meals sebab currently I’m staying with my Maklang in Kajang. No specific reason. Saje nak duduk Kajang sebab pening tengok rumah yang bersepah tu. HAHA. Boleh?? 😀 Maafkanlah manusia pemalas dan terlalu bercita-cita tinggi ni. Nak duduk rumah yang lepas kemas bersih cantik-cantik segala. So, nak tunggu semua siap, memang lamalah saya duduk Kajang ni. 😉

Anyway, nak cakap, bila duduk Kajang, lagi susah lah nak diet. My cousin cooks everyday for one thing. Jadi balik kerja dah ade dinner dah ready. Satu lagi, saya berselera makan kalau ada orang. Kalau kat rumah sendiri, saya boleh je skip dinner sebab takde orang, so takde mood nak makan. Kalau dah lapar sangat pun, I settle myself dengan 2 keping roti bakar je. Or ramen. Tee Hee.. 😀

kenangan suatu ketika dulu.. slurrpp..

kenangan suatu ketika dulu.. slurrpp..

Memang takde cara lain, saya kena kurangkan potion makan sajalah. Nak tolak dinner lagi mencabar. Kita buat yang senang-senang dulu. 😛

Sekarang ni pulak, tekak ni suka meminta yang bukan-bukan. Ais krim milk shake lah, ice latte lah, macam-macam lah. Last ari tu, tiba-tiba je teringin nak makan boost juice. Mengada sungguh. So far, tak layan kan sangat lagi tekak ni. Sebab dah start diet kot. Dah tu, ais lah pulak tu. Iskh iskh iskh.. Nasib baik dia takde buat teringin nak makan fast food.

brmilkshake IMG_20140422_010421 IMG_20131020_221723Boost-Juice-Bars-2-Low-Fat-Smoothies-OR-Crushes-for-RM11-instead-of-RM22-deals-navigator-malaysia-deal-bulk-purchase-like-groupon-malaysia

Melampau tak keinginan..

Melampau tak keinginan??

Regards,

~Ha~

@Me: At least I try to cook.. ;)

16 Sunday Mar 2014

Posted by talk2ha in Food, Me

≈ Leave a comment

Remember my azam about how I plan to cook for my diet?

So I already done that for a few month. My comment.. not bad for someone who don’t know how to cook.

I cook almost every day, as I bring food to work. Before I went to bed, I cook the food for tomorrow, if the cook takes longer time. If it’s just plain simple, then I just prepare the ingredient in the night, and cook in the morning.

What do I cook?

For someone who is so armature about cooking, I just done with simple recipe. And thank God, I found the special blender, that make my diet easier. So I save up the blend thing in the morning for breakfast. Usually I make banana smoothies for my breakfast.

shake-n-take-mini-juice-blender-2-travel-bottles-goldenvally-1309-01-GoldenVally@2

So I just need to cook for lunch. I choose very very simple recipe, that include sandwich, porridge, or fried rice, or just plain rice with sardin or some fried vegi with egg. If I’m a bit rajin, then I cook mix vegi soup with chicken to eat with rice. Otherwise, I would like to make it 1 dish only. Do not want to bring a lot of container for food to work.

During weekend, if I don’t go out, I satisfy myself with just sandwich.

2014-01-17 09.16.24

ni pun dah kenyang..

How it taste?

Not bad! But not that good either. HAHA. That’s why I never cook to others. As I always said friend, “I just cook to continue living..” HAHAH. Speaking like I’ve been trapped in the jungle. 😀

How about the saving up?

I’m not sure I save a lot yet, since my account book missing, and I already lost track how much I spend for groceries in a month. And since I find smoothies recipe in the internet, it tend to choose the expensive ingredient, like grape, strawberry etc. I even bought avocado to try. So no, I don’t think I save up a lot.

But I’m satisfied. At least, I eat less fast food, and eat more raw and healthy ingredient. I try to cut more process food in my recipe. So no hotdog, no nudget, no much process food. And right now, I just want to enjoy the cooking part. Later, I will try to cut cost and think how I can save money.

But sorry people, no picture available. Because when I cook in the morning, I’m chasing the time too, to go to work. And of course, I always late. 😛 Thank God I work at site. May be I have 1 smoothies picture that I took, to show to my whatsapp group. But that’s all.

PicsArt_1394901302972

Don’t you find this yummy or werkk.. hehehe.. 😀

Okay, now I found 2 more pictures that I send to friend in the whatsapp. Just realize that I share a lot of thing with them. Haih.. open up too much.

podridge..

podridge..

ni time tgh rajin ni.. sandwich pun buat jugak..

ni time tgh rajin ni.. sandwich pun buat jugak..

So to folks out there, if you wanna save your money by cooking, but always give excuse for not knowing how to cook, my advice is, just try first! And don’t try extravaganza recipe. Just try simple recipe. And please select recipe that use 2 or 3 ingredients only. You still don’t how to measure the ingredients yet.

Otherwise, you will end up like me, preparing for like 5 people, while actually it’s just only for me. (-_-“)

Note: While I preparing list for groceries this morning, I put something rare in the list..

item no 9 tu agak-agak bleh jumpa kt supermarket tak.. :P

item no 9 tu agak-agak bleh jumpa kt supermarket tak.. 😛

Regards,

~Ha~

@Me: Program Diet Bermula

06 Wednesday Nov 2013

Posted by talk2ha in Food, Me

≈ Leave a comment

image

Tak sempat nak tunjuk gambar sandwich, dah selamat masuk dalam perut dah. Tinggal plastik cover je kat situ. Heh.

Itu orange juice beli semalam, atas dasar botol dia yang cantik, boleh? HAHA. Tapi lepas tu baca, ‘no addedd sugar, no preservatives’, fikir bagus jugaklah. Tapi rasa dia ade pahit dan masam. Manis pun ada la jugak. Diorang ni blend skali dengan kulit-kulit ke?

Tiba-tiba teringat masa kat Korea dulu. Juice buah dalam botol semua kurang rasa manis.. walaupun jenama tu sama je macam kat Malaysia. Okay, nampak sangat orang Malaysia suka minum n makan benda manis. Dalam gulai pun letak gula. 😛

Cukuplah setakat ini. Entri ini ditulis dari dalam handphone. Canggih teknologi sekarang. Tu pun dok bagi alasan tak nak update blog lagi. HAHA. 😀

Regards,

~Ha~

@Me: Azam Tahun Baru – 1435 Hijrah

05 Tuesday Nov 2013

Posted by talk2ha in Food, Me

≈ Leave a comment

Rumah / Bilik

Saya bergelandangan sejak projek di Putrajaya. Eh. Bergelandangan tu dah jadi perkataan biasa. Apa kata kita luar biasa kan sikit. Saya pengembaran jalanan. Wah kau. Macam lah pergi mengembara ke serata dunia. Padahal pergi mengembara dalam Klang Valley saja. 😀

Mula-mula tu memang seronok. Okay. Siapa tak faham boleh duduk diam-diam. Saya tahu tak semua orang faham. Apa seronoknya pergi duduk rumah orang. Kena angkut baju dan segala keperluan. Lepas tu ada saja barang yang tak cukup sebab tertinggal di rumah. Lepas tu barang-barang senang ‘lost’ sebab tak pasti ada di mana. Lepas tu.. okay cukup! Dah faham memang tak seronok.

Tapi yang seronoknya, saya boleh laluan kehidupan yang lain. Wah kau, lain manalah sangat. Tahukan kehidupan ni kalau dilalui rutin yang sama setiap hari, ia akan menjana kehidupan yang sangat bosan. Jadi bila ada sesuatu yang ‘lain’ berlaku, kehidupan menjadi sedikit lain dan.. mungkin seronok. Lagi pun, di rumah makcik saya tu, ada ramai orang. Maka kehidupan pun menjadi meriah.

Tapi lama-lama, saya mula merindui balik katil dan almari IKEA ku. Apakah kau pergi beli mahal-mahal tapi tak guna? Jadi rasanya, setelah beberapa bulan ‘lari dari rumah’ (atau dah hampir setahun? HOHO), marilah kita pulang ke pangkal jalan. Kesian bilik ku itu. Dah cat cantik-cantik warna biru, tapi tuan dia tak ada pulak tinggal kat situ. Meja study ni pun dah lama tak berkemas. Penuh dengan majalah. Rak yang sepatutnya saya sangkut di dinding pun tak pasang-pasang lagi. Dan paling penting, boleh kembali ke kehidupan asal.

kebersepahan.. betul-betul ada ruang untuk letak laptop je!

kebersepahan.. betul-betul ada ruang untuk letak laptop je!

Kerja

Kami telah bertukar bos awal tahun ni. Seseorang yang dikenali. Tapi takda lah kenal sangat. Perasaan adalah default. Sebab bukan suka sangat dengan bos lama. Dan walaupun kenal secara baik dengan bos baru, tapi masih belum kenal hati budi lagi. Jadi perasaan adalah di paras biasa-biasa saja.

Kalau dulu bos lama, sentiasa cuba letakkan sempadan. Walaupun encik bos sibuk je nak join perbincangan kami. Pertama kerana dia lelaki. Oh lelaki mana boleh masuk dalam acara bincang perempuan. Memang tak akan in. Kedua, kerana pengalaman bergaduh yang lepas, susah pula nak ‘baik-baik’ sangat macam kawan dah. Ketiga, saya pernah baca yang kita tak boleh berkongsi banyak perkara peribadi dengan bos. Takut nanti ada ‘conflict of interest‘ dan mungkin akan mengganggu privasi plak.

Tapi rupanya kami tak perasan yang kami sebenarnya bukan letakkan sempadan sangat pun. Walaupun taknak share dan kononnya nak skema-skema, tapi tak skema pun sebenarnya.

Jadi bila dengan bos baru, baru perasan semua tu. Perkara yang kami ambil secara mudah, rupanya dah menimbulkan isu. Contohnya pasal claim dan cuti. Dan banyak lagi benda lain. Saya tak kata bos baru ni salah. Apa yang dia buat tu betul. Walaupun agak strict dan menimbulkan rasa tak best, tapi itu memang hak dia. Cuma kami saja yang dah terlupa!

Kalau nak cerita pasal pro dan cons bos dulu dan sekarang, panjang pulak dan di lain entri sajalah kalau rajin. Cuma nak cakap, baiklah, saya sudah sedar.

Sekarang, saya akan lebih skema. Maksud saya, I follow the rules. Lagipun, saya pun tak menyusahkan orang lain. Sekarang bukan lagi konsep asalkan kerja siap. Sekarang kita pakai konsep baru, kerja bila masa kerja, dan cuti adalah milik kita.

HAHA. Tak tak.. saya tak buat macam ni..

HAHA. Tak tak.. saya tak buat macam ni..

Training

Projek Semeru tahun depan. Duit dah bayar 50%. Tapi tiket masih belum beli. Tengah tunggu Air Asia sale.

Itu satu. Satu lagi, training pun harus bermula. Bermula di tahap kosong. (-_-“) Jogging dan panjat bukit dan gunung.

.

Diet

Oleh sebab nak training naik gunung, diet juga perlu dilakukan. Pertama.

Keduanya, diet untuk kesihatan juga perlu. Kurangkan makan benda yang bukan-bukan dan yang banyak perasa dan pewarna tiruan.

Ketiga, berharap dengan diet, saya dapat berjimat.

Diet

Planner

Lately mengalami masalah lupa yang sangat dasyat, sampai rasa mahu pukul diri sendiri. (T_T)

Jadi salah satu cara mahu atasi masalah ni adalah pergi membeli planner. Eh. Planner dah ada. Tapi letak atas meja opis saja. (-_-“) Digunakan hanya untuk kerja saja. Baiklah. Mari menggunakan planner ini sebaik-baiknya. Tinggal lagi 2 bulan saja planner ini akan digunakan. Lepas tu kena beli yang baru.

.

Buku

Saya ada berbelas-belas buku yang belum dibaca. Terima kasih kepada perasaan tamak haloba semasa di Big Bad Wolf Sale. Itu belum campur majalah-majalah yang dibeli setiap bulan. Mari habiskan bacaan, supaya otak ni tak jadi macam tin kosong!

captured_by_snapseed_9_1

ade la 2-3 buku je yang dah baca.. ~buku yang kecik-kecik tu je.. HAHA.

Salam Maal Hijrah.

.

Regards,

~Ha~

@Me: Tersesat arah..

21 Monday Oct 2013

Posted by talk2ha in Food, Me

≈ Leave a comment

Tags

DrCafe

Been struggling with my life lately. Sometimes I feel like this is the most worst phase in my life (so far). Heh!

But it is not the hard phase in my life. How confusing, isn’t it? The worst phase but yet not in the hard phase. Or may be hard phase, but not the hardest. Damn.. more complicated. (-_-“)

Since the petrol price increased, I’ve been recalculating my finance. I mean, my gaji. HAHA. Betul. Perbelanjaan perlu di monitor dengan lebih teperinci. Walaupun I’m still fail to monitor my daily expanses, tapi, I do monitor my cash out flow. So at least I monitor how much I spend every month. And week too.

Since saya sangat berkira nak mengeluarkan duit, I feel a bit depressed. Lebih depress, lepas monitor my expanses, the result still same. Apakah?? Baik takyah monitor. Mungkin ada kurang skit la perbelanjaan saya. Tapi the saving part tak meet expectation. I mean, so much I sacrifice, end up sikit je impact dia?? Where the money goes? I suspect, saya tak nampak banyak perubahan sebab saya tak ambil kira harga barang yang dah naik. Jadi, walaupun saya saving, tak makan tempat mahal-mahal, forget about fast food, makan kat food court je, try bawak bekal dari rumah, dan lain-lain lagi, the household itself pun naik harga jadi saving still tak banyak.

That’s just one of the worst part.

Tapi ada satu lagi penyumbang kepayahan hidup ni adalah ‘the unhealthy life’. Oh my oh my. Dan paling pathetic, sayalah penyebab dan puncanya. You can’t really imagine how worst saya dah jadi. Tapi ada satu perkataan sesuai untuk kehidupan saya ni. ‘MALAS’!! Gila lah. Malas nak buat apa. Malas nak baca buku. Malas baca Quran. Malas nak keluar. Malas nak exercise. Malas outdoor. Malas nak balik KL. Dah balik KL, malas pulak nak balik Kajang. Malas nak kerja. Dia macam, kau mengalami satu kemurungan yang hanya kau cuma nak diam-diam setempat, taknak bergerak taknak buat apa pun. Haih.. tapi makan tak malas pulak!

I’m so depress with my attitude. Depress sebab saya tahu the purpose of our life. Saya tahu kalau saya buat perangai macam ni, apa balasan Tuhan. Kalau saya mati tiba-tiba, belum tentu saya dikategorikan sebagai good follower. As much as saya tahu apa yang saya patut buat, saya selalu saja tersasar dan tak buat macam saya plan. Saya ni teruk sangat ke?

I’m still searching for the right path. No. Salah tu. Saya dah tahu the right path. Now I’m struggling to walk along the right path! Saya sedang mencari-cari, apa sebenarnya silap dalam diri saya.

Hati. Oh hati.

Tambahan

Oleh sebab last weekend I successfully moved my butts to do some activities: swimming, pergi bazaar kt Setia Alam Mall, picnic at Batang Kali and window shopping at my house area, I reward myself with the thing I ignore for the past few weeks. Walaupun nampak macam aktiviti simple yang semua orang suka nak buat, believe me, nak buat benda ni pun saya tiada daya. Kalau anda nampak saya macam sangat enthusiastic atau macam baru je lepas melakukan aktiviti dengan saya.. believe me, I fake it. Saya paksa-paksa diri dan cuba bersemangat, walaupun..

Anyway, I rewarded myself with Caramel Frappe at Dr. Cafe. Dan jugak sandwich.

oh Malaysia dah overload dengan cafe.. dulu selalu tengok kat oz n korea je byk..

oh Malaysia dah overload dengan cafe.. dulu selalu tengok kat oz n korea je..

2013-10-20 18.50.25-2

kesian kawanku di-blur-kan muka..saya nak highlight menu je..

By the way, minum coffee kat tempat-tempat adalah luxury dan gaya hidup mewah sangat tau. Tapi saya tak peduli.. after menikmati menu ni, saya terus rasa sangat gembira. Okay.. kegembiraan yang sangat mahal harganya (T_T)

Regards,

~Ha~

@Food: Alaa Kasim Crystal Bay, Melaka

01 Tuesday Jan 2013

Posted by talk2ha in Food

≈ Leave a comment

Ikan bakar yang kitorang pergi malam tahun baru.

ikan bakar melakaCheck details here:

http://www.facebook.com/pages/ALAA-KASSIM/276533983025

Highly recommended to book the table and pre-order menu by SMS the owner.

Many say, delicious, fast and cheap!

Regards,

~Ha~

@Food: Korean Street Cafe

01 Tuesday Jan 2013

Posted by talk2ha in Food

≈ Leave a comment

You should try this cafe.

2012-12-31 00.22.14

It’s located here:

the maps

The Website:

http://www.thestreetcafe.com.my/

Regards,

~Ha~

Subscribe

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)

Archives

  • November 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • January 2018
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • October 2016
  • June 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • September 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • February 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • November 2012
  • October 2012
  • September 2012
  • August 2012
  • July 2012
  • June 2012
  • May 2012
  • April 2012
  • March 2012
  • February 2012
  • January 2012
  • December 2011
  • November 2011
  • October 2011
  • September 2011
  • August 2011
  • July 2011
  • June 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • March 2011
  • February 2011
  • January 2011
  • December 2010
  • November 2010
  • October 2010
  • September 2010
  • August 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • November 2009
  • October 2009
  • September 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009

Categories

  • Deco
  • Event
  • Experience
  • Family
  • Food
  • Friends
  • Gadgets
  • Journey
  • Me
  • Movie
  • Outdoors
  • Promotion
  • Review
  • Thought
  • Travel
  • Uncategorized
  • Video
  • Work

Meta

  • Register
  • Log in

Create a free website or blog at WordPress.com.

Cancel
Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy