• About Me

The Traveler..

~ Ordinary person.. who accidentally doing something out of her mind..

The Traveler..

Monthly Archives: June 2011

@Recovery Software: Sediakan Payung Sebelum Hujan..

29 Wednesday Jun 2011

Posted by talk2ha in Gadgets, Me

≈ Leave a comment

Macam yang kamu sedia maklum, saya ter-delete file penting dalam laptop secara tak sengaja, dan terus pergi clear Recycle Bin. Memang huru-hara juga perasaannya. Masa saya mula-mula sedar tu, saya terus jadi kaku. Lepas tu saya rasa macam nak panik, tapi cuba sabarkan hati. Cepat-cepat pergi tekan Alt+Z beberapa kali, tapi macam takda apa yang berlaku. Damn! Lepas tu fikir harus cari file di semua drive. Malangnya, saya tak reti la plak nak cari file kat Window 7. Huh!

Masa tu, saya rasa dah macam sejuk satu badan. Tapi peliknya, macam ada peluh plak. Oh ya.. itu dipanggil seram sejuk kan? 😀 Tapi usaha masih diteruskan. Masa tu rasa macam kebas-kebas satu badan. Kemudian saya tiba-tiba teringat yang saya memang ada click button ‘Empty Recycle Bin’. Uh.. kenapalah aku rajin sangat hari ni. Bila saya dah betul-betul realize keadaan yang sebenar, saya terus…

Menjerit!

HAHA. 😀 Okay, tolong jangan bayangkan jeritan macam orang lemas nak mintak tolong tu eh. Ia cuma macam histeria saja. HAHA. Histeria di office yang sunyi sepi, kau boleh bayang macam mana kan. Nasib lah Domain Team ni memang terkenal kaki buat bising. Jadi sudah tidak menjadi kehairanan sangat lagi. HEHE.

Pertolongan cemas diperlukan. Amir cuba menjadi hero, dengan men-suggest software untuk recover file. Seharian saya mengadap laptop. Tak cukup kat office, kat rumah saya sambung lagi. Hasilnya, memang tak jumpa! Waa.. 😦

Saya betul-betul dilanda panik. Uh uh uh.. Tapi kuatkan semangat. Google punya google, jumpa link ni.

Bila saya download dan cuba Panda Recovery pulak, barulah berjaya. Tapi sebenarnya.. ade sikit kekurangan. Semua file nampaknya okay, kecuali file gambar. Banyak juga gambar yang tak dapat diselamatkan. So-so la. Ada yang OK, ade yang KO.

So, kalaulah anda accidentally delete file, dan kemudian ‘sesuatu’ telah merasuk anda untuk secara tiba-tiba rajin pulak nak empty recycle bin, perkara pertama anda perlu buat adalah pergi google apa yang patut anda buat. Okay, sebab saya sangat baik hati.. saya bagi link ini untuk anda baca.

Lepas tu, tepuklah dada mahu pilih software mana mahu anda guna. Lepas dah buat keputusan, pergilah download, install dan run.

Dan perkara yang paling-paling pertama yang anda perlu buat sekali sebelum semua di atas berlaku adalah..

.

PERGI BACKUP FILE KAU DALAM EXTERNAL HARD DISK, OKAY!!

.

HAHA. Pengajaran terpenting. Bukan takde hard disk. Bukannya hard disk dah penuh dengan lagu or movie pun. Eh. Macam terbagi tau pulak niat sebenar beli hard disk tu. Ehem. ~clear throat~ Tapi agaknya memang suka kot nak buat gadget jadi tukun. Jadi padanlah muka kan!

So sekarang saya nak pergi backup file dalam hard disk.

Sekian.

Regards,

~Ha~

@Office: Finally.. terima kasih Tuhan!!

29 Wednesday Jun 2011

Posted by talk2ha in Uncategorized

≈ Leave a comment

Akhirnya.. saya BERJAYA!!

Saya sambut dengan penuh kesyukuran. Terima kasih Tuhan, terima kasih! Walaupun saya banyak buat salah dosa, Tuhan tidak pernah memalingkan muka pada saya. Saya saja yang tidak tahu mengenang budi dan berterima kasih pada-Nya! Asyik leka saja..

Cukup itu dulu. Saya perlu bekerja. Nanti saya cerita secara details dan beri tips pada kamu semua, kalau perkara ini terjadi pada yang lain.

Until then, daa..

Regards,

~Ha~

@Home: Tuhan.. berkatilah usahaku!

28 Tuesday Jun 2011

Posted by talk2ha in Me

≈ Leave a comment

Tadi dah cuba Recuva. Macam tak berjaya je. Kenapa macam tak mengenali je file-file tu. Tak tau la dia bagi raw file? Eh. Kenapa raw file plak? Takpe.. esok kita tanya pada pakar.

.

Kalau Recuva tak berjaya.. saya akan cuba Panda pulak.

Kalau tak berjaya lagi.. kita cuba TOKIWA!

Dan akhir sekali Undelete Plus.

Kalau tak berjaya juga, saya perlu siapkan perasaan saya.

.

Tapi sebelum tu.. kita perlu mencuba sehingga ke titisan darah yang terakhir. Kalau perlu keluar seluruh keringat, kita bangkit maju membela nasib sendiri. Itulah semangat yang kita perlukan sekarang!!

~Apakah ko ni Ha.. dah macam tak betul dah orang lain tengok!

Huhuhuu.. bukan mudah menerima kekalahan. Bukan mudah rasa mahu menyerah kalah. Bukan mudah menerima qada’ dan qadar dari tuhan, kalau ia sesuatu yang menyakitkan.

Tuhan, bantu dan berkatilah usaha hambaMu ini.

~Bila susah baru ingat tuhan eh Ha?

Saya insaf!

Regards,

~Ha~

@Office: Panic!

28 Tuesday Jun 2011

Posted by talk2ha in Me

≈ Leave a comment

Uh uh uh.. tengah panic ni!

.

Hari ni baru first time pakai Window 7. Dan segala software semua jadi 2007 punya update. Jadi macam tengah pening-pening lalat la. Tapi mencuba itu perlu!

Ade sekali tu, tengah update outlook, masukkan balik email2 lama. Dah habis update, nak delete lah file outlook.

Sekali saya pegi delete satu folder saya.

Habis segala file-file penting, lagu, personal, gambar dan macam-macam mak nenek lagi! Semua dah hilang.

Adeh.. sakit otak!

.

Dan perkara paling best ialah, saya pergi clear recycle bin! Waaa.. 😦

.

Jadi sekarang tengah berusaha nak mencari balik folder yang bernama HA tu.

Regards,

~Ha~

@Office: Hujan di pagi Isnin

27 Monday Jun 2011

Posted by talk2ha in Me

≈ Leave a comment

Saya suka pagi tadi.

Kamu?

Saya rasa kamu mungkin tak suka. Sebab hari ini hari Isnin. Untuk bangkit dari semangat bercuti, dan memulakan semangat bekerja, ia bukan sesuatu yang mudah. Dan, pagi Isnin selalunya akan jadi extra jammed. Tiba-tiba saja, kereta pada pagi Isnin akan menjadi lebih banyak. Atau.. mungkin semua orang sync mahu datang pada waktu yang sama. Uh?

Tapi saya?

Saya suka pagi ini, kerana pagi ini hujan. Bukankah saya pernah bagi tahu kamu saya sangat sukakan hujan? Bukanlah hujan yang berupa ribut petir tu. Itu takda siapa pun suka. Ini hujan yang renyai-renyai, yang memberikan cuaca yang sejuk dan udara yang nyaman. Wah.. seronoknya!! Mendung dan kelabu. Eh. Tu kira benda menarik ke? HEHE 😀

Tapi saya tahu, ada antara kamu tentu tak suka kan. Sebab hujan akan membawa maksud basah. Dan extra jam juga. Dan kalau memandu, jarak penglihatan akan menjadi kabur. Itu sebenarnya saya pun tak suka.

Tapi..

Rasa suka pada hujan tu.. lebih mengatasi rasa-rasa yang lain!

sumber : google

Semoga hujan yang turun adalah hujan rahmat!

Regards,

~Ha~

@Saturday: It’s only one day, but I’m having great time!

25 Saturday Jun 2011

Posted by talk2ha in Experience, Outdoors

≈ 4 Comments

As usual, my friends and I plan our weekend. As for this weekend, aktiviti kami hanya pada hari Sabtu. Ahad? Minggu ni, Ahad jadi personal activity.

Aktiviti bermula dengan makan di Presint 9. HAHA. Makan itu perlu ya kawan-kawan. Apa lagi kalau ia adalah sarapan. Sarapan sangat penting. Walaupun anda ingin ber-diet! Jangan skip sarapan. ~Eh, telah membuat iklan kesihatan pula.

Kemudian berkayak di Taman Tasik Shah Alam. WAHAHA, sangat lah jauh kan? Tapi tak boleh. Walaupun Putrajaya ada tempat berkayak juga. Tetap tak boleh. Apa yang tak boleh? Tak, tak boleh tukar tempat lain. Mesti kayak kat Shah Alam juga. Sebab? Itu tempat saya belajar dulu. Jadi saya mahu jalan-jalan di sana. Ia berupa tujuan serampang 14 mata. Iaitu, berkayak sambil mengimbau kenangan silam. Wah, bukan main lagi kan. Dan juga, berhajat ingin window shopping di PKNS. Dan juga berhajat mahu lunch di Seksyen 2 juga. Berhajat mahu jalan-jalan dalam UiTM juga. Berhajat  mahu main bowling. Berhajat mahu berjumpa dengan rakan.

Wah banyak betul hajat yang ingin dikecapi. Tapi berjayakah?

Korang rasa berjaya ke kalau ada pulak 2 orang lelaki sesat pun join sekali aktiviti ni? Uh uh uh. Maaf cakap, saya tensen okay. Sangat tensen. Habis plan saya! Habis! Takkanlah nak mengajak budak lelaki pergi membuat aktiviti BFF perempuan! Haish..

Eh. Tadi kita tengah cerita pasal kayak kan. HAHA. Sekejapan je boleh ter-distract pulak. Salahkan Pyan. Eh. Pyan lagi. Balik-balik cerita budak ni. Apakah nama dia akan constantly naik di blog ni. Tak boleh jadi ni. Nanti orang google dan masuk blog saya sebab nak baca cerita pasal Pyan. Mana boleh!

Jadi, kita cerita pasal kayak. Bukan kaya ye. Kalau berkayak boleh buat kita jadi kaya, saya pun suka! Tapi tak. Kita tidak akan mendapat atau menjadi kaya. Kita cuma akan mendapat penat saja. Dan mungkin muscle di tangan. So pagi tadi, muncullah 6 orang budak ‘masuk air’ di Taman Tasik Shah Alam.  Apa maksud ‘masuk air’? Ntah, saya pun baru je jumpa term ni.

2 buah kayak..

tengah tengok burung-burung.. korang nampak ke? mcm kecik sgt plak..

nah.. amik! kalo tak nampak lagi.. tak tau la..

ni crime partner saya hari ni.. sebenarnya dia tengah cuak tu.. takut kayak terbalik. Apakah.. badan je besar.. takut bot terbalik!

Berkayak ini perlu kerjasama dan persefahaman. Dan mungkin juga sedikit pengetahuan dan pengalaman. Tapi tadi aktiviti kayak memang huru-hara. Mana taknya, orang berkayak ke depan. Kami berkayak secara zig zag. Sekejap tengok kami di kiri tasik. Sekejap lagi di kanan. Hairan betul. Saya pun hairan juga. Saya dah lupa skill lah agaknya! Mungkin sebab dah 5 tahun tinggal aktiviti ni. Dulu saya teror, kayak secara pejam mata pun boleh. HAHA. Tipu je, saya exaggerate!

Lepas kayak 1 jam, semua orang pun lapar. So, Nandos jadi pilihan. Nampak tak, impian saya nak makan di Seksyen 2 terbengkalai. Tu yang saya malas tu. Takpe, ade ubi ada batas. Lain kali saya datang lagi. Eh.

Lepas makan, berniat nak main bowling pula di Plaza Alam Sentral (PAS). Tapi.. dah penuh. Saya sebenarnya malas nak main bowling, jadi berita tu saya sambut dengan perasaan yang sungguh gembira. WAHAHA. So berjalan-jalan lah kami di dalam PAS tu. Saya sempat beli 4 helai tudung. HAHA. Sungguh gembira ye kau Ha menghabiskan duit. Err.. maaf.

Saya ingat, aktiviti bowling dah tak jadi. Rupanya diorang nak pergi Seksyen 18 pulak. What?? Huhuhu.. dengan berat hati saya pergilah. Sambil tu macam pikir-pikir macam mana nak mengelat tak payah main. Jadi musnahlah harapan nak pergi PKNS, jalan-jalan dalam UiTM dan segala impian. Seperti yang saya cakap tadi, saya berazam akan balas lain kali!

Sampai Seksyen 18, apa tah nama tempat tu, kami pun terus cari tempat bowling tu. Lepas solat, pergi main game machine dulu sebelum main bowling. Saya sebenarnya lebih rela main game mechine dari main bowling. HEHE. Tapi saya tengok orang lain semua tak minat. Blerrrgghhh.. Maka terpaksalah teruskan niat kawan-kawan nak main bowling. Saya bukan apa, saya rasa bowling ni bukanlah game yang best sangat. Alah, apalah sangat game yang kau asyik-asyik baling bola kat pin. Kan?

~Padahalnya saya taknak main sebab saya tak reti main. HAHA. Bencilah aku main kalau asyik masuk longkang je. Sepatutnya diorang buat game siapa boleh baling bola masuk longkang, barulah interesting, kan?

Tapi dalam tak suka-suka pun, saya main untuk 2 orang, sebab Mar punya tak suka lagi lah teruk. Dia cuma baling 4 kali saja, lepas tu dah terus lesap g shopping kat bawah. Hampeh!!

Balik dari main bowling, makan dulu kat Kopitiam Pak Li sebelum balik. Kedai memang cantik, tapi makanan bagi saya tak best sangat. Dengan appetite saya yang dah berkurang ni, nak habiskan sepinggan kuew teow tersangat lah terseksanya.

Pak Li Kopitiam

Malam, tengok teater ‘Menang Sorak Kampung Tergadai’ kat DBP. Letih aktiviti siang agaknya, nyaris-nyaris nak terlelap.

dah nak habis baru teringat nak amik gambar.. nasib baik sempat!

Begitulah, my full pack activities for today. Esok, ada beberapa rancangan, tapi kita tengoklah rancangan tu jadi ke tak, eh?

Regards,

~Ha~

@Friday: I’m on leave today!!

24 Friday Jun 2011

Posted by talk2ha in Friends, Me

≈ 6 Comments

Recently, I had comments on my unstable emotion. HAHA. Sorry. What to do. This is me. After all, this is the reason you read the blog, isn’t it? Am I right or am I right? HAHA. 😀

To be fair, I actually have happy life and live to the fullest. But just like any other women, I like to focus on negative side and exaggerate things. And, by focusing on the issue, I have something to talk about. I mean, come on, you know that it’s best to write when you write with your emotion. Apakah aku ni? cakap pun dah berbelit-belit. Enough said, I know you understanding me very well.

The thing I mostly like about me right now, is to know that I can go whenever and do whatever I want. When it’s pop up in my mind, I just go for it. HAHA. It’s kind of ad-hoc thing.

What are you mumbling Ha? Just tell what you wanna tell!

Right. Sorry. Let’s just tell the story.

I had a dinner last night. With a bunch of friends. And old and close friends. We dine at Maeps Restoran, Serdang. I traveled after work from KL, pick up 2 friends from KL and Putrajaya area, then move to Serdang. Gigih tak saya?

We ate, chit chat and played with friend’s son almost 3 hours. Then I sent both friends to their house, before went back to my home. I reached at my home at 12 midnight.

The result? I woke up late today! Hadoi la.. I thought I could wake up like always. Langsung tak sedar my cousin and housemate went out for work. So, I decided to take half day leave. Apakah pergi kerja dah nak dekat pukul 10 kan? So I decided to do a little house chores and go to bank.

After finish to do all the things, I decided to hang out with friend for a while, before go to office.

When I went to my friend’s house and need to drop out license at the entrance, suddenly I realize that I already lost my license. Huh.. I can’t remember when the last time I used the license. As far as I’m concern, it always in my wallet. Uh uh uh..

So the plan already changed! I called Mr. Boss and asked for full day leave. HEHE. Boss in the right mood today, so gave the permission. Yeay!! Why yeay?? I should be worried, right?

Yes, but the reason I was so happy is because, I can have free time today. Do you know that the license can be done in half an hour? How do I know? Err.. actually this is the second time I lost my license. HEHE.

So, today I hang out with friend. Happily hang out until now. Happily eating spaghetti goreng, made by her. Happily hang out although her husband gonna come back in any second from now. Hang out until I get a call from a friend. Then I will move to another plan. Nampak tak betapa tak malu saya di situ. HAHA. Lantak lah!

Okay.. I wanna finish up the spaghetti. Until then, daa..

Regards,

~Ha~

@Activities: Update lagi.. (letihnya.. banyak betul gambar!)

22 Wednesday Jun 2011

Posted by talk2ha in Experience, Me, Outdoors

≈ Leave a comment

Semalam tak sempat nak update bersama gambar. Malah, ada beberapa cerita pun dah terlupa nak cerita.

Office

Baru saya ingat, selain kerja, di office juga dipenuhi dengan aktiviti makan-makan. Maklumlah, dah lama tak pulang ke pangkal jalan, jadi bila sudah sampai office, semua tempat kunjungan tetap suatu ketika dulu, perlu re-visit! Seperti..

Jaring

Nama kedai ini Jaring. Di Area LDP, nak ke arah Puchong dari arah PJ, sebelum tol. Kalau guna federal highway, masuk exit ke LDP, kemudian terus amik lane kiri dan buat U turn. Lepas tu terus masuk kiri. Pastu kamu carilah sendiri kedai makan Jarng. HAHA. 😀 Sungguh malas tau saya nak terangkan lagi. Kalau kamu semua teringin sangat nak pergi, roger saya. Nanti saya tolong lukis peta.

Ia menjual macam-macam makanan. Oleh sebab pergi waktu lunch, maka penuh lah makanan lunch. Tapi ia juga ada desert. Macam bubur. Uhh.. bubur jagung, pengat pisang, bubur kacang dan macam-macam lah. Sehingga hampir tamak saya disitu.

Ada juga benda-benda lain, macam cucur udang, ABC, sup-sup dan macam-macam lagi lah. Baiklah, jangan tanya lagi, kamu pergi sekarang!!

Little Taiwan

Sebenarnya, tak pasti juga ini nama kedai tu. Saya pinjam nama kedai yang ada kat shopping complex tu, sebab dia menjual benda yang sama. Iaitu, bubble tea. Dan ohh.. ia sangat sedap. Walaupun selepas tu saya dengar bubble tea tu mungkin ada benda yang tak baik untuk kesihatan, sebab ia berasal dari Taiwan. Nanti kamu semua tolong google untuk saya ye? HEHE.

Kedai ni terletak sebelah Jaring tu je. Jadi, kalau kamu jumpa Jaring, kamu akan jumpa kedai bubble tea ni. Dan bubble tea yang ini memang sangat sedap. Sluuppp.. eh.. terbuat bunyi plak!

Acara makan lain dah tak ingat la pulak. Tapi sepanjang minggu lepas, memang penuh la meja saya dengan bahan makanan. Anda tak percaya? Tengok ni..

Dan saya bercadang nak cuba Wondermilk pulak, ia terletak somewhere dekat PJ ni. Dekat dengan TTDI kalau tak silap saya masa baca peta hari tu. Nantikan rumusan saya ia.

Chilling and Camping

Semalam tak sempat nak cerita secara detail. Pagi-pagi Sabtu dan bertolak ke Kuala Kubu Bharu (KKB). Nak pergi air terjun Chilling tu, kena jalan masuk hutan sampai setengah jam juga. Tapi hasilnya memang terbaik. Eh. Lupa nak citer. Sebelum tu kitorang singgah kat dam dulu.

ini dam

ini org2 yang melawat di dam itu dlm keadaan panas terik..

dan bila orang-orang ini telah leka mengambil gambar..

lalu mereka pun menghiburkan hati sendiri dengan pelbagai aksi..

akhir sekali.. mereka pun membuat aksi terapung..

Okey.. banyak sangat la plak gambar kat dam ni. Gambar chilling plak.

Pulang, camping kat area entrance chilling. Kemudian acara masak-masak. Macam biasa, kalau masak-masak ni, saya akan back off. Bak kata orang, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Ada chef Pae Tung Tang Tung Tang.. hhaihh.. jangan buat pasal. Cara-cara camping pun, satu hidangan spegetti dan BBQ ayam dan daging tersedia.

spegeti yg sangat sedap..

BBQ in the making..

kawasan camping..

Malam, acara main game card. Ia memang sesuatu yang melucukan sebab semua tak reti sangat, tapi cuba-cuba nak tunjuk pandai. Akhirnya, ada yang cuba cekik diri sendiri, cuba letak parang di tepi, mengamuk macam budak-budak, dan hampir-hampir nak mengamuk sebab nak kalah! HAHA.. 😀

* pengajaran: daun terup memang tak elok di main tanpa pengawasan.

Bukit Kutu

Apa lagi nak cerita. Rasa macam dah cerita semua. Naik dengan penat. Turun pun dengan penat. Satu hari suntuk tak mandi. Dah la tinggi. Jauh pulak tu. Puncak dia pun sangat menggayatkan hati! Aiseh.. rasa tak datang untuk kali kedua.

di puncak.. yg paling gayat..

er.. nk komen ape eh.. macam bagus je mamat nih.. HAHA. gila diskriminasi.. nasib la!

di jambatan yg mencemaskan.. korang nampak budak kecik kt belakang tu.. dasyat!

Kalau datang pun, saya nak buat aktiviti water rafting la pulak kat sini!

Workshop

Ini berupa aktiviti kerja. Saya baru pulang dari Bukit Jalil Golf Club. Ia berlangsung 3 hari, dan ini hari terakhir. Dan saya menumpang tidur di rumah Pae.

Menjadi fasilitator pada doktor-doktor ni memang memeningkan kepala. Ntah kenapa, group saya pulak tu yang paling havoc. Apakah diorg nih? Kadang-kadang terpaksa berlakon pandai, walaupun memang pun pandai sebenarnya. HAHA. 😀 Nasiblah diorang ni percaya dengan saya, tapi kadang-kadang saya surrender jugak. Haihh.. manalah saya nak tahu sangat pasal chemotherapy.

Melawat Cik Jaizah

Acara ini sebenarnya berlaku secara tak sengaja. Ada satu malam tu, saya keluar dengan Ninie, officemate saya. Bila pulang, semua orang tak ada dirumah. Rupa-rupanya, Pae pegi senamrobik, Kak Ila pulak pegi gym. Malas saya nak duduk-duduk tunggu diorang, saya pun ke rumah Jaizah.

Lepas tu bawak pulak Cik Jaizah ni pergi makan di mamak double. Saya kan memang suka bawak kawan-kawan keluar makna, tak gitu cik kawan baik?

Futsal

Ini terjadi semalam. Pae dan kawan-kawan senamrobik-nya invite saya join. Oh.. macam dah 3 tahun tak main futsal, haruslah hampeh cara aku sepak bola! Macam dah lupa cara sepak bola. Jadi saya terus pilih jadi pertahanan.

Game ni agak santai, tapi standard la main dengan perempuan. Semua orang berebut bola, hatta sesama team. HAHA. Dan banyak la adegan-adegan buat rule sendiri. Biarlah.. nama pun acara santai.

Tapi yang heran, pencuri tumpuan masih muncul lagi. Aiseh.. hebat btul dia nih. Tanpa pass through Pae pun dia berjaya mendapat jemputan. Haihh.. saya surrender la ngan budak Pyan nih!

.

Dengan aktiviti-aktiviti ini, hasilnya badan saya sakit-sakit sampai sekarang. Hasilnya, sudah 2 kali saya tertidur sewaktu workshop, dekat kerusi orang hisap rokok. Hasilnya, saya asyik rasa tak cukup tidur saja. Uh uh uh.. ~tapi, saya tetap rasa gembira!

Baiklah. Itu saja ulasan saya.

Regards,

~Ha~

@Weekends: Update secara banyak..

21 Tuesday Jun 2011

Posted by talk2ha in Experience, Me, Outdoors

≈ 1 Comment

Uish.. memang agak lama betul  tak update. Mari update sedikit.

Macam-macam perkara jadi sepanjang 2 minggu ni. Tapi reason tak dapat update tentulah sebab dah dapat task baru. Uh uh uh.. Jadi marilah meng-update secara.. err.. banyak!

Birthday Iman

Itu terjadi Sabtu minggu lepas. Yang saya update gambar tu masa last entry. Iman adalah anak saudara Pae. Saya telah dijemput oleh Pae (kenapa Pae jemput datang birthday anak abang dia pun takda pasti. Bukannya anak dia pun.. bukannya dia tinggal ngn abang dia pun.. uh uh uh.. nampak sangat la kan selalu menyibuk di family dia!). Makan secara labih kurang. Ber-sosial secara lebih kurang. Main dengan anak-anak buat Pae secara lebih kurang. Kemudian pulang!

Bukit Gasing

Ia terjadi pada Hari Ahad minggu lepas. Ini bukan acara kawan-kawan saya. Ia cuma acara kawan-kawan senamrobik Pae. Tapi telah menjoinkan diri sebab takda aktiviti nak buat di rumah. Itu pun dah hampir separuh boring saya di rumah Sabtu tu. Jadi boleh bayangkan aktiviti apa yang saya akan buat pada hari Ahad. Haruslah akan menidurkan diri, tada mahu pegi buat apa pun, hatta makan!

Berbalik cerita Bukit Gasing, sebab ini acara kawan-kawan Pae, fokus adalah kepada mereka jua. Saya? Merasa lebih baik menjadi cameraman. Eh. Camerawoman. Tapi ada seorang lagi penyibuk seperti saya. Dan dia telah mencuri lamp light hari itu juga. Semua orang asyik puji-puji dia hensem. Sampai mahu jadi menantu. Uhh..?? Kakak-kakak sekalian.. walaupun Pyan tu bukan la cantik sangat.. tapi kalo akak rasa cantik pun, janganlah memandang luaran. HAHA. Apakah saya nih? Jeles kah? Oh.. tak kuasa! Amik la budak Pyan tu buat menantu pun. Takda saya kisah. Saya cuma risau kakak tu akan kecewa di kemudian hari. HAHA. 😀

Weekdays

Errm.. telah menahan diri untuk keluar malam. Eh. Kejap mahu pikir sekali lagi. Betulkan saya tak keluar malam? Errmm.. okeh. Saya pasti saya tak keluar malam!

Aktiviti di office banyak lah. Tapi tak payah ceritalah!

Jumaat malam

Pick Mari Chan di rumah dia, terus pegi rumah Jaizah. Kemudian seperti biasa, acara makan malam dengan Pae.

Sabtu

Chilling di Kuala Kubu Baru. Dan terus berkemah di sana.

Ahad

Naik Bukit Kutu. Ini kan.. saya memang geram betul dengan Pyan. Okeh. Saya rasa saya patut kurangkan nama dia dalam blog ni. Telah menjadi glemer decara tiba-tiba pula. Sebab apa saya geram? Sebab Bukit Kutu itu sangat tinggi dan sangat jauh. Ahh.. sangat penat okeh!! Sangat penat! Kenapa kau tak cakap Pyan tempat ini sangat tinggi, lebih tinggi dari Gunung Datuk. Merentasi 3 bukit perjalanan dia tahu, 3 bukit!!

Tapi dasar manusia tak tahu serik, digagahkan jua kaki melangkah. Macam lah kalau naik tu dapat hadiah. Dan akhirnya sampai!

Eh.. bateri laptop dah nak habis. Nantilah kita sambung lagi.

Daa..

Regards,

~Ha~

@Puchong: Iman’s Birthday

16 Thursday Jun 2011

Posted by talk2ha in Friends

≈ Leave a comment

Nak cakap wordless Wednesday pun.. hari ni bukan rabu. Bagilah caption lebih kurang..

The Birthday girl - Pae's niece

The cake.. made by Kak Ila and the siblings ~Pae la jugak pun, dan adik2 dia yg lain

Semua orang teruja tengok cake sponge bob

The kids.. ~oh.. ada 2 org bkn kids di situ..

amna.. ~uish.. seriusnya, tanak senyum amna?

← Older posts

Subscribe

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)

Archives

  • January 2021
  • January 2020
  • November 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • January 2018
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • October 2016
  • June 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • September 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • February 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • November 2012
  • October 2012
  • September 2012
  • August 2012
  • July 2012
  • June 2012
  • May 2012
  • April 2012
  • March 2012
  • February 2012
  • January 2012
  • December 2011
  • November 2011
  • October 2011
  • September 2011
  • August 2011
  • July 2011
  • June 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • March 2011
  • February 2011
  • January 2011
  • December 2010
  • November 2010
  • October 2010
  • September 2010
  • August 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • November 2009
  • October 2009
  • September 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009

Categories

  • Deco
  • Event
  • Experience
  • Family
  • Food
  • Friends
  • Gadgets
  • Journey
  • Me
  • Movie
  • Outdoors
  • Promotion
  • Review
  • Thought
  • Travel
  • Uncategorized
  • Video
  • Work

Meta

  • Register
  • Log in

Create a free website or blog at WordPress.com.

Cancel
Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy