• About Me

The Traveler..

~ Ordinary person.. who accidentally doing something out of her mind..

The Traveler..

Category Archives: Friends

Pengalaman Itu Mendewasakan..

26 Monday Oct 2015

Posted by talk2ha in Friends, Me, Thought

≈ Leave a comment

Assalamualaikum.

It’s almost a month. Tapi still blur-blur and no work force lagi kat sini. Dah 2 minggu asyik kene membaca, tapi rasa susah btul nak dpt momentum. Bertabahlah Ha!

Sunyi sepi opis ni. Menambah rasa mengantuk. Memang struggle jugak la nk menampuh time-time kritikal.

Semalam pindah rumah baru. Tinggallah sepupuku seorang diri kat rumah lama. Tak lama lagi mesti dia pun ikut jejak langkah. It’s too expensive to live alone in that house. Semoga Allah mempermudahkan urusan dia.

Ada satu cerita. Macammana nak mula eh. Ia berkenaan dengan salah seorang orang sama dalam entri ni. Apakah ia akan menjadi acara tahunan?? Tapi kali ni aku yakin aku tak salah 100% macam tahun lepas. Tahun lepas, memang aku yang terlepas cakap, terlalu terbawa-bawa dengan emosi, walaupun bila aku fikir balik, bukankah seorang sahabat sepatutnya lebih memahami dan tak mudah berkecil hati terhadap sahabatnya. Tapi okay, mungkin kitorang bukan sahabat yang sejati.

Tapi kali ni, aku totally rasa diinaya bila cerita dah spin. Last 2 weeks, aku ada trip ke Vietnam. Naik gunung. Masa trip ni, aku dan kawan-kawan lihat sesuatu kejadian yang diluar jangkaan. Seseorang yang kitorang kenali, buat sesuatu yang diluar normal biasa kitorang lihat. Mula-mula kitorang just culture shock begitu je. Malangnya, adegan semakin berlarutan, dan sampailah 2 hari terakhir tu, ada antara kitorang dah mula lihat adegan yang tak boleh diterima akal. Kitorang macam tak boleh nak percaya, sampai terpaksa discuss sesama kitorang, betul ke apa yang kitorang nampak. Ada tak kemungkinan kitorang tersilap pandang sebenarnya. Akhirnya, kitorang cuba tanya pada orang yang lebih tua dan kitorang andaikan lebih mengenali kawan kitorang tu. Nyata, beliau pun tak ada jawapan untuk persoalan kitorang walaupun dia pun nampak perkara tu.

Dengan takdir Allah, malam terakhir kami di Vietnam adalah kemuncak cerita. Bak kata orang, climax scene. Dan kitorang pun terlibat secara langsung. Kitorang cuba mintak organizer dan orang yang lebih berpengalaman cuba selesaikan masalah ni. Kitorang ni muda, sangat tak elok nak menegur orang yang lebih tua. Lagipun, sebanyak mana kitorang rasa bertanggungjawab untuk menegur, ada orang lain lebih layak untuk menegur. Kalau betul itu satu dosa, semua dalam trip tu menanggungnya. Itu pendapat kitorang. Dan kami pun masuk bilik hotel dan berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.

Rupa-rupanya, esoknya kami dapat tau tiada penyelesaian. Pulanglah kitorang bersama perasaan tidak percaya apa yang berlaku dan kecewa.

Bila pulang, bermula pulak cerita lain. Mungkin susulan dari post gambar kawan kitorang yang buat dia terasa, akhirnya keluar status yang panjang. Mula-mula tak rasa macam tak tuju kat kitorang. Sebab banyak benda yang tak betul. Kitorang tak tegur pun dia sampai memalukan. In fact, kitorang tak sempat pun nak tegur dia lagi. Memang betul kitorang buat andaian, tapi for the fact that person you respect did something sinful (lepas tu dia claim dia tau batas halal haram), aku tak tahu orang lain, tapi aku sendiri rasa cuak nak tegur. Macam ko nampak cikgu ko buat benda tak elok, ko nak tegur cakap, eh cikgu buat ni salah. Or the nicest way, kenapa cikgu buat macam tu? Cuba cikgu cerita kan kitorang. Hahah siapa aku nak mintak orang lain cerita hal dia kat aku kan. Melainkan aku senyap-senyap jelah menelan disbelieve tu.

Tapi akhirnya, kitorang taulah yang status tu ditujukan kat kitorang, itupun aku rasa memang dia purposely cerita kt orang kot, sebab mungkin dia rasa kitorang lembab sangat tak paham-paham. Aku pun balik dari trip tu memang buat selamba je tegur dia. Yelah, dosa dia dosa dialah, tapi hubungan sesama manusia takkan aku nak putuskan pulak. Walaupun lepas tu dia claim dia tak buat dosa dan itu hanyalah salah paham kitorang (lepas kawan aku pm dia personally).

Tapi dalam banyak-banyak, aku rasa tak percaya bila dia tuduh kitorang tikam dari belakang. Wow, bila masa?! Ni status dia:

Jangan mudah membuat andaian sendiri tanpa tahu kisah sebenar. Tegur jgn sampai memalukan..nasihat jgn sampai ada hati yg tersakiti. Tak guna mencanang cerita hidup orang lain satu dunia kalau hidup diri sendiri pun tak tahu hala tuju hujung pangkalnya..nanti kelak cerita yg sama mungkin akan terulang berbalik kepada diri sendiri. Ada sebab sesuatu perkara itu berlaku. Jgn hanya memandang tanpa berfikir..jangan hanya menghukum tanpa bicara..jangan hanya tahu menuduh membuat kesimpulan sendiri dgn andaian yg pelbagai seolah kamu insan paling kamil. Memalukan sahabat sendiri adalah seburuk2 sahabat. Apa ertinya menjadi sahabat bila kamu pun turut sama mengumpat keji sumpah seranah meludah benci bersama2 mereka yg selama ini tak pernah kita kenali. Kencing dlm tempurung dulu tengok muka sendiri sebelum berlagak pandai alim segala. Guna waktu yg ada untuk melengkapkan diri sendiri yg masih belum punya apa2 belum punya siapa2 walau usia sudah semakin merangkak senja dari menghabiskan masa menyindir mengumpat keji menghitung dosa orang lain yang akan hanya menambahkan dosa kamu sendiri.

Wei gila spinning cerita. Dah la cerita dia kat sana pun semua tak tahu, tetiba sekarang ni semua orang tuduh kitorang ni jahat sebab cakap buruk pasal dia kat belakang. Dah menjadi kekecohan dalam group. Tengok, kat dalam blog ni pun aku tak cerita details apa yang dia buat. Sebab dah dia kata dia tak buat dosa, so buat apa aku nak cerita lagi kan. Walaupun sebenarnya dia tak bagi bukti pun, just verbal cakap je. Tu belum lagi kes dia tipu pasal flight delayed, tapi tu takpelah, itu urusan dia dengan orang yang dia tipu. Takde kene mengena dengan aku.

At first place, kitorang tak cakap pun hal dia dengan orang yang tak dikenali. Kitorang cuma cakap sesama kitorang, dengan organizer and kawan dia je, sebab kitorang rasa that’s the right thing. Organizer pun memang tahu sebab kes tu dah melibatkan hal trip. Kedua, takde pun sekali kitorang maki ke sumpah seranah ke. Siap tuduh kitorang canang satu dunia. Ni nak tanya sapelah yang tak pegi trip tu tau cerita dia. Yang pegi trip tu pun kitorang tak cerita apa-apa. Tapi semua orang nampak kot. Dan kenapa asyik salahkan kitorang tak tanya, tapi dia sendiri pun tak buat explaination, dan membuat sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah. Bukan takde orang approach tegur dia, tapi dia tak explain pun. Kalau dia explain kan dah tutup kes, kalau dia tipu tu kes dia dengan Allah lah.

Part dia mengata kitorang tu, okay tu biarlah aku taknak komen. Mungkin betullah kot kitorang ni takda apa-apa dan takda siapa-siapa mengikut preference dia. Tapi preference dia tak penting. Preference Allah lagi penting. Hidup ini sekadar pinjaman. Bila-bila Allah boleh bagi dan boleh ambil balik. Ingat tu!

So aku conclude, ni semua based on assumption. Dia assume kitorang mengumpat dia. Dia assume kitorang pukul canang cerita dia satu dunia. Tapi yang bestnya, dia dah cerita kat semua orang yang we did something to him. Tapi cerita dia? Takde siapa pun tahu.

IMG_20140122_074800

Semoga Allah memberi kekuataan kepada kitorang dan mengampunkan dosa-dosa kitorang. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua. Mungkin betullah kitorang ada buat silap. Mengumpat tu memang berdosa. Tapi kitorang masa tu niat nak cari penyelesaian, yang kalau boleh jangan kitorang yang terlibat secara langsung. Alih-alih gini plak ceritanya.

Mungkin kalau kitorang diam-diam je dan buat tak tahu je, tentu semua orang suka kitorang kan. Tapi apa yang kitorang buat ni berdasarkan apa yang kitorang percaya.

Walaumacamanapun, tetap sedih jugaklah benda-benda macam ni jadi.

481363_383318548392655_705639850_n

P/S: Sebenarnya aku tertanya-tanya gak, apa maksud “Kencing dlm tempurung dulu tengok muka sendiri sebelum berlagak pandai alim segala.” Kenapa kene bagi perumpamaan kencing dalam tempurung? Uhuhuh..

Regards,

~Ha~

@Me: Me recently at Temerloh..

03 Wednesday Sep 2014

Posted by talk2ha in Friends, Me, Work

≈ 2 Comments

Assalamualaikum..

WordPress lately ni macam pelik-pelik kan? Bila saya nak buat post baru.. instead of keluar macam ni..

ScreenHunter_01 Sep. 03 10.56tapi kadang-kadang dia keluar macam ni pulak..

ScreenHunter_02 Sep. 03 10.57Hish.. I don’t like this interface. Ade a few function tak work properly. Men-sampah betul!

Nampak tak saya sedang men-tulis dengan saya leisure-nya. Eh. Sesuai ke perkataan leisure? Rileks sampai macam nampak tengah ber-sembang-sembang kan. Rileks brother rileks! HAHAH. Okay, this is too much. Kau nak men-tulis entri ke kau sedang chatting ni?? 😛

Okay, saya tengah cari mood ni. Sejak last Friday saya di Temerloh ni, punya la banyak masa ada, saya tak tulis satu habuk entri pun. So memang men-tipu sangat alasan takde masa lapang tu. Sebenarnya, kalau ada masa lapang pun, tapi kalau mood takda, tetap tiada jualah entrinya. Huhu. Maafkan saya. Saya memang macam ni.

Mari update tentang diri sendiri.

Berhenti Kerja

Saya dah tender resign last week. Setelah beberapa tahun berusaha mencari kerja lain, bila saya effortlessly cari sebab tiba-tiba sibuk kerja lepas tu kena outstation  banyak pulak, barulah panggilan itu datang. Panggilan tu datang satu saja, tapi sekali sekali datang, BANG! Terus dapat. Ini nama dia rezeki terpijak! Hehehe.. 😀

Alhamdulillah!

muslimah peace

To be honest, saya agak cuak juga. To start, ia hanyalah sebuah kontrak. Selama setahun sahaja. Oh my oh my! Tiada security di situ. Dan perkara-perkara cuak yang lain adalah perkara-perkara biasa saja bila nak mula kerja baru.

Ralat sikit sebab saya tak istikarah pun. Tapi saya takda lah terima secara men-khinzir buta saja. Heh! I did some calculation. Seperti, I need to try other business field as well, sebab to widen my knowledge and to polish my skill. Then I need to test new work environment. Kadang-kadang, bila kita dah terlalu lama kat sesuatu tempat tu, you tend to be blind. Selalu feeling betul, dan selalu rasa arrogance, sampai you won’t improve yourself anymore. I have to put down myself a bit supaya saya boleh pergi mem-betulkan diri. Dengan mencuba tempat baru. Sebab? Sebab bila kau berada di tempat baru, kau akan rasa insecure dan literally akan melihat ke semua penjuru dan arah untuk berjaga-jaga. If you know what I mean. 😉

aqmEjn7_700b_v1

Okaylah.. kenapa tah saya pergi men-reason di sini. Padahal, deep down in my heart, sebab utama saya adalah dah boring dengan company sekarang. HAHAH. 😀

tumblr_mwiyowoNXy1qztgoio1_250

Saya belum bagi tahu rakan-rakan sekerja. Ntah bila nak bagi tahu tah. Seperti tiada mood saja nak bagi tahu. Seperti, kalau saya berhenti pun, tiada impact saja kepada mereka sebenarnya. Sebab lately ni memang tak rapat pun dengan teammate. So terus rasa.. why bother to tell? 😛

Follower? Bayang-bayang?

Kau pernah tak mengalami seorang kawan yang suka tengok dan buat apa yang kau buat. HAHAHA. Feeling macam orang berpengaruh pulak.

Saya ada seorang kawan ni. Saya admit, saya memang banyak mempengaruhi kehidupan dia sejak kitorang berkawan hampir 5 tahun. Obviously, tentulah saya bawa pengaruh dan ajaran yang tak atau kurang baik, kannn? HAHAHA. 😀

friend

Create account FB, new function FB, makan sweet patato, makan tako, antara beberapa perkara merepek yang saya dah ajar kat perempuan tu. Ada juga yang saya dah tak ingat, tapi kita abaikan jelah.

Saya pun actually kagum juga dengan dia ni for a few things. Obviously, tentulah sebab benda baik or sikap baik yang dia ni ada. To put in a simple way, mungkin kitorang ni sebenarnya influence each other kot.

Anyway, lama-kelamaan dah menjadi habit pula bila makcik ni dok follow saya. Mula-mula dia mengamalkan konsep, FB mu Fb ku jua. Pantang saya browse FB, nanti ade lah kepala kat sebelah terjengok tengok sama. Dah macam ju-on dah. HAHAHA.. 😀

DSC_0005

Masalahnya sekarang, dah ketahap, laptop mu laptop ku jua. Ni ape kes? Huhu.. 😀 Nak marah tak sampai hati. Satu, makcik ni memang blur skit. Second, memang pun salah saya pergi biar dia buat macam tu dari dulu. Third, sebab saya pun dah nak berhenti, so let it go lah!

Cuma, kau kalau dah sampai saya tengok drama korea pun nak tiru, haih! Neh.. kalau dia nak tiru pun saya tak kesah lagi. Ni nak juga menumpang tengok dekat laptop daku.. (T_T)  Apekah makcik ni. Best sangat ke skrin laptop ku. Kau bukan takde copy drama tu. Apsal kau nak tengok gak kat laptop aku.

To the extend, makcik tu dah berkenan tengok satu movie tu, sampai pergi amik sendiri dalam laptop aku. Okay, dia memang ada tanya pastu saya pulak buat muka malas nak layan. And dia inform la cakap nak cari and amik sendiri, pastu saya blah je dari situ. HAHAH. So may be tu sort of mutual understanding, saya benarkan kot.

Haihla.. pening saya dengan kawan saya ini. Geram pun ada juga. Because of you crossing the line a bit, saya pun dah membuat statement yang harap-harapnya takde lah dia terasa sangat. Like, “mai dah budak menyibuk ni”, “Iskh.. g la tengok cerita ko yang berlambak tak tengok tu..” etc. Tu belum lagi tindakan yang menjurus kepada saje je pausekan cerita tu dan pergi mem-browse benda lain. Huhu..haruhi1165978176675

Okaylah, nothing big pun. Tapi sajelah nak cerita pasal follower/bayang-bayang saya ni. I hope dia jangan follow saya pun. Saya ni tak elok dijadikan ikutan. Saya pun tak larat nak tanggung dosa kesan dari ikutan saya. Huhuh.

anime-muslim-girl-2973378716Temerloh

Ini adalah kali pertama saya outstation Temerloh dan ‘kaki patah’. Heh! Sebab saya tak bawak kereta. Maka terpaksa menumpang orang. Maka tak boleh bergerak sesuka hati.

Nasiblah Temerloh ni dah makin maju. Hotel pun duduk hotel yang baru. Belakang hotel ade mall. Jadi, kebergantungan nak keluar tu kuranglah sikit.

Sejak outstation di sini, ada banyak benda yang boleh ceritakan pasal tempat ni, especially tempat makan. Walaupun ni mungkin akan jadi outstation yang terakhir kat sini, don’t know why saya still tak tulis apa-apa padal Temerloh. I mean, come on, banyak kot saya boleh suggest tempat makan kat kawan-kawan saya. Tapi gambar lah pulak tak ambil. Tinggal 2 hari je lagi nak balik. Sempat ke tak ni? I’ll try.. dengan ruang masa yang semakin suntuk ni. Kita tengok macam mana.

Until then..

Regards,

~Ha~

@Me: Setelah seminggu berpuasa…

07 Monday Jul 2014

Posted by talk2ha in Friends, Me, Work

≈ Leave a comment

Salam kawan-kawan..

Kan dah cakap, kejiranan eh kerajinan tu datang secara berkala saja. Selepas 3 hari berturut-turut, penulis blog ini pun hilang entah ke mana. HEH! Maafkan saya, terimalah hakikat akan sifat saya ni. 😛

Dalam masa seminggu ni, banyak juga benda dah berlaku. Bermula dengan saya kena outstation ke Temerloh, kemudian terpaksa pula berkerja sampai lewat malam *kejam sungguh company aku ni bulan puasa ade OT gak*, dan berakhir dengan berbuka secara potluck dengan kawan-kawan group TNR aka outdoor.

Outstation Temerloh

Oleh sebab mood nak update blog mendatang secara tiba-tiba *padahal sebenarnya baru lepas baca blog orang lalu ter-inspired*, maka mari update gambar ketika sedang bekerja.

Oh maaf gambar bekerja hari pertama takde.

Dan juga ada gambar berbuka. Masa ni boleh bergembira lagi..

Tapi ada gambar berbuka. Masa ni masih boleh bergembira lagi..

Hari kedua dah mula kurang gembira sebab kena pusing satu hospital check printer.

Hari kedua - Ini printer. Lab label printer.

Ini printer. Lab label printer.

Lepas tu saya semakin tak gembira sebab jumpa buku ni..

wow buku pendaftaran.. why u so big and a lot of patient name inside??

wow buku pendaftaran! why u so big and got so many patients’ names inside??

Baru dua hari je kot system down, tapi rekod pergerakkan patient kat hospital ni sangat dasyat. Kalau HKL atau bandar besar macam boleh faham, tapi Temerloh?? (T_T) Aktif sungguh. Pendaftaran masuk saja sudah 200 orang. Keluar lagi. (TT_TT)

Bekerja dengan gigih masing-masing.

Bekerja dengan gigih masing-masing.

Bos conteng-conteng. Saya tak amik port langsung..

Bos-bos conteng-conteng. Saya tak amik port langsung..

Dipaksa berbuka dengan nasi bungkus. Tiada lagi kegembiraan semalam..

Berkerja sampai waktu berbuka. Dipaksa berbuka dengan nasi bungkus dalam hospital. Tiada lagi kegembiraan semalam..

Berebut-rebut nampak makanan..

Berebut-rebut nampak makanan..

Pukul 8.30 malam, sambung balik kerja. Tiada terawikh di masjid. Buat je kat hotel!

Pukul 8.30 malam, sambung balik kerja. Tiada terawikh di masjid. Buat je kat hotel nanti!

Tapi akhirnya kitorang balik pukul 1 pagi. (-_-“)

Hari ketiga, diorang cakap banyak patient tak admit dalam sistem sebab kerani tak sempat nak buat semalam, despite kitorang dah tolong pre-admit kan. Dah tolong admit, petang suruh lagi double checking. Bleerrrgghh.. mula la nak bertukar menjadi naga je ni!!

check jangan tak check..

check jangan tak check. Sebenarnya time ni tengah marah ni. Nasib diorang amik time tengah tutup muka..

Kawan2ku yang sunguh etnik kreatif..

Kawan2ku yang sungguh etnik kreatif.. Ade dialog terus!

dan lagi..

dan lagi..

Hari ke-3, kitorang kembali berbuka macam manusia biasa. Maka merasalah patin tempoyak dan goreng dan segala macam ikan sungat lagi..

Hari ke-3, kitorang kembali berbuka macam manusia biasa. Maka merasalah patin tempoyak dan goreng dan segala macam ikan sungai lagi.. Tak Temerloh la kalau tak makan patin.. 😛

Walaupun hari ke 3 dah cukup bertuah sebab dapat berbuka kat luar, tapi tak cukup bertuah untuk tak bekerja di waktu malam..

Walaupun hari ke 3 dah cukup bertuah sebab dapat berbuka kat luar, tapi tak cukup bertuah untuk tidak bekerja di waktu malam..

Selamat bekerja..

Selamat bekerja.. *Apsal kusut sangat tuh!*

Dan pulang pada pukul 12 tengah malam..

Dan pulang pada pukul 12 tengah malam.. Nampak tak kitorang bertabah tu. Masih mampu tersenyum riang. *Padahal sebenarnya tengah mengatur konspirasi tu..* 😛

Esoknya.. kitorang cabut KL awal. HAHAHA. 😀 Bos-bos bengang tapi nasib lah. Time kitorang stay back adekah mereka stayback sekali? Tidak bukan? So belajarlah bertolak ansur.. 😉

Majlis Berbuka Puasa secara potluck

Saya dah against kepada perkara-perkara yang bersifat pembaziran, jadi kalau ada yang suggest nak berbuka secara buffet ni memang saya akan menarik diri. Nasib baik bila kawan-kawan outdoor ku ajak berbuka beramai-ramai, dan diorang juga ajak buat secara potluck. Eh. Kenapa ia dipanggil potluck?? Betulkah terms dia adalah potluck?? Adakah hanya orang yang betul-betul bertuah saja dapat makan dari bekas tersebut??

*Selepas googling.. terms potluck adalah betul. Tapi kenapa?? Kenapa nama dia sedemikian rupa?? Okay aku dah malas baca wikipedia tu sampai habis!*

baru sampai.. tak cukup korum lagi..

baru sampai.. tak cukup korum lagi..

the food.. yang macam ni pun berlebihan..

the food.. yang macam ni pun berlebihan..

Ramai rupanya orang berbulah ni eh (berbuka + berkelah)

Ramai rupanya orang berbulah (berbuka + berkelah) ni eh kat depan POJ ni..

Makan time..

Makan time..

depan POJ..

depan POJ.. Masa ni lepas solat maghrib dah.. (ke time orang tgh terawih.. HAHA kantoi berjimba time orang terawih)

Perbadanan Putrajaya

Perbadanan Putrajaya

Apsal tangan aku menggigil amik gambar ni..

Apsal tangan aku menggigil amik gambar ni..

Sebenarnya dah tak larat dah nak tulis. Ada satu lagi aktiviti tak sebut tapi lantak lah. Lain kali je. Atau tak payah terus. HAHA. 😀 Alah.. bukan penting sangat pun.

Sekian cerita bergambar.. saje post. Sayang gambar-gambar tu terbengkalai begitu saja.

Regards,

~Ha~

@Pantai Hill Park: Schoolmate’s Solemnization

07 Monday Jan 2013

Posted by talk2ha in Friends

≈ Leave a comment

2013-01-06 22.33.33A very very mini gathering had been held in our schoolmate’s wedding.

Regards,

~Ha~

@Weekend: Full Pack Weekend again..

04 Monday Jul 2011

Posted by talk2ha in Experience, Friends, Me, Outdoors

≈ 5 Comments

Penuh betul my weekend schedule!

Selalu pun penuh jugak.. tapi selalunya orang lain yang tolong plan kan. Jadi.. selalu macam blur-blur aktiviti yang akan dibuat. Tapi kali ini, memang diuruskan oleh diri sendiri, dan banyak pun berkisar pasal diri sendiri. HEH. 😀

Jumaat

Maintenance tu tak datang pun waktu pagi. Selepas membuat kerja-kerja rumah secara lebih kurang, saya terus ajak Along keluar lunch. Rupa-rupanya, dia akan datang selepas Jumaat. Ceh.. cakap la awal2. Tahu tak, berapa banyak kilometer saya bleh pergi pagi tu? HAHA. 😀

Lunch dan shopping kat Jusco Setiawangsa, kemudian kelam kabut balik sebelum orang balik dari sembahyang Jumaat. Lepas tu, Pakcik Syukri plumber pulak datang lepas pukul 4. Balik je Pakcik Syukri, kami terus panjang langkah ke jalan TAR plak, dan lepas tu pergi Jusco Wangsa Maju. Memang manusia tak mengenal lelah betul. Sebelum balik rumah Along, kami makan kat Restoran Syed.. Syed ape tah, Syed Ali kot.

Lepas solat rumah Along, saya melawat Jusco Wangsa Maju skali lagi. Tak jemu-jemu agaknya dok pegi menziarah tempat tuh. Sebenarnya ada barang terlupa nak beli plak. Barang untuk aktiviti Esok! Ape aktiviti esok? Baca kat bawah! HAHA

Sabtu

Semalam sampai pukul berapa tah tido, pagi nih haruslah payah nak bangun kan. Tapi saya bangun jugak okay! Tapi bangun solat Subuh je. Ingat cuba gak nak bertahan, tapi tak bleh. Lagipun, kalau dipikir-pikir balik, hari ni lagi banyak tenaga diperlukan. Jadi perlu recharge tenaga sampai penuh, sebelum digunakan sepenuhnya.

Bila bangun, kelam kabut mandi, sebab in anytime Pakcik Syukri plumber n maintenance tu akan datang. Sib baik sempat mandi. Sambil kedua-dua manusia tu sedang bekerja, saya pun sibuk buat house chores lagi. WAHAHA.. orang mengemas rumah satu hari je, aku berhari-hari pun tak habis-habis lagi. Manalah taknya, buat keje tu bertemankan tv dgn internet. Macam tulah jadinya!!

Pakcik Syukri complete his task, so I rewarded him with money. HAHA. ‘Rewarded’ kebendanya.. memang pun kena bayar ye. Syukur la ade maybank2u, sebab bleh tak dalam wallet saya ada RM40 je. Ko suruh orang datang bagai, pastu ko lupa plak nak amik duit. Maintenance tu plak, agaknya memang suka kot nak datang rumah saya banyak kali. Saya suruh dia pebaik lampu, dia bagi meletup plak lampu tuh. So kena datang petang plak untuk pebaik. Nak panggil kawan la tuh. Hah.. kalau nak datang petang, kau deal la plak dengan cousin aku.

Petang, Picnic di Taman Rekreasi Air kat Presint 6, yang sebelah Pullman tu. Ni hasrat officemate, membuat pot luck dan membawa family masing-masing datang. Saya yang takda family nih, haruslah datang seorang diri.. jadi dah memang sah-sah la malas nak masak. ~malas ke ko tak reti Ha? HEHE. Dua2 sebenarnya! So saya order Pizza Hut je.

Tapi memang happening. Meriah betul dengan budak-budak. Yang single-single ni semua jadi penjaga budak-budak.

Ok malas la nak cerita. Tengok jelah gambar.


okay.. baru perasan tak letak sebarang gambar officemate pun.. jadi mana nampak meriahnya. HAHA. 😀 Sorry, I intentionally don’t put any of their picture.. tapi percayalah.. kami semua seramai hampir 20 people!!

Ahad

Plan ada pertukaran skit. Tapi peserta masih sama. Dan bertambah. HEHE. Saya sebenarnya dah start malas nak menaip ni. So carita secara pendek-pendek lah.

Morning, breakfast at Old Town with crime partner hari ini, Mar.

Ingat nak edit gambar mcm kat atas.. tapi tak larat dah..

Lepas tu, gerak g IOI Mall, makan kat Seoul Garden plak. Crime partner sudah bertambah. Dari pukul 1 sampai pukul 4 ptg. Haruslah waiter kat situ dok merungut-rungut bila la diorang ni nak blah. HAHA. 😀

First time ever taste korean food..
it’s a sour kimci and a salty cucumber and a balance taste of pineapple.. lucky I took the pineapple!!
while I was eating, and talking, and reading, and laughing (darn.. so many thing I was trying to do.. ) this kid was staring at me and probably wondering why..
the kid’s parents
to ‘cook’ the food..
friend of mine
another friend of mine.. eating ice cream unconciously.. eceh..

I know that my friends are waiting for this pic to be published. Relax dowh, not that pic that scared me most.. it's about social networking itself.. u know these days.. there're lot of weird ppl n stalker in fb..

after eating.. we carried this kid to the stage.. at center of the mall.. just to let this kid crawling.. like a lizard.. hahaha..
this kid (I keep calling him that.. why? Abdurrahman is his name!) was really looks like intentionally chasing me.. what was actually happened was he was chasing my hp.. uh uh uh..
the meeting ended.. Abdurrahman.. see u again!!

Habis. Jadi apa yang berubah? Ada suatu aktiviti tak dapat dijalankan. Takpe. Kita buat lain kali. Sebab plan itu dirancang sebab ingat takda aktiviti hari ni. Tapi kalau ada aktiviti gathering begini, aktiviti tu boleh dibuat di lain hari!

Regards,

~Ha~

@Friday: I’m on leave today!!

24 Friday Jun 2011

Posted by talk2ha in Friends, Me

≈ 6 Comments

Recently, I had comments on my unstable emotion. HAHA. Sorry. What to do. This is me. After all, this is the reason you read the blog, isn’t it? Am I right or am I right? HAHA. 😀

To be fair, I actually have happy life and live to the fullest. But just like any other women, I like to focus on negative side and exaggerate things. And, by focusing on the issue, I have something to talk about. I mean, come on, you know that it’s best to write when you write with your emotion. Apakah aku ni? cakap pun dah berbelit-belit. Enough said, I know you understanding me very well.

The thing I mostly like about me right now, is to know that I can go whenever and do whatever I want. When it’s pop up in my mind, I just go for it. HAHA. It’s kind of ad-hoc thing.

What are you mumbling Ha? Just tell what you wanna tell!

Right. Sorry. Let’s just tell the story.

I had a dinner last night. With a bunch of friends. And old and close friends. We dine at Maeps Restoran, Serdang. I traveled after work from KL, pick up 2 friends from KL and Putrajaya area, then move to Serdang. Gigih tak saya?

We ate, chit chat and played with friend’s son almost 3 hours. Then I sent both friends to their house, before went back to my home. I reached at my home at 12 midnight.

The result? I woke up late today! Hadoi la.. I thought I could wake up like always. Langsung tak sedar my cousin and housemate went out for work. So, I decided to take half day leave. Apakah pergi kerja dah nak dekat pukul 10 kan? So I decided to do a little house chores and go to bank.

After finish to do all the things, I decided to hang out with friend for a while, before go to office.

When I went to my friend’s house and need to drop out license at the entrance, suddenly I realize that I already lost my license. Huh.. I can’t remember when the last time I used the license. As far as I’m concern, it always in my wallet. Uh uh uh..

So the plan already changed! I called Mr. Boss and asked for full day leave. HEHE. Boss in the right mood today, so gave the permission. Yeay!! Why yeay?? I should be worried, right?

Yes, but the reason I was so happy is because, I can have free time today. Do you know that the license can be done in half an hour? How do I know? Err.. actually this is the second time I lost my license. HEHE.

So, today I hang out with friend. Happily hang out until now. Happily eating spaghetti goreng, made by her. Happily hang out although her husband gonna come back in any second from now. Hang out until I get a call from a friend. Then I will move to another plan. Nampak tak betapa tak malu saya di situ. HAHA. Lantak lah!

Okay.. I wanna finish up the spaghetti. Until then, daa..

Regards,

~Ha~

@Puchong: Iman’s Birthday

16 Thursday Jun 2011

Posted by talk2ha in Friends

≈ Leave a comment

Nak cakap wordless Wednesday pun.. hari ni bukan rabu. Bagilah caption lebih kurang..

The Birthday girl - Pae's niece

The cake.. made by Kak Ila and the siblings ~Pae la jugak pun, dan adik2 dia yg lain

Semua orang teruja tengok cake sponge bob

The kids.. ~oh.. ada 2 org bkn kids di situ..

amna.. ~uish.. seriusnya, tanak senyum amna?

@KL: having great time with frens..

17 Sunday Apr 2011

Posted by talk2ha in Experience, Friends, Uncategorized

≈ Leave a comment

Tags

Bukit Tabur

After passed 15 days, this weekend my friends celebrated my birthday. Err.. not totally mine actually. I shared the same month with Mar, but her birth date will be next week. So the Belated and Becoming! Ehh.. betul ke? Err.. whatever lah!

Saturday

We started the day by going to Mazda Service Center, so that Jaizah can service her car. ~eh.. tu pun nak cerita. Eh, before that, we went to Pae’s house, to take birthday cake that Pae’s sister made for us. After car service, we went to Waroeng Penyek at Ikano. We have lots and lots of food. Unfortunately, before that I had a little problem with my stomach. What a waste!

After eating session, they tried to find something for the birthday girls.. eh, suppose I should say birth-month girls. But takde hasil! So they decided to  find the presents without us. Apa-apa jelah korang, janji ada! 😉

Then we shopped at IKEA. Everybody found a thing to buy, except for Mari Chan. HEHE. That’s not her real name, but everybody start calling her that when she put that name on her fb. Nothing fancy after that, we went to my x-house to take my things, went back to my new house to put that things, then went back to Putrajaya.

Had dinner at mamak Presint 9, along with meeting about next year plan with some friends.

Sunday

As usual, we had an outdoor activity this morning. Today, we had Bukit Tabur as our agenda. Still, the morning went not pretty well, as I still had a little problem with my stomach.

After stop from activity for quite sometime, a few of us felt very tired. It’s not normal, even for me, if you start to feel it after 5 minutes hike. Uh uh uh. 😦 Luckily, we made it as photography day. 🙂 So, after from 10 minutes hike, we start taking picture at every stop or place that we felt unique and beautiful.

And Bukit Tabur is beautiful guys.. believe me!

gambar wajib ada bila g bukit tabur

pemandangan metropolitan kl dr atas bkt tabur..

sgt bahaya sbnrnya keadaan bukit ni.. jadi make sure pergi dgn org yg bleh guide u..

It took 5 hours to to hike and went back to cars. ~Padahal orang selalunya naik 2-3 jam je. 😛

so, that’s all for today. Tak larat la nak cerita banyak. Not feeling well and had a little headache, due to having expose too long to the sun.

Regards,

~Ha~

@KT:Terjana dari Fikiran..

19 Sunday Dec 2010

Posted by talk2ha in Experience, Friends, Me, Work

≈ Leave a comment

Tags

Aizat, Kak Pid, Kerja Baru, Pindah Rumah

Entry ini dijana tidak teratur dan terancang. Harap maaf.

Terlepas Flight

Perkara ini berlaku 2 minggu lepas. Bukan minggu ini. Walaupun minggu ini pun saya pulang ke KL lagi, tapi perkara tentang 2 minggu lepas baru terfikir nak diceritakan.

Dua minggu lepas, saya pulang ke Taiping sempena Kenduri Atirah. Maka, walaupun tidak memandu sehingga ke KL, tapi tiba-tiba berasa sangat letih pada pagi Ahad tersebut, lalu tak perasan bunyi alarm dan 11 miss call dari pemandu teksi, yang menunggu di depan tangga apartment saya tinggal.

Setelah pukul 6.05 pagi baru nak tersedar, tanpa mandi pagi, dan bersiap ala kadar (tapi sempat gosok gigi ok!), saya berharap sempat sampai dan check in di Subang Airport pada pukul 6.30 pagi. Memang takde lah kan. Pukul 6.40 pagi baru sampai kat pintu airport.

Macam cerita korea, saya lari-lari, tak scan beg pun, terus ke kaunter. Manalah tau kan, tuah ayam nampak di kaki! Malangnya, ini bukan cerita korea. Macam cerita My Girl tu. So, memang saya ketinggalan flight lah!!

Jumpa Artist

Tapi ada suatu kebetulan yang sangat menarik. Ada satu kumpulan manusia seramai 7 orang juga terlambat check in dan terlepas flight. Iaitu Aizat penyanyi Akedemi Fantasia, yang menyanyikan lagu Sungai Lui, dan Susun Silang Kata, dan  Pergi dan.. Ok ok.. enough. Kami semua tahu kau tahu semua lagu Aizat!

Perasan cemas dan takut tadi telah bertukar menjadi sedikit gembira. Amboi kau, nampak artis kau lupa masalah! HAHA. Tapi tak bermakna saya lupa daratan. Masalah tetap harus diselesaikan tanpa begitu banyak kekecohan. Berita ini harus cepat-cepat dibenteras dari sampai ke telinga bos atau mulut-mulut yang macam tempayan. HEH.

Dan juga, perlu mencari tiket yang paling cepat sampai ke KT. Tapi berasa sangat bangga kerana telah bekerja sama dengan pengurus Aizat mencari tiket yang paling awal, iaitu tiket MAS, dan kemudian berbual mesra dengan group Aizat, walaupun tak kenal siapa, dan menyapa sebaris dua ayat dengan Aizat.

Hoi, bukan main bangga lagi kau menyapa artis! HUHU. Macamana saya tak rasa gembira, kalau hari-hari saya asyik nyanyi lagu dia. Dan hari tu saya dapat jumpa tuan punya suara. Tapi jangan risau, saya tidak hilang pedoman. Sapaan dibuat secara biasa-biasa saja. Tidak nampak terlalu excited. Atau berharap tidak nampak macam sangat excited.

Hampir Terkantoi

Flight MAS petang tu rupanya ditumpangi oleh bos juga. Kali ini saya betul-betul rasa macam cerita korea. Menyorok-nyorok macam tikus.

Dan saya terlepas! 😀

 

Kenduri Fidah & Peter

Saya ada seorang kawan di ITM. Dia telah berkahwin pagi tadi. Di Rengek, Johor. Dan telah berkahwin dengan seorang orang putih dari Texas, USA. Tapi saya berasa sangat aneh!

Apa yang aneh?

Aneh kerana kawan saya ini tidak pernah ke luar negara, sama ada bekerja ataupun belajar. Walaupun kami telah mengenal pasti interest beliau yang sangat suka jenis-jenis yang non-malay atau non-malaysia ni, tapi takda pernah menyangka akan berkahwin dengan seorang mat salleh.

Lagi pelik dan aneh, beliau kenal suami dia ni kat Online Game dalam Facebook! Tidakkah aneh?

Kerja

Saya memang suka cari masalah. Bukankah hari tu sudah membulatkan tekad macam bola. 2 minggu lepas juga, tekad saya telah tidak bulat lagi macam bola dah takda angin.

Akhirnya, setelah beberapa kali solat istikharah, saya mengambil keputusan tidak mahu berhenti. Baga!

Apa boleh buat, kawan saya pesan suruh ikut gerak hati. Kalau saya tak rasa ralat nak lepaskan job tu, maksudnya mungkin job itu bukan untuk saya. Dan memang tak rasa ralat pun.

Reason lain, sebab company tu offer sesuatu yang tidak lumayan, dan macam ada something fishy.

Tak mengapalah. Tak perlu cerita panjang. Withdrawal letter and email pun sudah dihantar. Sekarang tiba masa untuk berdoa semoga tiada perkara kurang baik berlaku. Seperti surat tuntutan bayaran gaji sebulan sebab saya tak datang report duty pada tarikh yang ditetapkan (itu ada dalam kontrak). Uhuh..

Kecurian

Ada kecurian berlaku di site office ni. Eh.. bukan site office. Tempat user. Masuk ni macam dah kedengaran banyak sangat benda yang hilang. Yang melibatkan banyak ribu ringgit.

Sebenarnya saya berasa sangat aneh melihat mereka menjaga barang-barang. Dan juga cara mereka investigate perkara ini.

Pertama, mereka macam takda audit pun siapa yang pakai barang-barang ini. Jadi tiada siapa yang betul-betul bertanggungjawab keluar masuk barang-barang tersebut.

Kedua, barang-barang tu disimpan secara selamba di atas lantai dalam bilik helpdesk. Jadi sesiapa pun ada potensi untuk melihat, meng-observe, dan merancang kecurian tersebut.

Ketiga, kadang-kadang saya lihat barang-barang tersebut dibiar secara semalaman di bilik mesyuarat, tidak disimpan. Dengan alasan, telah di-lock.

Keempat, setelah berlaku kecurian, macam ada loop hole saja dengan cara investigation ini. Tapi yang ini saya tak berani cakap dan fikir lebih. Sebab saya tak tahu pun sebenarnya apa yang berlaku. Ini cuma apa yang saya dengar-dengar je.

Ok, kita jangan cakap banyak. Mari kita ambil konsep tunggu dan lihat!

Pindah Rumah

Usaha masih tidah berjaya.

Cuma berjaya mem-pack beberapa kotak. Tapi itu semua hanya 1/3 dari barang-barang milik saya.

Barang keperluan tak berjaya dibeli. Memandangkan saya tak ada di KL untuk jangka masa yang lama, pasti mendatangkan masalah apabila urusan delivery.

Kipas atau Air conditioner juga belum dibuat keputusan. Keputusan yang dibuat juga bakal melibatkan urusan wiring yang sungguh tiring. So bosing! Eh..

.

Itu saja. Sebab hari sudah lewat malam.

Regards,

~Ha~

A Friend to Remember..

18 Monday Oct 2010

Posted by talk2ha in Friends

≈ Leave a comment

Tags

Friends

At last, I have time to update!

Al-Fatihah to my cyber-friend and talented photographer, Taufiq Shariff, who passed away last Saturday, at 1.32am. He didn’t survive after a coma. Before that he had been diagnosed brain tumor. I met him once at Fatin’s 1 year outdoor photography, and always admirer his talent, although we didn’t talked much that day.

Till next time!

Regards,

~Ha~

← Older posts

Subscribe

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)

Archives

  • January 2021
  • January 2020
  • November 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • January 2018
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • October 2016
  • June 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • September 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • February 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • November 2012
  • October 2012
  • September 2012
  • August 2012
  • July 2012
  • June 2012
  • May 2012
  • April 2012
  • March 2012
  • February 2012
  • January 2012
  • December 2011
  • November 2011
  • October 2011
  • September 2011
  • August 2011
  • July 2011
  • June 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • March 2011
  • February 2011
  • January 2011
  • December 2010
  • November 2010
  • October 2010
  • September 2010
  • August 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • November 2009
  • October 2009
  • September 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009

Categories

  • Deco
  • Event
  • Experience
  • Family
  • Food
  • Friends
  • Gadgets
  • Journey
  • Me
  • Movie
  • Outdoors
  • Promotion
  • Review
  • Thought
  • Travel
  • Uncategorized
  • Video
  • Work

Meta

  • Register
  • Log in

Create a free website or blog at WordPress.com.

Cancel
Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy