Assalamualaikum..

Ingat tak tahun lepas bila aku cakap aku nak berubah? Well, aku berjaya berubah! Tapi ia bukanlah seperti yang aku rancang. Bukan sebab usaha dan keazaman dari diri untuk berubah. Sebaliknya, keadaan dan takdir yang membuatkan aku berubah. Banyak perkara yang terjadi, yang menyebabkan aku nak tak nak kene buat sesuatu, akhirnya bila aku baca balik post tahun lepas, eh aku dah berubah macam aku plan la. Walaupun bukan 100%. Ada perkara masih sama seperti dahulu. Dari 5 yang aku senaraikan, 3 aku berjaya buat. 1 mcm so-so. Kejap ok kejap ke laut. Dan 1 lagi langsung menjadi negatif dan boleh dianggap separa gagal. Tapi tak boleh cakap gagal. Nanti aku cerita kenapa.

Kedukaan dan Cabaran 2023

Kalau boleh aku nak ceritakan yang baik-baik saja. Sebab aku memang tak berapa gemar nak kongsi yang kurang manis kepada yang kurang mengenali. Tapi aku rasa aku perlu cerita, sebab tanpa kejadian ni, mungkin aku masih belum berubah dan tak mencapai apa aku rancang tahun lepas. Tuhan tu Maha Mengetahui. Dia tahu aku perlu tolakan yang kuat untuk berubah. Walaupun aku tak suka tolakan tu, tapi aku redha sebab aku tahu Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.

Dalam 5 perkara yang aku senaraikan, item Kerja lah yang aku gagal menyusun-atur menjadi lebih baik. Bukan setakat gagal, malah serba serbi menjadi tak kena. Kerja aku tak menjadi, team lead aku marah-marah pada aku, aku buat kerja lambat dan macam-macam lagi. Semua ni jadi lepas sebulan aku tulis last post tu. Walaupun aku cuba berusaha untuk memperbaiki keadaan, tapi nampak macam makin bertambah teruk. Ada je yang tak kena di mata lead aku. Memang tiadalah work life balance yang aku nak sangat buat sebab aku memang sibuk mengejar date line dan cuba catch up dengan keadaan. Sampai lah aku pun dah mula rasa aku dah dapat enxiety. Aku jadi berdebar-debar tak tentu masa, aku tak boleh tidur malam. Setiap malam Ahad aku takut nak hadap hari Isnin. Aku sentiasa rasa resah. Kadang aku rasa aku ni bodoh dan selalu menyusahkan semua orang (tentang kerja). Kadang aku rasa semua orang judging aku. Kadang aku rasa lagi aku cuba belajar, lagi aku jadi bertambah bodoh dan benak. Kadang aku sampai menangis malam-malam sebab aku tak tahu macam mana nak uruskan masalah aku dan jugak jantung aku yang tak berhenti berdegup kencang.

Awal tahun, akhirnya aku decide untuk cari kerja lain. Sebab kalau dah menyusahkan orang sangat, lebih baik aku pergi. Tapi malangnya, belum rezeki aku lagi sampai sekarang. Maka bertahan lah aku. Cuma masa aku decide nak berhenti tu, tiba-tiba aku rasa separuh beban aku hilang. Tapi sekarang tak dapat kerja lagi, maka suku dari rasa yang hilang tu datang balik HAHAH.

Jadi, aku tak anggap gagal sepenuhnya sebab aku masih berusaha memberbaiki keadaan. Cuma rezeki belum menyebelahi aku. Yang penting, aku tak putus harap.

Perubahan 2023

Sebenarnya, perubahan ni berlaku sebab aku mencari-cari cara untuk aku survive dengan masalah aku. Aku tak nak jadi gila. Tapi aku tahu aku dah ada simptom-simptom masalah mental health. Jadi aku cuba alihkan perhatian aku pasal kerja dengan join kelas Exercise. Ingat tak antara item yang aku senaraikan adalah Exercise. Sebenarnya, bukanlah aku rancang nak masuk kelas asalnya. Aku cuma nak banyakkan aktiviti exercise dengan kawan-kawan aku saja. Tapi ada suatu hari tu, ada kawan aku tanya kenapa aku gemuk? Siap tanya aku, macam mana kau panjat gunung pun masih boleh gemuk? Huhuh.. begitulah hidup ini memang kejam!

Maka atas sebab itu aku pun semangat masuk kelas. Alhamdulillah, kelas tu memang banyak membantu aku kurangkan masalah enxiety and overthinking. Sebab aku perlu keluar exercise every weekend’s morning dengan coach yg garang, aku kene siapkan makanan setiap hari. Sekali pun tak boleh skip. Lepas tu coach aku pun dalam banyak masa sentiasa memenuhi ruang fikiran aku dengan macam-macam hal, dari hal dah minum air ke belum, cukup tidur ke tidak, timbang berat setiap rabu, homework lari 5km setiap minggu, dah berak ke belum, nak tengok gambar makanan aku setiap masa, dan macam-macam lagi lah. Jadi kau rasa aku ada masa nak fikir lama-lama pasal hal-hal overthinking tu. And coach aku pun kadang-kadang macam pakar kaunseling dan motivasi jugak. Jadi kadang-kadang aku pun ceritalah masalah aku kat dia. Supaya dia takde lah marah aku kalau aku tidur lambat or ter-skip makan. HEH.

Dan berjayalah aku turun 8kg. Jadilah. Lepas 1 session kelas tu aku stop dulu. Sebab ada hal-hal lain yang aku kene uruskan. Nanti lepas raya aku sambung balik.

Selain Exercise, Lifestyle aku pun berubah jugak lah. Kau pun baca betapa penuhnya aktiviti yang dicipta oleh Coach aku. Aku ni dari tak memasak, dah jadi kene masak setiap hari. Dari weekend tidur lepas subuh, terus aku kena keluar exercise pagi-pagi dengan dia. Dari aku yang jenis seminggu tak keluar rumah, sudah la kene keluar execise dengan dia setiap pagi sabtu ahad, aku kene jugak locate 1 masa lain untuk lari 5km sekali seminggu dan keluar pegi pasar beli bahan mentah untuk memasak. Aku pun tak pernah skip makan meal utama. Snacking tu banyak kali je aku skip, sebab aku rasa mkn 5 ari skali tu macam overwhelmed sangat. Oh tapi bukan terjadi di beberapa minggu pertama la. Awal-awal tu aku asyik tak cukup makan je. HAHAH.

Bila kau sedih dan susah hati, kau pun ingat Tuhan. HUHHU. Ni benda yang menyedihkan. Masa aku happy & wasted 8 bulan tu, aku rasa aku memang dah jauh dari tuhan. Maka Tuhan panggil aku balik dengan beri aku rasa sedih dan susah hati, sampai aku jatuh terduduk. Bila kau dah di bawah dan tak boleh bangun, kau pun merangkak mencari Tuhan. Mintak Tuhan tolong fix keadaan dan hidup kau. Hati kau yang keras pun jadi lembut dan mula selalu ingat dan berdoa pada Tuhan. Sampai sekecik-kecik benda pun aku berdoa kat Tuhan. Nak present pun aku doa kat Tuhan. Aku pun mula kembali kepada routine dan amalan yang dulu. Walaupun aku tak dapat buat sepenuhnya amalan yang dulu-dulu, tapi aku berdoa semoga aku istiqamah dan through out time aku dapat buat lebih banyak amalan lagi. Bila kau kosongkan hati, kau pun mula belajar dan isi banyak Knowledge. Aku pun memang dah subscribe kelas tadabbur sebulan sekali tu. YT pun aku cubalah dengan dengar yang menambahkan ilmu. Knowledge lain aku tak mampu nak fikir lagi. Tengoklah lepas raya nanti macam mana.

Yang masih so-so adalah Finance aku. Macam aku cakap dulu lah, bukanlah aku ada masalah yang teruk sangat pun. Cuma aku macam nak menabung lebih je. Dan kurangkan belanja yang bukan-bukan. Bila aku join kelas healthy diet ni, ade lah kurang skit makan luar. Tapi bila dah habis session ni, and pada waktu-waktu tertentu, aku macam terover spend jugak. Aku kena doa kat Tuhan supaya bagi aku kekuatan dan istiqamah untuk menabung.

Kenapa aku ceritakan kat sini?

Aku pernah tengok channel Hj. Zainal Rashid Ahmad (ZRA). Dalam salah satu video tu, dia ada cakap sesuatu yang membuatkan aku sampai datang menulis pada hari ni. ZRA ni quote balik bahawa ada seorang ahli psychology pernah kata, yang semua orang perlu menulis sebagai terapi diri. Kerana anda boleh mengenali diri anda apabila anda memberi laluan kepada pengaruh bawah sedar anda. Sewaktu menulis, kita selalunya tiada kawalan terhadap diri dan menulis mengikut apa yang kita fikirkan. Selepas beberapa hari anda membaca balik tulisan tersebut, anda akan mengenali bahagian diri anda yang anda tidak kenali.

Dulu aku memang suka balik baca blog post aku. Satu, sebab aku sendiri terhibur membaca tulisan aku. Kedua, sebab dalam banyak masa, aku sebenarnya seorang yang pelupa. Pelupa ni dalam banyak hal memang menyusahkan. Tapi Tuhan tak pernah jadikan sesuatu makhluk tu dengan sia-sia. Pada aku, aku menghargai makhluk lupa ni sebab dia membantu aku melupakan banyak kisah sedih, duka atau kisah yang boleh membuatkan aku tak mampu meneruskan kehidupan kalau aku sentiasa ingat keadaan tu. Tapi bila ZRA highlight sisi lain tentang tulisan, maka aku rasa aku nak tulis untuk aku abadikan keadaan ini. Supaya aku kenal diri aku dengan lebih lagi. Supaya ia menjadi pengajaran aku di masa hadapan. Supaya aku ingat pada suatu masa akan datang, yang keadaan kucar-kacir ni pernah terjadi dalam hidup aku. Supaya aku beringat dan berpada-pada dalam bergembira, dan jangan sesekali pernah terlintas untuk cuba melupakan Tuhan walau sekejap. Kerana ‘sakit’ dan ‘kesan’-nya tu bukan sedikit.

Walaupun banyak sudah berubah, banyak lagi yang perlu aku selesaikan. Masalah dalaman aku masih lagi berlaku. Masalah kerja pun rasanya memang tiada penyelesaian, melainkan aku perlu mencari ruang dan suasana yang lain pula. Keadaan Finance aku walaupun bukanlah di paras masalah, tapi perlu diberi perhatian lebih. Semoga Allah memberi pentunjuk dan jalan keluar kepada masalah kita semua. Insya-Allah!

Begitulah kehidupan.. ia tidak akan berakhir, sehingga kita pergi menemui-Nya.

Regards,

~Ha~