• About Me

The Traveler..

~ Ordinary person.. who accidentally doing something out of her mind..

The Traveler..

Monthly Archives: January 2012

@Putrajaya: Keep On Moving..

31 Tuesday Jan 2012

Posted by talk2ha in Me

≈ Leave a comment

I’m kind of person who rarely sharing something in facebook. But today, I found a picture that most likely me.

I still remember, once upon a time, I used to love going to work. Work is part of my life. Work make me feel useful and happy. I was prepared and so ready to work every Monday.

Now? Blerrgghhh..

Hari Isnin je terus rasa sakit nak demam dan sebagainya. Finding every reason to get MC or take leave. Takde semangat langsung nak pergi kerja.

Bila sampai hari Jumaat, terus rasa nak melompat!! Tak sabar-sabar nak menjalani hujung minggu dengan jayanya. Huhuhu.. begitu gembira sekali!

Iskh iskh iskh..

Regards,

~Ha~

@Home: Travel to Ipoh postpone..

28 Saturday Jan 2012

Posted by talk2ha in Me

≈ Leave a comment

I already went to KL Sentral. I was just about to buy the ticket. Then something came out in my mind. So I asked.

“Tiket dari Ipoh ke KL esok ada tak?”

She replied.

“Takde. Dah habis. Tapi tak sure la kalau ada tiket tambahan. Tapi buat masa ni, semua dah habis!”

Damn!

That’s it. If I continue the journey, I might end up stuck in Ipoh until Monday.

It means, I postpone the plan to next weekend.

@Home: Planning travel to Ipoh

28 Saturday Jan 2012

Posted by talk2ha in Me

≈ Leave a comment

Tags

ipoh

So I was still sick last Friday morning. No work. No training. No call from boss (except only at 8 in the morning, when he’s about to hand the task).

The fever went down in the evening. But I still went to clinic to get more investigation. Actually I just little scared with leptospirosis (virus kencing tikus). But to my disappointment, the doctor got no knowledge about that. So, she just asked to come back again and get the referral to hospital on Monday, if I still feel sick.

Since I have a little free time this weekend (we are having a rest weekend this week since we did heavy activity last weekend), I’m planning to go to Ipoh, to get result of police report case (for the accident last month). And since I don’t have car, I’m planning to travel by train. What an adventure journey. HAHA. πŸ˜€

But to my sadness, my cousin, who suppose to join me, can’t do that. She got sick. So I’m traveling alone, with my body still fill sick. Poor me. ~I’m looking for sympathy right now, who wanna to follow me? HEHE.

I will write more, when I’m free (while I’m still in Ipoh I mean).

Regards,

~Ha~

@Terengganu: Hutan Chemerung, Gunung Berembun & Air Terjun Langsir

26 Thursday Jan 2012

Posted by talk2ha in Experience, Journey

≈ 12 Comments

Tags

Berembun, Chemerung, Langsir

Chinese New Year kali ni telah mencabar diri sendiri membuat aktiviti yang tak pernah terfikir saya akan join. Walaweh.. dia punya nervous memang toksah cerita la. Memang dah ade terfikir la nak melarikan diri sebenarnya malam Jumaat tu.

Tapi cuma terfikir jelah. Sayang dah bayar duit. So pergilah kami 14 orang dari KL dan seorang dari Kerteh join XPDC Chemerong Berembun.

Jumaat

Bertolak dari Stesen Bas Putra pukul 9 malam. Dari 14 orang tu, 5 orang adalah perempuan, dan yang saya kenal 4 orang je (campur yang datang dari Kerteh tu). Jadi memang senyap skit la. Dah la cuak dengan jalan nak ke sana nih. Memang la banyak kali pegi, tapi memang kurang berkeyakinan betul kalau naik bas nih. Uh uh uh…

Sabtu

Sampai pukul 3 pagi. Tunggu kenderaan kat stesen Petronas sampai pukul 5. Kawan kitorang yang dari Kerteh tu pun sampai. Tunggu lagi sampai hari cerah baru gerak masuk hutan.

Bila nak masuk, hah muka terus cuak pucat lesi. Dalam hati tatau la berapa banyak doa dah baca. Mintak lindung dari macam-macam benda. Dan paling penting tak menyusahkan orang. Debar di hati memang tak cerita la, rasa cam sebatu orang boleh dengar. Rasa jelah..

Jalan punya jalan.. ade la pancit skit-skit. Tapi baru warm up, jadi masih dalam keadaan terkawal lagi la. Dalam lebih kurang 1 jam jalan kot, jumpa Air Terjun Chemerung, air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Subhanallah, memang cantik!

Kemudian jalan lagi. Kali memang lagi dasyat. Trail semuanya mencanak gila. Waaa.. memang nak menangis. HAHA. Okay.. masih belum menangis, tapi memang dah start tertinggal kat belakang. Bersusah payah convince budak-budak lelaki ni tak payah tunggu, tapi memang harapan la. Yelah saya tau memang bahaya tertinggal kat belakang berdua, perempuan je pulak tu, tapi mungkin sebab dah biasa jalan sendiri-sendiri sebelum ni. Pressure bila tau orang menunggu kita kat belakang tu lagi saya tak tahan.

Setelah berjam-jam jalan naik bukit, akhirnya sampai kem balak untuk lunch. Masa tu dah pukul 2 lebih. Masa ni, saya dah tak peduli pasal makan, hati kira nak main air je. Wahaha.. air air.. Best wei mandi air sungai!

Kem Balak

Lepas lunch, tracking lagi sampai Kem Y. Time ni sejuk gila sebab hujan, dan banyak gila pacat. Tapi track a bit relax skit.

Sampai-sampai Kem Y, saya jatuh dalam lubang. HAHA. Apa malang tah! Saya lalu je tempat tu, terus tanah dia mendap. Kelam kabut bangun. Cuak gak, takut sarang ular. Satu lagi takut orang nampak. Kekeke.. πŸ˜€ Reputasi kena jaga beb, ni baru first day. πŸ˜‰

Kem Y

Malam, kitorang bermalam kat sini. Kem sini tak best sangat. Banyak akar jadi asyik tertidur atas akar. Hari pun asyik hujan renyai-renyai je. So macam tak boleh nak tidur malam, sejuk gila!

Ahad

Start tracking pukul 10 lebih. Eh? Cam dah lupa plak kejadian hari ni. …….. Okay dah ingat!

Hari ni plan sepatutnya sampai puncak. Trail tak la sedasyat semalm, tapi still mengah-mengah la gak. Bila dah nak dekat sampai puncak, kawasan dah jadi berlumut dan banyak pokok bonsai. Macam kat Kinabalu kilometer 4.

Bila sampai puncak, kitorang pun melepak la sekejap barang setengah jam. Ade la yang siap buat air dan makan bekalan lempeng yang buat pagi tadi. Lempeng tu saya yang goreng, jadi memang sedap la kan, sampai berebut-rebut diorang habiskan. Kekeke.. πŸ˜€ Walaupun orang lain yang bancuh tepung tu. Sebenarnya tu first time tengok orang buat lempeng. Hampeh tak? Dulu-dulu tak amik port pun benda nih. Padahal arwah tok selalu je buat. Ingat nanti breakfast kat umah nak buat lempeng la.

Selepas tu, kitorang pun ke Air Terjun Langsir. Series, memang terbaek la kawasan nih! Cantik dia Subhanallah. Air dia hijau tenang jernih nampak sampai dasar. Nak sampai tempat ni, trail menjunam la pulak. Sampai ada yang injured.

Oleh sebab ada yang injured, fokus dah tak tertumpu kat saya lagi. HEHE. Makanya, saya dapat duduk di depan, dan tak da lelaki disekeliling. Dengan air sungai yang cantik jernih tu, hati mana dapat tahan weh. Last-last campak beg, g terjun mandi sungai. Terbaek lah!!

Dan kawasan camping pun terbaik dalam semua hari. Kawasan kemah best. Kawasan kitorang mandi tersorok dari lelaki. Siap bleh berenang-renang. Cantik some more. Boleh tengok pemandangan dan matahari terbit.

Kem U

Malam ada games dan majlis suai kenal. Baru lah kenal semua orang. Dan semua pun mula la nak tunjuk perangai. HEHE. Bahaya tuh! Tak kenal, semua senyum sopan-sopan je. Dan kenal.. asyik nak mengena orang je kejenya.

Isnin

Bangun pagi-pagi, lepas solat subuh, kitorang g kat kawasan batu dan lapang, nak tengok sunrise. Rasa macam kat Kinabalu plak. Tapi Kinabalu lagi best la.

menunggu sunrise

buat aktiviti pelik sekejap..

matahari muncul..

Hari ni start nak turun gunung. Nama je turun, trail diaΒ  2 kali naik 2 kali turun. Penat memang tak payah cerita la. Ntah macam mana, diorang ni suruh plak saya duduk depan. Bayangkan 14 orang duduk belakang ko menunggu kalau saya berenti berjalan. Suruh potong tak nak potong pulak tu. So push la diri ni jalan jugak-jugak. Masa tu dah mula rasa sakit dada. Rasanya, yang ni la kot paling azab. Akhirnya tah cemaner, kitorang terpecah jadi 3 group. Group depan sekali ikut guide. Group saya tengah-tengah semua perempuan. Group belakang sekali semua lelaki. Baru la rasa bernafas skit.

Sampai Kem Balak (kem last nak camping – camp yang sama masa lunch ari first) tu, nak rasa tak bermaya betul. Rasa nak tertidur pun ada. Pasang khemah, mandi lebih kurang, solat dan lepas tu tidur. Memang dah tak larat gila. Sejuk dia tuhan je yang tau. Gigi asyik berlaga je terketar-ketar. Memang dah rasa nak demam.

Tent mate kejut pukul 6.30 ptg. Bangun jugak la pasal dia asyik cakap tak baik tidur petang. Muka pun dah lain macam kot, sebab ada yang menegur. So lepas dinner, terus makan ubat.

Malam ni takda main games dah. Tapi budak-budak lelaki ni dok main kad. Perempuan ada yang tidur awal, ada yang bersembang-sembang. Masa ni saya dah rasa tekak sakit dah.

Selasa

Kali ni terus turun sampai bawah. Trail okay lah, sebab menurun. Saya kalau menurun, laju kemain lagi. Cee kalau menaik, muka terus macam nak menangis. Kekeke. πŸ˜€

Sampai, kitorang berendam lagi. Kira last call la. Sebenarnya, kitorang rasa, 3 hari ni kitorang tak sakit kaki walaupun tracking sepanjang hari, sebab lepas tu kitorang berendam dalam sungai kot. Betul, tak sakit kaki pun! Padahal minggu lepas saya naik Saga, terus kaki sakit sampai 3 hari. Tu pasal kitorang berendam lagi lepas turun tu.

Lepas tu, kitorang semua buat aktiviti bebas. Apa lagi, main kad jelah kejanya. Sampai kad tu pun dah tak rupa kad dah.

Pukul 6 lebih, gerak keluar dari Hutan Lipur Chemerong, dan tunggu bas kat Bandar Muktafi Billah Shah. Oh.. first time dapat masuk bandar ni. Kalau korang tau bandar ni kat mana, mesti korang pun ada rasa hairan macam saya juga. Dari KT or Kuantan, bandar ni duduk kat tengah-tengah hutan. Bila sampai je kawasan ni, terus kawasan dia jadi grand semacam. Kadang-kadang selalu cakap dengan member, macam pekan orang bunian. Tengah hutan ada bandar macam ni. Tapi tak nampak ramai orang keluar masuk.

Rupa-rupanya, ni termasuk dalam projek KETENGAH. Some more ini bandar di raja. Jadi kerajaan negeri jagalah kawasan ni sebab ni kawasan bersejarah. Sebab tu la nampak cantik semacam. Ni pun kitorang tanya dekat driver yang bawak kitorang dan makcik kedai makan.

Malam, sementara tunggu bas, kitorang main kad lagi. Iskh.. dah macam taik judi pulak. Sebenarnya dah tak tahu apa nak buat. Pukul 11 bas pun sampai.

Rabu

Alhamdulillah, jalan tak jem sangat, so pukul 4 dah sampai KL. Tidur kejap kan Hentian Putra, lepas subuh, terus gerak balik and terus siap g keje. Memang gigih. Sempat basuh baju and sidai baju camping tu lagi.

Masa rabu tu macam okay lah keadaan. Tak mengantuk, cuma macam nano-nano skit je.

Hari ni? Saya sudah rasa mau demam. Adeh! Balik tadi, terus tidur, bangun untuk solat maghrib dan isyak je, lepas tu sambung tidur balik. Penat badan, campur dengan sejuk aircond hospital, badan terus rasa seram sejuk. Ni baru bangun pukul 12.30 tadi, makan skit sebab nak makan ubat.

Tak boleh mc la nampaknya, sebab esok ada training lagi!

~creadit gambat to Aini.. saya takde gambar pun, hp takde bateri.

Regards,

~Ha~

-saya yang tak sihat-

@Home: Update untuk minggu ke-2 2012

15 Sunday Jan 2012

Posted by talk2ha in Me

≈ Leave a comment

Aktiviti blogging nampaknya dah tak serancak dulu. Kalau dulu (definisi dulu = 2-3 tahun lepas), boleh kata hari-hari nak update. Marah update. Bengang update. Sedih update. Blur update. Happy? lagi lah nak update.

Sekarang? Jadilah perkara macam-macam pun, cerita skit-skit je. Kadang-kadang tak cerita pun. Siap boleh terlupa pulak. HAHA. πŸ˜€ Adat lah manusia. Benda baru memang excited. Dah lama-lama, endah tak endah je. Iskh iskh iskh..

Projek Bilik

Ntah brapa bulan la projek ni nak ambil masa. Sedih betul! Tapi kita cuba jugak lah yang mana terdaya.

Tadi survey tilam dan kerusi. Saya memerlukan 2 biji tilam single (eh? penjodoh bilangan tilam tu biji ke? ke bidang? uh uh uh.. ). Sebab katil saya yang seperti transformer boleh jadi katil single boleh jadi katil queen tu memerlukan tilam tersebut. Jadi requirement-nya harus lah sedap nak tidur dan nipis saja. Sebab kalau katil saya jadi single, saya akan tindan 2 tilam tersebut. Kalau tebal, harus jadi tinggi katil tu.

Kemudian, saya memerlukan sebiji kerusi untuk meja study. Meja study tak payah beli, ada orang baik hati nak bagi. Tapi kerusi takda lagi. Jadi ia perlu dicari. Dah jumpa.. kedai dia kat depan rumah saja. Tapi saya ingat nak survey lagi!

2 kotak telah dikemas. Dan sebiji kotak lagi saya telah decide nak buang saja tanpa perlu tengok. Tahniah! Saya telah menjadi seorang yang sangat kejam pada kenangan. 5 more boxes to go..!

Walaupun bilik ni nampak macam kemas.. tapi sebenarnya banyak benda nak kena scan balik. Macam tadi, bila buat pengemasan.. jumpa hampir 3 voucher dah expired, lebih kurang 5 paket ubat dah expired, 3 bungkusan makanan yang tak berbuka dah expired, dan berlambak-lambak barang toileteries yang di beli 3-4 tahun lepas!

Hebat tak saya? Memang suka simpan sampah! Dan beli barang buat sampah! 😦

Training Mulu

Umum mengetahui yang saya..

Hoi hoi!! Ko tengah buat rencana untuk Majalah 3 ke apa? HEHE.. πŸ˜€ Tiba-tiba pulak terkeluar ayat macam tu. Baiklah. Saya buat ayat lain.

Hari tu saya dah bagi tau pasal jadual training untuk ke Mulu kan. Sebenarnya, bukan aktiviti caving yang buat kitorang training naik turun bkt/gunung tu. Tapi kitorang semua cuak dengan Pinnacles. Ntahlah, semua cerita yang ngeri-ngeri, sampai jadual training kitorang dah mengalahkan naik Kinabalu pulak.

Jadi minggu ni, kitorang naik Bukit Saga, dekat Cheras. Ada pertukaran plan, tapi tak kisah. Janji ada jugak. Ni kira macam baru nak start balik.. jadi stamina memang zero. Ni betul-betul ZERO. Tau.. mesti antara korang tak percaya. Tapi percayalah. Memang zero. Penat dia bukan main.

Camnilah… bayangkan, Bukit Saga yang cuma tinggi lebih kurang 400 meter tu, kitorang amik masa dari pukul 9 setengah pagi sampai ke 3 petang baru turun. HAHA. πŸ˜€ Dasyat tak?

Okay, takde la dasyat sangat sebenarnya. Sebab lepas sampai rooftop, kitorang trekking lagi sampai air terjun bukit Apeh, lepas tu mandi+bersembang je dah berape jam, pastu balik plak saja trekking ikut jalan jauh, sebab lebih landai walaupun memang penat rasa macam dah sesat je. So, it was believable la. HEHE. πŸ˜€

Tapi badan memang tekejut. Kesan dia, terus kena migrain + sakit perut + rasa loya. Okay.. part sakit perut tu mungkin boleh diabaikan. Tak naik bukit pun, sakit perut tetap datang jugak. Muscle kaki pun rasa tegang. Padahal, jalan punya la slow. So nampak sangat dah lama tak exercise.

Jadi, next week punya plan, saya tak tahula apa nasibnya! Memang kena doa banyak-banyak ni. Mintak perlindungan dan kekuatan dari Tuhan. Sebab dengar-dengar cerita Chemerung macam lagi ngeri! Waaa… :((

Kerja

Dah lama tak cerita pasal kerja kan? Bukan apa, dulu takut korang muntah darah asyik dengar saya asyik dok merungut pasal kerja je. Tu belum lagi mengumpat pasal boss. πŸ˜€

Sebenarnya, kalau nak compare dengan dulu, sekarang ni lagi banyak kerja. Maklumlah, dah 4 tahun kat company ni. Ada projek yang dah nak close. Ada projek yang on going. Ada projek yang baru nak mula. Dan haruslah semuanya nak kena cover. Jadi memang penat!

Tapi macam yang saya pernah cakap jugak la, stress level dah kurang skit. Banyak la faktor penyumbang.

Mungkin pasal kitorang pun dah pandai buat kerja. Dah tahu apa nak buat. Kalau tak tahu pun, dah tahu pada siapa kitorang nak turn to. Walaupun ada masalah, kena marah, tapi takdelah macam dulu, clueless!!

Mungkin juga pasal boss pun dah tak sakastik macam dulu. Tak laser-laser tak tentu pasal. Dia pun macam banyak biar kitorang buat kerja sendiri. Tapi takdelah lepas tangan, kalau datang angin tu, pening kepala juga. Tapi at least, time tu jelah kitorang gaduh. Esok, semua orang baik balik.

Tapi rasanya, mungkin faktor yang ni paling kuat. Sebabnya.. kitorang ni pulak yang dah jadi laser sekarang. πŸ˜€ Tengok la siapa boss kitorang. Kitorang ni protegee dia la ni. Pantang silap, siap la. Pastu me-laser dah tak kira siapa. Sekarang kitorang dah tak pegang konsep who’s the boss. Yang penting siapa yang salah? Tak kira la siapa kau pun. Boss ke, support ke, company lain ke, consultant ke.. sampai ade sekali tu, user pun kitorang perli-perli. Sampai kadang-kadang nampak bos kitorang pun macam cuak-cuak dengan kitorang. HAHA. Tapi kadang-kadang jelah. Selalunya memang kitorang la cuak dengan dia.

Tapi, penindasan tetap jugak la berlaku. Tu perkara normal. Jadi normal jugak la kitorang pun sibuk nak cari kerja lain. πŸ˜‰

Kereta

Kesian la kereta tu. Dah la accident, tak hantar pebaik lagi, pastu dalam dok uzur-uzur tu, owner dia belasah cukup-cukup, sampai ke Temerloh sana dia paksa pergi. Tapi kereta, kau kena tough, sebab owner kau pun sebenarnya sedang cuba menjadi tough! πŸ˜‰ Jadi kereta, kau kena janji, kita jadi tough sama-sama!

Dan minggu ni owner pun mesti jugak janji buat 2 perkara, tak kira la sibuk macam nak terbalik pun.

Pertama, kena call Perodua. Haihh.. orang Perodua ni pun satu. Order apa yang sampai tak sampai-sampai lagi barang. Bilanya nak baik kereta nih. Nak kena diorang nih. Tau la end of year la, closing stock la ape la, tapi takkan la sampai 3-4 minggu kot. Tah-tah, terlupa tak?

Kedua, kena call polis trafik Ipoh. Report case ni ape ceritanya? Ni kira dah cukup ni 15Β  hari bekerja. Iskh.. benda boleh decide sekejap pun amik masa sampai 15 hari. Bukan 15 hari biasa, kena 15 hari bekerja pulak tu. 3 minggu!! Bukan nak kena masuk court ke apa pun. Tapi kalau report case dah keluar.. nak kena pergi Ipoh la pulak, ambil benda alah tu!

Okeylah. Cukup la tu. Dah nak pukul 12 malam ni. Cinderella nak kena masuk tidur. HAHA. Esok nak kena kerja. Tak bleh bangun plak nanti.

Until then..

Regards,

~Ha~

@Home: Plan 2012

06 Friday Jan 2012

Posted by talk2ha in Me

≈ 5 Comments

Salam,

Dah lama tak ada entry bergambar kan? Tulah tu. Computer ni macam tak boleh detect pulak hp saya, jadi macam mana nak transfer gambar. Banyak jugak gambar nak tunjuk sebenarnya. Walaupun saya ni bukanlah jenis suka sangat tayang-tayang muka sendiri dalam blog, tapi adalah juga sebenarnya benda yang nak tunjuk.

I am very much like this right now – takde gambar betul.. gambar anime pun jadilah kan?

Bilik

Projek bilik dah bermula! Walaupun kalau pergi serbu bilik saya sekarang, macam tak nampak pun perubahan. Sebab sebenarnya saya bermula dalam fikiran dulu. HAHA. Tapi betul! Kalau saya tak bermula apa yang saya fikir, sumpah ia pasti takkan berlaku. So saya sudah start measure things, survey sana sini, thinking about what to buy, how to place it and etcetera etcetera. Hei bukan senang tau kerja ni. Tak percaya, tanya siapa yang pernah buat decorating house, susah kan Along? Tapi sekurang-kurang, you have 2 heads to crack for. Huhu. Ye ye.. tapi saya kalah dari segi space. Bilik saya sekangkang kera je.πŸ™‚

So, thinking sudah. Tapi part kotak tu, masih tak buat ape lagi. Saya rasa kena ada strategi lah. Tu dia.. nak kemas kotak pun perlu strategi! HAHA. Kelakar betul. Macam nak pergi buat apa saja. πŸ˜€ But knowing myself, ye saya rasa memang perlu persiapan. I’m easily carried away dengan kenangan. Nanti sudah-sudahnya saya dok sibuk membelek album lama.

Baiklah cukuplah setakat itu dulu pasal bilik.

Plan for Year 2012

Baiklah. Officially saya akan bagi tahu plan tahun ini. Ke mana pulak saya nak menjongkit lagi. HAHA. Korang patut bangga tau sebab ada sesetangah benda ni, tak ramai lagi orang yang tau. (Sorry kepada kawan-kawan rapat, saya pun tak bagi tau anda jugak! Hehe..)

So yang pertama, plan Mac ni, saya akan pergi Mulu, untuk aktiviti caving. Saya pernah pergi 2 or 3 tahun lepas. Saya suka pengalaman yang lepas. Tapi yang lepas tu acara santai. Kali ini, saya pun berpeluh juga bila fikir. Pergi je pun sampai 7-8 hari. Aktiviti pun tough betul. Masuk gua lah, naik Pinnacles la. Harap-harap saya tak trauma balik dari Mulu nanti.

Yang kedua, plan April ni… saya akan ke Korea lagi. HHAHA. Ye saya tau. Macam baru lepas cerita pasal pengembaraan hari tu kan? Tapi kali ni pergi dengan kawan-kawan office. Jadi pengalaman kali ni mungkin ada sedikit berbeza dengan pengalaman yang lepas. Saya pun tak pasti tentang chemistry. Harap-harap semuanya okay!

Yang ketiga, plan bulan Mei pulak.. saya akan ke Medan. Yang ni dengan kawan-kawan biasa, tapi aktiviti tak tahu apa lagi. Diorang kata acara santai, tapi korang sendiri percaya tak? Kalau pergi Korea pun nak panjat gunung, saya sedang mentally prepared for anything. Maklumlah, anything can happen!

Oleh sebab plan nak ke Mulu ni acara bukan main-main, maka ada banyak jugak la acara sampingan sepanjang sebelum ke Mulu ni. Tu yang tengok saya amik kelas swimming la ape la.Ni antara aktiviti yang di plan..

Macam dasyat kan aktiviti? Berdoalah badan saya lemah ni mampu menanggung aktiviti yang sarat. Saya kan memang suka mencari masalah!

Swimming

HAHA. Ye sila muntah sekarang. Dah hampir setiap entry nak cerita pasal swimming. HAHA.

Anyway, hari ni saya nak cerita pasal cikgu swimming saya. Cikgu swimming saya kecik je dari saya. Dari segi badan dan jugak umur. Baru nak masuk tingkatan 3. Badan dia lebih kurang cik Mari Chan je. Tapi garang! Kadang-kadang macam terbalik pulak, siapa yang budak siapa yang dewasa. Sebab kitorang ni asyik nak main-main je. Takpelah, we try to bring the child in her. Wakaka… πŸ™‚ Serius sangat pun tak elok juga untuk kesihatan, ye tak? πŸ˜‰

Okaylah. Dah tak tahu nak cerita apa. Lain kali kita cerita lagi.

Until then.

Regards,

~Ha~

Subscribe

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)

Archives

  • January 2021
  • January 2020
  • November 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • January 2018
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • October 2016
  • June 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • September 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • February 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • November 2012
  • October 2012
  • September 2012
  • August 2012
  • July 2012
  • June 2012
  • May 2012
  • April 2012
  • March 2012
  • February 2012
  • January 2012
  • December 2011
  • November 2011
  • October 2011
  • September 2011
  • August 2011
  • July 2011
  • June 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • March 2011
  • February 2011
  • January 2011
  • December 2010
  • November 2010
  • October 2010
  • September 2010
  • August 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • November 2009
  • October 2009
  • September 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009

Categories

  • Deco
  • Event
  • Experience
  • Family
  • Food
  • Friends
  • Gadgets
  • Journey
  • Me
  • Movie
  • Outdoors
  • Promotion
  • Review
  • Thought
  • Travel
  • Uncategorized
  • Video
  • Work

Meta

  • Register
  • Log in

Blog at WordPress.com.

Cancel
Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy