Salam.
Regards,
~Ha~
21 Wednesday Nov 2012
Posted Video
inSalam.
Regards,
~Ha~
19 Monday Nov 2012
Posted Video
inNo words.
Regards,
~Ha~
17 Saturday Nov 2012
Posted Thought
inSalam ukhwah..
Sejak Jumaat lepas.. saya ditimpa emosi yang pelbagai. Dari satu berita ke berita yang lain, membuatkan saya jadi tak tenteram. Hati jadi berdebar-debar. Allah datang memberi pelajaran kepada saya, melalui berita orang lain. Semoga saya sentiasa diberi hidayah dan keinsafan.
Cerita Bos
Bos saya ditimpa musibah. Walaupun tidak dapat dipastikan kebenarannya, tapi ramai yang kenal rapat dengan bos sudah mengakui kebenarannya.
Mula-mula terima berita tu, saya jadi tak percaya langsung. Malah begitu defensive terhadap terhadap berita tersebut. Saya percaya berita itu tidak benar.
Bila ramai bercakap, hati saya jadi berbelah bagi. Saya berdoa sangat berita itu tidak benar. Saya tak mahu bos ditimpa sesuatu yang buruk. Dan mula fikir macam-macam.
Tiba-tiba saya baru tersedar, kami anak-anak buahnya memang mengalami masalah ‘love hate relationship’ dengan bos. Kalau ikutkan, kami ni memang tak boleh ‘tahan’ dengan bos. Sampai ke tahap, kami cukup tertutup nak berkongsi cerita dengan dia kecuali hal-hal kerja. Tapi bila sesuatu terjadi pada bos, kami turut gelisah sekali. Kami selalu je mengutuk bos, tapi bila orang lain kenakan bos kami, tiba-tiba kami pun jadi tak senang hati.
Mungkin sebab kami kenal dia. Sebanyak mana dia ‘kejam’ terhadap kami, kami tahu itu cuma tentang hal kerja. Tiada niat jahat lain.
Berita Palestin dan Ghaza
The truth is, saya tak pernah ambil tahu sangat pasal Palestin dan Ghaza. Saya tahu cerita mereka sikit-sikit. Saya simpati dengan mereka. Tapi saya tak pernah participate dengan sebarang aktiviti yang melibatkan yang melibatkan mereka secara langsung. Kalau ada pun sekadar join event begitu-begitu dan boikot Mc Donald.
Sebenarnya, isu Palestin kurang dekat di hati saya. Maafkan saya. Khilaf saya tidak peka pada isu dan nasib saudara se-Islam saya. Mungkin sebab saya kurang membaca. Dan saya juga tak berapa faham apa related dan kesannya membuat demostrasi di Kuala Lumpur, dengan peperangan mereka di Palestin. Minda saya yang cetek selalu fikir, bukannya kalau saya join demostrasi tu, Israel ambil peduli pun. Hanya orang Malaysia di kawasan demostrasi tu saja yang tahu kot.
Natijahnya, saya pun tak pernah join kempen tentang Palestin. Saya boikot Mc Donald pun on off on off. Saya tak pernah betul-betul tahu apa yang jadi dekat Palestin dan di Semenanjung Ghaza. Kalau suruh saya cerita pasal mereka, mungkin ia hanya akan melibatkan 2-3 baris ayat saja.
Jadi bila saya tengok fb dan tweet pasal ni, saya jadi suspicious. Betulkah mereka ni betul-betul ikhlas, atau sekadar RT dan share di fb je? Kalau ikhlas, apa lagi tindakan mereka? Cukupkah sekadar itu?
Sehingga kini, fikiran dan emosi saya masih lagi bercelaru. Saya tak mampu memberi konklusi pada entri ini. Saya masih befikir hikmah di sebalik musibah yang menimpa bos. Saya masih lagi mencongak apa yang mampu saya lakukan buat saudara-saudara saya di Palestin. Hati saya sarat dengan pelbagai perkara.
Regards,
~Ha~
16 Friday Nov 2012
Posted Video
inSeriously guys.. this is something that should be shared!!
Subhanallah!
Regards,
~Ha~
16 Friday Nov 2012
Posted Me
inWhat should I do this weekend? I don’t plan it yet, but I plan to plan it. A weekend without plan is a total waste. Believe Me! I’ve done that. I’ll end up having Korean drama marathon for the whole weekend.
So may be I should go swimming? But swimming alone quite boring. Beside, I hate the guards staring at us in swimming pool, like we gonna drawn in any minutes. And I hate when they start questioning if am I a resident. Of course I am. *Sigh*. I can’t blame them. They just doing their job. There are many students take granted with those facilities. Seriously they need to be monitored. Otherwise, the resident themselves cannot use them. It will always full with them. It happened before. And the part they make noise that I cannot stand most. Seriously.
But I can’t help feel irritating and insecure with those guards.
May be I should swim with Pae. So I need to go to Putrajaya lah.
Then if I’m not mistaken, Pae asked me to join open aerobic at Taman Equien this Sunday. I will ask my colleagues to join this.
So my weekend will be filled in. Yeay..
Regards,
~Ha~
14 Wednesday Nov 2012
Posted Me
inI’ve been planning to write since Monday. But the topic keep changing. Since I don’t want to delay anymore, I decided to ‘lump sum‘ in one entry.
Elephant Bean
This the finish story of Muar Journey. The last day I’ve been in Muar, I did visit again to the Coffee House I went the day before. Saya dah tahu nama kedai kopi tu, Elephant Bean.
Actually, kopi Elephant Bean tu berasal dari Muar. Kawan saya ada tunjukkan tempat buat kopi tu. Cuma saya agak konpius, tak nampak pulak ladang kopi kat Muar ni. Mungkin kopi saja diorang import dari daerah sebelah. So, if you loving the taste ofΒ Elephant Bean so much, you can buy 3 in 1 yang ada jual kat situ dan bancuh sendiri kat rumah.
Subway
Compare to all fast food in Malaysia, I really really really like Subway the most! Erk. I don’t know if Subway consider fast food. One day, a friend told me not to eat Subway because they don’t have Jakim’s halal cert. Okay.. this is not a discussion of Jakim’s halal logo. Please don’t comment about that here. Go somewhere else.
Anyway, once you already doubt about that, you better not to eat it. So I just stop eat them. Instead, saya pun bersusah payah lah membuat ‘subway’ sandwich sendiri di rumah. Tapi hati sangat craving nak makan di Subway.
Okay Ha, cut it short. Pergi cerita grandmother’s story pulak! Senang cerita.. Subway is about to get Jakim’s halal certificate. Sekarang ni yang confirm dapat kat KLCC bulan April lepas. Saya tak sempat nak investigate others branches.
Sweet Tree Korean Restaurant
Ni semalam saya cuba. Siapa teringin nak makan makanan korea, teringin nak tau macamana lah rasa dia makanan korea, boleh la cuba. The owner tu, Malaysian (wife) kahwin dengan Korean (husband). It’s halal. Tapi saya suka nak remind, portion dia boleh tahan besar. Kalau tak boleh masuk makanan korea, agak membazir di situ. Mungkin boleh kongsi-kongsi lah kot.
Ia terletak di Ampang. Kawasan situ orang panggil pekan orang Korea, sebab ramai Korean tinggal area tuh. Kedai runcit korea pun boleh dijumpai kat situ.
Saya cuba bibimbab, boleh la. Nak kata sedap, saya pernah makan lagi sedap kot. Tapi kimchi pancake dia sedap. Plate dia sangat besar (RM16). Jadi share-share lah. Rasa plak macam cucur bawang, tapi ada banyak sayur dan seafood. Caramel machiato dan ice blanded pun bleh tahan. Rasanya tarikan dia adalah decoration kedai yang cantik dan comel. Of course. Comel tu rasa macam dah macam sinonim dengan orang Korea.
Takde gambar. So boleh google untuk tengok gambar-gambar restaurant ni.
Bilik
Semalam masa tengah tengok cerita drama Korea (Okay.. saya macam sangat obses sangat pulak dengan Korea-korea nih.), tiba-tiba mood mengemas bilik datang. Macam tiba-tiba je pause cerita, pergi ambil kain, lap-lap meja dan tingkap, dan susun barang atas meja.
So sekarang saya boleh guna meja tu. Dah siap cantik berkemas. Yeay!! So lepas ni nak kemas kotak pulak.
Bila kemas-kemas tu, barulah jumpa barang-barang yang tak jumpa dulu. Heh.
P/s: Rasa macam nak publish je gambar semua acara yang buat.. tapi hp saya tak canggih. Huhu.
Dan jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun hijrah!
Nanti lain kali kita cerita lagi.
Regards,
~Ha~
11 Sunday Nov 2012
Posted Journey
inIt definitely the last minute plan. I have colleague who want to go back to hometown in Muar. There were a few times I asked her if I can go back to her hometown, since she talk much about it (actually, the pictures talk loudly, because she likes to insert instagram pic in FB).
So, last Friday she asked me during lunch if I wanna follow her to her ‘kampung halaman’ that night. Okay.. I know that I’m a spontaneous and nomad person, tapi agak-agak la kot kan. During lunch? That short time of period?? I didn’t prepare anything. Although most of the time, I always have my travel pack in my car, kebetulan hari tu tak ada la pulak, because I decided just to ulang-alik pergi kerja Danau Kota-Cyberjaya tu from my house je. Tak larat dah kot nak stay rumah orang.
But knowing me, and how spontaneous I am, yes, I would definitely say yes to her. HAHA. π Sebab saya pun dah tak larat nak spend weekend duduk dalam bilik je. Oh my oh my.. lately ni, saya asyik tengok drama korea je. Malasnya nak gerak ke mana-mana sorang. And I only choose to jalan-jalan on Sunday after 5pm. Hebat tak?
Anyway, back to Muar’s story, to cut it short, I manage to get go back to KL, get my things and back to Kajang to meet her there within 3 hours. Bear in mind, itu hari Jumaat eh. And school’s holiday already started. It was super jammed!!
Okay.. itu baru cerita ambil barang je boleh tak ambil sampai 4 perenggan. Kah kah kah. I’m such a lousy writer. Suka tulis benda tak penting. Anyway, tak kesah la. Ini bukan blog travelling kan. Ini blog personal, which I suka tulis pasal travelling. π
Malam pertama di Muar
Sebenarnya, tajuk ni macam scary pulak. It just to tell, this is my first time entering Muar. Actually, Johor adalah negeri yang saya jarang pergi. Saya tak ada family members yang tinggal disini dan tak banyak orang yang saya kenal kat sini. Have a few friends, which tak close sangat pulak tu. So Johor and the places memang sangat alien to me. That’s why saya macam sangat excited nak explore Johor.
Travel waktu malam, so first time masuk Muar pun waktu malam lah kan. Kawan saya bawak saya pergi bus station (ke bus stand?) Muar, bersebelahan dengan sg. Muar. Kat sini ada tempat makan yang macam medan makan, dan ada banyak food stall kat situ. Menariknya, kita boleh order makanan dari mana-mana food stall’s waiters, regardless dia tu jaga stall mana. Nanti dia akan deliver your order to that particular stall. So diorang macam saling bekerjasama dan takde dengki-dengki. Good. I like that.
Saya rasa food dia okay. Nothing much to say, sebab dia bukan ada specialty apa-apa. Tapi kalau datang Muar, lapar and then you don’t know where to go, sini ada variety of food and rasa dia not bad. Saya order nasi goreng ayam dia pun okay. Kawan saya order bubur nasi ayam pun okay. Sini pun ada Mee Bandung dan mee-mee lain segala. Oh ya.. Air Jagung dia agak best. Bukan air kordial eh. Air tu memang ada jagung di dalamnya. Best! Oh.. ni memang biased sebab saya memang suka jagung. HEHEH.
First Day
Saya tak boleh nak tulis first day in Muar, sebab dah bejalan keluar dari Muar jugak.
We started our day with breakfast. HEH. Mestilah kan. Kawan saya bawak pergi makan kat mana tah, tapi yang menarik sebab kitorang order satay pagi-pagi. Kat Muar, orang dia breakfast makan satay hokay.. Sangat luxury kot sarapan dia. Ada banyak tempat yang sediakan sarapan satay ni, so tak susah sangat rasanya nak cari. Kawan saya pun pergi kat tempat yang tak glemer. Dia cakap malas nak pergi tempat glemer tu, ramai orang.
Anyway, satay tu satay lah.. tapi saya tetap order sarapan lain. Yang sebenarnya, saya bukan makan satay sangat. HAHA. π Tapi takkan nak cakap saya tak makan satay plak kat kawan and mak dia. Lagipun, bukannya sampai tak boleh nak telan. Cuma tak minat je. So saya order lontong. Mee rebus pun ada. Dan saya rasa mee-mee segala tu semua adalah. Perasan tak dah dua kali saya asyik cakap mee-mee segala. HEHE. Yelah, saya macam rasa kat sini orang suka makan mee bandung la, mee rebus la, mee.. erk mee apa lagi eh?
Lepas tu kitorang singgah kedai yang jual paste mee rebus, soto dll. Haa.. tengok! That food tu lagi. I think food ni semua memang datang dari Johor kot. Tapi kedai yang saya pergi tu memang dasyat. Semua paste pun ada. Kawan saya rekemen beli paste jenama ADAMI. Korang google lah eh tengok paste apa yang ADAMI tu jual. Tapi bila saya tengok paste-paste dan barang-barang yang ada kat kedai tu, terus macam fikir, okay.. you have no excuse anymore nak cakap tak reti masak! It’s not just paste, siap cara penyediaan pun dia bagi tau. And kedai tu pulak macam one stop center nak cari barang kenduri. Macam-macam ada. Tapi saya.. satu apa pun tak beli. HAHA. π
Balik rumah, saya sakit perut. HAHA. Tu pun nak cerita. Tak tak. Mari move on ke aktiviti seterusnya.
Tengahari tu, kitorang gerak ke Tangkak untuk.. shopping!! HAHAH. π Perempuan.. datang dengan agenda bershopping lah kan? π Takdelah. Tak semestinya. Tapi ingat tak saya cakap saya nak buat entri pasal shopping? Saya sebenarnya nak cakap, saya nak kena beli baju kurung lebih sebab banyak baju kurung saya dah tak boleh pakai dan saya dah bagi orang. Tapi saya tak tahu bila saya nak bershoppingnya.
So, ke Tangkak lah kami dengan agenda mengempiskan dompet. Uh uh uh. Berdebar betul saya. Banyak saya beli. 6 pasang kain untuk dibuat baju kurung. Nasib baik ada kain tu harganya sepasang RM9-10 je. HEH. Tapi ada jugak yang sampai RM25 sepasang. Tapi kira okaylah kot kan? Murah sangat kot!!
Oleh sebab susah sangat nak cari tailor kat KL, nak balik kampung buat baju pun tatau bila tahun, so saya terus je buat kat Muar nih.Β Pergi lah kami ke rumah tailor cina nak buat baju kurung. Dia buat baju kurung RM30 kot sepasang. (Sebenarnya saya terlupa nak tanya harga dia.. boleh tak? :O).
Balik dari Tangkak, sebenarnya kami pergi beli kerepek dulu, baru pergi rumah tailor tu. Memborong kerepek lah pulak kami. Memang agenda mengempiskan dompet ni sangat berjaya la. :O Saya pun terus estimate belanja RM30 je. Nasib baiklah kerepek dia boleh tahan murah. Jadi dapatlah saya 5-6 bungkus kerepek yang pelbagai dan ada yang sangat rare dijumpai. Macam keropok Malinja, kerepek tempe (penah makan tak?) dan mee siput (ni bukan mee.. ni memang kerepek). Ha tengok tengok.. mesti yang tak pernah dengar tu teruja nak tau benda apa yang saya cakap kan? Saya ada satu berita baik. Pernah dengar nama google kan? HAHAH. π Okay.. saya gurau je.
Malamnya, kami pergi minum coffee. Wah.. macam sangat luxury je gaya hidup nih. Takdelah. Johor ni memang terkenal dengan kopi-kopinya. Jadi dah datang jauh-jauh ni, takkan taknak cuba pulak. Kami pergi Coffee Bean dekat shopping complex The Store Muar. Saya rasa anda boleh cari tu. Saya order white coffee cold dan roti bakar. Sedap!! Saya bukan penggemar coffee tegar, jadi saya cuba avoid minum coffee yang keras. White Coffee dia adalah terbaik untuk saya. Tapi kalau anda suka kopi, mungkin anda boleh try coffee 434. Setiap kopi ada rasa yang tersendiri. Jadi it’s up to you either you like it or not. Ewah.. ni kawan saya yang cakap sebenarnya. π Anyway, roti pun sedap. Sangat ringan!
Lepas minum coffee, kitorang merayap di sekitar bandar Muar. Oh.. tak lama lagi Muar akan diistiharkan Bandar Di Raja. Ada beberapa construction tengah buat. Kawan saya cakap, nak jumpa Sultan Johor pun senang kat sini. Sultan Johor suka datang Muar time weekend. Kadang-kadang boleh tengok dia konvoi dengan motor besar. Kadang-kadang tu, dia jalan sorang-sorang je pakai motor guard dia.
Balik dari merayap, kami singgah pulak makan burger. HAHA. Seriously. HAHA. π Okay.. mesti tak paham kan kenapa saya gelak-gelak. Sebabnya banyak betul makanan yang saya tak makan untuk trip kali ni. Ni salah satunya. Saya tak makan sangat burger. Adeh. Tapi, macam saya cakap tadi, dah alang-alang datang jauh-jauh, saya cuba jugak. Dan terus cuba yang sangat rare. Burger arnab! Huhuhu. Dan seboleh-boleh saya tak fikir pasal arnab yang comel. Uh uh uh Bahaya bahaya.
Hari ini.. baru pagi, jadi tak ada aktiviti lagi. Tunggu lah kalau ada kita buat next entry. π Dan maaflah.. saya tak ada gambar. Jadi bacalah bebelan saya tanpa bukti.
Regards,
~Ha~
07 Wednesday Nov 2012
Salam..
Tadi saya buka facebook. Ada status yang menarik hati saya. Pasal Nutella tak halal. Heh! Mungkin ada yang tahu kot isu tu datang dari mana.
Saya bukan cakap pasal Nutella tu haram ke tak. Saya jugak taknak cakap isu tanda halal Jakimpada produk makanan. Bukan kepakaran saya nak cakap pasal benda tu. Dan masing-masing ada pendapat tentang itu.
Tapi saya nak cakap pasal term ‘Judging Malaysian’. Bila seorang Malaysia cakap kat seorang Malaysian lain.. ‘Judging Malaysian’! Eh. Jangan. Jangan judge dulu. Saya tak bercakap pasal orang lain. Saya bercakap TENTANG saya.
Okay.. sebelum saya cerita pendapat saya, saya nak cerita apa yang saya nampak.
Bila keluar status fb pasal nutella tu, saya jadi sangat curious, siapalah agaknya pencetus suasana ni. Jadi, ‘penyibuk‘ ni pergi la mencari siapa la insan malang tersebut. Rupa-rupanya ada satu komen tu cakap, powder dlm bahan makanan tu tak halal. And dia cuma cakap “kalau tak salah saya..”.
Tapi apa reaksi yang diberi? Hah.. macam-macam! Tu yang muncul judging Malaysia. Macam-macam kecaman dengan ayat yang memedihkan hati.
Uh uh.. sebenarnya saya pun pernah kata macam tu. Masa tu isu pasal maksud lagu ‘Oppa Gangnam Style’. Macam-macam spekulasi timbul. Lagu hina nabi Muhammad la. Lagu tu ejek nabi naik binatang buroq la. Which is totally wrong! Lalu saya pun cakap.. “Itulah orang Melayu”. Huhuh.. π¦
Bila jadi macam ni, saya terus terfikir macam-macam..
First, saya tak dapat bayang perasaan orang yang menjadi pencetus isu tu. Saya simpati dengan dia. Apatah lagi ia dicetuskan oleh orang yang dia admirer. Saya harap ‘dia’ seorang yang tabah. Dan take it in positive way.
Second, itu bukanlah bermaksud kita ambil saja apa dia cakap. Or tak boleh tegur. Tegurlah. Nasihatlah. Tapi biarlah dengan cara yang baik. Menegur untuk orang lain berubah. Bukan untuk melepaskan perasaan.
Third, kita kena selalu fikir kesan pada setiap apa yang kita cakap dan lakukan. Saya pernah bengang dengan orang yang tak buat research, lepas tu main share saja apa yang mereka jumpa di facebook. Kesannya, kita menyebarkan benda yang salah. Impact, orang akan tuduh orang Malaysia ni suka sebar dan percaya pada rumors. Nak lagi ‘best’, orang tuduh.. Melayu ni memang perangai macam ni. ‘Lagi best’.. orang Islam memang skeptikal dan suka mengharamkan. Kan dah membawa impact yang macam-macam. Itu satu.
Tapi ada satu lagi yang kita lupa, bila kita lihat keadaan di atas, kita pun komen marah-marah, kemudian mungkin mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan, kemudian membuat rumusan yang kejam terhadap orang lain. Rasanya apa pandangan orang pada kita? Walaupun kita berniat baik.. tapi baikkah kita buat macam tu? Saya insaf dengan diri saya. Saya pernah kecam orang-orang yang buat andaian yang bukan-bukan. Tak baik kan buat macam tu? Sepatutnya kita tegur baik-baik. Dan kalau orang tu tak nak dengar jugak, kita berdoalah semoga Allah bagi petunjuk, kan?
Last, pada orang-orang alim, saya berdoa semoga Allah beri petunjuk agar anda dapat cara yang terbaik untuk menegur orang-orang yang jahil (termasuk saya). Saya tahu anda sudah buat yang terbaik. Saya juga berdoa agar hasilnya menjadi lebih baik kepada semua. Kadang-kadang saya juga tak setuju dengan cara anda, tapi bukan hak saya menilai anda. Saya juga insan yang jahil dan memerlukan teguran.
Hakikatnya, menilai itu tidak salah. Menilai dapat memperbaiki cara hidup kita kan? Saya pun seorang yang judgmental. Cuma reaksi kita tu yang kita kena perhatikan.
MARI MENJADI SEORANG PENILAI YANG BAIK.
Reagrds,
~Ha~
06 Tuesday Nov 2012
Posted Me
inOkay.. bila dah nama tak menjadi.. jangan harap la kan nak ada gambar. Itu dia.. intro yang menampakkan kekecewaan. Huhuu..
Anyway.. saya tengok resepi ni kat blog Hanis Zalikha. Yang tak tahu siapa Hanis Zalikha ni.. dia pengacara Mad Market kat TV9. And kalau korang tengok Entri Jameela kat Astro Oasis.. diorang ade interview dia as popular blogger. The rest.. go google!
Okay.. saya memang sangat bercita-cita nak buat benda ni. It means.. saya sangat tak sabar nak menjalankan operasi ni. Tapi selepas seminggu beli barang-barang, baru saya ada masa. Huh! Sungguh sibuk wanita berkerjaya nih.
Instead cerita pasal resepi dan cara membuat, saya nak cerita apa yang buat ia tak menjadi. *Stress*
First, masa saya nak tumis cili. Oh my oh my, kenapa lah kau telah menjadi masin pulak. Memula masam. Lepas saya tambah gula, tetiba telah menjadi masin. HAHAHA.. π Macam tak logik pulak. Ntah lah. Salah rasa kot. Pening kepala kejap pikir cemaner nak adjust sambal tumis tu. Tiba-tiba teringat orang ada cakap kalau masakan masin, masukkan kentang untuk kentang tu serap rasa masin tu. Okay cepat-cepat kupas kulit kentang, potong-potong dan masuk dlm cili. Ter-‘adjust’ la skit.
Second, kentang separuh masak. Dan disedari selepas saya dah masukkan mozarella dan baked for second time. Sebenarnya.. sedar masa dah dihidangkan pun. Adeh!
Demi nak menyelamatkan kentang yang tak masak rata tu, saya masukkan balik dalam over, atas cadangan cousin. Aiseh.. masa tu saya dah rasa tak best. Mozarella tu sepatutnya cair dan bertali-tali masa nak makan tu. Okay, takpelah.. kita put 10 minutes more. Sekali cousin saya pegi tambah 20 minutes lagi. Aarrrggghhh.. kecewa betul. Saya dapat rasa ia bakal mengganggu emosi saya. Heh!
Dan betullah seperti sangkaan. Malay Baked Chili Cheese Fries saya telah menjadi sedikit huru hara. Fries jadi keras. Mozarella dan cheese jadi crispy. Dan jadi warna oren. Dah la cili tu pedas pulak. Waaa… apsal tak jadi nih! π¦
Okay.. sebenarnya macam ada bengang dengan cousin saya. Tapi takpelah. Sebenarnya, banyak salah saya jugak. Ending tu je cousin saya yang buat. Heh. Nasib baik ada lagi baki fries, cili n mozarella. Next time saya nak cuba lagi.. tanpa ada orang lain. HAHAH.. π
Baiklah.. sekian dulu. Oleh sebab takde gambar, anda bayanglah hasil hidangan saya.
Regards,
~Ha~
06 Tuesday Nov 2012
Posted Gadgets
inOkay.. since saya tengah busy nak buat requirement spec, then ini adalah benda saya curi-curi tengok sebentar tadi, sebelum memulakan kerja, saya kongsikan ini dengan anda semua.
Sama ada anda akan jadi loya melihat review ini, atau anda akan jadi macam kawan-kawan saya yang lain. Terus jatuh cinta!
HAHAHAHA…
Regards,
~Ha~