Tags

, ,

Assalamualaikum..

Kalau ikutkan hati, nak update trip yang terdahulu dan mengikut turutan. Tapi itu bermakna, kita kene buat major throwback ke tahun 2014, masa trip Mesir. HAHAHA. Nampak sangat kau sejenis yang tak update blog. Punyalah lama tak update cerita trip. Tapi, rasanya ada baik kalau kita tidak terlalu ikutkan hati, dan update sajalah cerita yang masih dalam ingatan. Yang lain tu macam dah ingat-ingat lupa. Nantikan macam terkial-kial pulak nak tulis. Last-last give up. Cuma yang bagusnya, semua gambar dari tahun 2014 dah disusun elok sebab hari tu sibuk nak buat album. Berdoalah semoga aku tak dilanda penyakit malas update blog. HAHAHA.

Okay, intro cerita, sebenarnya dah lama teringin nak pegi negara Thailand. Jauh-jauh pegi berjalan, Siam jiran sebelah, yang boleh cross atas jalan ni pulak yang aku tak pernah pergi. Impian di hati tinggi. Teringin nak pergi Bangkok atau Krabi. Tapi perlu sedar diri. (eh.. dah ada rhythm plak kt situ). Nak tunggu kumpul duit lama pulak. Jadi bila ada cakap nak buat trip Hatyai, terus rasa melonjak-lonjak nak ikut.

Tapi bila buat study skit, agak bosan pulak baca trip entry blog orang. Macam tak ada apa-apa menarik. Sejenis trip keluarga sahaja. Hadeh. Adakah trip ni suatu kesilapan? Takpalah, bumi tuhan ni penuh keistimewaan. Yang pasti, semua orang cakap makanan kat sana best, especially kat sana senang cari makanan halal. Walaupun, senarai makanan dia macam boleh jumpa kat Malaysia je. Maka bertawakal lah aku ke sana, dengan expectation yang biasa-biasa saja.

20 September 2017 (Wednesday)

Kitorang gerak ke sana dari KL Sentral dengan ETS, pukul 11.27 malam. Sepatutnya ni trip gegadis, tapi macam ramai tak dapat join, terus jadi trip bercampur aduk. Ada yang bawak mak, kakak, kakak dia pulak bawak satu family, suami dan anak-anak. Lepas tu, kakak dia bawak pulak kawan-kawan satu tempat kerja. HAHAHA. Aku tak kisah. Sebab macam cakap tadi, tak letak banyak expectation pun untuk trip ni.

Ada 2 group, satu dari KL, satu dari Kedah. Kitorang janji jumpa kat Padang Besar Perlis, naik train ke Hatyai.

21 September 2017 (Thursday)

Sampai Padang Besar pukul 5 pagi. Next train pukul 9.55 pagi. Mohon check timetable tiket kat website. Sehari ada 2 biji keretapi je. Dan jangan silap tengok masa. Tengok time tu kau ada kat negara mana. Thailand and Malaysia beza 1 jam. Tiket hanya boleh di beli di kaunter. Biasanya kaunter tiket buka awal skit je dari kaunter Imigresen. Kaunter tiket dan imigresen sebelah menyebelah saja. Lepas solat Subuh, kitorang sibuk ber-photoshoot. Tak sarapan kat Padang Besar pun sebab plan nak sarapan kat Hatyai.

Thai Immigration Office open at 9am. Advisable jangan berlengah pergi beratur awal skit sebab proses imigresen ada sedikit kelembapan. Pandai-pandailah jugak korang atur siapa pergi beli tiket siapa pergi beratur kat imigresen. Mohon bertabah kalau korang datang time public holiday. Nasib baik kitorang datang sehari awal.

Kalau korang masuk Hatyai ikut pintu masuk jalan raya pun, orang cakap Immigration Office dia bleh tahan sesak dan beratur panjang. Mungkin lagi teruk dari dalam stesen keretapi ni. Sebenarnya aku berharap dapat train yang open air. Tentulah sebab nak amik gambar lebih cantik. Tapi pagi tu hujan renyai-renyai. Jadi train bertutup dan berhawa dingin adalah sesuatu yang releven. Walaupun lepas tu kau rasa sejuk dan asyik nak ke tandas. HAHAH. Sila jangan jadi macam aku. Tak tahu dalam train ada tandas. Mungkin aku sibuk “menahan” menyebabkan kegagalan sel-sel otak berhubung. HAHAH. Jadi, perjalanan 55 minit menjadi perjalanan yang paling lama aku rasakan. Kalah 5 jam dari KL ke Padang Besar. 😛

Kitorang beli Simkad dalam train. Ikut study, aku nak beli simcard AIS sebab pakej data plan dia mcm banyak. Tapi kat Padang Besar tak jual. Dan yang ada jual dalam train cuma yang warna biru, rasanya DTAC kot. Okaylah since simcard dia cuma 200 baht je. Bajet asal 300 baht. Data pun laju. Sampai balik pun tak habis pakai.

Bila keretapi sampai, kau akan nampak berderet-deret stall jual makanan dan macam-macam.

Nilah train yang aku aim nak naik. Open air.

Sampai Stesen Hatyai, kitorang terus menuju ke hotel. Red Planet Hotel Hat Yai ni quite okay. Besar, bersih, dan dekat dengan town and train station. Both places takes 5-10 minutes walk. By the way, kalau rancang nak balik dengan train, boleh beli tiket kat kaunter pada hari sampai. Jangan jadi macam kitorang terlupa nak beli. Nak pulak Jumaat tu awal muharam, Ahad baru nak cari tiket, memang sold out la.

Notes: Hatyai ni penuh orang Malaysia, nak-nak time cuti panjang atau Jumaat-Ahad.

Oleh sebab sampai Hatyai dah nak dekat tengahari, kitorang sekali kan je breakfast and lunch kat Salma Restaurant. Memang terbaik! Lagi terbaik sebab harga dia jauh lebih murah dari kat Malaysia. Aku ingat-ingat lupa, plus minus kitorang bayar plus minus 200 baht sorang kot untuk hidangan kat bawah.

Penuh meja ni 7 orang makan.

Payah jugak aku nak hadam bila tengok kedudukan lampu trafik ni..

Hari ini itinerary free and easy. Jadi masa kitorang diisi dengan acara makan-makan dan merayau-rayau saja di sekitar Lee Garden Plaza. (Gambar merayau takde). Survey kawasan sasaran shopping dan harga barang sebenarnya. 😀

22 September 2017 (Friday)

Sarapan kitorang pegi Sulaiman Restaurant. A few minutes walk from hotel. Dari hotel, ke kanan. Sedap weh! Tak menyesal breakfast situ. Tapi sekali je kitorang merasa makan situ. Weekend dia tutup!! Tak boleh terima aku tutup time weekend. HAHAHA. Sejenis mengekalkan masa berkualiti bersama keluarga kot. Takpun, diorang ni sebenarnya buka gerai kat depan Lee Garden Plaza. Okay, ini adalah tanggapan rambang.

Kitorang order roti bakar, tuna wrap (sebenarnya nama dia lain, english ape tah), roti canai, murtabak dan dimsum. Tak tengok pun menu utama. Jadi rating kitorang hanya berdasarkan apa yang kitorang order je la. Kesimpulan, semua orang puas hati. Ke sebab kitorang lapar?? 😀

Hari ni kitorang menjelajah area yang jauh dari town sampai ke Songkhla sana, jadi sebuah kenderaan diperlukan. Kalau nak bajet, boleh naik tuk tuk depan hotel. Tapi kitorang cari van. Korang boleh cari dekat kedai agensi perlancongan, sederet dengan hotel dan Restoran Sulaiman tu jugak.

Morning location:

Sebenarnya nak pegi Hatyai IceDome tapi tutup. Korang check la bila sampai. Ice Dome ni ada season dia buka, ade season dia tutup. Susah betul nak jangka. Dalam internet pun takde information pasal time closing.

(Please click on the link for location details)

Seperti biasa, acara mengambil gambar.

Mucipal Park dengan Cable Car ni sebelah menyebelah je.

Afternoon location:

Sampai-sampai je, semua orang tuju makanan sebab lapar.

Sempat la memula tu baca peta..

So far makanan yang kitorang makan semuanya sedap, dan rasanya ini paling sedap compare kat pekan Hatyai. Ada satu gerai tu, makanan dia semua sedap, tapi takde gambar pulak untuk korang buat rujukan. Kalau sampai sini, try la gerai yang jual tepi jalan tu.

Baru makan dua tiga suap, hujan turun mencurah-curah. Kelam kabut cari tempat berlindung, dah la nun jauh di sana. Huhuh. Nasib baik sekejap je. Lepas tu kitorang pun amik gambar tepi pantai. Hujan turun renyai-renyai kadang-kadang, tapi demi gambar cantik, ramai sanggup tak pakai baju hujan dan buat macam biasa. HAHAHA.

Okay.. gambar terlalu banyak. So aku terpaksa compile-kan jadi slideshow. Maaflah video ni kelihatan sangat amatur. Cari apps paling senang nak guna je. Buat pun tergesa-gesa sebab baru decide nak guna.

Okay macam tak puas hati sangat ni. Kene upload jugak skit.

Kitorang nak ambil gambar kat Tinsulanonda Bridge, so kene singgah Wat Phranon Laem Pho ni. Kat sini ada patung Buddha tengah tidur. Tapi jalan belakang skit kat sungai tu ada kawasan instagramable berlatar-belakangkan jambatan. To be honest, susah gila nak cari info yang satisfy pasal Tinsulanonda Bridge ni. Lepas pegi dan buat study untuk entry ni baru aku tau landmark dia sebelah Wat Phranon Laem Pho.

Bagi aku, kawasan lawatan takdelah impressive sangat. But it doesn’t mean we were not having fun. Tapi makanan kat Songkhla ni memang meninggalkan kesan dalam hati. Terutama kat Samila Beach. Korang try la bihun sup, pathai, ice cream kelapa, drink from Cafe Amazon, lok cheng dan macam-macam lagilah. Lebih sedap dari kat Malaysia or even kat Hatyai. Sampai sekarang aku macam tak boleh move on. HAHAHA.

23 September 2017 (Saturday)

Hari ni semua ahli rombongan Cik Kiah nak shopping kat area town. Shopping barang dan makanan. Aku follow je. Punya kedekut, aku langsung tak beli apa-apa. Sebenarnya, aku nak tengok dulu apa diorang beli. Aku nak amik masa semalaman berfikir. Kalau berbaloi Ahad tu baru aku beli. HAHAHA.

Location:

Ni makan waktu sarapan. Bagi kitorang nasi kerabu ni takde lah sedap sangat. Overated. Takde pilihan lauk, cuma ada daging bakar saja. Tapi, kitorang tengok ada sorang member tu makan, tak angkat kepala langsung. HAHAH. Jadi mungkin kesedapan tu subject to selera masing-masing la.

Ada jugak makanan lain macam roti canai, dimsum, bihun sup daging dan lain-lain. Tapi bagi aku still takleh menandingi Salma. Okay disclaimer, blog ni tak disponsor oleh Salma Restaurant. HAHAHA.

Beratur nak order nasi kerabu dengan penuh keseriusan..

Tetapi bila sedar ada camera, terus muncul senyuman lebar.. dasar!

Ni kalau dari hotel, jalan ke kanan terus sampai hujung jalan. Explore la bangunan seberang jalan raya tu. Banyak jualan kat sini, tapi semua orang cuma beli kacang je. Mungkin barang-barang yang lain tu takde lah rare sangat. Murah tu tak pasti.

Restoran yang tidak mengecewakan. Pagi petang siang malam kalau boleh nak makan kat sini je. 🙂

Kitorang naik tuktuk pergi sini. Mujur ada tuktuk yang muat sampai 13 orang.

Kat sini barang jual pakaian macam baju, kasut seluar dan lain-lain. Murah? Aku tak pasti sebab tak beli pun. Tapi ada la satu dua yang nampak cantik dan berkenan. Eh aku ada beli satu seluar tidur la. :O Mane pegi eh seluar tu??!! Aku siap dah terlupa. Huhuhuu. Balik ni nak kene cari!

Ada jugak kedai makan kat tingkat atas. Tapi kitorang semua dah kenyang makan kat Salma. Ada baca orang cakap makanan kat sini ada yang sedap-sedap.

Bangunan berdekatan Asean Night Bazaar, jalan dalam 10 minit. Macam PWTC sebab ada hall besar dan slot booth jualan tapi kosong takda orang. Budak-budak sukalah sebab ada tempat main. Kerja kitorang bergambar je. HAHAHA. Mohon korang bertabah dengan lambakan gambar.

Patah balik sebab nak cari makanan. Makan buat kali terakhir sebelum balik Malaysia.

Kalau nak beli pulut mangga sedap, beli kat kakak yang jual depan 7E sebelah plaza ni. Tapi mohon bertabah sebab kakak ni bekerja sangat ‘lemah lembut’ dan ‘tertib’. Kawan aku yang baik pun rasa nak naik angin. Jadi kau rasa macam mana kalau aku yang pergi beratur time ni..

Tapi kitorang balik makan kat hotel. Malas dah nak bersesak-sesak kat situ. Perkiraannya, masing-masing beli saja apa yang teringin makan, dan lepas tu makan sama-sama kat hotel. Jadi semua dapat merasa.

Nasi lemak dan teh tarik ni sedap. Kalau kau sejenis makan banyak, so pandai-pandai la mintak tambah apa-apa yang patut.

Ni pulut mangga kakak tu. Sedap, lagi sedap dari yang aku beli kat floating market. Aku beli dengan dia 2 kali.

Selain pulut mangga, kat sini terkenal jugak dengan pulut ayam. Malangnya gagal mendapatkan pulut ayam yang sedap. Sila cuba lagi..

Teh ais kat Thai ni tak sama macam kat Malaysia. Jadi kalau ada peluang ko rasa je teh tarik or teh ais kat semua kedai. Pendapat aku, kesedapan dia lain-lain. So teh ais kat Salma, kat gerai nasi lemak dan kat Cafe Amazon tu ada perbezaan rasanya, selain dari perbezaan harganya jugak. HUHUH. Tapi aku tak bertanggungjawab kalau berat ko naik mendadak.

Udang goreng

Aku tak pasti macam mana, tapi kat sini banyak jugak gerai jual seafood goreng. Sedap? Murah? Pun tak pasti sebab bukan aku yang beli. Aku bukan penggemar seafood jadi rating aku tak boleh pakai. Tapi kesimpulan untuk udang ni, tak sedap. HAHAHAH.

24 September 2017 (Sunday)

  • Santisuk Market

Seperti yang aku cakap tadi, aku nak amik masa berfikir sebelum membeli. Jadi setelah berfikir dengan begitu mendalam, aku decide nak beli 3 jenis kacang dari kakak kat Santisuk Market. Kakak ni sorang je pandai cakap melayu. Memang laku keras kacang dia. Ada jugak udang dan ketam perisa tom yam. Ramai beli. Tapi aku tak suka.

Lepas tu aku decide nak beli sehelai t-shirt untuk aku dan fridge magnet untuk family. Kebanyakkan kedai dan street shop yang depan plaza jual barang dengan harga yang mahal. Kalau nak murah, beli kat gerai-gerai depan kedai yang jauh skit dari plaza. Ada jugak kedai yang masih jual harga murah, tapi perlu gigih la mencari. Satu lagi, kau boleh ambil kesempatan kalau hari nak hujan. Gerai-gerai yang takda bumbung akan turun harga bila kau bargain time-time kritikal macam ni. Kejam kan? Takda kejam sangat lah, harga diorang jual tu memang mahal pun.

Sempat jugak la kitorang merayau-rayau dalam plaza, sambil minum air Cafe Amazon buat kali terakhir (Semalam tak berjaya beli sebab mall tutup pukul 10).

Nak balik tu, kalau tak sempat beli tiket train, jangan panik. Korang masih boleh balik ke Padang Besar dengan kenderaan darat yang lain. Jenis bajet boleh ambil kereta sapu, tapi at your on risk. So far ramai je buat. Bas boleh jugak tapi aku tak study. Oleh sebab sejenis rombongan Cik Kiah, kitorang ambil van muat 10 orang dewasa dan 3 kanak-kanak. Harga 1500 baht seperjalanan. Jadi kitorang cari dekat travel agency sama masa sewa van mula-mula tu.

Sebab kitorang punya ETS Padang Besar – KL pukul 1.05 tengahari, kitorang bertolak dari Hatyai agak awal. Jadi sampai Immigration Office, orang still tak ramai. Jadi tak perlu mengalami situasi panas, penat, sesak, ramai orang dan beratur panjang. Alhamdulillah.

Immigration Thai

Immigration Malaysia. Walaupun still kene beratur, tapi takdelah panjang sangat..

Tapi malangnya, train ETS pulak yang delay sebab gangguan elektrik kat stesen Rawang. Pukul 7 malam baru dapat naik train dari Padang Besar, sampai Rawang pukul 1 pagi. Naik bas dari Rawang ke stesen Sg. Buloh. Dari sana ada kawan tunggu. Lebih kurang pukul 3 pagi baru sampai rumah. What a day!

Esoknya aku EL. HAHAHA. Mengantuk gila. Tak mampu aku dengan sakit kepala tak cukup tidur tu nak pegi kerja. Nasib lah bos kata takde apa-apa yang urgent.

Woah, amik seminggu jugak nak update blog ni. Dengan nak pilih gambarnya, tetiba buat slideshow gambar la, nak cari link tempat la. Cis, ingat simple je.

Sekian.

Regards,

~Ha~