Assalamualaikum..

Walaupun takde hati sangat nak update blog, tapi nak put some entry jugak, for my reference in the future. Itu dia, sekarang bukan lagi menulis dengan hati, tapi dah macam rekod catatan sejarah. HAHAHA. Tak salah pun. Tapi cuma tujuan macam dah bertukar. Dulu untuk lepaskan perasaan saja.

Isnin lepas (30 July 2018) saya mengalami kemalangan. Perjalanan pergi kerja yang macam biasa tu dah menjadi luar biasa, bila tiba-tiba saja kereta saya hilang kawalan ke kiri. Langgar divider kiri, so saya pusing streng ke kanan. Dan langggar divider kanan, dan alhamdulillah kereta bounce back. Masa tu saya doa sangat divider tak pecah dan kereta tak jatuh ke bawah. Walaupun taklah tinggi mana, tapi macam tak boleh bayang macam mana keadaan saya yang ada dalam kereta tu bergolek-golek ke bawah.

credit from google

Airbag terbuka, kereta pun stop, saya dah bau minyak dan bau terbakar. Masa tu saya dah mula imagine kereta nak terbakar. Terus saya buka pintu dan lari keluar. Lepas beberapa saat tengok tak terbakar, saya teringat barang berharga, lari pegi amik beg galas dan beg laptop. Pastu terus duduk tepi jalan. HUHU.

Then ada pemandu kereta yang berenti suruh saya matikan enjin. Okay lari balik. Lepas tu try call 911. Tapi dalam kalut-kalut tanya keadaan saya, dan sambungkan ke polis, saya macam rasa polis cakap dia tak datang hantar polis sebab takda apa-apa yang berlaku. Betul ke? Saya jadi tak sure sebab lepas tu macam-macam berlaku. Yang first datang longkai. Betul ke sebut macam tu? Bomba pun datang nak bersihkan jalan sebab minyak banyak tumpah.  Polis datang just jaga trafik.

Saya try call towing etiqa, tapi mungkin saya pening longkai tu pun asyik cakap dia pun towing etiqa juga, so saya rasa macam panggilan tak dapat. Akhirnya kesilapan pun berlaku. Saya setuju nak bagi longkai tu towing kereta saya. (T.T) Benci nak cerita benda ni kat orang lain. The blame part will definitely mine! (T_T)

credit to google

Lepas tu, game pun start. Mula-mula, dia suruh saya balik rumah, dan buat report malam kat IPD. Alasan, IPD tengah ramai orang. Saya dah pelik. After awhile saya decide saya nak report sekarang jugak. So one of the guy bring me tu balai polis biasa instead of IPD. I think that part okay lagi kot, sebab report tetap ambil and police officer tu suruh saya kena pegi IPD to get Sargent signature. Lepas keluar balai polis, this guy cakap dia akan ambil police report untuk saya dan terus nak bawak saya pegi workshop. The thing is diorang ni macam ramai gila. First one handle my towing car. 2nd one, I cakap dengan saya dalam telefon from the beginning pasal which workshop nak hantar. 3rd guy yang bawak saya pegi balai.

So masa 3rd guy cakap nak bawak pegi workshop Puchong, which before agree kat Balakong. So bercakap la balik saya dengan 2nd guy why this happened. Cakap Balakong tu Perodua so nanti saya takleh claim full sebab kereta dah 5 tahun ke atas. At last, saya decide nak mintak kawan datang and pegi workshop tu dengan dia je. Saya tak sedap hati nak berjalan-jalan dengan the 3rd guy ni.

So I went to the workshop with friend. Seem that everything was okay, the workshop pun nampak okay, so saya pun teruskan dengan urusan document claim insurance. Jauh sikit pun takpelah. Get car grant from UTC then pegi clinic to have medical check up sebab rasa sakit kepala terhantuk.

Elok lepas saya jumpa doktor, Sargent yang handle kes saya call dan gertak-gertak saya kenapa tak datang IPD dan tak bawak kereta. It confused me a little sebab ingat everything was under control. So pukul 7 malam bergegas pulak ke IPD. Since saya dah sakit hati with this thing, campur Sargent tu pun dok membebel-bebel pasal gambar kereta takde, gambar kat tempat kejadian tak valid (sebab rupanya the 1st guy to dah send picture kat polis), pasal saya patut kene saman and what not, so saya pun call all the guys involve, demand them to bring the car and themselves to IPD. Call dan cakap berkali-kali okay, tapi sampai pukul 10 malam, diorang and kereta langsung tak nampak bayang. Tunggu lama gila kat balai polis, dan tengok la macam-macam kes. And one of this guy, I believe longkai juga, bisik kat saya, sebenarnya gambar kat tempat accident pun dah okay. What??

The next day, I went to workshop again. Kalau nak keluarkan kereta from the workshop, I have to pay RM800 to towing company. Bargain pun tak jalan. Sebenarnya dah nekad nak keluarkan dah. Call etiqa, towing is free but must send to panel workshop. I know one workshop that can be trusted, but they are not in panel list. Check balik, workshop yang letak kereta saya ni termasuk dalam etiqa panel list. The hotline etiqa call tu ada suggest one workshop, near my house, tapi dah tahu the workshop has bad reputation.

Fuh! Ikut hati memang nak keluarkan kereta dari situ je. Tapi tarik nafas dalam-dalam, fikir solution yang terbaik.

So, saya setuju hantar kat workshop tu. After all, workshop tu takde masalah pun dengan saya. Then asked towing guy settle the case dengan sargent, either just show the accident scene pictures or bring the car to IPD whichever suit (and I believe they will never bring the car to IPD), and if possible get the police report for me, because I don’t think I have anything to say to the sargent. Interview pun dah buat malam semalam dah.

After bugging the towing guys dari semalam suruh buat kerja cepat, tara.. the police release the report yesterday. What a drama! The thing is everybody try to play the game and make thing difficult and complicated.

Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku dan aku serahkan mereka pada-Mu. Hanya Engkau mengetahui apa yang terbaik.

This drama is still not end. The police report is still not in the hand of workshop owner, my claim insurance still not submitted, the adjuster still not coming, and don’t know how long it took to fix the car.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, permudahkanlah segala urusanku dan kurniakan kesabaran buatku.

Regards,

~Ha~

Advertisements