• About Me

The Traveler..

~ Ordinary person.. who accidentally doing something out of her mind..

The Traveler..

Tag Archives: renew lesen

@JPJ: Tips to Renew Car License

21 Thursday Nov 2013

Posted by talk2ha in Experience

≈ Leave a comment

Tags

jpj, renew lesen

Nowadays, renewing car license can be tiresome. Especially now they are implementing new system. As for me, this situation can be quite dilemma. I’m totally understand with the situation and all, but at the same time, as a client, bengkek la jugak kan. HAHA. No, I’m not complaining anything. ~blergghhh.. a denial state!

logo-jpj

Anyway.. as usual, manusia bajet serba tau ni sibuk nak bagi tip. 5 Kali percubaan hokay, so saya rasa saya layak meletakkan diri sebagai manusia paling layak memberi tips. HAHAH. ~pfffttt.. ini adalah pengiktirafan diri sendiri, penulis tidak bertanggungjawab ke atas kesan emosi terhadap manusia lain.

Mana nak start dulu, tips ke cerita kesusah-payahan memperberahui lesen. Tip saja la. Saya tak mampu nak meluangkan masa terlalu lama untuk blog ni. Dah banyak sangat cerita tersangkut neh.

Jadi, apa nak buat kalau nak renew lesen:

Gambar

Sepatutnya, sistem baru didatangkan bersama web cam, dan gambar yang boleh diambil terus ketika di kaunter. Tapi kena paham lah web cam ni pixel-nya kecil jadi gambarnya takdelah cantik sangat macam digital camera atau dslr. Rasanya gambar kat phone pun cantik lagi.

webcam

Tapi ada sesetengah kaunter pembaharuan lesen, web cam-nya rosak la pulak. Atau mungkin ada masalah. Jadi untuk menjimatkan masa dan duit, pergilah membawa siap-siap gambar berukuran passport. Jadi takde la terkejut tiba-tiba kena pulak pergi ambil gambar, padahal baca blog orang cakap gambar boleh ambil terus kat situ.

comel

Dan gambar tersebut akan di scan dan upload ke dalam sistem. Dan saya rasa gambar scan pun sama je tak cantiknya! HAHA.

~Nampak tak siapa yang dah kena tu? 😛

Duit

Untuk renew 1 tahun cuma RM30. Kalau 2 tahun RM60. Tak tahulah sampai berapa tahun boleh renew. Pilihlah berapa tahun nak renew dan darabkan jelah dengan RM30. Memandangkan saya berada di fasa kemelesetan ekonomi (dah dkt hujung bulan), makanya RM60 itu sangat besar ertinya, tapi daku tabahkan hati jua, sebab atas dasar malas nak renew every year. HAHAH.

index

Dan tarikh terakhir lesen mati akan dianjakkan sampailah ke tarikh hari lahir kita pada bulan ke hadapan. ~Eh. Ni bukan cerita pasal duit.

Mungkin ada duit tambahan kena bayar, sebab baca dalam blog lain macam tu. Tapi saya tak kena bayar pun. Jadi saya tak paham pasal bayaran tambahan tu.

Masa dan Tempat

Okay, sebenarnya excited nak cerita pasal benda ni. :p Tapi pergi intro pasal benda lain dulu. Ingat tak dulu saya pernah cerita pasal senang gila nak buat lesen terutamanya kat JPJ Wangsa Maju? (refer this point no. 4). Sekarang, dah terpusing 180 darjah! Dengan lambatnya, dengan ramai orangnya. (T__T)

Tapi nak salahkan JPJ 100% pun tak boleh juga. Yang sebenarnya, mereka tengah implement system baru di seluruh negara dan sistem tersebut masih lagi tak stabil. Makanya, harap dapat banyaklah bersabar, sebab sistem tu boleh down pada bila-bila masa saja, terutama time peak hour. (T__T). Dan mereka ni pun (JPJ) dah mula mendapat arahan supaya kena buka kaunter pada hari minggu. (T_T) ~Ni tangisan pekerja JPJ plak.

Anyway, bila dah tahu perkara-perkara macam ni, silalah buat jangkaan yang rendah. Tak perlulah nak mengharapkan performance mereka 1/2 jam sama macam dulu, atau nak cepat-cepat je. Nak-nak pulak tengok ramai orang. Tanamkan sifat sabar banyak-banyak. 😉 Saya bukan apa, nanti mood kehidupan akan turut terjejas kalau kita tak mendapat apa yang diharapkan. Jadi paling senang adalah jangan berharap banyak sangat. As simple as that. 😉

Pilihan tempat nak buat/renew lesen di tangan anda. Boleh dibuat di JPJ dan Pejabat Pos. Dah sebenarnya.. eh dah macam lagu Yuna. HAHA. Okay okay. Sebenarnya, selain dari buat/renew lesen di JPJ dan Pejabat Pos, ada satu lagi tempat yang boleh buat lesen iaitu di UTC (Urban Transformation Centre). The truth is, saya tak pernah ambil pusing pun apalah bendanya UTC ni. Rasanya macam tahu tak tahu je. Kawan cakap siap ada lagu pasal tempat ni. Tapi rupa-rupanya banyak pejabat kerajaan dalam ni. Boleh google cari UTC yang terdekat dengan kawasan anda. Salah satunya, dekat Puduraya.

Kalau nak buat/renew di JPJ, eloklah pergi seawal pagi. Kalau boleh sesudah Subuh. Kenapa kena datang awal sangat? Sebab, yang sesudah Subuh tu pun, dah ramai orang datang. Saya pernah datang pukul 8 pagi, masa pukul 10, lagi 3 orang sebelum sampai giliran saya, sistem pun down. HAHA. Memang takdir sangat tuh. Mula-mula tu bertekad jugak nak tunggu sampai sistem up balik, tapi bila dah pukul 12, saya give up dan balik opis. FYI, yang tu adalah percubaan kali ke-4. HAHAHA. (T_T)

JPJ Wangsa Maju

JPJ Wangsa Maju

Saya ada jugak terdengar orang cakap, cubalah datang pukul 4 petang, sebab time tu system selalunya dah tak down, dan kalau bernasib baik, tiada siapa pun menunggu. Kalau bernasib baiklah.. 😉 Kalau tak, kau akan melihat limpahan manusia di pintu kaunter JPJ. Itu adalah sebuah perjudian! Saya pun takda tahu sebab tak pernah cuba pukul 4. Pernah cuba pukul 3, tapi manusia masih melimpah ruah di situ.

Kalau anda pergi UTC, dan ini ada berita baik skit, terutamanya yang macam katak bawah tempurung tu. Siapa siapa? *toleh kiri dan kanan. Masa tempat ni beroperasi dari pukul 8.30 pagi sampai 9 malam, setiap hari kecuali cuti umum sahaja. Seronok tak seronok tak? HAHA. Sebenarnya dulu takda kisah pun pasal office kerajaan ni nak buka ke nak tutup ke. Tapi bila dah terdesak macam ni, hah, barulah nak menghargai!

Kecik je opis dia. Tak sampai 20 seat.

Kecik je opis dia. Tak sampai 20 seat.

Sekian Tips renew lesen.

Nota:

Setelah 5 kali percubaan renew lesen, akhirnya saya berjaya buat di UTC Sentul pada hari Sabtu pukul 6 ptg. Pukul 7 malam dan boleh balik rumah dengan penuh kegembiraan. Lalala. Keesokkan harinya saya dapat call dari JPJ UTC Sentul cakap saya tertinggal IC. HAHA. Begitu gembira sampai IC pun tertinggal. Pfffttt…

Regards,

~Ha~

Subscribe

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)

Archives

  • November 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • January 2018
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • October 2016
  • June 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • September 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • February 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • November 2012
  • October 2012
  • September 2012
  • August 2012
  • July 2012
  • June 2012
  • May 2012
  • April 2012
  • March 2012
  • February 2012
  • January 2012
  • December 2011
  • November 2011
  • October 2011
  • September 2011
  • August 2011
  • July 2011
  • June 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • March 2011
  • February 2011
  • January 2011
  • December 2010
  • November 2010
  • October 2010
  • September 2010
  • August 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • November 2009
  • October 2009
  • September 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009

Categories

  • Deco
  • Event
  • Experience
  • Family
  • Food
  • Friends
  • Gadgets
  • Journey
  • Me
  • Movie
  • Outdoors
  • Promotion
  • Review
  • Thought
  • Travel
  • Uncategorized
  • Video
  • Work

Meta

  • Register
  • Log in

Blog at WordPress.com.

Cancel
Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy