• About Me

The Traveler..

~ Ordinary person.. who accidentally doing something out of her mind..

The Traveler..

Tag Archives: hatravel

@Egypt: Hari Ke-2

31 Thursday Mar 2016

Posted by talk2ha in Experience, Journey, Travel

≈ Leave a comment

Tags

egypt, hatravel

Assalamualaikum..

Aku tanya apa khabar.. aku tanya apa khabar.. aku tanya apa khabar semua?

Okay takyah nak tanya khabar sangat lah Ha, kau baru je lepas post beberapa hari lepas kan. Kalau tak, bayang pun tak nampak. Ahaks. Since aku dah pilih dan asing-asingkan gambar Egypt weekend lepas, so di masa terluang ni bleh la aku terus je buat entri Egypt based on gambar yang dh dipilih tu. Sebenarnya takdelah terluang sangat. Tapi aku baru discover sesuatu tentang diri aku. Bak orang kata, everyday you learn something new. Berbalik cerita tadi, aku baru realize yang aku jenis buat 2-3 keje dalam satu masa. Bukan selalu tapi ada masanya, aku tak boleh concentrate buat 1 keje. Macam aku tengah buat sistem requirement, nanti tiba-tiba, aku buka buka radio dengar orang bercakap-cakap. Aku bukan dengar lagu je tau, kadang-kadang aku pilih radio yang ada rancangan temubual tu, sambil siapkan keje yang ada. Kadang-kadang tu, aku toggle buat keje and tengok drama. Kadang-kadang tu, tengah-tengah tengok drama, aku buka fb or blog. Pastu sambung balik keje, takpun pegi masuk meeting.

Oh.. aku tak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Tapi aku macam tak boleh setel dengan satu keje. Macam tengah buat keje tu, aku rasa senyi benau. Kene occupied kan seluruh panca indera aku. HAHAHAH. Jadi sebenarnya sekarang ni aku takde la senggang sangat. Aku sebenarnya tengah fikir any possible scenario untuk system requirement ni. Macam kene berfikir diluar kotak la kononnya. Tapi lepas tu aku pegi taip entri blog plak. Blergghh. Adakah aku manusia yang tak boleh fokus?

Baiklah. Aku rasa macam panjang pulak introduction cerita Egypt ni. HAHHAHA. Dah la takde kena mengena pun. Dan 3 perenggan yang korang baca tak sampai 2 minit ni, aku dah siap buat macam-macam benda dah. HAHAHA. Dari pegi ke tandas, buka dokumen, discuss dengan bos, baca fb dan tak tahu lah apa yang aku  buat lagi. Kalau ada due date ni, memang tak efisyen btul blogging aku ni. Tapi takpe, blog bukan yang terutama. Yang terutama adalah kerja kat office ni.

5th December 2014 (Friday)

  1. Kami memulakan pagi yang syahdu dengan suasana yang tenang. Perasaan pun masih terkawal walaupun rasanya kitorang terpaksa menunggu van sewa lagi. Biasalah keadaan menunggu kat sini. HAHAHA. Cepat betul kitorang adapt dengan gaya hidup kat sini.
  2. Sambil-sambil tu kitorang tengok-tengok lah suasana kat sana. Kebetulan, ada orang dari tingkat atas nak beli barang keperluan kat kedai bawah. Jadi kejadian macam dalam filem ‘Ayat-ayat Cinta’ tu pun dapatlah kitorang saksikan. Penghuni rumah atas tu turunkan bakul dan mungkin bersama pesanan barang. Tapi masa ni kedai tu tak buka lagi. Ninah cakap, memang macam ni la cara diorang beli barang kat sini. Aku nampak kelogikannya. Penat dowh naik turun tangga. Dah la boleh tahan tinggi gak. Tapi banyak persoalan aku dengan urusan jual beli macam ni. Tak berlaku penipuan ke? Kalau barang yang dia bagi tak sama macam yang diminta? Diorang x kisah jenama ke? Taknak tengok barang dulu ke? HAHAHA. Nampak tak aku cerewet bila beli barang. Sebab tu aku jarang mengamalkan konsep shopping online ni. HAHAAH.2014-12-05 10.47.19
  3. Tempat pertama, Universiti Al-Azhar. Tapi aku tak paham kenapa pegi melawat pintu gerbang je. HAHAHA. Mungkin sebab kesuntukan masa kot. Dan aku pun tak tahu boleh ke tak melawat sampai kat dalam tu. Tiba-tiba aku teringat masa aku kecik-kecik dulu, dalam darjah 2-3 macam tu lagi aku dah pun dengar pasal universiti ni. Kagum gila dengan siapa yang belajar kat sini. Mesti pandai gila and alim-alim orang belajar kat sini, kata hati kecikku di waktu itu. HAHA. Oleh sebab aku sedar aku tak pandai sangat dan level confident pun aku rendah, jadi aku cakap, aku mungkin tak layak kat sini. Jadi decided aku nak pegi belajar kat Jordan. Siap plan nak ambil medic. Tinggi tak boleh blah cita-cita aku kan?! HAHAHA. Tapi aku syak aku terpengaruh dengan cerita cikgu/ustazah aku jugak. Sebab tu aku nak pegi Jordan. Well, satu pun cita-cita aku tak jadi. 😛 Tapi tu tak penting. Cerita penting kat sini adalah, inilah universiti pertama yang aku kenal masa aku kecik-kecik dulu. Okay, jauh tersasar cerita Al-Azhar dengan cita-cita pulak. Kalaulah aku ada kawan kat dalam uni ni, mungkin aku mintak je bawak masuk and tour kat dalam. Antara universiti tertua di dunia kot. Mesti banyak cerita menarik.2014-12-05 11.18.38-2 2014-12-05 11.21.36 2014-12-05 11.22.09
  4. Seterusnya, kitorang ke tempat membuat dan menjual kristal. Membuat ke? HUHUHUU. Aku agak la. Perasaan aku half-half masa ni. Aku suka jugak la kristal. Cantik. Tapi pada aku kristal tak relevan dengan gaya hidup aku. And poket aku. Jadi aku terpaksa memandang sepi kedai tu dan aku wondering around saja. Tapi bila aku tak minat, bukan bererti orang lain pun tak minat. 🙂2014-12-05 13.48.01 2014-12-05 13.20.33 2014-12-05 13.21.20 2014-12-05 13.46.37 2014-12-05 13.22.24
  5. Lepas tu pegi melawat Kubu Salahuddin Al-Ayubi. Kubu ni sangat besar. Nak tau pasal kubu ni, korang pegilah google. Aku cuma boleh letak gambar je sebab ingat lain dah semakin memudar. HEHEHE.2014-12-05 14.43.25
    Masjid Ali Pasha.

    Masjid Ali Pasha. Dari laluan nak masuk dah boleh nampak masjid ni. Kitorang ambil banyak gila gambar kat sini. HAHAHA. Mungkin kagum dengan design masjid ni. Kadang-kadang aku buat terfikir macam blue mosque kat Turkey jugak.

    2014-12-05 15.56.19-1

    Interior dlm Masjid Ali Pasha

    Interior dlm Masjid Ali Pasha

    2014-12-05 15.08.25 2014-12-05 15.44.03

    2014-12-05 15.17.37

    Pemandangan dari atas kubu

    2014-12-05 15.02.08

    Aku konpius bila tengok gambar ni. Aku sebenarnya nak ambil gambar kota tu. Tapi macam rasa minah arab 2 orang tu pun tengah amik gambar aku. Ke aku yang perasan?

    CIMG1524

    Asyik melompat je. Banyak betul energy diorang ni!

    CIMG1562

    okay nak balik dah..

  6. Lepas tu kitorang pegi makan.
    2014-12-05 17.14.11

    Roti yang korang nampak atas meja tu tak silap aku free. Kot? hahaha. tapi memang setiap kali makan memang dapat la roti tu. Tapi kitorang order nasi burung merpati..

    2014-12-05 17.14.07

    Nasi disumbat dalam burung tu.. rasa dia sedap. Tapi aku macam rasa lepas tu ada orang sakit perut. Tapi tak sure siapa..

  7. Akhir skali shopping. Perkara yang buek den paling poning kepalo. Memulo tu den layankan ajolah diorang nihaa. Eh motif tetiba ko cakap nogori?! Ko bukan orang nogori pun. Tapi aku ada gak la membeli skit. Aku beli minyak wangi, sebab diorang kata kat sini jual pati minyak wangi. Nasib baik minyak wangi aku pakai ada. Dahlah aku jenis tak tahan bau lain. Eceh.. nak kata ko cerewet la tu kan Ha. Tapi minyak wangi jenama yang aku pakai cuma ada yang untuk lelaki je. Bleh la, bau pun sedap apa. Sekali ada orang tiru beli jugak. HAHAHA. Iolls sokay je. Memang puas hati jugak. Lama aku pakai minyak wangi tu. Oh ade satu lagi benda aku beli. Aku beli stokin kaki yang warna kulit tu. Series aku memang mengalami masalah mencari stokin kt Malaysia. Jarang la, kain jenis licin la. Kau tau tak betapa letihnya aku nak tarik stokin tu ke atas balik sebab jenis kain yang suka melurut ke bawah tu. Ah bosan. Bila jumpa yang berkenan, terus aku beli sampai 2 kotak. HAHAHAH. Ade 20 helai kot lebih kurang. Sampai sekarang pun ada lagi yang aku tak pakai. Puas hati den!! 😀2014-12-05 18.03.00 2014-12-05 18.02.46

 Sekian dulu cerita dari Egypt. Nanti sambung lagi.

Regards,

~Ha~

@Travel: Egypt pictures (day 1)

26 Saturday Mar 2016

Posted by talk2ha in Experience, Journey, Travel

≈ 2 Comments

Tags

egypt, hatravel

Seperti yang dijanjikan, setelah menempuh pelbagai dugaan dan halangan nak update entri ni.. apa? Tak percaya aku menempuh kesusahan menyiapkan entri ni?? Jangan kata nak siapkan, nak buka worpress pun sudah susah payah tahu! Entah kenapa, unifi di rumah ni tak nak bekerjasama bila aku nak guna dia dari laptop. Geram betul. Tak tahulah sebab pakai mozilla ke, atau cookies banyak sangat ke, or she was being picky ke (nota: she=unifi), tapi setelah usaha keras, akhirnya dapatlah korang baca entri ni.

Sudahlah. Panjang betul cerita pasal kesusahan nak tulis entri. Hari ni, setelah rasa macam bertahun tak update, mari panaskan badan dan hati dengan gambar-gambar di Mesir. HAHAHA. Ye Ha, kau tak perlu ulang ayat klise itu. Memang dah basi. Gambar-gambar dari cerita sini.

Pagi pertama di Cairo. Menunggu van sewa sampai, tapi yg muncul tremko sewa.

Pagi pertama di Cairo. Menunggu van sewa sampai, tapi yg muncul tremko sewa.

Bangunan dan suasana pagi di sana.

2014-12-04 09.42.24 2014-12-04 09.46.13 2014-12-04 09.52.03

Spot truck tentera. Bukankah sudah ku katakan yang akan ku ambil juga gambar mereka walaupun secara menyorok-menyorok

Spot trak tentera. Bukankah sudah ku katakan yang akan ku ambil juga gambar mereka walaupun secara menyorok-menyorok

Makam Anwar Sadat. Tapi macam rasa ini bukan makan, tapi lebih kepada tugu peringatan kot. HAHA. Pandai2 pulak aku nak ubah fakta. Tapi takkan la Anwar Sadat tanam kat situ kan?

Makam Anwar Sadat. Tapi macam rasa ini bukan makam, tapi lebih kepada tugu peringatan kot. HAHA. Pandai2 pulak aku nak ubah fakta. Tapi takkan la Anwar Sadat tanam kat situ kan?

Seterusnya, gambar-gambar di sekitar kawasan Piramid.

CIMG1034 DSC_07162014-12-04 11.35.40 2014-12-04 11.50.53 2014-12-04 11.58.11 2014-12-04 12.08.43 CIMG1125 DSC_0743Okay sebenarnya banyak lagi gambar, tapi.. ulang suara sekali lagi, skill mengambil gambar aku memang sangat hampeh. Ni pun ambil dari kamera orang lain jugak. Dan banyak jugak gambar tak jadi.

Lepas melawat piramid, kitorang singgah solat di Masjid Amru bin Ash.

Nota:

Masjid Amru bin Ash di Kairo, Ibukota Mesir disebut sebut sebagai masjid tertua di Mesir dan di seluruh benua Afrika. Dibangun oleh Amru bin Ash pada tahun 641 Masehi bertepatan dengan tahun ke 21 Hijirah tak lama setelah penaklukan Mesir. Gubernur Amru bin Ash membuka Mesir dan membangun kota Fusthat sebagai ibu kota Islam pertama di Mesir pada 1 Muharram 20 H./8 November 641 M.

2014-12-04 14.11.22 2014-12-04 14.11.50 DSC_0817 DSC_0870CIMG1201

Nampak tak budak kecik kat dalam gambar tu. Actually diorang tu dok mengemis minta duit kat kitorang. Tapi kami terpaksa bertindak kejam tak bagi diorg duit bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Yang kat belakang tu salah seorang dia mak budak tu.

Nampak tak budak kecik dihujung barisan yang macam ambil gambar dengan kitorang tu. Actually budak tu dok mengemis minta duit kat kitorang. Tapi kami terpaksa bertindak kejam tak bagi diorg duit bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Yang kat belakang tu salah seorang dia mak budak tu.

Lepas solat, kami pergi ke Makam Imam Syafie. Sebenarnya makam ni bersambung masjid, tapi kebetulan masa tu ada orang meninggal dan suasana agak ‘meriah’, jadi kitorang terus ke pintu belakang, terus ke kawasan makam.

2014-12-04 14.32.01 2014-12-04 14.34.17 2014-12-04 14.37.43 2014-12-04 14.41.18Kemudian, kitorang layan sunset di atas bukit apa tah. Sepatutnya boleh nampak pemandangan.. tapi suasana berjerebu pulak. Apa pun tak nampak. Lalu aktiviti lain pulak yang terhasil.

2014-12-04 16.51.392014-12-04 16.52.43CIMG1289CIMG1332 CIMG1326 CIMG1339Last sekali, kitorang naik cruise di Sungai Nil. Ada macam-macam pakej, and kitorang ambil yang ada dinner skali. Tapi ia datang bersama pakej persembahan menari. Oh itu mimpi ngeri. Masa penari lelaki tu okay lagi. Tapi masa penari perempuan separuh bogel tu, aku dah rasa nak pitam. Last-last naik atas dek layan view lagi baik. Okay tiada gambar penari, baik lelaki mahupun perempuan. Sebab masa tu kitorang tengah makan. Tapi kalau camera ready pun, harus aku delete jugak gambar perempuan iteww.. HEHEHE.

DSC_0920 DSC_0981Sekadar itu dulu. Sekian.

Regards,

~Ha~

@Travel: Get to know the real Egypt (from my point of view)

14 Thursday Jan 2016

Posted by talk2ha in Experience, Journey, Travel

≈ 2 Comments

Tags

egypt, hatravel

Ini adalah sejenis entri Major Throwback. Cerita 2 tahun lepas. (-_-“) Oleh sebab ada sedikit kelapangan kat office, cepat-cepat korek semua gambar trip-trip lepas dan buat entri. Tiada expectation tertentu. Tiada editing gambar. Tak tahu lah jadi pendek ke panjang entri ni, ingat ke tidak itinerary dan cerita-cerita lepas, atau entri ini berupa entri bergambar saja. Tak sempat nk plan-plan dan draft dulu, terus je tulis dan rasa nak stop, terus post. Begitu Inpromptu! 😉

Sambungan cerita dari sini dan sini.

3rd December 2014 (Wed)

Walaupun memang tak ingat dah kejadian ini secara details, tapi masih ingat kitorang bergerak pagi dari Dubai ke Egypt (Mesir). Ada 2 flight time, sebab aku dan adik kawan aku beli timing yang berbeza skit sebab tiket murah yang sama dengan orang lain dah habis. Jadi carilah tiket murah yang lain, delay masa sikit pun kira okaylah.

Dan tak disangka-sangka pulak, adik kawan aku (eh panjang sangat pulak nak sebut, nama dia Ninah) tak lepas check in. Check-check, rupa-rupanya Ninah ade beli tiket pegi Cairo tapi tak pegi. Kalau dah cancel, kene inform kat diorang yang kita tak jadi naik. Kalau tak kene block check in untuk next flight. Kalau nak lepas, kene bayar denda. Hadeh! Nasib baiklah aku dah activate credit card untuk kegunaan kat luar negara. Walaupun takde plan pun nak guna sebenarnya.

So korang, kalau rasa rajin travel tu, buat la satu kad kredit. Bukan suruh ko pakai untuk pegi shopping. Just for emergency. And some hotel kat luar negara pun, masa register tu dia nak jugak pakai kad kredit.

Anyway, back to the story, so lepas bayar, setel lah masalah tu. Kitorang pun naik la flight tu. Kalau tiket murah ni, selalunya memang ade transit la. So kitorang transit kat Abu Dhabi lebih kurang 3-4 jam. Kat Abu Dhabi jumpa the rest balik, and the next flight dapat sekali. Sampai Egypt malam.

Masa ni, Egypt dah nak masuk winter, so a bit windy. Memang sejuk la kalau duduk dekat luar. Aku ringkaskan kejadian-kejadian yang berlaku kat sana.

  1. I didn’t know much about Egypt. Masa tu, negara Mesir tengah bergolak dengan Presiden Morsi baru je dilucutkan jawatan. In fact, Egypt had political issues even before Morsi became a president. Anyway, aku yang sangat cetek pengetahuan pasal negara-negara tebing barat ni macam tak boleh nak bajet sangat keadaan kat sana. So benda pertama aku buat bila sampai pun dah kene dengan orang kat sana. Korang tau benda ape tu? Amik gambar kat airport dia. HAHAHA. Tapi masa tu aku tak gelak la. Masa tu aku memang bengang. Okay meh aku cerita sikit ape yang menarik pasal airport dia. Okay susah jugak nak cerita ni sebab aku dah tak ingat info-info masa travel tu. Tapi lebih kurangnya, aku rasa Cairo Airport ni ade banyak terminal, kitorang landing kat one of terminal yang ala kadar keadaannya. If I’m not mistaken, nama dia pun bus station ape tah. HAHAH. Jadi tengok nama pun dah boleh agak la macamana keadaannya. Aku pun jadi heran plus excited la amik gambar, gune phone. Keadaan dia, aku rasa stesen bas TBS tu lagi canggih la. Memang macam bas stesen lama-lama tu. Tak macam International Airport langsung. Tapi mane tau kat situ tak boleh ambil gambar pulak. So ade sorang mamat pakai macam tentera pun panggil aku, then beberapa orang lagi datang kat situ jugak, suruh aku tunjuk phone aku, and suruh delete semua gambar. Dah la masa diorang panggil aku tu, aku sorang-sorang. Pastu tak reti cakap bahasa inggeris pulak tu. Punya ramai, sorang pun tak reti speaking. By the way, kawan-kawan aku and sanak saudara dia semua kat luar, tengah tunggu van pick up. Ohho.. tapi bengang campur cuak jugak masa tu, aku terasa diorang buat aku macam terorist sangat, macam aku ni pengintip pun ada. Walaupun aku rasa ape yang dia buat tu sikit je, kalau nak compare dengan the real situation. Masa tu aku komen diorang ni belagak betul, negara tak maju mana pun. Siap cakap kalau macam ni, memang takde mana pelancong nak masuk negara ko. HAHAHA. Jahat gak mulut aku, kan? Tapi lepas tau keadaan sebenar pun, I mean the political issue part pun, aku still tak suka Egypt. First impression last longer beb!
  2. Cerita pasal van tu pun satu hal gak. Ramai orang bagitau aku, antara perkara biasa kat sini adalah tak menepati masa. Huhuh. Bengang betul menunggu lama kat airport tu. Dah la baru lepas kene panggil and delete gambar kat dalam. Nak cepat-cepat keluar dari airport tu pun tak boleh. Sejuk pulak tu kat luar tu. Lagilah menambahkan stress. Ni baru hari pertama masalahnya, belum apa-apa dah stress.
  3. Before landing, ramai dah pesan, kalau nampak orang Egypt tengah tunggu dengan troli masa nak ambil luggage tu, ko jangan amik troli yang dia bagi kat ko. Nanti dia nak upah angkat barang and tolak troli tu. Haih.. ramai plak tu buat keje tu. So first languange aku asyik guna kat sana adalah “La” = “Tidak”. Asyik ber”La” je aku dari sampai Cairo sampai la keluar dari Dubai. HAHAHA. Oh baru aku ingat, sebab tulah masa aku kat Dubai main Dunes Bashing, ape orang tu offer semua aku n Rohana cakap La or No. Sampai diorang pun complain apsal kitorang asyik ckp No je.
  4. Lepas naik van, diorang bawak pegi makan nasi arab. Lain betul suasana Dubai dengan Cairo. Kalau Dubai aku sampai tak heran sebab dah macam sama dengan KL, kat Cairo pulak, aku sampai nak cakap kenapa kerajaan dia tak buat apa-apa kat negara dia. Okay bare in mind, aku ade zero knowledge pasal Egypt. So keadaan sosio-politik dan sosio-ekonomi kat sana memang aku tak paham. Sebelum pegi tu aku siap ingat kene pakai jubah and niqab tutup muka segala nak masuk Egypt. HAHAHA. Sungguh teruk knowledge aku, pastu bukan nak pegi study pun. Padan la muka, learn from experience terus. So ingat kawan-kawan, korang nak pegi mana-mana, study skit tempat nak pegi tu, supaya ko lebih memahami dan menghormati budaya diorang, and takde la terus kene tembak then and there.
  5. Homestay yang kitorang duduk tu okaylah, milik orang Malaysia kalau tak silap. Ke ada orang Malaysia uruskan? Aku tak ambil pusing sangat sebab aku rasa takde kepentingan pun. Mentang-mentanglah semua pun orang uruskan. Ahaks. Tapi menurut diorang, itu antara homestay aku terbaik la. Ye ke? Okay, aku rasa Guest House untuk backpackers kat Korea tu lagi okay kot. 😉

Okay tu jelah dulu. Rupanya, banyak lagi ingatan aku pasal Egypt ni. Tapi yang tak boleh blah, baru beberapa hari aku kat sana, aku sampai tercakap “Aku taknak datang dah Egypt lepas ni”. Aku tahu ada bunyi angkuh dalam ayat tu. Bukan aku ni belagak sangat. Mungkin sebab aku begitu culture shock dengan perangai orang sana. Benarlah seperti yang selalu aku dengar dari ustaz-ustaz “Aku melihat Muslim tetapi aku tidak melihat Islam” bila pergi ke negara-negara Arab. Aku memang kagum bila ramai ulamak-ulamak besar boleh datang dari tempat ni, kalau memikirkan balik perangai orang-orang yang aku jumpa dan keadaan kat situ.

Aku lupa gambar ni diambil kat terminal yang kitorang turun, atau ni terminal yang kitorang lalu depan dia..

Aku lupa gambar ni diambil kat terminal yang kitorang turun, atau ni terminal lain..

2014-12-03 21.53.102014-12-03 22.20.222014-12-03 22.19.39tengok budak ni.. nak aim je nasi tu..

tengok budak ni.. macam nak aim je nasi tu..

Memula ingat nak stop kat sini je, tapi gambar tak banyak mane la pulak. Keje pun takde lagi. So aku continue the next day.

4th December 2014 (Thurs)

Okay, aku nak cerita guna point jelah. Best skit sebab aku pun tak ingat sangat itinerary.

  1. Masalah yang sama macam semalam, menunggu pemandu van sampai. Tak ingat dah aku berape lama menunggu, dah tahap malas nak amik tahu dah. Mungkin sebab semua dah cukup rest, jadi okay jelah mood masing-masing.
  2. Bila sampai kenderaan, kenderaan tu pulak tak menepati apa yang diminta. Mintak van yang berhawa dingin, tapi sekali dapat tremko. Tremko ni dianggap minibus kat sini, dan merupakan pengangkutan awam di sana. Eh ayat aku pun dah macam ayat dokumentari pulak. Senang cerita, tremko ni biasa digunakan oleh student sebab tambang yang lebih murah. So, sewa van, dapat tremko. Ni satu lagi perkara yang kene hati-hati kat sini. Pantang ada peluang, penipuan memang senang dan banyak sangat berlaku. Dah rasa kat Indonesia pulak. Beza Mesir dengan Indonesia satu je, perangai. Okay tu nanti kita cerita kat next point. Or next next point. HEHE. Anyway, setelah berbincang (or berdebat) dengan panjang lebar, call sana sini, oh itu Ninah la punya keje, akhirnya, kitorang naik la jugak tremko tu. Nasib baik masa ni aku blur-blur, so aku pun ala-ala apa-apa jelah. Aku dah boring menunggu. Ninah memang stress la jugak, sebab dia nak sewakan yang ada aircond, since ada babies and budak kecik. Udara kat Cairo pun takdelah bersih sangat. Bagi aku pulak, tremko dengan van memang tak jauh beza.
  3. Pengalaman naik tremko memang dasyat. Sungguh laju dan mencilok-cilok. Dahlah jalan pun tak begitu baik dan sesak. In fact, jalan biasa pun macam takde line sangat. Okay sekali lagi aku teringatkan Indonesia, sedikit persamaan disitu. So walaupun trip ni plan trip, tapi kitorang merasa la jugak naik pengangkutan awam tremko tu.
  4. Perjalanan pagi ni lebih baik dan menarik. Masa dalam perjalanan, aku nampak trak askar dengan askar tengah berkawal. Mengingatkan pengalaman semalam, aku tetap amik gambar jugak tapi sorok-sorok skit. HAHAHA. Ingat aku nak insaf? Cairo secara umumnya takdelah teruk sangat. Mungkin sebab aku tak biasa kot tengok bangunan sama je style-nya dan 1 warna je. Dah keadaan sana berdebu, memang itulah caranya kot.
  5. First visit adalah.. HAHAHA aku dah lupa nama dia. Jap google. Okay kitorang pergi Makam Anwar Sadat. So kat sini first timelah aku dengar sejarah Mesir. Tu pun sebab ada student yang jadi pemandu pelancong cerita. Tapi kan, aku sebenarnya tak dengar sangat, sebab ustaz ni cerita kat orang sebelah dia je, and suara dia bukan la kuat sangat. Sedih betul aku, aku selalu dengar hujung-hujung cerita je. Nasib baik la ustaz, so aku malas la nak pegi kat dia suruh cerita balik. Takpelah ustaz balik nanti saya google lah. By the way, berdasarkan cerita di hujung-hujung telinga tu, boleh tahan hektik jugaklah sejarah Mesir ni. Mula-mula Raja-raja memerintah, lepas tu oleh sebab raja tak amanah, kuasa dirampas oleh 4 pemimpin tertinggi masa tu. Salah seorang jadi presiden, lepas tu kene bunuh, salah seorang dari 3 tu pulak jadi presiden. Begitulah sampai yang last, lepas bunuh, yang lain jadi presiden pulak. Anwar Sadat ni nombor 3 dari 4 pemimpin tu. Nasib la Malaysia tak macam tu, nak rampas kuasa main tembak-tembak je. Tempat Anwar ni ditembak kat stadium berhadapan je dengan makam dia tu, waktu tu ada perhimpunan. Aish.. seram bila dengar.
  6. Lepas tu pergi Piramid. Memang ini tempat yang aku aim nak pergi. Tapi memandangkan kitorang melawat time konvokesyen, dah penuh orang melayu je kat situ. Ramai plak tu. Dengan panasnya, jadi kami datang sekadar bergambar. Ada checklist yang tak berjaya dibuat. Sekali lagi aku sedih. Ditambah pulak dengan ustaz aka pemandu pelancong yang macam pemalu tu, jadi aku tak dengar pun ibrah tempat ni. Takpelah, lain kali aku datang lagi. Eh. Aku kata taknak datang dah. HAHAHA. Bukan, aku datang bila aku ada rezeki pergi Mekah buat umrah nanti mungkin. Atau tengoklah, aku pun tak pasti apa yang aku nak. Aku cuma nak tengok and explore piramid ni je. Boleh tak aku lompat kat piramid ni je, lepas tu aku terus lompat balik malaysia. HAHAHA.

Okay aku dah penat. Lain kali lah sambung. Gambar pun tak cari lagi untuk hari yang ke-2 di Cairo.

Until next entry ya?

Regards,

~Ha~

Subscribe

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)

Archives

  • November 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • January 2018
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • October 2016
  • June 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • September 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • February 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • November 2012
  • October 2012
  • September 2012
  • August 2012
  • July 2012
  • June 2012
  • May 2012
  • April 2012
  • March 2012
  • February 2012
  • January 2012
  • December 2011
  • November 2011
  • October 2011
  • September 2011
  • August 2011
  • July 2011
  • June 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • March 2011
  • February 2011
  • January 2011
  • December 2010
  • November 2010
  • October 2010
  • September 2010
  • August 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • November 2009
  • October 2009
  • September 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009

Categories

  • Deco
  • Event
  • Experience
  • Family
  • Food
  • Friends
  • Gadgets
  • Journey
  • Me
  • Movie
  • Outdoors
  • Promotion
  • Review
  • Thought
  • Travel
  • Uncategorized
  • Video
  • Work

Meta

  • Register
  • Log in

Create a free website or blog at WordPress.com.

Cancel
Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy