• About Me

The Traveler..

~ Ordinary person.. who accidentally doing something out of her mind..

The Traveler..

Tag Archives: Experience

Something Not Wonderfull..

27 Sunday Sep 2009

Posted by talk2ha in Experience, Journey

≈ 2 Comments

Tags

balik kampung, dark, Experience, Journey

It’s 2.13 in the morning, September 26 2009. It’s 7th day we are celebrating raya, and currently I don’t have internet, but I don’t care. I could paste it later. I just wanna share you a story that happened to me a day before we celebrated raya, that happened about last week.

At first, I planning to keep it for myself, but I think I wanna remember this moment, and I don’t want the experience just dispeared. Eventhough it was not something wonderfull to be remembered.

Anyway, it was Saturday, a week before, I went back to my mom’s house. Unfortunately, there was no bus directly go to my place. I have to take two bus and two boats to be in my home. It’s was tiring, but I have to. So after taking a bus from Taiping, and stopped at the wrong place, I walked with 3 beg in my hands to the right place. Pretty far. To be worst, the sky started raining.

After 10 minutes walking in the rainy day, a guy spook to me and asked where I am going. I don’t know why but I always felt rude to ignore people’s question. So I just answered carelessly. Then the guy offered sending me to the right bus stop. Thinking about my laptop in the rainy day, I just accepted the offer and prayed nothing happened to me. After asking a few questions like, where I came from, and where I supposed to go etc etc, he and his brother decided to send me to Lumut, which at this point I felt pretty scared. But I tried my very best to think positively. May be this guy is a nice person, and trying to be nice to me.

But in the middle of the journey, I felt it was the longest journey I ever had, even though it was only half an hour. The guy was very imatured, pretty straight forward person, talking too much and like asking the same questions, a lot! His elder brother was quite okay, compare to him, but still, try to act knowing everything. At first, I tried to lie about what I am doing. I told them I am a final year student at UiTM, but when I saw the thing was out of control, I start telling the truth about the other thing. They was shock when I told them my age.

I don’t know, but at my first impression, I hate this guy. I felt guilty for feelling that way. At least I owed him for sending me to the right place. But I can’t help to felt irritating when he asking me if I have a boyfriend, when I was only 10 minutes in his car. And 10 minutes later, he asked if he could be my boyfriend. Damn! Either he was really desperate, or he is a player. And he like talking about himself.

But I can’t play hard, since I was still his car at that moment. so I just answered carelessly, smile, and start cursing in my heart. And I already gave my phone number to him. That was the stupid thing I had done. Now he already bugging me with SMS and call. I never picked up his call, but reply his SMS, once! But I guess this guy don’t really know how to read the sign. So I have record his name in my phone as ‘Stranger’, and try to avoid his call.

I promise to myself, from now on, I will never get a ride from any man I didn’t know, and I will try to get licence and car as soon as possible, so I don’t have to face a problem of having no bus to went back home.

Saya yang Negatif bahagian 1

06 Thursday Aug 2009

Posted by talk2ha in Me

≈ Leave a comment

Tags

Experience, negative

Esok balik KL.. Yey!! Ahaahhaa.. sejak bila saya jadi budak bandar ni! Begitu sukakan bandar KL? Itulah.. kita ini sentiasa tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Bila nikmat itu ditarik sedikit, barulah kita pandai nak menghargai, padahal ketika itu mungkin sudah terlambat!

Minggu yang sungguh kucar kacir. Secara jujurnya, saya memang menjadi seorang yang negatif pada minggu ini. Kalau ada ulang tayang, pasti saya malu melihat kelakuan saya. Akibat begitu tertekan dengan suasana kerja yang sangat tegang, saya bukan sahaja menjadi seorang perengus, cepat marah dan pemurung, malah saya juga asyik bercakap perkara buruk sahaja setiap masa. Huhuhuu.. apa sudah jadi dengan saya??

Mudah menunding jari ke arah orang lain, tapi kenapa kita tak muhasabah diri sendiri juga kan? Tapi sebelum saya muhasabah diri, baik juga kita lihat puncanya.

Kalau lihat entry saya yang lepas-lepas, tentu tahu kenapa saya marah-marah kan? Itu punca pertama. Kemudiannya, saya ini mempunyai bos yang sangat inginkan kesempurnaan (kononnya lah..). Dia tak tahu kah sempurna itu hanya Allah. Tak mengapa. Saya akan ceritakan apa yang dia ingin kan. Minggu ini ada system walkthrough. Hanya 3 orang dari team saya yang di bawa ke KT. Makanya, bertungkus lumus lah 3 orang ini menyediakan sistem untuk overview kepada user. Tetapi bos-bos saya ini mahukan kesempurnaan, walaupun berkali-kali diberitahu sistem ini masih belum stabil. Jadi salah siapakah kalau sistem tidak berfungsi seperti yang diinginkan? Maka bos-bos saya ini mulalah memaksa-maksa kami memperbaikinya. Di bahagian setup, kami memang mencuba sedaya-upaya. Tapi kami bukanlah developer yang boleh dapat membetulkan semua ‘bugs’, atau system admin yang boleh buat monitoring kalau sistem slow, atau network engineer yang boleh monitor network progress, atau sesiapa sahaja lah yang mereka marahkan. Tapi semuanya dihimpunkan dan diletakkan di atas batu jemala kami. Itu Kedua.

Ketiganya, saya ini mempunyai ramai bos. Semua orang ingin memberi arahan. Semua nak melepaskan tekanan kepada kami. Bos ini pula pelbagai ragam dan tidak tahu di mana batas mereka. Makanya, kami juga hampir jadi gila bila menghadapi orang-orang sebegini.

Keempat, seperti saya katakan tadi, yang datang ke sini ada 3 orang, tapi yang cover semua module hanya 2 orang. Yang seorang lagi, bersikap mementingkan diri, membantu hanya apabila diminta. Lebih sakit hati, bos tak marah, malah marah kami sebab mengganggu dia! huh?

Kelima, kami dihantar awal kesini untuk membuat sistem setup. Tapi kemudiannya mereka marah kerana banyak dokumen belum siap atau tidak dicetak untuk diberikan kepada user. Errrkk.. agaknya bila ye kami nak menyiapkan semua itu? Mungkin mereka fikir kami ada 30jam/sehari. Dan agaknya mereka sangka kami ini boleh meramal bilangan jemputan yang hadir, supaya semua booklet boleh dicetak di office lagi, dan mungkin juga, mereka sangka kami ini tiada barang lain yang perlu dibawa dari KL ke KT ini, melainkan semua kertas-kertas dokumen yang akan diedarkan semasa system walkthrough ini. Jadi salah kami lah kerana kami tak mempunyai 30jam sehari, dan tidak boleh meramal bilangan jemputan yang hadir, dan membawa barang lain selain dari kertas dokumen yang beratus-ratus keping itu. Titik!

Hhmmm.. jika saya mahu bercerita tentang tidak puas hati ini, mungkin panjang lebar karangan entri kali ini. Masa saya mahu letak titik disini dulu. Lain kali.. mungkin malam nanti, saya ceritakan pula kelakuan buruk saya. Bukan untuk dijadikan ikutan, tapi pedoman, supaya jangan berfikiran cetek macam saya. Titik.

Kenangan ku..

30 Thursday Jul 2009

Posted by talk2ha in Uncategorized

≈ Leave a comment

Tags

Experience, family, myself

Ahahaa.. kawan saya komplen saya tulis panjang sangat. Huhuu.. bacalah bila anda ada masa. Ataupun bacalah bila time anda ada mood. Sebab saya terpaksa juga menulis, ini saja cara saya nak hilangkan stress.

Ok.. mari bercerita aktiviti hari ini. Pagi tadi, bos sound nak jumpa pukul 9. Tapi kiorang sampai lewat skit, PM suruh kitorang g breakfast dulu. Pastu pepagi buta dah kene membebel dengan bos. Boring sungguh mendapat bos yang skema. Dia cakap, tak kira la pukul brapa server sampai, kita kene punctual datang hospital. Walaupun tak ada keje nak buat pun, menjadi skema itu sangat penting!!! Oh.. saya sudah nak marah sangat ni, terutama bila pikir pasal .ni Mari cepat kita tukar fikir tentang benda lain.

Ok.. saya baru jumpa klik baru kat opis. Cam best gak la bebudak ni. Seorang geng teknikal, ada kat sini outstation ngan team saya. Sorang lagi sekarang tercampak kat Sarawak. Tapi diorang ni memang best la. Cam sengal skit.Ahahaha.. ๐Ÿ˜€ Ni pun tengah dok berchating ngan diorang la ni. Mesti nanti asyik dok berchatting je pasni kat opis. Kalau diorang ni ok, saya nak join diorang main futsal lah!

Tadi saya macam ada pikirkan tentang sesuatu. Tapi dah lupa la. Oh ya.. saya sebenarnya sangat rindu nak g outdoors lagi. Lagi best kalau saya boleh pergi dengan kawan-kawan tercinta. Saya macam teringat-ingat lagi saat g Kinabalu awal tahun ni. Jumpa kawan-kawan yang best, tengok pemandangan yang sangat cantik, pastu tetiba boleh bergaduh masa main water rafting, tapi gambar punya pasal, boleh plak duduk rapat2 and sengih2. Kemudian memasing suka buat lawak sengal.. memang saat terindah la saya rasa masa tu.

Oklah.. nak cerita detail-detail pun cam letih la plak. Jadi silalah lihat gambar-gambar yang ada..

regards,

~ha~

aksi-aksi sblm panjat kinabalu

aksi-aksi sblm panjat kinabalu

kaki gunung, ladies in action - sbb aksi ni, org jepun amik gambar kitorang.. jgn jeles!

kaki gunung, ladies in action - sbb aksi ni, org jepun amik gambar ni.. hebat!

Imamal in action

Imamal in action

air kejayaan..

air kejayaan..

lepak di manukan island

lepak di manukan island

Kenduri di Melaka

24 Wednesday Jun 2009

Posted by talk2ha in Friends, Me

≈ 2 Comments

Tags

Experience, kenduri

Sepatutnya nak cerita pasal weekend dari hari Isnin lagi, tapi.. saya sungguh SIBUK!

Sabtu lepas, kenduri adik Pae di Melaka. Saya dah terlupa sebenarnya, sebab dah lama sangat saya letak reminderย  dalam hp ni. Saya ingat nak pergi kenduri Isma dan Afizi, siap dah beli hadiah pun. Tapi mengenangkan saya dah janji dulu dengan adik dia, dan saya juga lebih rapat dengan family Pae, dan juga satu lauk kenduri tu saya yg sponsor.. jadi saya pilih kenduri adik Pae la. Tak apa lah, saya sudah wakilkan Atirah dan Mariati.

Jumaat
Pae, hari Jumaat lagi sudah cuti, tapi saya tak boleh. Jadi petang Jumaat baru saya bertolak dari Putrajaya. Saya ingatkan Putrajaya ada stesen bas express. Bila saya nak beli tiket kat Petronas, dia suruh saya naik kat Puduraya kul 9 malam. Hah? Takkan lah. Rupanya Putrajaya takde bas express. Apelah!~ Jadi balik kerja tu, saya naik komuter ke Seremban, dan dari Terminal Seremban, saya beli tiket ke Melaka.

Sampai Terminal Seremban pukul 7 lebih. Bila check, semua tiket ke Melaka dah habis. Saya cuba cari di kaunter lain, saya nampak tiket pukul 10.30 malam ke Melaka. Huhuu~ lambatnya! Takkan saya nak duduk sampai 2-3 jam dekat stesen ni. Pae suruh saya balik KL je, dan datang esoknya. Kata saya, kalau balik KL, jangan harap nak datang balik. Letih tau perjalanan dengan komuter tu. Akhirnya, saya decide nak ambil jugak tiket pukul 10.30mlm tu. Tapi saya tak paham apa yang berlaku, tiba-tiba saja ada seorang lelaki cina suruh saya pergi satu kaunter ni, dan beli tiket ke Melaka di situ. Tapi harganya terus jadi RM15. Dan waktu bertolak pukul 8.30mlm. Itu lebih baik dari pukul 10.30 malam. Bas sampai pukul 9 mlm. Besar betul bas tu, bas VIP katanya. Tapi kalau naik dalam 1 jam je, VIP pun takdelah maknanya sangat.

Sampai Melaka Sentral, Pae pick up saya. Jalan g Mydin jap, beli barang, then kitorang balik dan tidur. Sekejap je terus lena.

Sabtu
Bangun awal, kemudian start gotong royong masak. Memula tugas saya siang ikang masin, ikan yg saya sponsor untuk kenduri nih. Hehehee.. takde lah banyak mana sangat. Lagipun, saya beli kat Pangkor, jadi memang dapat murah skit. Kemudian, potong cili untuk buat sambal belacan pulak. Kemudian, goreng ikan masin dan ikan kering. Habis kerja saya.. tapi oleh sebab cuma dua orang saja yang buat kerja tu, dan cuma pakai 1 dapur, makan masa sampai pukul 11 pagi baru selesai semuanya.

Lepas mandi dan bersiap, saya duduk dalam rumah je. Ntah, saya jadi malas pulak nak pegi khemah. Kebetulan, hujan waktu pengantin berarak pulak. Memang kelakar, sebab pengantin jalan laju masa berarak sebab hujan dah mula rintik-rintik. Tak sempat bunga manggar nak sampai, pengantin dah sampai khemah. Ahahaha.. ๐Ÿ˜€

Lepas tu, ada orang tua-tua situ suruh ambilkan baju pengantin dan letak atas bumbung. Itu petua nak kasik hujan berhenti. Ahahaha… Apa punya petua lah! Tapi diorg ikutkan saja. Kebetulan, lepas hujan lebat 15 minit, langit terus cerah! Huhuhuu~

Rasa macam tak tolong apa sangat, tapi rasa sungguh letih sampai saya tertidur depan tv (dan menghalang laluan.. huhuu.. malunya). Bila terjaga, cepat-cepat saya salin baju dan tolong kemas-kemas diluar. Malam, tak ada aktiviti apa pun, cuma berbual-bual bersama family Pae.

Ahad
Pagi-pagi lagi, kira barang-barang yg pinjam untuk kenduri. Kira pinggan, mangkuk, dulang, periuk, cawan dan macam-macam lagi la.

Kemudian, tugasan saya kene teman pengantin amik gambar outdoor, di tepi sawah, dekat bunga lalang dan di jambatan kayu. Saya kene tolong touch up pengantin dan pegang lampu dah kadang-kadang payung juga.. huhuuu~ Macam Garfield juga, kene jadi tripod pulak. Sebenarnya, ini pengalaman kali kedua jadi tripod. Dulu pun penah juga, so saya rasa saya ok dan seronok je. Tapi tugas touch up itu memang saya rasa lemah. Saya ini manalah pandai touch up, inikan nak kene touch up pengantin pula.

Seronok join outdoors, sampai jamm jalan sebab kereta asyik hon dan bawak slow sebab nak tengok orang buat outdoors. Balik pukul 11, barulah nak mandi pagi. Lepas lunch dan solat Zuhur, kitorang bertolak balik KL.

Begitulah. Pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Sebenarnya, ini dah kali kedua saya involve dengan kenduri di rumah Pae. Pertama dulu masa kenduri Amir, abang Pae. Sekarang kenduri Shah pulak. Saya harap, bukan kenduri di rumah orang jelah saya boleh involve, kenduri adik saya nanti pun, saya boleh contribute lagi banyak lagi.

Shah dan Farah - curik amik gambar time diorg outdoors

Shah dan Farah - curik amik gambar time diorg outdoors

Filem Romantik dan cerita saya..

15 Monday Jun 2009

Posted by talk2ha in Me, Review

≈ 4 Comments

Tags

al-capone, Experience, faiz ahmad, itm manjung, jiwa-jiwa, Ketupat Cinta, Koizora, lelaki, Me.. Myself, Movie, myself, Review

Oleh sebab terlalu gembira kerana tak perlu kerja pada hujung minggu, saya telah menghabiskan duit membeli 2 buah movie, sebuah siri drama korea dan sebuah buku cerita.

Hasil Tangkapan Saya!
Hasil Tangkapan Saya!

Lewat kebelakangan ini, saya terpaksa mengakui.. saya menjadi sedikit melankolik, atau dalam erti kata lain, jiwang! Makanya habislah cd cerita pilihan saya kali ini dari unsur-unsur cerita romantik. Huhuuu.. tapi saya peduli apa. Itu yang saya rasa sekarang ini! ๐Ÿ˜€

Hasil tangkapan saya hujung minggu lepas:
1. Me… Myself (sebuah cerita Thailand)
2. Coffee Prince (Korean Drama Series)
3. Kaizaro (Jepun)
4. Ketupat Cinta – Faizal Tehrani.

Saya sudah pun menonton 2 dari cerita yang saya beli. Kedua-duanya telah pun masuk dalam favourite list saya. Sebenarnya, filem ‘Me… Myself’ saya beli kerana saya suka rambut hero itu. Panjang dan lembut. Ehehehe.. ๐Ÿ˜€ Maaf, saya memang sangat suka lelaki yang berambut panjang (tapi bukan yang terlalu panjang dan tak terurus ya!) Muka pun memang hensem juga. Tapi end up, ceritanya juga sangat menarik dan buat saya tersentuh. Drama ‘Coffee Prince’ pula, saya memang pernah tengok di tv. Cuma saya selalu tertinggal episod. Dan saya rasa tidak menyesal membeli siri ini. Nantilah.. di lain masa, saya akan ceritakan sinopsis cerita-cerita yang saya tonton ini.

Bercerita tentang cinta dan kebetulan di dalam movie, tiba-tiba, saya teringat cerita semasa di UiTM Manjung dulu. Ketika itu, rumah/dorm saya (kerana asrama kami adalah rumah kedai) dilanda kegilaan mencari kenalan di Majalah Galaxie. Maka saya dan seorang kawan saya ini, Faiz juga teringin nak mencari kenalan dari majalah tersebuat (padahal, kami tak pernah baca atau membeli majalah Galaxie). Setelah meneliti kriteria yang ada, kami pilih seorang mamat ini, saya pun tidak pasti kriteria apa saya lihat, cuma yang saya ingat, mamat ini dari sekolah agama.. (atau dia boleh berbahasa arab? saya sudah lupa!). Dia menggunakan nama Al Capone. Entah apalah saya tulis dalam surat tersebut, saya pun dah lupa!

Setelah beberapa lama, ketika kami sendiri pun sudah hampir terlupa tentang surat tersebut, kami menerima surat balasan dari lelaki bernama Al Capone ini. Tentu lah seronok kan? Sebab tak sangka juga mendapat balasan. Sebab surat itu berkongsi dua nama, maka alamat kami letak alamat UiTM sahaja. Tapi kemudiannya, balasan tersebut membuatkan kami berdebar dan ketar lutut. huhuuu.. Manakan tidaknya, rupa-rupanya, Al Capone itu adalah pelajar UiTM Manjung juga. Sudahlah UiTM Manjung itu kecil sahaja. Fakulti cuma ada empat. Setiap course juga pelajarnya tak seramai mana. Malah hampir semua studentnya duduk dalam asrama.

Jadi, saya dan Faiz sudah ketakutan sendiri. Ahahaha.. ๐Ÿ˜€ Iyalah, di waktu itu kami juga belum matang lagi. Kami cuma ingin bermain-main sahaja. Bukannya nak berkenalan dan berjumpa dengan orang itu. Sampai nak pergi ke kelas pun kami sudah takut-takut (sebenarnya saya yang lebih takut), sebab asrama lelaki di atas kelas kami sahaja. Apatah lagi, bila kami risik-risik, kalau tak silap saya, mamat itu tinggal sekali dengan Da’a, classmate saya. Ngeri sungguh saya rasa pada masa itu.

Perkenalan itu berakhir dengan kami tidak lagi membalas surat mamat itu. Malah saya selalu takut sendiri kalau-kalau classmate lelaki saya tahu tentang perbuatan kami. Memang kelakar pula bila difikirkan betapa tak matangnya kami menghadapi keadaan tersebut. Kawan sahaja lah kan, bukannya kami nak pergi mengorat orang, kan? Ehehe…

Jadi saya terfikir, kalaulah di dalam movie romantik, mungkin plot ini dijadikan permulaan perkenalan diantara hero dan heroin. Dan oleh sebab ada 2 orang perempuan berkenalan dengan seorang lelaki, maka tentu akan berlaku konflik dua orang perempuan menyukai seorang lelaki. Ahahaha.. apa yang saya merepek ni. ๐Ÿ˜€ Realiti dan filem memanglah sangat berbeza, kan?

Oklah.. Saya mahu mula bekerja!

Kenapa Saya Membuat Blog Baru?

12 Friday Jun 2009

Posted by talk2ha in Me

≈ 1 Comment

Tags

Experience

Nak tahu kenapa saya create this new blog?

Seingat saya.. mungkin ada saya dah terlupa, saya ada banyak blog. Yang pertama, saya buat kat blogdrive. Tidak menggunakan nama sebenar. Saya buat untuk meluahkan perasaan. Tensen belajar, tensen juga dengan perkara-perkara malang yang terjadi. Tapi saya tak sanggup orang tahu tentang perasaan saya. Sebab saya ini dikenali sebagai orang yang ‘baik’ dan happy. Jarang marah direct pada seseorang. Beberapa lama selepas itu, blog saya ada pengikut sendiri, walaupun tak ramai. Kemudian, seperti biasa.. ada orang yang tak suka pada saya, dan memberi komen2 yang menyakitkan hati. Mungkin dia sakit hati dengan entry saya. Mungkin dia terasa sendiri.. saya rasa saya tak bercakap tentang dia pun. Dan kemudian, saya pun begitu sibuk. Maka.. blog itu pun terbiar begitu sahaja.

Kedua, kalau tak salah saya, blog di frienster. Blog itu saya suka update. Sebab saya tahu pengikutnya adalah kawan-kawan saya sendiri. Tapi kemudiannya, friendster sangat susah di access, dan banyak company dan badan kerajaan block access di tempat kerja. Saya sendiri juga menghadapi kesukaran nak update friendster. Maka, jadi lah blog di friendster itu sekali sekala sahaja saya update.

Kemudian, blog untuk school gathering saya buat di blogdrive. Hanya update apabila ada gathering. Tapi bila sudah terlalu lama tak ada gathering, saya pun sudah lupa tentangnya. Jadi bila ada gathering, saya pun terlupa nak update.

Ada satu blog ni, saya lupa nama site tu. Saya create sebab saya selalu download lagu kat sana. Tapi bila link download lagu tidak lagi berfungsi, saya pun berhenti melawat site tu. In fact, saya cuma ada dua entry sahaja di sana.

Saya pun sudah lupa, di mana lagi saya ada create blog baru. Sebab saya suka mencuba dan menguji features yang ditawarkan pada sesebuah blog engine tersebut. Tapi semuanya hanya one time entry, dan saya rasa featuresnya tak ada apa yang menarik atau berbeza.

Terakhir, blog saya di 360 Yahoo. Saya suka blog itu. Simple sahaja. Sebab saya tak suka buang masa modified appearence begitu banyak. Bagi saya, apa yang penting adalah isi kandungan blog tersebut. Tapi kemudiannya, yahooย  ini bertindak begitu efektif, telah publish link blog saya di yahoo messenger, setiap kali saya update blog. Kebetulan pula, saya baru sahaja memasukkan nama team saya (termasuk bos-bos) dalam ym friend list. Maka sudah tentu bos saya boleh (atau sudahpun..?) membaca blog saya. Padahal, ketidakpuasan hati saya ini memang selalunya berkisar tentang kerja dan orang-orang disekeliling saya. Huhuhuu.. cepat-cepat saya, (tak tahu la sempat ke tak..) block access blog tersebut, restrict hanya kepada orang yang saya benarkan sahaja. Tapi tentulah saya rasa tak seronok, sebab saya menulis blog sebab saya ingin berkongsi rasa hati saya dengan semua orang (terutama, kawan-kawan saya). Sekarang saya semacam terpaksa pula menjemput mereka masuk ke dalam blog saya. Saya sangat faham perasaan menerima email-email invitation ini.

Dan terkini, yahoo mahu tutup application 360 pula, dan mengubahnya ke dalam yahoo profile. Dan saya kurang menggemari features yang ada di yahoo profile. Jadi saya mengambil keputusan untuk create satu blog baru, yang tidak ada kene mengena dengan yahoo (supaya dia tidak perlu update kepada semua orang-orang yang tak perlu setiap kali saya update blog), dan saya juga tak perlu nak strict rules tentang siapa yang boleh dan tidak boleh access blog ini. Sesiapa pun boleh!! Saya pilih wordpres, kerana terpengaruh dengan beberapa pengguna wordpress seperti kawan saya BuzzyBugs dan beberapa orang lain yang saya sudah lupa siapa. Boleh ke macam tu?

Begitulah! Saya juga tak dapat berjanji berapa lama saya akan stay di sini. Seperti saya katakan tadi. Saya tidak begitu tertarik dengan apperarence yang boleh saya hasilkan di blog saya. Apatah lagi kalau kalau ia agak complicated (untuk menghasilkan yang tercantik atau yang terbaik!). Saya suka modification yang simple sahaja. Yang penting, saya boleh update sebanyak mana yang saya suka.

Tapi semuanya memang subjektif. Hari ini saya mungkin tidak suka. Akan datang, saya mungkin suka. Lagipun, agak letih jugak bertukar-tukar blog engine ini. Terpaksa memberi tahu orang lain. Terpaksa belajar tentang features baru. Terpaksa belajar bagaimana mahu menjadikan blog ini, seperti identiti saya. Dan macam-macam lagi yang perlu belajar.

Banyaknya entry! Oh ini sebenarnya memang habit saya. Eheheh.. ๐Ÿ˜€

Eh, semalam sewaktu pergi kerja.. teksi yang saya naiki terlanggar seorang penunggang motosikal. Seorang perempuan. Saya pun tidak sedar. Tak sempat nak sampai LRT lagi. Nampak pemandu teksi itu agak cemas juga, mungkin tak menyangka terpaksa melalui keadaan seperti itu di awal pagi. Dia pun sendiri tak perasan bila dia terlanggar penunggang motosikal tersebut. Selepas melihat keadaan penunggang, saya cepat-cepat membayar tambang, dan bergegas ke LRT. 5 minit perjalan lagi. Bukan selfish, tapi saya rasa kehadiran saya tidak membantu apa-apa pun. Nanti saya terlambat sampai ke LRT pula. LRT itu, kalau saya sampai selepas pukul 7, walaupun hanya terlewat 5 minit, sudah susah mahu bolos ke dalamnya. Ntah kenapa, kebelakangan ini, LRT semakin ramai penggunanya, walaupun pada pukul 6.45 pagi. Huhuhuuu..

Menggunakan camera hp pertama saya (Nokia 3230). Baru skrg nak gunakan gambar ini..

Menggunakan camera hp pertama saya (Nokia 3230). Baru skrg nak gunakan gambar ini..

Subscribe

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)

Archives

  • November 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • January 2018
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • October 2016
  • June 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • September 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • February 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • November 2012
  • October 2012
  • September 2012
  • August 2012
  • July 2012
  • June 2012
  • May 2012
  • April 2012
  • March 2012
  • February 2012
  • January 2012
  • December 2011
  • November 2011
  • October 2011
  • September 2011
  • August 2011
  • July 2011
  • June 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • March 2011
  • February 2011
  • January 2011
  • December 2010
  • November 2010
  • October 2010
  • September 2010
  • August 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • November 2009
  • October 2009
  • September 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009

Categories

  • Deco
  • Event
  • Experience
  • Family
  • Food
  • Friends
  • Gadgets
  • Journey
  • Me
  • Movie
  • Outdoors
  • Promotion
  • Review
  • Thought
  • Travel
  • Uncategorized
  • Video
  • Work

Meta

  • Register
  • Log in

Blog at WordPress.com.

Cancel
Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy