Assalamualaikum..

To be honest, banyak yang rare untuk update kali ni.

  1. Tiba-tiba update weekend activity
  2. Aku pergi crowded place??
  3. Tengok opening ceremony plak tu??
  4. Sukan Sea some more?? Berita sukan pun jarang tengok!

In my defense, here’s the reason..

  1. Tapi memandang terlalu banyak gambar diambil, why not update blog. Update other social media kind of too outdated (sebab dah beberapa hari berlalu). And I don’t want to spam my ig with too many pictures of the same event.
  2. Nervous jugak pergi tempat crowded, tapi bila lagi nak experience something like this. Lagipun kawan-kawan ada, macam okay lah kot.
  3. This is ad-hoc plan. Ada orang tak jadi pegi, so adalah tiket free. Thanks to housemate, kalau bukan sebab dia, sampai bila-bila pun memang tak pergi la event-event macam ni.
  4. I’m not hating sport. Tengok game live best je. Tapi untuk ikut berita sukan macam it’s too much. Tapi kalau Malaysia menang aku bangga je. I love the game spirit. But I hate people condemning other people bila kalah. And watching sport or the news on tv macam too boring, so end up, I stay away from those thing. HAHAHA.

So sampailah kami (a few friends and I) ke Bukit Jalil around 5.30pm last Saturday naik LRT. Orang ramai ya ampun. Maaflah, saya ni jarang pergi tempat crowded, jadi tengok orang kat luar stadium tu pun dah overwhelmed. Padahal masa balik tu lagi pening. Hahaha.

Ada 2-3 benda yang aku concern bila nak pegi event ni. Pertama, timing dia. Timing critical kot. Orang kata, kalau kat kampung ni, timing mak suruh balik rumah jangan merayap dah nak maghrib. Kedua tandas. Ketiga orang hilang.

So untuk solat maghrib, aku dah siap-siap ambil wudhuk kat rumah, kononnya. Punya gigih jaga wudhuk. Last-last tersentuh dengan budak jaga tiket masa dia nk bagi balik kertas tu. Jeng! Bagi kertas pun boleh tersentuh. Blerghh. Mungkin sebab tiba-tiba hari hujan masa beratur tu, jadi semua pun dah kelam kabut. So amik la balik wudhuk kat tandas.

Tempat solat. Aku terus buat congak, surau mesti penuh. Dah la nak cari surau tu pun tatau kat mana lagi. Kalau dalam hutan pun, aku solat je kat mana-mana. So aku ingat aku nak solat tepi dinding jelah. End up rupanya ramai yang buat. Hahaha. (Tolonglah Ha, ko bukan orang pertama yang fikir benda ni!) Terus aku join je jemaah mane tah. Alhamdulillah gak ada diorang ni. Sebab baru aku terfikir, aku lupa fikir pasal tempat lapik solat (at least lapik sujud) and arah kiblat. Bila join orang, dapat la aku tumpang imam, and tumpang kertas cardboard nak sujud.

Telekung. Aku dah siap-siap pakai baju yang solat friendly, macam dalam hutan tu. So tak perlu bawak telekung. Sebab tu la memula tu aku berjaya je jaga wudhuk walaupun dalam crowded, sebab aku cuma perlu jaga tapak tangan je.

Part tandas pun boleh tahan haru kalau kat tempat crowded ni (berdasarkan pengalaman dulu-dulu la). So aku kurangkan minum air. Satu botol mineral kecik pun tak habis sepanjang 8 jam kat sana. So tidaklah aku mengunjungi tandas. Feww..

Hilang orang. Haish.. yang ni failed. Awal-awal dah hilang orang. Oleh sebab aku dapat tiket kawan kepada housemate aku, pintu masuk kitorang tak sama. Maka, aku pun ikutlah kawan dia tu. Nasib lah dah kenal-kenal gitu sebelum ni. Takde lah awkward sangat. Tapi dalam sama-sama jalan pegi pintu pun aku dah lost kawan dia ni. Tapi nasib dah ambil nombor phone siap-siap. So contact-contact pastu jumpa la diorang balik.

Okay lah. Terus ke cerita dalam stadium jelah. Macam panjang sangat intro. Padahal bukan cerita opening ceremony pun lagi. Oleh sebab aku join orang, aku macam lone ranger, jadi duduk random je, tak sekali pun dengan kawan housemate aku tu. Budak cina perempuan sebelah aku sangatlah peramah, jadi aku tak rasa awkward. Rasa 1 Malaysia sangat. 😀 Sebab aku sejenis yang mengikut persekitaran. Kalaulah takdirnya sebelah aku orang yang pendiam, harus nak jerit Malaysia pun aku segan. Hehe. Atau sebenarnya biasa je orang yang peramah dan happening kat tempat macam ni, aku ni je yang jakun? Mungkin. Tak kisah lah. Yang penting, aku dapat pengalaman baru. Menyanyi lagu patriotik, bersorak dan enjoy the show.

Marilah tengok gambar-gambar yang di ambil dengan phone je.

Sampai-sampai, cari makan dulu.

Memula cakap tak boleh bawak makanan dan minuman masuk dalam stadium, tapi bila hujan turun, semua pun kelam kabut. Aku yang tengah makan kebab pun rilek je lepas kat pintu check tu sambil pegang kebab yang dah kembang kene air hujan. HAHAHA. Tapi sape bawak payung memang kesian. Huhuhu. Takleh lepas, padahal beria buka payung sebab hujan.

Dapat tempat duduk sebelum maghrib, so layan budak-budak sekolah main pancaragam

Ada 3-4 sekolah yang buat persembahan tapi macam amatur jugak. Budak sebelah aku dah komplen-komplen. Hahaha. Aku tengok jelah. Tak reti nak komen apa. Yang pasti asal ada orang lambung tongkat tu, semua orang sorak. Padahal aku tengok performance tak syncronize pun. Hahahah.

Korang maafkanlah video amatur aku. Ni first time aku upload video. Baru aku tau betapa huru-haranya video aku amik. Hahaha.

Opening dengan persembahan pancaragam angkatan tentera and nyanyian lagu negaraku, Sea Games theme song dan beberapa lagu patriotik, termasuk la lagu Faizal Tahir. Tak tau la siapa yang lead, tapi aku tak rasa Faizal Tahir. Kalau tak sah-sah muka dia besar-besar terpampang kat skrin.

Pancaragam dari angkatan tentera

Tapi dalam gambar ni, bukan angkatan tentera je, segala maskot, penari, orang-orang mane tah semua ada. Punya la kecik, aku bukan nampak pun. Rabun. Masa ni aku rasa macam, oh aku memang tak sesuai pegi tengok concert pun. Tapi happening sebab semua nyanyi ramai-ramai. Pastu kagum, pandai gak bebudak cina ni nyanyi lagu melayu. Aku ni satu lagi cina pun aku tak tau, lagu Big Bang tau la skit-skit. Hhahaha.. 😀

Aku ada amik gak video nyanyi ramai lagu Gemuruh Jiwa nyanyi ramai-ramai, tapi lepas tu aku rasa syahdu sangat dengar kuatnya suara aku yang sumbangsih tu. Hahaha. Terus aku decide video tu untuk tatapan peribadi sajalah. 😛

Masa ni aznil masuk nyanyi lagu sudirman yang horay-horay tu

Pastu kontijen atlit setiap negara masuk..

Start dengan Brunei, pastu ikut alphabetical order. Aku amik gambar setiap negara masuk. Padahal display kat sini satu dua je. Hahaha. Atlit Singapore punya ramai masuk. Budak sebelah aku siap cakap kiasu. Pada aku takde la kiasu sangat. Thailand pun ramai gak.

Kontijen Atlit Singapore – panjang gila nak tunggu dia habis masuk.

Penutup mestilah Malaysia, pakai baju kurung warna macam bendera Johor plak

Konpius aku memula. Tapi logik gak, bendera Malaysia ada je warna biru dan merah. Diorang cakap dulu pernah ada kontrovesi warna dengan Singapore. Haish.. bosan aku semenjak dua menjak ni, semua cerita pun nak kontrovesi.

Ni kipas yang budak cina sebelah aku share dengan aku. Last-last aku terambil buat harta plak. Huhuh

Event lepas tu aku dah tak ambil gambar. Macam aku cakap kecik benor orangnya. Tapi lebih kurang ucapan wakil dari sukan sea, ucapan KJ, bacaan ikrar atlit dan officer dan sebagainya. Aku layankan je.

Cuma saja je aku nak perati, diorang ni banyak cakap dalam bahasa Melayu ke bahasa inggeris. Sebab yelah ada orang komen Malaysia ni tak mengagungkan bahasa Melayu. Tapi aku terfikir gak, kalau event tu bukan semua orang pandai bahasa Melayu, ada pulak dari negara luar, kalau kes macam tu macam mana? Yang mana lebih penting, keagungan bahasa ke, atau orang paham? Okay aku tak mau berdebat pasal ni. Aku bukan ahlinya. Cuma menariknya, KJ spoke in both language, mula dengan bahasa Melayu, then English, then penutup Melayu balik kot. Aku pun tak perasan bila dia tukar-tukar bahasa. Tapi menarik lah! It solve my question.

Masa KJ berucap, siap keluar tagline Rising Together & Bangkit Bersama. Beria aku amik gambar sebab nak ambil gambar LED kat belakang tu. Korang nampak kat mana KJ? Hahaha.. 😀

Bila persembahan ni, barulah aku rasa tak sia-sia aku duduk kat atas ni. Cantik!

Part kuda masuk nampak air laut terbuka tu aku tak sempat amik. Tu lagi cantik!

Masa penutup ni, aku rasa cemas sangat. Rasa macam meletup-letup atas kepala. Tapi kene buat cool sebab sebelah aku yang satu lagi ada budak lelaki melayu. Hahaha. Apekah motif tiba-tiba kene cool??

Nah gambar semangat 1 Malaysia.

Pencapaian sangat entry kali ni. Siap upload gambar dan video! 😀

#RisingTogether

#BangkitBersama

Sekian dulu.

Regards,

~Ha~