Assalamualaikum..

Hari ni 3 Zulkaedah. Dah habis dah Syawal. Tapi aku tak habis-habis lagi puasa ganti. HUHU. Aku determine gak nak habiskan secepat mungkin. By next week insya Allah habis la puasa ni.

Hari ni, office block youtube. Miss used katanya. HAHAHA. Tak aku nafikan. Aku antara pengguna tegar. Nak dengar lagu pun bantai buka youtube. Lepas tu keje jadi lambat sebab kadang-kadang nak tengok gak MV. Padahal dah tengok banyak kali dah. So bila takde youtube, pandai pulak aku guna Window Media Player dengar mp3 yang dah download. Lagu tu dah download pun. Sama je playlist mp3 aku dengan lagu yang aku dengar kat youtube. Tapi saje je nak buka youtube jugak sebelum ni.

Bila takde youtube, aku pun buka fb. Padahal sebelum ni rasa fb tu sesuatu yang sangat hambar. HAHAHA. Matilah kau kata fb tu hambar. Padahal banyak je benda interesting  orang share. Dari youtube yang aku fokus benda yang aku nak tengok je. At least terbuka la skit tengok info-info lain jugak. Tetiba hari ni macam dapat macam-macam pencerahan plak. Wah PENCERAHAN! Ayat tak tahan. Dah macam dalam meeting. HAHAH.

Aku rasa konsep clean diet aku memang dah kelaut. Dan aku rasa aku nak turunkan berat badan lagi. Walaupun aku tak naik berat badan masa syawal ni, tapi BMI duduk border line ni memang buat aku bother. Geram je rasa. So this week aku try la tak minum air bergula. Aku maafkan diri aku minum 3 in 1 masa bersahur hari tu, sebab takde makanan lain and benda tu paling cepat. Nasib baik aku puasa, misi aku macam berjaya sikit la. Tapi pukul 10-12 malam tu lah memang hazab perut ko meragam nak makan lagi. Walaupun berbuka tadi dah makan nasi. Makan buah pun tak jalan. Dia nak gak makan benda masin or junk food. Kalau tak tahan sangat aku makan la jugak skit-skit. Harap-harap minggu ni jelah perut ni buat hal. Next week harap-harap aku dapat tahan lapar tu. Lagi berapa jam nak tidur takkan nak makan beria-ria lagi.

Next 2 months aku ade larian Orchid Petronas 10km. Terus berazam nak kene training. 5km pun sebenarnya dah mengah. Inikan 10km. Mau pitam. Kalau tak training lah. Bila dah register larian, barulah aku semangat nak exercise. Sebelum ni asyik nak mengelat je. This week habiskan puasa. Next week aku start training. Harap-harap bukan hangat-hangat tahi ayam.

Next 3 months pulak, pegi register larian Sultan Nazrin Shah kat Perak. Itu wishlist sebenarnya. Tapi yang tak tahan pegi register 15km. Padahal ade je 10km. Konon pengaruh kawan sebaya. Hah silalah training ko sampai lebam! HAHAHA. Entah ape nasib la 15km tu nanti.

Baiklah. Cukup setakat ni. Tapi aku dah nampak kesan takde youtube. Barulah teringat kat benda-benda lain. Dan blog ni pun ber-update.

Regards,

~HA~

 

Advertisements