[Amaran: Entry yang bakal dibaca merupakan entry orang yang dah lama tak update blog. Beliau dah hilang fokus diri dan start mumbling around. Jadi sila sediakan diri korang dengan entry yang jumping from one topic to another macam tak keruan. HAHA. Sekejap macam nak cerita kenapa dah lama tak tulis blog. Tiba-tiba cerita kenapa malas membaca. Last-last mission diri. HAHAHA. Aku baca second time pun pening.]

Assalamualaikum..

Yaa.. setelah sekian lama. Dia macam pertandingan berapa lama ko boleh tinggalkan blog ni. Macam kalau rekod lama tu dah tu cukup lama tak update, yes mari kita cipta rekod baru. Kita tinggalkan blog ni lebih lama lagi. Dan lama lagi. Dan lagi. Dan lagi. HAHAHA. Macam jahanam. ~maafkan penggunaan bahasa yang sedikit kasar. 😉 Skit je. Bukan mencarut pun. Cuma mengecam diri sendiri je.

Aku rasa sekarang ni dah bukan lagi trend menulis blog kan? Yelah, even aku pun lagi suka tengok you tube or instagram dari baca blog orang. Nak cari informasi pun, kadang-kadang aku you tube kan je. Nak tengok perkembangan artis, aku tak baca blog gosip, aku tengokkan je terus IG diorang. Kalau artis korea lagi la, siap ade youtube gosip.

Akhirnya, aku rasa aku dah malas membaca. Punya banyak la buku aku tak berbaca. Ada tu sampai makan tahun dah aku beli, haram tak baca-baca lagi. Dulu konon-konon cita-cita nak ada mini library sendiri dalam bilik. Sekarang dah ade, buku pun banyak, aku pulak buat culas nak baca.

Jadi aku rasa sudah sampai masanya aku cuba hentikan tabiat menonton youtube ni. Aku macam rasa youtube ni melemahkan otak aku je. HAHAHA. Aku bersyukur sebenarnya ada youtube. Dengan youtube la aku pandai masak. Dengan youtube la aku belajar new skin care routine. Dengan you tube la aku dengar ceramah. Tapi keburukan dia, dengan youtube la aku dok bantai dengan cerita korea. Tetiba je aku kenal ramai artis k-pop. Pastu tetiba je pandai dance routine big bang dan segala. Padahal dulu aku tak amik port pun. Gila betul. Aku pulak sejenis yang mudah tersasar. Habis rasa hilang fokus diri. HUHUHU.

Lately, aku selalu fikirkan macam mana aku nak buang tabiat-tabiat buruk yang baru aku cipta ni. Aku macam dah tersampuk dengan budaya hedonism yang sangat dasyat. Jadi aku rasa aku perlu susun kembali kehidupan aku dan mulakan balik hobi-hobi lama aku. Seperti membaca buku dan menulis blog.

Membaca

Aku tak sangka rupanya sangat susah membaca bila kau dah tak minat membaca. Tambahan kau dah biasa tengok video dan tv yang lebih interaktif, ada pergerakkan, ada bunyi, membaca macam susah sebab ko kene fokus setiap perkataan. Otak aku yang dah jadi pemalas ni, dah tak boleh nak berkompromi. Mula-mula tu, aku ingat sebab aku baca buku yang susah. Aku pilih buku Za’aba – Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Memang pun buku tu deep. Dah la penggunaan bahasa lama. Lepas tu aku pegang pulak buku Diagnosis Apokalips. Mula-mula macam okay. Tapi lama-lama aku rasa bosan.

Last, aku tukar strategi. Aku ambil novel bahasa inggeris yang aku dah pernah baca. Tapi aku rasa aku macam dah buta huruf. Tak paham apa yang aku baca. HAAHAH. Dramatik kan? Tapi betul. Aku rasa macam ntah berapa kali aku ulang perenggan. Baru muka surat pertama aku dah rasa nak tertidur. Padahal seingat aku dulu, aku suka buku tu. Sekejap je habis baca. Aku rasa battle sangat nak sampai ke chapter 3.

Seriously I got brain damage. 😦 So aku kene determine habiskan buku tu jugak. Bukan sebab aku nak sangat baca buku tu. Tapi aku nak train balik otak aku supaya minat membaca. Sebab aku ada target buku lain nak baca. Tapi kita cari buku yang paling ringan dulu.

Tulis Blog

Kenapa aku mula tulis blog? Dulu aku ada banyak inner thought. And aku ada banyak cerita yang aku tak dapat nak cerita kat orang lain. So aku tulis blog supaya aku dapat keluarkan apa yang dalam otak aku ni. Blog macam jadi tempat aku release stress.

Tapi lama-lama, aku ada banyak kawan, so aku pun ada banyak channel nak bercerita. So bila nak update blog, aku rasa benda tu jadi repetitive. Lagipun asalnya aku tak tonjolkan identiti aku sangat. Jadi aku tak rasa takut nak cerita yang personal. Tapi bila makin ramai kawan-kawan aku tau pasal blog aku, samada aku yang bagitau atau accidently terjumpa, aku jadi segan nak cerita lebih-lebih. Ko pun cuma cerita sisi baik je. HAHAHA. Yelah, kang ade plak yang accidently terkecik hati. So the writing pleasure tu dah takde.

Tapi lately ni, aku rasa inner thought aku macam dah datang balik. Itu menunjukkan aku dah takde kawan balik. HAHAH. Bukan takde. Cuma makin berkurang. Jadi, aku rasa dari aku berfikir sendiri, pastu lama-lama aku cakap sorang-sorang pulak, lebih baik aku tulis apa aku rasa tu dalam blog ni. Lagipun aku rasa blog ni boleh jadi self-reflect untuk diri aku. Aku ni selalu perasan betul. Padahal, tak betul pun. Eh. Maksud aku, aku selalu rasa tindakan aku betul. Padahal, ada je aku buat tindakan bodoh. Jadi mungkin nanti bila aku baca balik blog aku lepas tu, okay aku tau kat mana silap aku.

Okay dah la tu. Macam ni la kalau dah lama tak menulis, and excited nak cerita banyak benda. Tulisan aku jadi tak berarah. Tulisan caca marba. Kejap bahasa inggeris kejap bahasa melayu. Rasa mesti ada spelling error. Dengan bahasa pasar. Tapi aku taknak delete. Or edit. Nanti end up aku tak post entry ni. Biarlah nanti bila aku baca aku tau betapa huru haranya skill update entry aku.

Nota: Kita tengok la macam mana kesudahan blog ni. Adakah akan ada entry minggu depan. HAHAHA. Harap aku determine dengan apa yang aku nak buat.

Regards,

~Ha~

 

Advertisements