HAHAHA.. seperti biasa, kita ikut trend sekarang yang suka letak tajuk yang sungguh gempak. Walaupun isi macam harem. HAHAHA. Mohon tidak tertipu.

Assalamualaikum kawan-kawan.

Blog ni nampaknya dah jadi 2 bulan sekali update. Perangai penulis blog ni memang tak semengah. Ntah apalah nak jadi.

Since penulis ini perlu update cepat-cepat, sebelum momentum cuma 5 minit nanti akan turun, maka kita update apa yang berlaku dikehidupan seharian penulis. ~sila jangan konpius dengan kata ganti diri. Dia ikut mood dia je nak tulis jadi orang ketiga pulak. Korang layankan je.

Sibuk dan tak sempat bosan

Walaupun blog ni sepi macam penulis sejenis manusia robot, yang pergi kerja, balik kerja, makan, minum dan tidur dan menjalani kehidupan yang membosankan, percayalah, kehidupan penulis sangat sibuk, malah penulis memiliki emosi yang sangat hektik, mampu ketawa bersama menangis bersama ku bersumpah harap kita mati bersama eh.. masuk lirik lagu pulak. Maksud penulis, kehidupan penulis memang sarat dengan emosi. Jadi tak sempat nak bosan. Schedule pun penuh memanjang.

Memasak

Apa yang penulis sibukkan sangat? Pertama memasak setiap hari. Macam dah suri rumah, walaupun kalau ada suami dan anak, tak tahu mampu ke diorang makan makanan yang dimasak. HAHAHA. Nasiblah cuma ada anak tekak, jadi kita ikut selera anak tekak sajelah. Penulis bawak bekal pergi kerja setiap hari. Jadi setiap minggu perlu beli groceries, plan apa yang nak masak supaya tak amik masa 8 tahun ~metafora duduk kat dapur setiap pagi. Konon-konon nak diet nak kurus, tapi akhirnya diet menjadi gemuk plak. Itu penulis salahkan bekas makanan yang dibeli kat Seoul tempoh hari. Terlalu luas dan dalam sampai rasa tamak nak penuhkan makanan dalam tu. Tapi selalu pujuk diri. Takpelah, kita start dengan clean diet dulu. Tapi dah setahun hoi! So mulai minggu ni, dah mula kena monitor portion yang dibawa. ~Tu dia, lepas setahun. HAHAHA.

Ni contoh bekal. Ade banyak lagi gambar dlm phone. Hari-hari amik gambar tanpa jemu. HAHAHA

Aku tengah gila food flatlays. Walaupun skill tahap tapak kaki, hahah jadilah motivasi nak masak lagi lepas tu.

Party Peluh

Selain tu, oleh kerana bercita-cita nak kurus, jadi perlulah exercise. Jadi sibuklah join party peluh di sana sini, sama ada di hostkan orang lain, atau party lah kau sorang-sorang, loneliness sangat. HUHUHU. Nak buat cemaner, orang tak nak jemput ko party. HAHAHA. By the way, thanks to the trend, senang betul nak cari party peluh sekarang ni. Sama ada ko nak yang keluarkan duit join paid company tapi effective and ade group support, atau kedekut macam aku, maka pergilah join group yang baru habis buat Jom Kurus Malaysia buat secara free di tempat lapang. Diorang buat group sebab nak maintain the routine and create group support, tapi aku join sebab nak dapatkan ilmu dan kawan. Boleh lah, yang penting pandai-pandai la bawak diri. Tapi penulis sejenis yang tak bleh buat 1 jenis routine and tak suka indoor. Maka, terpaksalah plan aktiviti sendiri. Kadang-kadang pergi berenang, kadang-kadang pergi gym (nasiblah ada gym yang free), kadang-kadang jogging (separuh tu berjalan je sebab penat dowh UH UH UH) dan jarang-jarang sekali pergi hiking. Padahal nilah yang kene buat selalu, sebab tak lama lagi ade trip hiking. HUHUHU. ~Tapi sebenarnya nak bagi tahu.. dalam seminggu ade sekali dua je buat aktiviti. Sibuk aktiviti lain. Kadang-kadang sebab hujan. Or kadang-kadang cari alasan sebab malas. Huhuh. Bila la nk kurus.

Maaf takde gambar exercise. Bleh tengok gambar pemandangan jelah ye..

ataupun gambar manusia yang tengah take 5 di dalam gelap..

Weekend Getaway

Tahun ni paling banyak ada weekend getaway. Sebab tahun ni kene kurangkan vacation yg over, maka weekend gateaway pun jadilah. Tapi terjadi macam tiap-tiap minggu pulak. Jadi jimat kah? HAHAHA. Antara yang dah sampai Alor Setar, balik kampung makcik, balik kampung mak (walaupun cuma balik kampung, tapi aku kan sejenis yang jarang balik kampung), Penang ataupun sekadar jalan-jalan cari makan di sekitar KL je, tapi explore tempat baru.

ni kat Alor Setar, Kedah.

Ni masa naik MRT tgh free. Subhanallah, cantik gila sunset!!

Ni kat kampung makcik. Aktiviti memetik buah limau. Semua jenis limau ade. Okay ade 2 jenis je sbnrnya. Exaggerate plak! HAHAHA..

Belajar

Oleh sebab still rasa tak cukup sibuk lagi, HAHAHA maka sibuk la plak attend kelas di sana sini. Mengaji la, seminar la, online kelas la. Kebanyakkannya berunsurkan yang tak payah bayar. HAHAHA. Nampak tak aku kedekut. Tapi kalau kelas tu berbaloi, I don’t mind to invest more. Berbaloi tu maksudnya bila belajar masuk otak. No, it has nothing to do dengan pengajar. Ni lebih kepada otak si penerima. Mungkin faktor usia kot. HAHAHA.

orang dah lama tinggal belajar.. habis satu meja nak penuh kertas..

Okay, sampai sini dulu. Kalau tak post sekarang, ada kemungkinan simpan dalam draft, macam yang dah bersepah dalam tu. Last-last, rasa tak relevant pastu pergi delete.

Sekian dari penulis yang kengkonon sibuk,

~Ha~

Advertisements