Tags

, ,

Assalamualaikum..

Makin lama makin bosan pulak aku tengok blog ni. HAHAHA. Haruslah. Kalau kau update pun 8 tahun sekali. Walaupun 8 tahun itu adalah sekadar metafora, tapi memang pun rasa macam dah bertahun-tahun tak update blog.

Sebenarnya, meng-update sesuatu yang terlalu terkini bakal mengundang perasaan yang ‘sesuatu’ sangat. Sebab macam ada konflik dalam diri. Aku memang memiliki personaliti yang complicated pun. Sebab merasa sangat insecure kalau memberi maklumat yang terlalu sahih pada masa yang sebenar. Merasa seperti privasi telah dicerobohi kalau menceritakan terlalu terperinci. Merasa takut kalau disalah anggap dengan sesuatu yang bukan aku, kerana orang yang membaca gagal memahami konteks penceritaan.

HAHAHA. Aku memang complicated. Padahal macam lah aku menulis sesuatu yang sangat serius pun. Why so serious?😀

Tapi aku memang manusia yang terlalu takut meng-update sesuatu yang terkini. Takut nak reveal terlalu banyak tentang diri sendiri. Bukan kat sini saja, FB dan IG pun sama.

Anyway, aku cuba nak berubah juga. Sedikit pun takpe. Setakat mana yang termampu. Sebab bila tengok kawan-kawan update, macam seronok. Aku seronok sebenarnya nak cerita tentang diri sendiri. Cuma feeling insecure je..

Lagi 11 hari, aku nak pergi mengembara seorang diri, ke negara yang aku dah pegi 2 kali dah sebelum ni. Kali terakhir 4 tahun lepas. Sepatutnya aku tak patut nervous, sebab selain dah pernah pergi, ini destinasi yang popular bagi rakyat Malaysia. Aku menjangkakan mesti ramai orang Malaysia kat sana. HAHAHA. Malah, bagi pengembara tegar, ini adalah destinasi yang sangat membosankan.

Tapi aku nak cakap, aku tetap nervous. Meh aku list kan point-point aku nervous:

  1. Walaupun lagi 11 hari, tapi itinerary aku tak siap satu habuk pun lagi. Ini bermakna, aku tak book apa-apa pun lagi. Berita baik dia: aku tinggal rumah kawan aku! Jadi aku tak mungkin merempat di kaki jalan. Berita buruk dia, ini bermakna aku tak plan belanja aku kat sana. Mati! Dah la currency tengah jatuh sekarang ni.
  2. Aku tak dapat figure out tempat mana aku nak pegi. Baru roughly list pun, dah ada 28 tempat aku nak pegi. Itu baru kat main city. Lepas tu bila aku tengok kawan aku pegi tempat rural sikit, okay aku dah goyah nak pegi tempat yang rural jugak.
  3. Aku paling nervous tak tahu nak bercakap dengan siapa bila excited. Personaliti aku ni agak chatty, jadi aku memang perlukan seseorang disebelah aku kalau aku excited tengok sesuatu. Memikirkan benda ni je buat aku stress. Aku nak cakap dengan siapa wei?! Dan aku bukan seorang yang sangat optimis. Ramai kawan aku suruh make new friend. Tapi aku tak yakin orang yang baru kenal suka dengan orang yang banyak bercakap. Dan aku pun selalunya menunjukkan sisi yang sopan je kalau baru kenal orang.
  4. Ini paling susah aku nak explain. Ntah orang boleh paham ke tak. Macam ni, dalam setiap trip-trip yang aku join sebelum ni (sama ada outdoor trip atau travel biasa), walaupun kebanyakkan itinerary telah pun dibuat, dan cuma ada sesekali ja aku join buat itinerary, tapi itinerary tu aku akan detail-kan untuk personal use aku. Details ni termasuklah, dari tarikh dan masa perjalanan, lokasi nak pergi, apa yang nak buat, direction nak pergi, sehinggalah ke sekecil-kecil perkara macam suasana kat tempat tu, baju apa nak pakai, kenapa aku pakai baju tu pada waktu tu, tudung apa yang match dengan baju tu, kalau perlu iron, mudah tak aku nak iron, mana yang lebih sesuai antara seluar atau skirt, baju aku sesuai tak dengan cuaca, barang apa yang perlu aku bawak, makanan apa yang rasanya aku teringin nak makan masa tu, back up keperluan kalau things go wrong.. HAHAHA baik aku hentikan penulisan ni. Cukuplah aku katakan aku mempunyai pemikiran yang sangat complicated. Aku tahu ni tak healthy, tapi aku perlu buat persediaan ni, sekadar termampu. At least for inner peace. Kau tak tahu macam mana perasaan aku kalau aku buat silly mistake, atau aku repeat mistake yang pernah aku buat dulu. Jadi.. sekarang ni aku tak prepare apa-apa pun lagi. Makanya, aku punya degupan jantung ni dah berdegup laju 2x ganda dari biasa. Kadang-kadang terlalu laju sampai aku rasa aku tak boleh buat apa-apa, aku terpaksa stop study trip yang aku tengah buat, dan buat benda lain, seperti tengok movie, tengok tv, tulis blog ni.. or apa-apa jelah. Kadang-kadang termenung pun will do, sampai aku rasa tenang balik.
  5. Aku rasa point ni berkaitan dengan point no.4. Aku ada wild mind. Aku tend to think macam-macam. Jadi kadang-kadang aku sampai terpaksa buat 2-3 benda dalam satu masa. Kalau aku buat 1 benda je, aku macam rasa kene nervous break down. Contohnya macam sekarang, dalam aku tengah nak buat study pasal trip ni, dalam masa yang sama aku tengok tv, tulis blog.. kadang-kadang tu boleh melarat sampai basuh baju, mengemas, cari barang. Ikut lah apa yang tiba-tiba datang dan merunsingkan aku masa tu.

tamayura_more_aggressive-02-fu-nervous-scared-alone-growing-character_development-photo_clubCukuplah tu aku rasa. Aku memang ada masalah enxiety dari dulu lagi sebenarnya. Cuma aku tak pernah pergi jumpa doktor je. Aku cari penyelesaian sendiri je. Stop minum caffein, buat preparation. Lagipun aku rasa enxiety aku ni tak teruk. Selalunya kita kene enxiety ni pada benda-benda yang unfamiliar. Or when we not confident to do it.

Berbalik pada kisah trip aku ni. Macam rahsia sangat je location aku nak pergi tu. Sebenarnya aku nak pergi Korea je pun. Blergghhh. Aku memang drama queen kan. HAHAHA. Padahal bersepah orang Malaysia kat sana. So far aku macam plan nak pegi Seoul je, since aku takut aku ade problem cakap dengan orang kat rural area. Aku pun takde duit sangat. Korea ni kalau rural, orang dia tak pandai cakap bahasa inggeris sangat. Tapi bila kenang orang sesak kat Seoul tu, rasa nak muntah pulak. Tapi kalau aku travel sorang-sorang, tak tahu lah masa tu aku rasa crowded ke lonely. Huhuhu.

lonely-wallpapers-15Since aku takut banyak benda, maka aku dah set kan a few objective masa kat sana. Ingat macam nak buat game tu. Mind game. Tapi main dengan diri sendiri jelah. Tengok brapa banyak aku boleh achieve. So that I’ll be busy with myself and tak sempat nak rasa lonely. Sebenarnya, aku risau aku ada self pity kat diri sendiri jugak. Ntah la, aku takut je tetiba aku melankolik plak kat sana. Aku ni kadang-kadang hati jenis ceria berbunga-bunga, kadang-kadang tetiba je down tak tentu hala. Bukankah aku dah kata aku ni complicated? Huhuhu.

Tapi, to be honest, ini adalah one of the best momment in my life. Last a few month sebelum aku beli tiket trip ni, aku stay down and calm. Aku tak join outdoor, aku tak lari, aku tak join apa-apa aktiviti kecuali pegi mengopi dengan kawan-kawan. Aku happy.. tenang, tapi dalam masa yang sama aku rasa boring. Aku rasa life aku too plain.

Mungkin kawan-kawan outdoor aku sebenarnya yang ajar untuk aku menghargai enxiety yang aku ada. Walaupun enxiety ni meletihkan dan membuatkan aku restless, tapi at same time, dia bagi spark kat dalam life aku.

the_lone_traveller_by_chancakeHoi.. di manakah direction penceritaan aku ni?! HAHAHA. Aku nak cerita projek terkini aku ke.. aku nak cerita perasaan terkini aku ni?!😀 Maafkan lah aku kawan-kawan. Ini jelah yang termampu aku coretkan pagi-pagi buta ni. Kadang-kadang tulis benda-benda macam ni boleh membuatkan aku lebih memahami diri aku sendiri. Korang tak paham aku pun takpe. Cukuplah kalau korang noted, ada sejenis manusia macam ni dalam dunia ni. Heheheh.

Sampai sini dulu. Aku cuma nak cakap dengan korang, aku ingat lagi sebenarnya aku ada hutang cerita Mesir yang separuh jalan tu, cerita Xi’an China, cerita Hanoi, Cambodia dan ntah la brapa banyak lagi tempat yang aku nak peram tak cerita-cerita kat orang. Kenapa aku beria sangat nak cerita kat sini? Sebab ini je tempat yang aku reveal trip-trip aku. FB memang haramlah aku nak bukak cerita. IG pun aku cuma tunjuk gambar, caption kadang-kadang tak menunjukkan pun keadaan aku time tu. Aku ni sebenarnya extrovert ke introvert?

Regards,

~Ha~