Tags

Assalamualaikum..

Not sure either korang perasan atau tak, I closed my blog for a while. Until just now. And I’m pretty sure memang takde orang dapat access this blog since I never give permission to any email before.

Kenapa?

HAAHAH. Okay kita gelak dulu. It began bila kawan aku buka cerita pasal blog ni kat dalam group whatsapp. So I was frighten like a chicken, eh tak tak. Since when chicken tu penakut?! Ia lebih kepada malu-malu kucen je. I mean, segan kot tetiba kawan-kawan baca blog ni. Aku mane biasa attention-attention semua. Masa diorang tanya-tanya tu, aku senyap terus tak response, pastu dengan sepantas kilat aku terus tukar setting blog ni. HAHAHA.

Sebenarnya, memang ada je kawan-kawan aku yang pernah atau mungkin masih baca blog ni. Kebanyakkannya adalah kawan-kawan rapat aku. Kalau bukan kawan rapat sangat-sangat, aku selalunya buat-buat tak tahu, dan berharap next time dia tak datang dah blog ni sebab merasakan blog ni sangat hambar. HAHAHAH. Apakah??

Jadi, kenapa kau publish kat public blog ko?

Kenapa aku publish, sebab aku suka je nak cerita pasal diri aku. Dan kenapa public, sebab aku cuma berharap orang yang sangat rapat dengan aku, atau orang yang tak kenal langsung aku je yang baca blog aku ni. Sebab blog ni hanyalah blog personal, possibility untuk orang judge aku tu memang besar. Cerita dalam ni mestilah berbaur emosi, dengan biased tak payah cerita la. Sebab itu cerita aku kan. Aku bukan tulis untuk surat kabar atau majalah, nak kena jaga sentimen segala. Hanya kawan-kawan aku paham diri aku dan apa yang nak ceritakan. Kepada yang tak kenal pulak, ade ke orang yang tak kenal interested nak tau pasal aku? Selalunya orang accidentally terdatang ke blog ni je. Untuk beberapa entry yang berguna untuk diorang. Then aku rasa setelah beberapa ketika, diorang pun dah tak datang dah. Aku rasa la.. Then katakan la ada la orang yang jenis senang terhibur suka baca blog aku ni, dan biarlah dia mencari secebis hiburan di blog yang tak seberapa ni. HEHEHE.

Lagipun, kalau boleh, aku tak suka apa yang aku tulis tu, dipengaruhi dengan perasaan nak bagi orang lain senang dengan tulisan aku. Membodek la senang cerita. So kalau aku puji tu memang sebab aku nak puji la. Kalau aku keji tu, okay aku cuba untuk tidak mengeji orang dalam blog ni. Tapi kalau aku terkeji tu, harap insaf dan amik pengajaran.

So macam tu lah. Jadi, bukannya aku penakut, sampai kene private blog segala. Cuma aku ni pemalu orangnya. Ahaks. Tapi setelah beberapa ketika, aku rasa diorang pun dah terlupa kot pasal cerita blog ni, aku open la balik. Siapa nak baca blog ni kalau aku buat private. KAH KAH KAH. Siapa tah tadi yang cakap tak suka attention tu?😛

Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan. Dah hari ke 22 dah. Harap semua dapat membuat pecutan di 10 malam terakhir. To be honest, aku lemau. Tapi aku cuba bangkit balik, dan tak mensia-siakan sisa-sisa malam yang tinggal. Mane tau ada rezeki aku di situ.

Selamat beribadah..

Regards,

~Ha~