Assalamualaikum..

credit Google

credit google

Ramadhan tiba ramadhan tiba ramadhan tiba..

Terdengar-dengar aku lagu opic ramadhan tiba. Aku pun berasa nak membuat kemunculan agung di blog ni. HAHAHA. Dia kalau kau muncul selalu sangat, nanti orang tak heran. Kalau sekali sekala barulah orang ternanti-nanti. HAHAHA.#imiginasidiluarkawalan #silajangankecamsaya

Okaylah. Pada yang dah biasa baca blog ni tentu boring kalau aku mulakan ayat aku dengan

“dah lama tak jengok blog ni..”

“kesian blog ni bersawang..”

Oh itu ayat tu terlalu maintream. Tak rare. Lebih baik tak payah cakap apa-apa, dan teruskan jelah dengan persoalan yang bermain dibenak aku ni.

Tapi ayat seterusnya yang biasa aku tulis plak..

“Tapi tak tahu nak cerita apa..”

HAHAHA. Itu pun ayat poyo. Padahalnya, aku ada berpuluh cerita nak cerita. Tapi aku tak tahu nak mula yang mana satu. Dan cerita-cerita yang ada tak cukup besar impact sampai aku nak cerita kat sini. HAHAH. Itu yang sebenarnya. Jadi aku pun menhadapi kesukaran nak mencari dan menyusun ayat.

Baiklah.

Puasa kali ni, adalah kali pertama aku berpuasa di tempat baru. Sejak lebih 10 tahun lebih aku duduk di perantauan ni, lepas aku habis belajar, aku hanya tinggal di area Hulu Kelang je. Pindah la berapa kali pun, area yang dipilih kat situ-situ je. Pertama kali aku turun dan duduk di area selatan skit, Kajang.

Perasaan? Area rumah aku ni lebih tenang skit. Kurang hectic, kurang jammed dan tak banyak kereta. Itu yang paling aku suka. Tapi kalau tenang sangat pun, kengkadang seram jugak. Walau macamanapun, aku tak sempat la nak rasa seram sangat. Sebab aku ni suka memilih kehidupan yang sibuk dan hectic, barulah ada adrenaline rush kata hatiku. *Ayat nak up diri je ni. Padahal bukan aku pilih pun, memang dah itu laluan hidup yang terpaksa aku hadap.

So semalam terawih kat surau depan rumah je. Bila dah tua-tua ni, kau ade tendency untuk cepat penat dan nak tidur awal. Nak tunggu isyak tu pun aku macam struggle mengantuk je. Tapi aku syak ni perangai nafsu yang sebati dalam diri aku gak ni. So terawih semalam aku tak bermula dengan cemerlang sangat la.

Selama ni aku buat terawih kat rumah. Konon nak 20 rakaat. Memang baik niat tu. Tapi aku perasan aku pun menjadi manusia yang tak bergaul dengan masyarakat. Harapnya bukanlah sebab aku perasan bagus. Sebab antara sebab aku tak solat terawih berjemaah sebab aku rasa terganggu kalau ada bunyi bising atau suara budak-budak. HUHU. Jadilah aku kera sumbang kat rumah konon-konon beribadat dengan tenang.

Tahun ni, aku ingat aku nak cuba terawih kat luar. Mungkin aku boleh mengenali masyarakat setempat, yang rata-ratanya pekerja asing atau student. HAHAHA. Aku tak tahu la mana perginya penduduk-penduduk area tu. Mungkin diorang pegi solat kat masjid kot. Semalam pun aku dah seram-seram dah, ingat surau depan tu untuk pekerja asing. HAHAHA. Walau apapun diorang adalah manusia biasa, sama macam kita jugak. Aku kene polish lagi rasa humanity aku ni. Yang penting apa yang ada dalam hati kita dan perangai apa yang kita lahirkan. Dan pengakhirannya, kita dinilai Tuhan berdasarkan apa yang kita kerjakan di dunia ni.

Ada satu lagi sebab kenapa aku nak solat kat luar. Supaya aku boleh terawih sekali dengan housemate merangkap tuan rumah aku. HAHAHA. Aku tak nak ulang perangai aku dulu. Aku sorang je pulun buat benda baik, dan aku tak ajak pun orang sekeliling aku buat kebaikkan. Tapi housemate yang juga kawan aku ni baik je. Dia takdelah malas nak pegi terawih ke apa. Cuma berdua tu lebih kuat dari sorang-sorang, kan?

Berbuka plak. Aku masih clueless lagi modus operandi kat sini. Selain aku tak tahu mane Param *wow dah lama tak sebut Param! Rasa kagum dengan diri sendiri* dan sebagainya, aku jugak takleh bajet how hectic jamm kat sini. Berapa lama aku akan terperangkap dalam jamm? Sempat ke kalau aku nak balik masak? Ke aku nak berjimat terus berbuka kat masjid? Atau.. okay takleh fikir lagi. Yang pasti, untuk malam ni aku buka kat rumah sebab kawan aku tu nak ajar aku masak char kuew teow. HAHAHA. Harap korang dapat recall yang aku memang tak reti memasak. Jadi semua benda ko kene ajar aku. Lepas tu aku akan immitate balik apa yang ko ajar. Bagi aku, memasak adalah sejenis pelajaran secara praktikal. Ini pendapat aku tau. Lain orang lain la pendapat dia. Aku bukan macam orang lain yang ada skill dan instinct yang main campak-campak je, tadaa terus jadi makanan tersedap di dunia. Or rasa-rasa je, pastu dah bleh masak balik makanan tu. Tak tak. Aku kene belajar, lepas tu baru aku tahu.

Baiklah. Cukup dah tu. Banyak dah aku update.

Ramadhan Kareem kawan-kawan!

credit google

credit google

Nota: Tadi ada cerita kelakar. Ada orang komen blog aku panggil aku bro. HAHAHA. Aku tak pasti la sebab aku cakap macam lelaki sangat ke? Atau nama aku yang mengelirukan ke? Tapi aku ade letak gambar perempuan bertudung kot kat header tu? HEHE. Takpe. Aku tenang je. Setakat ingat aku lelaki tu apa la sangat, nak compare kawan-kawan aku yang buat-buat gelak bila panggil aku. Cam hampeh! HAHAHA.

Regards,

~Ha~