Tags

,

Assalamualaikum..

Aku tanya apa khabar.. aku tanya apa khabar.. aku tanya apa khabar semua?

Okay takyah nak tanya khabar sangat lah Ha, kau baru je lepas post beberapa hari lepas kan. Kalau tak, bayang pun tak nampak. Ahaks. Since aku dah pilih dan asing-asingkan gambar Egypt weekend lepas, so di masa terluang ni bleh la aku terus je buat entri Egypt based on gambar yang dh dipilih tu. Sebenarnya takdelah terluang sangat. Tapi aku baru discover sesuatu tentang diri aku. Bak orang kata, everyday you learn something new. Berbalik cerita tadi, aku baru realize yang aku jenis buat 2-3 keje dalam satu masa. Bukan selalu tapi ada masanya, aku tak boleh concentrate buat 1 keje. Macam aku tengah buat sistem requirement, nanti tiba-tiba, aku buka buka radio dengar orang bercakap-cakap. Aku bukan dengar lagu je tau, kadang-kadang aku pilih radio yang ada rancangan temubual tu, sambil siapkan keje yang ada. Kadang-kadang tu, aku toggle buat keje and tengok drama. Kadang-kadang tu, tengah-tengah tengok drama, aku buka fb or blog. Pastu sambung balik keje, takpun pegi masuk meeting.

Oh.. aku tak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Tapi aku macam tak boleh setel dengan satu keje. Macam tengah buat keje tu, aku rasa senyi benau. Kene occupied kan seluruh panca indera aku. HAHAHAH. Jadi sebenarnya sekarang ni aku takde la senggang sangat. Aku sebenarnya tengah fikir any possible scenario untuk system requirement ni. Macam kene berfikir diluar kotak la kononnya. Tapi lepas tu aku pegi taip entri blog plak. Blergghh. Adakah aku manusia yang tak boleh fokus?

Baiklah. Aku rasa macam panjang pulak introduction cerita Egypt ni. HAHHAHA. Dah la takde kena mengena pun. Dan 3 perenggan yang korang baca tak sampai 2 minit ni, aku dah siap buat macam-macam benda dah. HAHAHA. Dari pegi ke tandas, buka dokumen, discuss dengan bos, baca fb dan tak tahu lah apa yang aku  buat lagi. Kalau ada due date ni, memang tak efisyen btul blogging aku ni. Tapi takpe, blog bukan yang terutama. Yang terutama adalah kerja kat office ni.

5th December 2014 (Friday)

  1. Kami memulakan pagi yang syahdu dengan suasana yang tenang. Perasaan pun masih terkawal walaupun rasanya kitorang terpaksa menunggu van sewa lagi. Biasalah keadaan menunggu kat sini. HAHAHA. Cepat betul kitorang adapt dengan gaya hidup kat sini.
  2. Sambil-sambil tu kitorang tengok-tengok lah suasana kat sana. Kebetulan, ada orang dari tingkat atas nak beli barang keperluan kat kedai bawah. Jadi kejadian macam dalam filem ‘Ayat-ayat Cinta’ tu pun dapatlah kitorang saksikan. Penghuni rumah atas tu turunkan bakul dan mungkin bersama pesanan barang. Tapi masa ni kedai tu tak buka lagi. Ninah cakap, memang macam ni la cara diorang beli barang kat sini. Aku nampak kelogikannya. Penat dowh naik turun tangga. Dah la boleh tahan tinggi gak. Tapi banyak persoalan aku dengan urusan jual beli macam ni. Tak berlaku penipuan ke? Kalau barang yang dia bagi tak sama macam yang diminta? Diorang x kisah jenama ke? Taknak tengok barang dulu ke? HAHAHA. Nampak tak aku cerewet bila beli barang. Sebab tu aku jarang mengamalkan konsep shopping online ni. HAHAAH.2014-12-05 10.47.19
  3. Tempat pertama, Universiti Al-Azhar. Tapi aku tak paham kenapa pegi melawat pintu gerbang je. HAHAHA. Mungkin sebab kesuntukan masa kot. Dan aku pun tak tahu boleh ke tak melawat sampai kat dalam tu. Tiba-tiba aku teringat masa aku kecik-kecik dulu, dalam darjah 2-3 macam tu lagi aku dah pun dengar pasal universiti ni. Kagum gila dengan siapa yang belajar kat sini. Mesti pandai gila and alim-alim orang belajar kat sini, kata hati kecikku di waktu itu. HAHA. Oleh sebab aku sedar aku tak pandai sangat dan level confident pun aku rendah, jadi aku cakap, aku mungkin tak layak kat sini. Jadi decided aku nak pegi belajar kat Jordan. Siap plan nak ambil medic. Tinggi tak boleh blah cita-cita aku kan?! HAHAHA. Tapi aku syak aku terpengaruh dengan cerita cikgu/ustazah aku jugak. Sebab tu aku nak pegi Jordan. Well, satu pun cita-cita aku tak jadi.😛 Tapi tu tak penting. Cerita penting kat sini adalah, inilah universiti pertama yang aku kenal masa aku kecik-kecik dulu. Okay, jauh tersasar cerita Al-Azhar dengan cita-cita pulak. Kalaulah aku ada kawan kat dalam uni ni, mungkin aku mintak je bawak masuk and tour kat dalam. Antara universiti tertua di dunia kot. Mesti banyak cerita menarik.2014-12-05 11.18.38-2 2014-12-05 11.21.36 2014-12-05 11.22.09
  4. Seterusnya, kitorang ke tempat membuat dan menjual kristal. Membuat ke? HUHUHUU. Aku agak la. Perasaan aku half-half masa ni. Aku suka jugak la kristal. Cantik. Tapi pada aku kristal tak relevan dengan gaya hidup aku. And poket aku. Jadi aku terpaksa memandang sepi kedai tu dan aku wondering around saja. Tapi bila aku tak minat, bukan bererti orang lain pun tak minat.🙂2014-12-05 13.48.01 2014-12-05 13.20.33 2014-12-05 13.21.20 2014-12-05 13.46.37 2014-12-05 13.22.24
  5. Lepas tu pegi melawat Kubu Salahuddin Al-Ayubi. Kubu ni sangat besar. Nak tau pasal kubu ni, korang pegilah google. Aku cuma boleh letak gambar je sebab ingat lain dah semakin memudar. HEHEHE.2014-12-05 14.43.25
    Masjid Ali Pasha.

    Masjid Ali Pasha. Dari laluan nak masuk dah boleh nampak masjid ni. Kitorang ambil banyak gila gambar kat sini. HAHAHA. Mungkin kagum dengan design masjid ni. Kadang-kadang aku buat terfikir macam blue mosque kat Turkey jugak.

    2014-12-05 15.56.19-1

    Interior dlm Masjid Ali Pasha

    Interior dlm Masjid Ali Pasha

    2014-12-05 15.08.25 2014-12-05 15.44.03

    2014-12-05 15.17.37

    Pemandangan dari atas kubu

    2014-12-05 15.02.08

    Aku konpius bila tengok gambar ni. Aku sebenarnya nak ambil gambar kota tu. Tapi macam rasa minah arab 2 orang tu pun tengah amik gambar aku. Ke aku yang perasan?

    CIMG1524

    Asyik melompat je. Banyak betul energy diorang ni!

    CIMG1562

    okay nak balik dah..

  6. Lepas tu kitorang pegi makan.
    2014-12-05 17.14.11

    Roti yang korang nampak atas meja tu tak silap aku free. Kot? hahaha. tapi memang setiap kali makan memang dapat la roti tu. Tapi kitorang order nasi burung merpati..

    2014-12-05 17.14.07

    Nasi disumbat dalam burung tu.. rasa dia sedap. Tapi aku macam rasa lepas tu ada orang sakit perut. Tapi tak sure siapa..

  7. Akhir skali shopping. Perkara yang buek den paling poning kepalo. Memulo tu den layankan ajolah diorang nihaa. Eh motif tetiba ko cakap nogori?! Ko bukan orang nogori pun. Tapi aku ada gak la membeli skit. Aku beli minyak wangi, sebab diorang kata kat sini jual pati minyak wangi. Nasib baik minyak wangi aku pakai ada. Dahlah aku jenis tak tahan bau lain. Eceh.. nak kata ko cerewet la tu kan Ha. Tapi minyak wangi jenama yang aku pakai cuma ada yang untuk lelaki je. Bleh la, bau pun sedap apa. Sekali ada orang tiru beli jugak. HAHAHA. Iolls sokay je. Memang puas hati jugak. Lama aku pakai minyak wangi tu. Oh ade satu lagi benda aku beli. Aku beli stokin kaki yang warna kulit tu. Series aku memang mengalami masalah mencari stokin kt Malaysia. Jarang la, kain jenis licin la. Kau tau tak betapa letihnya aku nak tarik stokin tu ke atas balik sebab jenis kain yang suka melurut ke bawah tu. Ah bosan. Bila jumpa yang berkenan, terus aku beli sampai 2 kotak. HAHAHAH. Ade 20 helai kot lebih kurang. Sampai sekarang pun ada lagi yang aku tak pakai. Puas hati den!!😀2014-12-05 18.03.00 2014-12-05 18.02.46

 Sekian dulu cerita dari Egypt. Nanti sambung lagi.

Regards,

~Ha~