Tags

,

Seperti yang dijanjikan, setelah menempuh pelbagai dugaan dan halangan nak update entri ni.. apa? Tak percaya aku menempuh kesusahan menyiapkan entri ni?? Jangan kata nak siapkan, nak buka worpress pun sudah susah payah tahu! Entah kenapa, unifi di rumah ni tak nak bekerjasama bila aku nak guna dia dari laptop. Geram betul. Tak tahulah sebab pakai mozilla ke, atau cookies banyak sangat ke, or she was being picky ke (nota: she=unifi), tapi setelah usaha keras, akhirnya dapatlah korang baca entri ni.

Sudahlah. Panjang betul cerita pasal kesusahan nak tulis entri. Hari ni, setelah rasa macam bertahun tak update, mari panaskan badan dan hati dengan gambar-gambar di Mesir. HAHAHA. Ye Ha, kau tak perlu ulang ayat klise itu. Memang dah basi. Gambar-gambar dari cerita sini.

Pagi pertama di Cairo. Menunggu van sewa sampai, tapi yg muncul tremko sewa.

Pagi pertama di Cairo. Menunggu van sewa sampai, tapi yg muncul tremko sewa.

Bangunan dan suasana pagi di sana.

2014-12-04 09.42.24 2014-12-04 09.46.13 2014-12-04 09.52.03

Spot truck tentera. Bukankah sudah ku katakan yang akan ku ambil juga gambar mereka walaupun secara menyorok-menyorok

Spot trak tentera. Bukankah sudah ku katakan yang akan ku ambil juga gambar mereka walaupun secara menyorok-menyorok

Makam Anwar Sadat. Tapi macam rasa ini bukan makan, tapi lebih kepada tugu peringatan kot. HAHA. Pandai2 pulak aku nak ubah fakta. Tapi takkan la Anwar Sadat tanam kat situ kan?

Makam Anwar Sadat. Tapi macam rasa ini bukan makam, tapi lebih kepada tugu peringatan kot. HAHA. Pandai2 pulak aku nak ubah fakta. Tapi takkan la Anwar Sadat tanam kat situ kan?

Seterusnya, gambar-gambar di sekitar kawasan Piramid.

CIMG1034 DSC_07162014-12-04 11.35.40 2014-12-04 11.50.53 2014-12-04 11.58.11 2014-12-04 12.08.43 CIMG1125 DSC_0743Okay sebenarnya banyak lagi gambar, tapi.. ulang suara sekali lagi, skill mengambil gambar aku memang sangat hampeh. Ni pun ambil dari kamera orang lain jugak. Dan banyak jugak gambar tak jadi.

Lepas melawat piramid, kitorang singgah solat di Masjid Amru bin Ash.

Nota:

Masjid Amru bin Ash di Kairo, Ibukota Mesir disebut sebut sebagai masjid tertua di Mesir dan di seluruh benua Afrika. Dibangun oleh Amru bin Ash pada tahun 641 Masehi bertepatan dengan tahun ke 21 Hijirah tak lama setelah penaklukan Mesir. Gubernur Amru bin Ash membuka Mesir dan membangun kota Fusthat sebagai ibu kota Islam pertama di Mesir pada 1 Muharram 20 H./8 November 641 M.

2014-12-04 14.11.22 2014-12-04 14.11.50 DSC_0817 DSC_0870CIMG1201

Nampak tak budak kecik kat dalam gambar tu. Actually diorang tu dok mengemis minta duit kat kitorang. Tapi kami terpaksa bertindak kejam tak bagi diorg duit bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Yang kat belakang tu salah seorang dia mak budak tu.

Nampak tak budak kecik dihujung barisan yang macam ambil gambar dengan kitorang tu. Actually budak tu dok mengemis minta duit kat kitorang. Tapi kami terpaksa bertindak kejam tak bagi diorg duit bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Yang kat belakang tu salah seorang dia mak budak tu.

Lepas solat, kami pergi ke Makam Imam Syafie. Sebenarnya makam ni bersambung masjid, tapi kebetulan masa tu ada orang meninggal dan suasana agak ‘meriah’, jadi kitorang terus ke pintu belakang, terus ke kawasan makam.

2014-12-04 14.32.01 2014-12-04 14.34.17 2014-12-04 14.37.43 2014-12-04 14.41.18Kemudian, kitorang layan sunset di atas bukit apa tah. Sepatutnya boleh nampak pemandangan.. tapi suasana berjerebu pulak. Apa pun tak nampak. Lalu aktiviti lain pulak yang terhasil.

2014-12-04 16.51.392014-12-04 16.52.43CIMG1289CIMG1332 CIMG1326 CIMG1339Last sekali, kitorang naik cruise di Sungai Nil. Ada macam-macam pakej, and kitorang ambil yang ada dinner skali. Tapi ia datang bersama pakej persembahan menari. Oh itu mimpi ngeri. Masa penari lelaki tu okay lagi. Tapi masa penari perempuan separuh bogel tu, aku dah rasa nak pitam. Last-last naik atas dek layan view lagi baik. Okay tiada gambar penari, baik lelaki mahupun perempuan. Sebab masa tu kitorang tengah makan. Tapi kalau camera ready pun, harus aku delete jugak gambar perempuan iteww.. HEHEHE.

DSC_0920 DSC_0981Sekadar itu dulu. Sekian.

Regards,

~Ha~