Assalamualaikum.

Sepatutnya cerita trip Egypt tu disambung lagi, tapi tak apalah. We give it a rest dulu. Sebab ia suatu effort yang tinggi. Kene korek balik khazanah (gambar) dan sejarah silam. Aku tak ada masa kalau nak buat macam tu sekarang. Lagipun, dah lama tak update tentang diri sendiri.

Kelmarin aku demam. Eh. Sakit tapi tak demam. Sakit tekak, sakit hidung (selsema) dan sakit kepala. Mungkin rasa macam nak demam. Tapi tak demam pun. Lagipun tabiat aku rasa menyebabkan suhu aku tak dapat naik. Aku minum air banyak. Aku minum air kelapa. Dan aku duduk dalam aircond. Jadi suhu tak naiklah. Tapi sakit yang lain aku tak tahu macamana nak cari ubat secara natural. Lalu setelah 3 hari, aku kalah. Berjumpalah aku dengan doktor. Sebab aku pun perlu surat sakit.

Dalam banyak perkara yang aku fikir, aku fikir sakit ni adalah sebab aku sedang berdosa. Sebab aku selalu lalai. ‘Baik’ aku ni pun selalu je on off on off. Walaupun aku sedar, tapi aku still rasa aku masih tak berubah. Macam susah sangat nak berubah. Aku kekal pegun dalam habit yang biasa.

Macam puitis plak kali ni. Tapi aku memang macam tu. Harap dapat memahami. Aku kadang-kadang rasa aku ni macam sesumpah. Aku berubah mengikut disekeliling aku. Aku senang dipengaruhi perasaan. Bahaya orang macam aku ni. Orang cakap tak tetap pendirian. Tapi itu kata orang lah. Aku tak rasa aku bahaya. Macam lalang? Pun aku tak rasa aku macam tu. Aku rasa, aku berfikir dan bertindak mengikut keadaan ketika itu. Mungkin bukan yang terbaik dari pilihan yang ada. Tapi yang terbaik aku rasa pada masa itu.

Baiklah. Ini tanda aku masih tak sihat. Cuti sakit cuma sehari. Jadi semalam dan hari ni aku datang kerja. Walaupun aku tak selincah biasa, tapi otak aku masih mampu bekerja. Cuma suara serak dan sengau skit, dan aku jadi lebih bersopan santun di jalan raya. HAHA. Sebab aku pun tak ada tenaga nak bergerak pantas. Oh kadang-kadang aku blank. Semalam, lepas kali ke-3 aku pegi tandas, tiba-tiba aku lupa kata laluan nak masuk pintu pejabat. Lama aku berfikir, akhirnya aku give up dan masuk guna pintu yang tak ada kata laluan. Walaupun terpaksa pusing jauh skit.

Sekian dulu cerita aku. Saja update. At least korang tahu aku masih hidup walaupun sakit.

ihsan: Google

ihsan: Google

Regards,

~Ha~