Tags

,

Ini adalah sejenis entri Major Throwback. Cerita 2 tahun lepas. (-_-“) Oleh sebab ada sedikit kelapangan kat office, cepat-cepat korek semua gambar trip-trip lepas dan buat entri. Tiada expectation tertentu. Tiada editing gambar. Tak tahu lah jadi pendek ke panjang entri ni, ingat ke tidak itinerary dan cerita-cerita lepas, atau entri ini berupa entri bergambar saja. Tak sempat nk plan-plan dan draft dulu, terus je tulis dan rasa nak stop, terus post. Begitu Inpromptu!😉

Sambungan cerita dari sini dan sini.

3rd December 2014 (Wed)

Walaupun memang tak ingat dah kejadian ini secara details, tapi masih ingat kitorang bergerak pagi dari Dubai ke Egypt (Mesir). Ada 2 flight time, sebab aku dan adik kawan aku beli timing yang berbeza skit sebab tiket murah yang sama dengan orang lain dah habis. Jadi carilah tiket murah yang lain, delay masa sikit pun kira okaylah.

Dan tak disangka-sangka pulak, adik kawan aku (eh panjang sangat pulak nak sebut, nama dia Ninah) tak lepas check in. Check-check, rupa-rupanya Ninah ade beli tiket pegi Cairo tapi tak pegi. Kalau dah cancel, kene inform kat diorang yang kita tak jadi naik. Kalau tak kene block check in untuk next flight. Kalau nak lepas, kene bayar denda. Hadeh! Nasib baiklah aku dah activate credit card untuk kegunaan kat luar negara. Walaupun takde plan pun nak guna sebenarnya.

So korang, kalau rasa rajin travel tu, buat la satu kad kredit. Bukan suruh ko pakai untuk pegi shopping. Just for emergency. And some hotel kat luar negara pun, masa register tu dia nak jugak pakai kad kredit.

Anyway, back to the story, so lepas bayar, setel lah masalah tu. Kitorang pun naik la flight tu. Kalau tiket murah ni, selalunya memang ade transit la. So kitorang transit kat Abu Dhabi lebih kurang 3-4 jam. Kat Abu Dhabi jumpa the rest balik, and the next flight dapat sekali. Sampai Egypt malam.

Masa ni, Egypt dah nak masuk winter, so a bit windy. Memang sejuk la kalau duduk dekat luar. Aku ringkaskan kejadian-kejadian yang berlaku kat sana.

  1. I didn’t know much about Egypt. Masa tu, negara Mesir tengah bergolak dengan Presiden Morsi baru je dilucutkan jawatan. In fact, Egypt had political issues even before Morsi became a president. Anyway, aku yang sangat cetek pengetahuan pasal negara-negara tebing barat ni macam tak boleh nak bajet sangat keadaan kat sana. So benda pertama aku buat bila sampai pun dah kene dengan orang kat sana. Korang tau benda ape tu? Amik gambar kat airport dia. HAHAHA. Tapi masa tu aku tak gelak la. Masa tu aku memang bengang. Okay meh aku cerita sikit ape yang menarik pasal airport dia. Okay susah jugak nak cerita ni sebab aku dah tak ingat info-info masa travel tu. Tapi lebih kurangnya, aku rasa Cairo Airport ni ade banyak terminal, kitorang landing kat one of terminal yang ala kadar keadaannya. If I’m not mistaken, nama dia pun bus station ape tah. HAHAH. Jadi tengok nama pun dah boleh agak la macamana keadaannya. Aku pun jadi heran plus excited la amik gambar, gune phone. Keadaan dia, aku rasa stesen bas TBS tu lagi canggih la. Memang macam bas stesen lama-lama tu. Tak macam International Airport langsung. Tapi mane tau kat situ tak boleh ambil gambar pulak. So ade sorang mamat pakai macam tentera pun panggil aku, then beberapa orang lagi datang kat situ jugak, suruh aku tunjuk phone aku, and suruh delete semua gambar. Dah la masa diorang panggil aku tu, aku sorang-sorang. Pastu tak reti cakap bahasa inggeris pulak tu. Punya ramai, sorang pun tak reti speaking. By the way, kawan-kawan aku and sanak saudara dia semua kat luar, tengah tunggu van pick up. Ohho.. tapi bengang campur cuak jugak masa tu, aku terasa diorang buat aku macam terorist sangat, macam aku ni pengintip pun ada. Walaupun aku rasa ape yang dia buat tu sikit je, kalau nak compare dengan the real situation. Masa tu aku komen diorang ni belagak betul, negara tak maju mana pun. Siap cakap kalau macam ni, memang takde mana pelancong nak masuk negara ko. HAHAHA. Jahat gak mulut aku, kan? Tapi lepas tau keadaan sebenar pun, I mean the political issue part pun, aku still tak suka Egypt. First impression last longer beb!
  2. Cerita pasal van tu pun satu hal gak. Ramai orang bagitau aku, antara perkara biasa kat sini adalah tak menepati masa. Huhuh. Bengang betul menunggu lama kat airport tu. Dah la baru lepas kene panggil and delete gambar kat dalam. Nak cepat-cepat keluar dari airport tu pun tak boleh. Sejuk pulak tu kat luar tu. Lagilah menambahkan stress. Ni baru hari pertama masalahnya, belum apa-apa dah stress.
  3. Before landing, ramai dah pesan, kalau nampak orang Egypt tengah tunggu dengan troli masa nak ambil luggage tu, ko jangan amik troli yang dia bagi kat ko. Nanti dia nak upah angkat barang and tolak troli tu. Haih.. ramai plak tu buat keje tu. So first languange aku asyik guna kat sana adalah “La” = “Tidak”. Asyik ber”La” je aku dari sampai Cairo sampai la keluar dari Dubai. HAHAHA. Oh baru aku ingat, sebab tulah masa aku kat Dubai main Dunes Bashing, ape orang tu offer semua aku n Rohana cakap La or No. Sampai diorang pun complain apsal kitorang asyik ckp No je.
  4. Lepas naik van, diorang bawak pegi makan nasi arab. Lain betul suasana Dubai dengan Cairo. Kalau Dubai aku sampai tak heran sebab dah macam sama dengan KL, kat Cairo pulak, aku sampai nak cakap kenapa kerajaan dia tak buat apa-apa kat negara dia. Okay bare in mind, aku ade zero knowledge pasal Egypt. So keadaan sosio-politik dan sosio-ekonomi kat sana memang aku tak paham. Sebelum pegi tu aku siap ingat kene pakai jubah and niqab tutup muka segala nak masuk Egypt. HAHAHA. Sungguh teruk knowledge aku, pastu bukan nak pegi study pun. Padan la muka, learn from experience terus. So ingat kawan-kawan, korang nak pegi mana-mana, study skit tempat nak pegi tu, supaya ko lebih memahami dan menghormati budaya diorang, and takde la terus kene tembak then and there.
  5. Homestay yang kitorang duduk tu okaylah, milik orang Malaysia kalau tak silap. Ke ada orang Malaysia uruskan? Aku tak ambil pusing sangat sebab aku rasa takde kepentingan pun. Mentang-mentanglah semua pun orang uruskan. Ahaks. Tapi menurut diorang, itu antara homestay aku terbaik la. Ye ke? Okay, aku rasa Guest House untuk backpackers kat Korea tu lagi okay kot.😉

Okay tu jelah dulu. Rupanya, banyak lagi ingatan aku pasal Egypt ni. Tapi yang tak boleh blah, baru beberapa hari aku kat sana, aku sampai tercakap “Aku taknak datang dah Egypt lepas ni”. Aku tahu ada bunyi angkuh dalam ayat tu. Bukan aku ni belagak sangat. Mungkin sebab aku begitu culture shock dengan perangai orang sana. Benarlah seperti yang selalu aku dengar dari ustaz-ustaz “Aku melihat Muslim tetapi aku tidak melihat Islam” bila pergi ke negara-negara Arab. Aku memang kagum bila ramai ulamak-ulamak besar boleh datang dari tempat ni, kalau memikirkan balik perangai orang-orang yang aku jumpa dan keadaan kat situ.

Aku lupa gambar ni diambil kat terminal yang kitorang turun, atau ni terminal yang kitorang lalu depan dia..

Aku lupa gambar ni diambil kat terminal yang kitorang turun, atau ni terminal lain..

2014-12-03 21.53.102014-12-03 22.20.222014-12-03 22.19.39tengok budak ni.. nak aim je nasi tu..

tengok budak ni.. macam nak aim je nasi tu..

Memula ingat nak stop kat sini je, tapi gambar tak banyak mane la pulak. Keje pun takde lagi. So aku continue the next day.

4th December 2014 (Thurs)

Okay, aku nak cerita guna point jelah. Best skit sebab aku pun tak ingat sangat itinerary.

  1. Masalah yang sama macam semalam, menunggu pemandu van sampai. Tak ingat dah aku berape lama menunggu, dah tahap malas nak amik tahu dah. Mungkin sebab semua dah cukup rest, jadi okay jelah mood masing-masing.
  2. Bila sampai kenderaan, kenderaan tu pulak tak menepati apa yang diminta. Mintak van yang berhawa dingin, tapi sekali dapat tremko. Tremko ni dianggap minibus kat sini, dan merupakan pengangkutan awam di sana. Eh ayat aku pun dah macam ayat dokumentari pulak. Senang cerita, tremko ni biasa digunakan oleh student sebab tambang yang lebih murah. So, sewa van, dapat tremko. Ni satu lagi perkara yang kene hati-hati kat sini. Pantang ada peluang, penipuan memang senang dan banyak sangat berlaku. Dah rasa kat Indonesia pulak. Beza Mesir dengan Indonesia satu je, perangai. Okay tu nanti kita cerita kat next point. Or next next point. HEHE. Anyway, setelah berbincang (or berdebat) dengan panjang lebar, call sana sini, oh itu Ninah la punya keje, akhirnya, kitorang naik la jugak tremko tu. Nasib baik masa ni aku blur-blur, so aku pun ala-ala apa-apa jelah. Aku dah boring menunggu. Ninah memang stress la jugak, sebab dia nak sewakan yang ada aircond, since ada babies and budak kecik. Udara kat Cairo pun takdelah bersih sangat. Bagi aku pulak, tremko dengan van memang tak jauh beza.
  3. Pengalaman naik tremko memang dasyat. Sungguh laju dan mencilok-cilok. Dahlah jalan pun tak begitu baik dan sesak. In fact, jalan biasa pun macam takde line sangat. Okay sekali lagi aku teringatkan Indonesia, sedikit persamaan disitu. So walaupun trip ni plan trip, tapi kitorang merasa la jugak naik pengangkutan awam tremko tu.
  4. Perjalanan pagi ni lebih baik dan menarik. Masa dalam perjalanan, aku nampak trak askar dengan askar tengah berkawal. Mengingatkan pengalaman semalam, aku tetap amik gambar jugak tapi sorok-sorok skit. HAHAHA. Ingat aku nak insaf? Cairo secara umumnya takdelah teruk sangat. Mungkin sebab aku tak biasa kot tengok bangunan sama je style-nya dan 1 warna je. Dah keadaan sana berdebu, memang itulah caranya kot.
  5. First visit adalah.. HAHAHA aku dah lupa nama dia. Jap google. Okay kitorang pergi Makam Anwar Sadat. So kat sini first timelah aku dengar sejarah Mesir. Tu pun sebab ada student yang jadi pemandu pelancong cerita. Tapi kan, aku sebenarnya tak dengar sangat, sebab ustaz ni cerita kat orang sebelah dia je, and suara dia bukan la kuat sangat. Sedih betul aku, aku selalu dengar hujung-hujung cerita je. Nasib baik la ustaz, so aku malas la nak pegi kat dia suruh cerita balik. Takpelah ustaz balik nanti saya google lah. By the way, berdasarkan cerita di hujung-hujung telinga tu, boleh tahan hektik jugaklah sejarah Mesir ni. Mula-mula Raja-raja memerintah, lepas tu oleh sebab raja tak amanah, kuasa dirampas oleh 4 pemimpin tertinggi masa tu. Salah seorang jadi presiden, lepas tu kene bunuh, salah seorang dari 3 tu pulak jadi presiden. Begitulah sampai yang last, lepas bunuh, yang lain jadi presiden pulak. Anwar Sadat ni nombor 3 dari 4 pemimpin tu. Nasib la Malaysia tak macam tu, nak rampas kuasa main tembak-tembak je. Tempat Anwar ni ditembak kat stadium berhadapan je dengan makam dia tu, waktu tu ada perhimpunan. Aish.. seram bila dengar.
  6. Lepas tu pergi Piramid. Memang ini tempat yang aku aim nak pergi. Tapi memandangkan kitorang melawat time konvokesyen, dah penuh orang melayu je kat situ. Ramai plak tu. Dengan panasnya, jadi kami datang sekadar bergambar. Ada checklist yang tak berjaya dibuat. Sekali lagi aku sedih. Ditambah pulak dengan ustaz aka pemandu pelancong yang macam pemalu tu, jadi aku tak dengar pun ibrah tempat ni. Takpelah, lain kali aku datang lagi. Eh. Aku kata taknak datang dah. HAHAHA. Bukan, aku datang bila aku ada rezeki pergi Mekah buat umrah nanti mungkin. Atau tengoklah, aku pun tak pasti apa yang aku nak. Aku cuma nak tengok and explore piramid ni je. Boleh tak aku lompat kat piramid ni je, lepas tu aku terus lompat balik malaysia. HAHAHA.

Okay aku dah penat. Lain kali lah sambung. Gambar pun tak cari lagi untuk hari yang ke-2 di Cairo.

Until next entry ya?

Regards,

~Ha~