Assalamualaikum..

Apa kabar? Saje je letak ayat penyedap.. padahal 2 hari lepas punya entri tak tanya kabar pun. HEHEHE. Dua hari lepas tengah berapi semangat nak bercerita. Tak sempat tanya kabar dah.

Oleh sebab tiada motivasi nak bekerja, sebab kerja yang diberi sekarang ni ada dua je, satu kene membaca, atau satu lagi kene design screen which lepas tu kene discuss dengan boss, tapi masalahnya boss pun takde outstation. Jadi fikiran aku pun dah melayang-layang kemana-mana tah. Tu belum lagi 10 kali sekejap aku buka tutup facebook. Buka, pastu bila rasa berdosa tutup, lepas tu bila boring tak boleh blah buka balik.

Keadaan ni sama je macam tahun lepas masa aku dalam bulan pertama kat company tu. Punya la boring, aku sampai sempat habiskan e-book ape tah, tapi lepas tu aku delete e-book tu sebab aku rasa content dia telah mencemar fikiran aku. HAHAHA. Tapi aku baca sampai habis dulu jugak la. Apakah tindakan aku ni selalu tak all out. Baiklah. Aku bukan nak cerita pasal e-book tu.

Yang aku nak cerita, lepas tu aku pun push-push diri baca-baca la all document. Mula-mula memang rasa mengantuk dan boring gila. Rasa tak sanggup nak meneruskan kehidupan memaksa diri membaca tu. Tapi ntah macam mana, sampai satu masa tu, tetiba aku jadi seronok membaca dan pastu aku buat notes apa yang aku baca. Memang seronok sampai notes aku pun penuh dengan pen berwarna-warni. 

So sekarang aku tengah fikir, macamana aku boleh seronok sangat masa tu, padahal sekarang kalau aku membaca je, aku rasa nak terus berbaring je kat lantai ni sebab mengantuk dan bosan ya amat. Dan paling penting, macam mana aku nak mengulangi zaman kegemilangan tu? Ya Tuhan, tolonglah bagi kenikmatan membaca tu. I need that read orgasm now so aku boleh baca n faham system ni. HAHAHAH.

Sambil tu, aku jugak nak kene fikirkan balik list entry yang patut aku buat. Teruk betul aku ni. Dah la jarang update, update pun merapu je.

  1. Trip Dubai-Mesir – habiskan
  2. Trip Hanoi
  3. Trip Kawah Ijen
  4. Trip Xian
  5. Trip Fansipan

Silap-silap ni nanti, aku upload gambar je neh. Ntah aku ingat ke tak details trip.

Sekian dari aku yang tetiba sakit perut plak.

Regards,

~Ha~