Assalamualaikum.

It’s almost a month. Tapi still blur-blur and no work force lagi kat sini. Dah 2 minggu asyik kene membaca, tapi rasa susah btul nak dpt momentum. Bertabahlah Ha!

Sunyi sepi opis ni. Menambah rasa mengantuk. Memang struggle jugak la nk menampuh time-time kritikal.

Semalam pindah rumah baru. Tinggallah sepupuku seorang diri kat rumah lama. Tak lama lagi mesti dia pun ikut jejak langkah. It’s too expensive to live alone in that house. Semoga Allah mempermudahkan urusan dia.

Ada satu cerita. Macammana nak mula eh. Ia berkenaan dengan salah seorang orang sama dalam entri ni. Apakah ia akan menjadi acara tahunan?? Tapi kali ni aku yakin aku tak salah 100% macam tahun lepas. Tahun lepas, memang aku yang terlepas cakap, terlalu terbawa-bawa dengan emosi, walaupun bila aku fikir balik, bukankah seorang sahabat sepatutnya lebih memahami dan tak mudah berkecil hati terhadap sahabatnya. Tapi okay, mungkin kitorang bukan sahabat yang sejati.

Tapi kali ni, aku totally rasa diinaya bila cerita dah spin. Last 2 weeks, aku ada trip ke Vietnam. Naik gunung. Masa trip ni, aku dan kawan-kawan lihat sesuatu kejadian yang diluar jangkaan. Seseorang yang kitorang kenali, buat sesuatu yang diluar normal biasa kitorang lihat. Mula-mula kitorang just culture shock begitu je. Malangnya, adegan semakin berlarutan, dan sampailah 2 hari terakhir tu, ada antara kitorang dah mula lihat adegan yang tak boleh diterima akal. Kitorang macam tak boleh nak percaya, sampai terpaksa discuss sesama kitorang, betul ke apa yang kitorang nampak. Ada tak kemungkinan kitorang tersilap pandang sebenarnya. Akhirnya, kitorang cuba tanya pada orang yang lebih tua dan kitorang andaikan lebih mengenali kawan kitorang tu. Nyata, beliau pun tak ada jawapan untuk persoalan kitorang walaupun dia pun nampak perkara tu.

Dengan takdir Allah, malam terakhir kami di Vietnam adalah kemuncak cerita. Bak kata orang, climax scene. Dan kitorang pun terlibat secara langsung. Kitorang cuba mintak organizer dan orang yang lebih berpengalaman cuba selesaikan masalah ni. Kitorang ni muda, sangat tak elok nak menegur orang yang lebih tua. Lagipun, sebanyak mana kitorang rasa bertanggungjawab untuk menegur, ada orang lain lebih layak untuk menegur. Kalau betul itu satu dosa, semua dalam trip tu menanggungnya. Itu pendapat kitorang. Dan kami pun masuk bilik hotel dan berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.

Rupa-rupanya, esoknya kami dapat tau tiada penyelesaian. Pulanglah kitorang bersama perasaan tidak percaya apa yang berlaku dan kecewa.

Bila pulang, bermula pulak cerita lain. Mungkin susulan dari post gambar kawan kitorang yang buat dia terasa, akhirnya keluar status yang panjang. Mula-mula tak rasa macam tak tuju kat kitorang. Sebab banyak benda yang tak betul. Kitorang tak tegur pun dia sampai memalukan. In fact, kitorang tak sempat pun nak tegur dia lagi. Memang betul kitorang buat andaian, tapi for the fact that person you respect did something sinful (lepas tu dia claim dia tau batas halal haram), aku tak tahu orang lain, tapi aku sendiri rasa cuak nak tegur. Macam ko nampak cikgu ko buat benda tak elok, ko nak tegur cakap, eh cikgu buat ni salah. Or the nicest way, kenapa cikgu buat macam tu? Cuba cikgu cerita kan kitorang. Hahah siapa aku nak mintak orang lain cerita hal dia kat aku kan. Melainkan aku senyap-senyap jelah menelan disbelieve tu.

Tapi akhirnya, kitorang taulah yang status tu ditujukan kat kitorang, itupun aku rasa memang dia purposely cerita kt orang kot, sebab mungkin dia rasa kitorang lembab sangat tak paham-paham. Aku pun balik dari trip tu memang buat selamba je tegur dia. Yelah, dosa dia dosa dialah, tapi hubungan sesama manusia takkan aku nak putuskan pulak. Walaupun lepas tu dia claim dia tak buat dosa dan itu hanyalah salah paham kitorang (lepas kawan aku pm dia personally).

Tapi dalam banyak-banyak, aku rasa tak percaya bila dia tuduh kitorang tikam dari belakang. Wow, bila masa?! Ni status dia:

Jangan mudah membuat andaian sendiri tanpa tahu kisah sebenar. Tegur jgn sampai memalukan..nasihat jgn sampai ada hati yg tersakiti. Tak guna mencanang cerita hidup orang lain satu dunia kalau hidup diri sendiri pun tak tahu hala tuju hujung pangkalnya..nanti kelak cerita yg sama mungkin akan terulang berbalik kepada diri sendiri. Ada sebab sesuatu perkara itu berlaku. Jgn hanya memandang tanpa berfikir..jangan hanya menghukum tanpa bicara..jangan hanya tahu menuduh membuat kesimpulan sendiri dgn andaian yg pelbagai seolah kamu insan paling kamil. Memalukan sahabat sendiri adalah seburuk2 sahabat. Apa ertinya menjadi sahabat bila kamu pun turut sama mengumpat keji sumpah seranah meludah benci bersama2 mereka yg selama ini tak pernah kita kenali. Kencing dlm tempurung dulu tengok muka sendiri sebelum berlagak pandai alim segala. Guna waktu yg ada untuk melengkapkan diri sendiri yg masih belum punya apa2 belum punya siapa2 walau usia sudah semakin merangkak senja dari menghabiskan masa menyindir mengumpat keji menghitung dosa orang lain yang akan hanya menambahkan dosa kamu sendiri.

Wei gila spinning cerita. Dah la cerita dia kat sana pun semua tak tahu, tetiba sekarang ni semua orang tuduh kitorang ni jahat sebab cakap buruk pasal dia kat belakang. Dah menjadi kekecohan dalam group. Tengok, kat dalam blog ni pun aku tak cerita details apa yang dia buat. Sebab dah dia kata dia tak buat dosa, so buat apa aku nak cerita lagi kan. Walaupun sebenarnya dia tak bagi bukti pun, just verbal cakap je. Tu belum lagi kes dia tipu pasal flight delayed, tapi tu takpelah, itu urusan dia dengan orang yang dia tipu. Takde kene mengena dengan aku.

At first place, kitorang tak cakap pun hal dia dengan orang yang tak dikenali. Kitorang cuma cakap sesama kitorang, dengan organizer and kawan dia je, sebab kitorang rasa that’s the right thing. Organizer pun memang tahu sebab kes tu dah melibatkan hal trip. Kedua, takde pun sekali kitorang maki ke sumpah seranah ke. Siap tuduh kitorang canang satu dunia. Ni nak tanya sapelah yang tak pegi trip tu tau cerita dia. Yang pegi trip tu pun kitorang tak cerita apa-apa. Tapi semua orang nampak kot. Dan kenapa asyik salahkan kitorang tak tanya, tapi dia sendiri pun tak buat explaination, dan membuat sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah. Bukan takde orang approach tegur dia, tapi dia tak explain pun. Kalau dia explain kan dah tutup kes, kalau dia tipu tu kes dia dengan Allah lah.

Part dia mengata kitorang tu, okay tu biarlah aku taknak komen. Mungkin betullah kot kitorang ni takda apa-apa dan takda siapa-siapa mengikut preference dia. Tapi preference dia tak penting. Preference Allah lagi penting. Hidup ini sekadar pinjaman. Bila-bila Allah boleh bagi dan boleh ambil balik. Ingat tu!

So aku conclude, ni semua based on assumption. Dia assume kitorang mengumpat dia. Dia assume kitorang pukul canang cerita dia satu dunia. Tapi yang bestnya, dia dah cerita kat semua orang yang we did something to him. Tapi cerita dia? Takde siapa pun tahu.

IMG_20140122_074800

Semoga Allah memberi kekuataan kepada kitorang dan mengampunkan dosa-dosa kitorang. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua. Mungkin betullah kitorang ada buat silap. Mengumpat tu memang berdosa. Tapi kitorang masa tu niat nak cari penyelesaian, yang kalau boleh jangan kitorang yang terlibat secara langsung. Alih-alih gini plak ceritanya.

Mungkin kalau kitorang diam-diam je dan buat tak tahu je, tentu semua orang suka kitorang kan. Tapi apa yang kitorang buat ni berdasarkan apa yang kitorang percaya.

Walaumacamanapun, tetap sedih jugaklah benda-benda macam ni jadi.

481363_383318548392655_705639850_n

P/S: Sebenarnya aku tertanya-tanya gak, apa maksud “Kencing dlm tempurung dulu tengok muka sendiri sebelum berlagak pandai alim segala.” Kenapa kene bagi perumpamaan kencing dalam tempurung? Uhuhuh..

Regards,

~Ha~