Assalamualaikum.

Hari ke-2 di tempat baru. Masih terlalu awal nak predict the future.

Sama macam tahun lepas, di hari ke-2, aku pun akan update new entri. HAHAHA. Nasib date je tak sama. Perasaan pun tak sama. Masa nak masuk company tu, aku cemas-cemas, campur aku macam still sayang dengan previous company. Kali ni, aku sangat sure aku nak keluar dari sana. Yang tak sure company yang baru ni je. Tapi nasib aku ada kawan kat sini. Jadi aku takde la rasa takut sangat.

Hari pertama, sibuk godek laptop. Siapa tah yang pakai sebelum ni, punya la banyak phishing. Sampai nak buka email pun tak boleh. Baru nak login je dah redirect to link lain. Terpaksa la bermain install uninstall program.

Hari kedua, sibuk dengan hal-hal peribadi. HAHAHA. Datang punya awal, tapi nak cari parking je tawaf 3 kali. Selalunya orang tawaf sebab takde parking. Aku, sebab terlampau banyak parking. Taktau nak pilih mana best spot. Yang sebenarnya nak lari dari kene saman dengan majlis perbandaran. HAHAHA. Bila dah parking and naik office, rupa-rupanya tempat aku pilih tu tak cukup best lagi. Gigih turun ubah parking. Haih jangan buat main dengan majlis perbandaran. Baik pergi je parking tempat free, dari kene saman di hari ke-2. Boleh mengganggu emosi nanti.

Tak cukup tu, orang insurance pun nak jumpa hari ni la. Dah la datang lambat. Pukul 9 masuk keje, pukul 9 la baru nak datang. Bukannya aku tak pesan. Pastu siap nak ajak bersembang-sembang. (T_T). Tolong incik, ni baru hari kedua aku kerja kat sini. Harus kene cop aku nanti ni. Pung pang pung pang, makan 2 jam jugak la discussion tu. (T_T). Takpelah. Janji kali ni jadi. Jangan burn lagi duit aku sudah.

Lepas tu setel balik hal-hal laptop. Alhamdulillah nampak cerah sedikit masa depan. Tapi memang terpaksa ban mozilla. Memang aku dah tak tahu cara mana lagi aku nak remove phishing tu. Nasib baik chrome dah okay.

Petang, sibuk hal membayar hutang. Aku kan gaji lambat. Huru-hara sungguh bulan ni. Dah la gaji lambat, time ni la PTPTN nak call. Siap suruh bayar habis. Siap main ugutan nak black list. Aku dah la nak pegi Vietnam ni minggu depan. (T_T). Nak tak nak terpaksa la buat pinjaman secara ad-hoc. Alhamdulillah, setel dah hutang piutang untuk bulan ni. Ada la skit-skit lagi. Takpe, aku janji aku cuba habiskan secepat mungkin. Semampu yang boleh la.

Lalu aku rasa, tiadalah produktifnya hari ni. Produktif dalam hal-hal peribadi, tapi hal kerja memang 40% je kot. Takpelah. Aku ganti dengan balik lambat skit. Kebetulan ada meeting pulak pukul 6.30 ptg ni. Aku kengkadang tak paham konsep meeting lewat-lewat ni. Produktif ke keje nya? Tapi takpelah. Aku layankan je. Mungkin ada timbang tara yang aku taktau lagi.

Sekian laporan dari office baru. Aneh tak tulisan aku ni. Get to used it lah ye. HAHAHAH. Macam aku yang try to get to use dengan work station. Dah 4-5 tahun dah aku bekerja secara nomad. Merempat ikut mana tempat kosong, tak kira la kat tempat client atau kat opis sendiri. Tiba-tiba ada meja, kerusi dan kubikel sendiri. Hmm.. 

Regards,

~Ha~