Lepas first entri tadi, aku pun start baca blog-blog yang aku follow. Then aku pun mula berfikir pasal diri sendiri. Tiba-tiba, terus rasa nak sambung tulis entri lagi.

Tak tahulah salah siapa, tapi kadang-kadang aku rasa life aku ni macam suram dan muram je. Tak tak. Aku masih ceria. Gila kau tak ceria, kalau aku ada je idea nak bercakap dan selalu ketawa. HAHA. Cuma bila aku renung-renung balik, hidup aku ni macam dah hilang spice. Cakap pun skema (dalam blog la). Tak open up. Buat kerja pun macam robot. Hidup pun macam takda objektif. Semua pun main ikut kawan-kawan. Nasib baik aku ada kawan-kawan yang adventures dan kaki travel. Tapi sampai bila kau nak harap kawan-kawan, kan?

Jadi, aku rasa aku kene buat perubahan. Pertama, aku rasa aku malas dah nak cakap skema sangat. Korang tau sebab apa aku guna ganti diri saya? Sebab aku fefeeling ada ex-officemate aku merangkap bonda angkat aku baca blog ni. So tetiba terasa nak bersopan santun dijalan raya. Tapi.. aku rasa sekarang ni takda sapa kot baca blog aku. Blog pun update 8 tahun sekali, buang karan je kot nak baca. HAHAHHA. Kawan-kawan aku pun banyak dah yang tak baca dah blog aku. Mungkin diorang rasa, membaca blog aku adalah suatu perbuatan yang sia-sia. HAHAHA. Tak tak. Aku tak kecik hati pun. Yelah, sape suruh aku pemalas sangat.

Kedua, aku rasa aku terlalu nak secure sangat dalam banyak benda. Jadi kadang-kadang aku simpan cerita-cerita aku. Takut sangat nak cerita secara detail. Ni semua salah FB. Oleh sebab aku pernah kene stalk kt fb, diorang dok tilik semua aktiviti aku, aku jadi cemas pulak nak update apa-apa. Last-last semua pun tak berupdate. Dari fb, ig, sampai la melarat ke blog.

Kadang-kadang tu, aku bukan lah pasif sangat. Hampir tiap-tiap minggu aku panjat gunung dan sangat busy buat macam-macam aktiviti. Tapi kalau korang tengok blog aku, rasanya orang mesti cakap hidup aku ni miserable gila, kerja tiap-tiap hari termasuk weekend, kerja macam orang gila, kalah bangla. Dan silap-silap, korang bayangkan aku tengah meraung-raung frust dengan management and company tempat aku kerja. HAHAHAH. Memang tak la. Aku memang la kerja macam orang gila juga kadang-kadang tu. Tapi langit tak selalunya mendung. Dan korang ingat aku ni baik sangat ke? Ade time dia, kalau aku rasa nak termuntah dah tengok kerja dan perangai orang kat dalam projek tu, aku balik je on time. Kenapa aku nak siksa diri aku pada sesuatu yang worth it. No offense, project tu memang worth. Tapi diri aku lagi berharga. Kalau aku gila, siapa nak amik aku kerja dah kan. So aku akan channel kan rasa stress aku pada sesuatu yang lain. Korang percaya tak, aku sanggup volunteer jaga anak kembar kawan aku bila balik kerja. Kadang-kadang sampai tidur-tidur umah dia. HAHAHA. Mampus kalau family aku tau cerita ni secara details. Aku cerita juga, tapi secara sipi-sipi dan siap dengan alasan. Yelah, mestilah nanti ada orang tuduh aku lebihkan kawan-kawan dari family sendiri. Padahal diorang tak tau, itu adalah cara aku nak channelkan rasa bosan aku terhadap kerja.

So basically, ada banyak benda berlaku dalam hidup aku. Tapi yang aku cerita, taklah banyak mana. Dan aku bercadang nak cerita ni bukan mengharapkan pujian atau rating tinggi, tapi nak mengingatkan aku yang banyak perkara dalam hidup aku perlu disyukuri.

Ketiga, korang tau tak aku selalu gelar diri aku ‘social hiker’ atau ‘social travel’. Konsep dia sama macam social smoker tu.😉 Maksudnya, aku ni bukan lah hardcore hiker or traveler. Kalau ada orang yang dah tersalah anggap, sila betulkan tanggapan korang. Dan kepada sesiapa yang suka merendah-rendahkan orang lain tu, aku admit, betullah tu tanggapan korang. Bukan bermaksud aku peduli pun tanggapan korang. Cuma memang pun aku tak pernah plan trip hiking atau travel aku. Semuanya main ikut-ikutan. Tapi tu tak bermakna aku tak suka buat benda-benda tu. Cuma aku ni macam takde keinginan dan impian. Semua pun main terjah orang lain punya wishlist je. HAHAHA. So mungkin aku kena start buat wishlist aku. Bukan saja dalam wishlist gunung atau tempat travel, tapi mungkin juga beberapa benda lain. Supaya aku driven nak menempuh hari-hari mendatang.

Dan yang terakhir sekali, aku rasa aku perlu ada objektif hidup. Aku rasa ini yang paling penting sekali. Objektif ni macam azam la. Dan objektif aku ni kene banyak dan pelbagai. Kene mencakupi semua aspek. Supaya aku lebih berdisiplin dan tak tersasar. Takde la hidup macam tak berarah.

Aku ni kengkadang sembang memang kencang. HAHAHA. Sebab tu aku gerun jugak nak tulis dalam entri. Tapi aku tak nafikan juga, ada masanya, bila aku dah bulatkan nekad, aku boleh je istiqamah buat perkara tu. Contohnya, bila aku berazam nak kurus, nak jaga kesihatan dan nak hilangkan sakit perut yang selalu menghantui hidup aku dari zaman aku belajar. You know what, I did it!! Terutama, part sakit perut tu. Walaupun part kurus tu macam tak berapa nak betul, tapi adalah sikit perubahan dari zaman dahulu kala. Ada lah orang tegur aku nampak kurus, walaupun aku tengok penimbang sama je angka dia. Mungkin diorang nampak aku kurus kat jari kelingking kot. ;P

Okaylah. Sampai sini dulu.

Regards,
~Ha~