Assalamualaikum..

Sejak dah lama tak update blog, tiba-tiba rasa kekok bila nak mula balik. Kadang-kadang rasa macam lose interest pun ada. Rasa malas pun besar juga.

Tapi saya tahu, deep down inside my heart I love reading and writing blog. Sebagaimana saya suka bercakap dan bercerita. HAHHA. Hanya orang yang suka membebel dan merapu saja yang pandai nak tulis blog tentang yang bukan-bukan.😛 Eh eh. Saya tak cakap pasal orang lain. Membebel dan merapu tu saya rujuk kepada diri sendiri je.

Anyway, memang betul-betul hilang skill nampaknya. Jadi pengajarannya, kalau minat itu tidak dipupuk, memang lama-lama akan tenggelam timbul, dan akhirnya tenggelam tak timbul-timbul. Ini pun saya paksa-paksa juga diri menulis. Lantaklah kalau baca bacaan ini secara huru hara. Yang pentingnya, usaha perlu dijana, supaya selepas itu mungkin minat datang, dan bolehlah siapkan beberapa entri yang dah lama terbengkalai.

Mari bercerita tentang saya yang kini.

Bermula dari semalam, saya telah pun menjadi penganggur terhormat. Tapi kalau secara hitam putih, 28hb ni maka hari terakhir saya bekerja. Saya dah mula merasa sakit menjadi seorang penganggur sebab duit gaji pun tak ada. Gaji yang terakhir akan diberi dengan cek, tapi entah bila lah tarikhnya. Harap-harap 28 atau 29hb tu saya sudah mula boleh memegang duit gaji.

Idea asal mahu bergembira dan mengembara sepanjang menganggur ni pun dah tergendala. Kau nak mengembara macam mana, duit nak beli tiket bas pun tak cukup. HAHAHA. Kang ada pula yang mengemis kat tepi jalan.

Makanya, duduklah diam-diam di rumah sampai lah duit gaji masuk. Lepas tu pengembaraan pun hanya yang boleh dipilih yang dekat-dekat saja. Justifikasinya, bulan ni ada banyak hari tak bekerja dan cuti tanpa gaji. Jadi gaji bulan depan mesti cukup-cukup makan saja. Huhuhu.

Takpelah. Sedikit pengorbanan. Dah kau gedik sangat kan nak tukar kerja kan. Padahal bos lama kau dan siap nak bagi tambahan 5 hari cuti masuk dalam kontrak. Bukan itu saja, kalau kau mampu bersabar sehingga hujung tahun, janjinya nak tukarkan dari kontrak ke permanent. Dan mungkin juga akan ditambah cuti tahunan. Belum lagi janji mahu mengeluarkan saya dari group support dan focus membuat CR, yang menurut saya kerja SA yang sepatutnya. Bukankah itu sesuatu yang mengujakan? Kenapa menolak tuah?

Tapi itulah, kalau hati dah tak percaya. Seperti terasa janji hanya akan tinggal janji. Dan kalau pun janji itu janji yang benar, apalah guna kalau akhirnya masih rasa terbeban dan lemas. Keadaan masih di takuk yang sama.

Okay. Sangat lah bosan penulisan ini. HEHE. Kan dah cakap saya sudah kekok. Esok saja saya sambung lagi. Harap-harap sesuatu yang menarik terhasil.

Until then..

Regards,

~Ha~