Assalamualaikum.

Astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullahalazim!

Kesibukan melanda di tempat kerja. Sampai bila dah ada masa pun, dah takda mood nak buat apa dah. Nak berehat dan surfing yg simple-simple saja macam FB dan instagram saja. Bukan kata nak buat entry blog, nak baca blog pun dah takda mood.

Hebat betul dugaan kerja di tempat sekarang. Walaupun sekarang ni dah okay sikit sebab dah get to use it, tapi still saya memang rasa kehidupan menjadi tidak terurus.

workaholic

credit: Google

Cukuplah kalau saya katakan, too many things on my plate. Sudahlah kene jadi support (tak rela sebab nak pegi new project), tapi tetap juga kena entertain CR, lepas tu kena juga tengok report, dan latest bila tak cukup QA, pun kena juga buat kerja testing. Yang letih tu, semuanya kena dapatkan sign off user. Kan tak terkejar tu. So bila ada yang delay, kena lah marah dan menjawab.

cartoon-lady-worker-being-scolded-for-dropping-papers-by-ron-leishman-153

credit: Google

La haula wa la quwwata illa billah.

Mungkin kelemahan saya tak pandai nak handle situation ni. Mungkin juga kafarah atas dosa-dosa dan kelemahan diri saya. Tapi saya pun perlu mencari jalan keluar untuk kesulitan ini. Demi diri saya, demi emosi, fizikal dan spritual saya, demi kehidupan saya dan demi agama saya.

Eh. Bunyi macam dasyat sangat. Macam terancam agama. Huhuhu. Tak tak. Jangan lah fikir company sekarang ni dah buat yang bukan-bukan. Tak tak. Cuma, bila terlalu sibuk, ditambah pula dengan emosi berkecamuk, takut-takut saya pun makin lupa tuhan.

539853_478227162232261_1122595799_n

credit: Google

Nauzu billahi min zalik.

Baiklah. Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Lalu permintaan saya telah dikabulkan. Tamat kontrak di company ni, saya membuat keputusan tak nak lagi sambung kontrak. Cukuplah. Sudah cukup cukup sudah, cukup sampai disini saja. Eh. Jangan melalut.

Yang sebenarnya, saya dah dapat offer di tempat lain.

credit: Google

credit: Google

Alhamdulillah.

Rezeki Allah. Saya bersyukur sangat. Walaupun tak pasti nasib yang menanti di tempat baru. Tapi sekurang-kurangnya sedikit kesusahan telah dipermudahkan. Seperti.. saya dapat permanent. Dan dapat cuti lebih skit. Hahaha. Itu penting. Bagi saya. Sekarang 10 hari setahun. Nanti akan dapat 14 hari setahun. Lepas tu kalau ada public holiday on Saturday, dapat cuti ganti masuk dalam annual leave. Sekarang takda. Heheh. So bersyukurlah!

Baiklah. Sampai disini dulu. Dalam draft saya ada banyak entry yang tak habis, dan tak tahulah bila saya nak continue. Ada sesetengah tu dah rasa macam tak valid. Cerita 2 tahun lepas. HAHAH. Punyalah basi!

Until next time, daaa…

Regards,

~Ha~