Assalamualaikum..

Kadang-kadang sakit hati jugak tengok blog ni. Berabuk habis! Bayangkan.. tuan punya pun sakit hati, yang lalu lalang mesti tahap nak baling batu je. Blergghhh.

Makanya, perlulah ku paksakan diriku ini. Jangan nak mengada sangat. Takde idea la. Takde bahan la. Takde gambar la. Takde mood la. Jangan sampai takda nyawa nanti.. haa.. memang terus tak payah nak update dah.

Tapi kalau terus update trip, macam terkejut sangat pulak. Gambar bersepah kat mana tah nak cari dulu. So update my life. HAHAHA. Memang muntah darah la korang. Rasanya, 2-3 last entry ni pun asyik update life je.😛 Sanggup tak sanggup, korang hadap jelah blog saya neh!

Anyway, it’s time for my next trip. I’m going to Xi’an, China. To be honest, ini adalah trip yang paling dinanti… di saat ini. HAHAH. Mula-mula nak cakap trip yang paling dinanti abad ni, tapi over sangat pulak. Lepas tu nak cakap trip yang paling dinanti tahun ni. Tapi fikir balik, dari tahun lepas trip pergi Dubai/Egypt tu pun, saya rasa excited dia sikit lebih kurang jugak. Lepas tu trip pegi Hanoi pun excited terlebih jugak. Lepas tu trip pegi Bromo/Kawah Ijen yang super compact tu pun, hui excited kemain jugak. Okay yang namanya trip tu, Iolls memang super excited jelah. HAHAHA. Cume reason excited je yang berbeza-beza.

Kenapa saya over excited sangat?

Sebab dah lama saya tak keluar dengan kawan saya yang berempat tu. Siapa? Tu yang 4 orang gambar kat atas blog ni tuh! Eh. Salah salah. Bukan kawan saya yang berempat. Yang berempat itu termasuk saya. Jadi kawan saya cuma tiga orang saja. (-_-“)

4 friends 2

Trip kami yang paling diingati adalah trip ke Korea. Boleh baca di sini, sini dan sini. Sebenarnya, itu adalah trip pertama kami. Eh ye ke? Saya pun dah lupa. HEHEHE. Ia seperti suatu cerita dahulu kala. Tahun 2011. Tapi rasanya tu trip yang kami berempat saja. Yang lain tu sama ada tak cukup korum, atau terlebih korum, sebab trip-trip kan selalunya pergi bersama kawan-kawan yang lain.

4 friends

Kenapa saya suka sangat dengan kawan-kawan ni?

Sebab kami adalah rakan sebaya. Dan dah lama kenal. Sejak universiti. Walaupun rapat bila dah start kerja. Sebab tu jelah stock-stock kawan yang tak kahwin lagi. Kah kah kah. Dan saling menjaga, walaupun kadang-kadang tak boleh percaya. Dulu masa awal-awal baru nak cuba-cuba naik gunung, diorang ni selalu menipu saya. Tapi dengan sebab penipuan mereka lah saya sampai juga ke atas gunung. Padahal aku tersangatlah tak fit nya. Tu belum lagi bergaduh. Dasyat kalau bergaduh, macam nak meletop tempat tu. Sebab saya ni kan sangat beremosi. Tapi tu dululah. Sekarang saya penyabar orangnya. AHAKS. Tapi gaduh macam mana pun, habis kat situ je. Lepas dah habis panas, sembang macam tak ada apa-apa. Nak buat macam mana, semua pun memang pembuli. Dan jenis suka bergembira. Jadi kawan-kawan macam ni memang susah nak jumpa. Tak simpan dalam hati.

Screenshot at 2012-10-28 00-01-51

Okaylah. Enough cerita kawan-kawan.

Pasal Xi’an pulak. To be honest, saya tak study pun. HAHAHA. Maafkan aku Mar. Kerja aku menuntut masa aku sepenuhnya, kalau aku buka laptop. Ade jelah tiket or email yang perlu di-entertain. Hehehe.

Cantik kan?

Cantik kan?

Excited campur nervous

Excited campur nervous

Tapi saya akan juga men-study-kan diri. Dah excited ni. Campur nervous. Haruslah nervous, kau tahulah kalau trip bersama budak-budak ni. Gunung mana yang tak didaki. Lurah mana yang tak dituruni. Tapi bukan itu saja. Ntah sejenis permainan apa ntah, ada pulak pergi meniti di laluan yang menggayatkan hati. Hadui, budak-budak ni memang suka mencabar minda. Dan membuatkan aku gila!

Ini trail dia

Ini trail dia

Cakap lah gila ke tak?

Cakap lah gila ke tak?

Dah rasa nk terkucil kegayatan dah ni..

Dah rasa nk terkucil kegayatan dah ni..

Sudah. Cukuplah entri kali ini. Perlu solat maghrib pula ni. Tengok nak update pun sampai kene guna masa kecederaan. Perlu stay back bagai.

Insya-Allah, kalau budaya stay back ni saya amalkan, nanti adalah lagi entri lain. Harap-harap, ada lah entri trip-trip yang lepas.

Regards,

~Ha~