Tags

, ,

Assalamualaikum..

Sebelum tu nak cerita, recently, I receive an increasing numbers of reader on PTPTN entry. Mula-mula, I thought it was just because of they accidentally came to my blog sebab nak cari maklumat pasal PTPTN. Saya pun jadi kesian kat diorang, sebab my tips tu tahun 2013, so to me it was so outdated. It turns out that, the 20% discount and offer to pay using KWSP account tu masih ada lagi. Okay guys, I’m glad it helps all of us. Semoga kita semua dapat menjelaskan hutang kita, terutama hutang belajar. Ameen.

Okay back to my travel story. Oh Allah, please don’t make me forget..

1st Dec 2014

We went to Abu Dhabi. To be honest saya pun dah tak ingat secara terperinci. Ya itu memang perkara biasa. HAHAHA.

Kau peram lama-lama cerita ni, dah la pegi sorok-sorok tanpa pengetahuan rakan sebaya, pastu nak cerita pun to selected person je, memang kau lupa kan. (-_-“)

Jadi layan gambar sajalah.

Kawasan perumahan rumah kawan saya

Kawasan perumahan rumah kawan saya

Menuju ke bandai Dubai

Menuju ke bandar Dubai

City of Dubai

City of Dubai

Okay, anda perasan tak apa-apa yang pelik? Ya? Tak? Kalau tak, anda pun macam saya. HAHAH. Saya terima seadanya masa tengok scenary ni. Dalam hati cakap..

“Oraits.. Dubai macam ni. Tak beza banyak sangat pun dengan bandar KL & Singapore.”

But no, Dubai has a lot to be wonder and impress of. Cuba tengok ni..

2014-12-01 11.24.26 2014-12-01 11.24.30 2014-12-01 11.24.54Okay saya betul-betul terlupa yang Dubai ni negara padang pasir berdengung. HAHA. Okay abaikan perkataan berdengung disitu. Lepas sampai kat area ni, saya terus excited nak ambil gambar, sebab pemandangan ni kan takda kat Malaysia. Masa tu masih tak perasan lagi.

Lepas beberapa hari baru saya dapat digest, gambar first a few tadi tu pelik. Banyak pokok kan? Negara padang pasir mana ada banyak sangat pokok macam tu. Padahal kawan saya and husband dia dok berbuih dok cerita pasal ni, boleh tak saya still tak alert lagi. HAHAH. Aku memang blur. (-_-)

Sebenarnya Dubai ni terbahagi kepada 2 bandar. Bandar lama dan bandar baru. Kawan saya ni tinggal dekat bandar baru. So kawasan bandar ni adalah kawasan terancang. Sangat cantik, tersusun dan bersih. Oleh sebab mereka nak tanam pokok-pokok hijau yang besar dan rimbun tu di kawasan padang pasir, mereka pun membina teknologi saliran air (sila maafkan kalau terms tak betul, yang penting maksud sampai. Heh!) dalam tanah ke kawasan-kawasan tumbuh-tumbuhan ni supaya pokok-pokok ni akan sentiasa nampak segar dan hijau. Selain tu oleh sebab negara ni berpasir dan berdebu, maka dah sah-sah lah bengunan semua akan nampak berdebu dan kotor. Jadi setiap pagi akan ada orang yang datang membersihkan segala papan tanda, jalan dan bangunan supaya semuanya nampak cantik dan lawa.

Hebatkan teknologi saliran air bawah tanah tu? Cukup pulak air diorang tu. Belum kira basuh sana sini, siap siram kat jalan, sebab nak bagi kurang berdebu. Negara kita yang lembab sepanjang tahun ni, kenapa kadang-kadang sampai tak cukup air pulak? Okay just thinking..

So back to agenda hari tu, melawat Masjid Syeikh Zayed. Dubai ke Abu Dhabi agak jauh juga, lebih kurang 1 1/2 jam perjalanan naik kereta. Oh by the way, kalau kat Malaysia mungkin 1/2 jam je saya bawak dah sampai kot. Kedengaran berlagak tak di situ?? HAHAHAH. Tak tak. Sebenarnya, kat sini mereka strict sikit pasal had laju, jadi untuk mengelakkan di saman, husband kawan saya bawak slow je. Slow tu berapa ntah. 80km/j kot.

Nasib baik UAE ni tengah transition ke winter, so cuaca pun sedikit cozy..

Nasib baik UAE ni tengah transition ke winter, so cuaca pun sedikit cozy..

Ini je satu-satunya tempat saya sempat buat research. In fact sepatutnya kawan-kawan saya melawat semalam, hari yang terlepas flight tu. Tapi demi menghormati saya dan mengelakkan saya dari meroyan tak memasal, diorang tangguhkan ke hari ni.

To be honest, saya tak tahu kenapa skill menangkap gambar dah boleh dibakul sampahkan je.. grrr..

To be honest, saya tak tahu kenapa skill menangkap gambar dah boleh dibakul sampahkan je.. grrr..

2014-12-01 12.35.172014-12-01 12.32.10

Masjid ni sangat besar, di bina atas tanah seluas.. erk lupa dah.. jap nak pegi google balik. Eh sumpah. Masa datang tu saya ingat semua fakta. Ni setelah sebulan setengah berlalu, logik la saya lupa. Huhuh.

Okay masjid ni dibina di atas tanah seluar 30 ekar, itu tak termasuk dia punya taman-taman. Masjid ni merupakan masjid ke-8 terbesar di dunia, dan mengambil masa 12 tahun untuk dibina dan pernah memuatkan 40,000 orang ketika solat raya. The interior and design memang superb! Dari luar bangunan dah buat kitorang ternganga, sampailah ke dalam bangunan. Subhanallah!

Ruang tengah masjid. Waktu time melawat ni ditutup tapi kalau waktu solat jumaat dan raya mungkin diorang buka

Ruang tengah masjid. Waktu time melawat ni ditutup tapi kalau waktu solat jumaat dan raya mungkin diorang buka

2014-12-01 12.41.51

2014-12-01 13.55.37Tapi yang buat spoil the mood adalah guard-guard kat situ. Rasa nak mengumpat dah ni tapi tak baik lah. Guard masjid pulak tu. Huhu. Paling-paling kerja dia dapat juga pahala jaga masjid kan. Tapi saya memang berasa tension la dengan guard-guard itew. Begitu tak boleh, begini tak boleh. Begitu merunsingkan. Itu adalah emosi pertama yang saya rasa terhadap orang-orang arab, lalu sepanjang travel ni ia telah develop dengan begitu dasyat, sampai satu tahap saya cakap saya taknak dah datang sini. Huhuh. Maafkan saya Ya Allah, saya hanyalah insan lemah yang amat bencikan orang yang kasar dan biadap. (T_T)

Ruang tengah masjid, ada laluan melawat Psst.. nampak tak guard tu..

Ruang tengah masjid, ada laluan melawat
Psst.. nampak tak guard tu..

Ruang solat lelaki

Ruang solat lelaki

2014-12-01 14.00.56

Ni gambar dari camera dr camera abg kwn saya. Okay, this is serious! I need to buy another camera. Hish.. jeles.

Ni gambar dari camera dr camera abg kwn saya. Okay, this is serious! I need to buy another camera. Hish.. jeles.

Selepas selesai sesi ambil gambar, kitorang pun pergi lunch. Oleh sebab ini adalah trip keluarga, maka setiap tempat lawatan mengambil masa sampai 3-4 jam. HAHAHA. Siap boleh buka cerita kedai kopi kat depan masjid. Takpelah, ini trip santai je pun.

Kedai kopi, if u know what I mean..

Kedai kopi, if u know what I mean..

selamat tinggal.. tak tahu bila nak datang lagi

selamat tinggal.. tak tahu bila nak datang lagi

bandar lama

bandar lama

Kitorang pergi makan kat kedai arab di bandar Dubai lama. Memang banyak berbeza dengan bandar baru. Kawan-kawan saya ni datang kedai tu nak makan lobster sebab diorang dengar orang cakap kat situ sedap. Saya menurut saja. First, because I don’t fancy food lately. Anything will be ‘just okay’ to me. So why borther thinking about food and just let them decide. Second, deep deep in my heart I just wonder, kenapalah diorang nak makan lobster kat tanah arab ni. HAHAH. Tapi takpelah, I guess may be kawan saya tu dah boring makanan biasa dan teringin nak makan benda lain pulak.

Tapi saya rasa yang kitorang makan tu bukan lobster, and it just big shrimp. Kot. To be honest, saya pun tak pernah makan lobster. Tu pun dengar-dengar diorang cakap jelah tu bukan lobster. Tak kisah la ye ke tidak, tapi makanan tu memang sedap. Heheh. So kami makan dengan rakusnya, maklumlah makan tengahari pukul 4.30 ptg. Bukankah sudah saya katakan ini trip santai yang tiada itinerary ketat? Makanya kita buat aktivity bila dan yang mana sempat saja.

makan tengahari kami

makan tengahari kami

Ini memang sedap tapi.. HAHAHA.. Rohana tetap terpaksa habiskan bahagian aku jugak!

Ini memang sedap tapi.. HAHAHA.. Rohana tetap terpaksa habiskan bahagian aku jugak!

Lepas tu bergegas balik ke Dubai sebab nak pergi rumah ustaz Rohana. Tapi malangnya jalan jammed sebab ada lori terbalik. Sampai pun dah lewat. Tapi ustaz tu still lah meraikan kitorang. Habis, takkan dia nak halau kitorang pulak kan. Dah la Rohana bawak kuew teow dan segala buah tangan dari Malaysia kat dia, mau Rohana terus buang dalam tong sampah nanti. HAHAHA. Maafkan imaginasi liar saya. Rohana tu mana berani buat macam tu. Kitorang datang lambat tu pun dia dah ketaq lutut dah. Huhuhu. Nak buat cemana Rohana, kan jalan jem!

*Tiada gambar sebab sibuk mengasuh anak. Lepas tu sebab dah lewat, letih + mengantuk.

Maka selesailah sudah kisah hari ini. Dalam cakap tak ingat pun entry panjang ni. Cuba kalau ingat. *menggeleng-gelengkan kepala*.

Regards,

~Ha~