Assalamualaikum..

Saya dah seminggu pulang dari travel. Masih pening-pening lalat di office sebab otak masih tak dapat nak catch up sepenuhnya. Tapi begitulah kehidupan. Ia perlu diteruskan. Sama ada suka atau tidak..

Ingat hari tu saya cakap saya nak pergi travel. Kali ni saya pergi ke tempat yang agak lain muka buminya. Bukan mengeksplorasi gunung ganang di Indonesia. Atau menikmati gaya hidup k-pop di Korea. Tapi kali ni saya ingin cuba menjejak kaki ke bumi Anbia. Tapi tak banyak negara pun. Cuma Dubai dan Mesir. Mengambil kesempatan bila adik kawan saya konvo di Mesir. Dan kawan saya tu pulak sedang tinggal di Dubai mengikut suami.

Seriously, ini adalah pengalaman yang paling mahal harganya! Bukan saja sebab maha hebat dengan emosi dan pengajaran, tapi juga sebab duit saya habis banyak. Memang mahal betul lah!! Menangis dan jatuh papa dibuatnya balik dari trip ni. Huhu. (TT_TT)

29th Nov 2014

Flight ticket yang saya beli 3.30ptg menaiki Sri Lankan Airlines, menuju ke Dubai, transit di Columbo, Sri Langka. Wah ini first time naik plane selain Air Asia. Eh. Pernah naik airlines lain lah. Saya pernah naik Tiger Airways dan Jetstar Airways. Tapi itu penerbangan tambang kos rendah. Sebenarnya cuba juga nak cari MAS, tapi mahal sangat dowh. Boleh muntah darah!! Yang ini saya pun, total harga tiket kesemua sekali pun dah cecah RM3K++. Memang jatuh miskin saya bayar hutang kredit sebelum pergi tu. HUHU.

Nak dapatkan tambang murah? Saya pakai Airticket24.com. Nanti dia propose airlines tambang termurah. Tapi harga dia kira dalam duit Euro (kalau tak silap). Pening plak masa nak convert duit tu. Tu pasal saya malas nak suruh orang beli. Susah ke senang ke, baik beli sendiri. Ada satu lagi web yang boleh guna untuk cari tiket murah, tapi dah tak ingat dah sebab tak guna pun yang tu.

Kami berlima dari Malaysia. Abang kawan saya, isteri dan seorang anak, kawan kepada kawan saya, Rohana dan saya. Kawan saya sudah siap-siap tunggu di Dubai dengan suami dan anak-anak. Oleh sebab Rohana orang Penang, saya pergi ambil dia pukul 6 pagi di Stesen Bas Jalan Duta. Semalaman tak tidur mengemas baju dan menunggu dia datang. Takut juga nak tidur, kang terlajak pulak sebab kepenatan. Maklumlah, kehidupan yang huru hara sebelum tu. Jadi cuma ada masa mengemas bila dah start cuti saja.

Dan oleh kerana tiket flight pukul 3.30 petang, maka kami pun ber-rileks-rileks dulu di rumah pagi tu. Keluar rumah pukul 9 pagi pun sebab nak pergi breakfast dan nak beli barang yang dikirim kawan kami dan jugak nak tukar duit. Ingat 9 pagi tu dah awal, sekali agak kelam kabut jugak sebenarnya. Bayangkan, pukul 1.30 tengahari kitorang masih dok berlegar-legar cari parking kt ERL Putrajaya. Gila kentang parking penuh!! Jadi sila jangan amalkan sikap pergi last minute. Kecuali anda yakin semuanya berjalan lancar.

Sampai di KLIA, pukul 2.30 ptg. Nasib baik ada banyak pengalaman pergi ke KLIA (banyak sebab hantar orang fly je sebenarnya. Huhu) jadi tak rasa lost sangat. So sampai lah ke Kaunter M dengan jayanya. Itinerary flight semua dah siap-siap print dan prepare dalam file. Siap buat file neh. Gigih!

Tiba-tiba, terjadi sesuatu di luar dugaan. Jeng jeng jeng.. HAHAHA. Ada suprise element kat situ! Suprise tak? ;D

Bila orang kaunter minta passport, saya cari dan tiba-tiba je tak jumpa. Huhu. Anyway, dipendekkan cerita, memang tak jumpa la sampai ke sudah. Dah jadi drama dah kat situ. Habis punggah sling beg, beg galas kecik dan paling last beg galas besar. Then, tiba-tiba saya recall, waktu saya ambil barang-barang dalam mana-mana beg sebelum tu, saya memang tak recall pun ada nampak passport or even tengok benda yang berwarna merah. Haih.. ini sesuatu yang rare. Tapi kaunter dah nak tutup ni. Rohana still tak setel lagi. Saya tengok Rohana dah panik sangat tu. So saya suruh Rohana proceed dulu. Saya macam rasa passport tu dah memang takde di situ. Setel tiket Rohana, saya confirm yang passport tu memang takde kat dalam beg. Rohana pulak dah panik macam tak boleh terima kenyataan. Dah start sakit perut nak terkencing bagai. Hoho. Terus saya tak jadi panik. I need to calm her down. So saya pun instruct dia pergi ke pintu berkenaan and then I can think how to solve the problem. ~nampak tak tiba-tiba tercakap bahasa inggeris pulak. Nilah padah sambung menulis time kerja. Huhu.

Tapi Rohana masih macam tak boleh nak terima kenyataan. Keep insisting me that passport tu ada je dalam beg sebenarnya. Tapi she had no choice sebab pintu dah nak close. Saya pun ala-ala dah redha dah passport tu memang takde. Lepas Rohana pergi, saya pun kemas beg. Tiba-tiba orang kat kaunter tu cakap, “Cik, kami terpaksa close kaunter ni. Minta Maaf dah tak dapat nak tunggu lagi dah”

Aik.. saya ingat dah close dah kaunter. Rupanya they still wait for me, kot-kot jumpa lagi passport tu. So I just nodded to them. Then they asked me to cancel the ticket. Masa cancel tiket tu, diorang siap provide number to contact if I want to book new one. Malaysian number and Sri Langka number. Kemudian advise on a few thing like make a police report etc.

So, dipendekkan cerita lagi, saya pun inform kaunter KLIA about missing passport, manalah tau kot-kot passport tu jatuh, and ada orang pulangkan KLIA. Police report tak dapat buat sebab system down. Boleh?? HAHA. Bantai la. But hati saya kuat mengatakan passport tu ada kat rumah.

Masa kejadian tu, I tak pernah rasa setenang tu bila ada kejadian aneh-aneh macam ni. Mungkin Rohana dah kalut sangat, terus saya pulak jadi okay sikit. Tapi masa dalam ERL, saya kembali menimbang-nimbang apakah masih nak teruskan trip ni, atau back off je. Then it hitted my mind that I have 3 more ticket to be burned kalau I didn’t buy for this ticket (Dubai-Egypt, Egypt-Dubai and Dubai-Malaysia). After all, if I don’t do this now, I don’t know when I would go there. So I decided that whatever happened, the trip must go on. Later, I will work hard to pay the debt. HAHAHA.

So baliklah saya kerumah. Plan saya nak cari kat rumah. Kalau tak jumpa juga, baru buat plan B, buat police report and buat new passport. Baru lepas tu boleh fikir nak beli tiket. Dan alhamdulillah, passport dijumpai di dalam one of beg yang saya dok try malam semalamnya. Sesungguhnya ini adalah perancangan Allah. So I terus called the airlines service to book the ticket. The lady yang pick up my call suruh I wait and promised to return the call later.

Since that week saya memang tak cukup tidur and huru-hara dengan 20 document yang perlu disiapkan, plus langsung tak tidur the day before, so saya memang dah mengantuk gila. Lucky nothing happened to me while I was driving back from ERL to home, sebab banyak kali juga mata saya terpejam-pejam and lost. Huhu.

30th Novr 2014

Tidur tak sedar diri. Dari pukul 5 ptg if I’m not mistaken, until 3 pagi. Nasib takleh solat. Iskh iskh iskh. And saya trus check phone to see if there is any called from Sri Langka. No call from them. Masa tu saya fikir takpelah, tunggu sampai pukul 8 to make another call again.

Then that morning, still no call from them. I called them 3 times, sebab banyak sangat problem. And the 3rd time, masa tu saya dah pissed off. Janji nak call tak call. Dah call, they request me to make another call, tapi bagi no salah pulak. So saya terus naik angin suruh dia buy the ticket then and there. Heheh. Cuak jugak my credit reach the limit, tapi alhamdulillah belum lagi. Tapi this ticket cost me a lot. Seriously I never spend money on that figure in a single receipt. (TT_TT) Tapi tamau fikir about it too much. Just enjoy the journey. Later on we cry. HAHAHA. The ticket itinerary was just same like yesterday. The time and the transit.

the tickets. sebab tak dpt nak print, so ambil gambar je..

the tickets. sebab tak dpt nak print, so ambil gambar je..

So kali ni saya tak buang masa. I reached KLIA at 1.30pm. Masa sampai ramai dah beratur. But still early. Then when my turn come, jeng jeng jeng, another problem came. My ticket still wasn’t released yet. Tapi saya dah quite glamour dah kat kaunter tu sebab the airlines already email the details to the officer in the counter. Rupanya, if you buy ticket using credit card within 24 hours, then there’s always have issue. So kalau ada kejadian macam ni, sila lah datang awal.

Dari ramai orang, sampai takde orang. Dari lagi 2 jam flight nk take off, they just release me after 1 hour at the counter. Dah la tak makan lagi. Screen pun dah tulis last call. My flight was at 3.25pm. Lucky saya sorang-sorang. Easy to handle. So lepas dah masuk sampai dalam, saya sempat pergi take light lunch first walaupun masa tu tinggal half hour left. Alhamdulillah, despite problem masa call and masa kat kaunter, yang lain-lain actually went well. Takde banyak masalah and saya pun agak rileks and chill je. Takdelah kelam kabut sangat.

Sajelah nak share. Actually, saya teringin nak travel sorang-sorang. Went to a place alone, and having my own sweet time on my way. Tapi belum berkesempatan lagi, atas faktor-faktor yang pelbagai. So this experience is like pre-picture, how it’s gonna look like if my wish come true. And I kind of like it.🙂

So travel with Sri Lankan Airlines was not bad at all. They served muslim food, and the stewardess were quite nice and friendly. And this is my first time experience dalam flight ada tv. HAHAHA. Apa lagi, tak beragak la tengok tv. Sampai tertidur-tidur tengok tv. Kalau ada yang tak okay pun, was probably because of their outfit, sebab the ladies pakai sari. HAHAH. Sorry, no offend. The stewardess were not a model cutting body tu satu hal, tapi when my eyes were at the same level with their stomach, I felt so awkward. HUHUHU.

TV. Flight belum gerak pun dah sibuk cari movie. Maka dapatlah banyak gangguan..

TV. Flight belum gerak pun dah sibuk cari movie. Maka dapatlah banyak gangguan..

there's so many first time in this trip, include first time step to Columbo.

there were so many first time in this trip, include first time step to Columbo.

I transited at Columbo at 4.20pm. Columbo’s timing is 2 hours later than KL. So masa tu dah 6.20pm di KL. Saya transit 2 hours kat sana, so sempat la jalan-jalan kat dalam airport tu. Tak la besar sangat. Banyak juga picture yang saya ambil.

Columbo Airport

Columbo Airport

Macam airport Subang je

Macam airport Subang je

The passangers

The passengers

2014-11-30 16.57.59Balai berlepas

Balai berlepas

Sri Lanka National costume I guess..

Sri Lanka National costume I guess.. Abang kat belakang tu jeles letew saya tak mintak amik gambar dia..😛

At 6.40pm flight take of from Columbo to Dubai. Rasa macam delay sikit kot. Tak ingat dah. I just remembered that I met one Indonesian lady. Dia nak pegi Dubai jadi maid kat sana. Kesian dia, transit Columbo sampai 2-3 hari sebab nak cari tiket murah punya pasal. Dari Indonesia ke Dubai makan masa sampai seminggu. Macam naik kapal kat laut pulak dia punya lama tuh!

Flight malam, masih Sri Lankan Airlines..

Flight malam, masih Sri Lankan Airlines..

Saya yang sakit hidung sebab aircord kuat sangat. Terpaksa pakai buff..

Sakit hidung sebab aircord kuat sangat. Terpaksa pakai buff..

So saya sampai Dubai pukul 9.50 malam. Dubai pulak lewat 4 jam dari KL. So KL masa tu dah pukul 1.50 malam. Mereka-mereka dari trip semalam dah jenuh berjalan-jalan sekitar Dubai. Lepas datang ambil saya, kami singgah makan di restoran mamak (okay jangan tanya nama tapi banyak jugak makanan yang biasa tengok Malaysia ada kat kedai tu), then balik rumah dan tidur.

Dubai Airport

Dubai Airport

Seriously saya rasa itu adalah hari terpanjang yang pernah saya alami. Maklumlah, dahlah 24+4 hours, lepas tu macam-macam yang berlaku, dan paling penting, banyak benda first time saya experience.

Okay to be continue. Panjang sangat dah entry ni. Berdoalah saya tak busy dan tak malas nak sambung tulis entri trip ni. HAHAHA.

Regards,

~Ha~