Tags

Assalamualaikum..

Sebenarnya, ini adalah sebuah cerita yang panjang. Saya dah tulis separuh pun. Dalam bahasa inggeris pulak tu. Iolls memang macam tu uolls. Iolls kalau marah, Iolls terus speaking london. HAHA.

Tapi akhirnya setelah 2 minggu hazab itu berlalu, saya berasa tidak perlu lah saya menceritakannya dengan begitu details. Seriously, draft karangan saya ketika saya tak puas hati itu begitulah panjang, rasanya dah beribu-ribu patah perkataan. Tu pun belum sampai separuh cerita lagi. Begitu details sampai ntah berapa kali saya asyik tulis “I don’t know.. I don’t know..” nampak tak kecelaruan hati di situ. HAHAHA.

Dah tenang ni memang lah boleh gelak besar. Kau tak tahu macam mana muka saya sewaktu mendung macam langit nak runtuh tu. HAHAHA. Begitulah kehidupan. Kita diuji dan terus diuji untuk melihat sejauh mana beriman kita. Oh.. cakap sekarang memang pandai. Masa kena tu.. huhuhu. Takde senyum-senyum dah. Terus balik keje awal.😛

Untuk tidak memeningkan kepala semua, saya ceritalah secara serba ringkas. Words paling sesuai adalah, saya kena ‘game’ dengan user. Heheh. Collect requirement, tapi bila nak collect documents, user start buat alasan takda soft copy dan suruh type balik. Reason kejadian ni berlaku? Sebab ini projek sakit, sudah jenuh bertukar SA, user pun dah naik bosan, lalu berasa perlu memberi pengajaran kepada client, walaupun mangsa dia adalah orang baru yang innocent (sayalah tu. Heh!).

Bila saya minta juga-juga, sebab saya pun banyak keje lain lagi nak buat, maka terjadilah user A suruh pergi mintak kat user B. User B suruh pergi kat orang C. Akhirnya cycle tu kembali kepada orang pertama balik. Makanya manusia bernama Ha ni pun dah naik geram. Korang ‘game’ aku ni!! Kata beliau dalam keadaan syaitan tengah meniup-niup api kemarahan dalam hati. Tapi alih-alih, hujan pula yang jadi (sila faham maksud tersirat). HAHAHA.

Hujan tu bukan apa, masalah sebelum tu pun ada. Blur tak habis lagi dengan system dan projek ni. Lepas tu banyak pula bugs dalam system. Enhancement dan CR lagi. Kemudian Scrum Meeting lagi. Dah abih meeting nak buat report tu pulak lagi. Macam-macam lah. Okay saya tahu anda mungkin tak paham, tapi saya tiada daya mahu cerita secara details. Terima sajalah apa yang saya bebelkan. Nama pun cerita secara serba ringkas.😛

Tapi alhamdulillah. Berjaya target saya siapkan 20 doc CR dalam masa 3 hari. Waktu tidur saya sudah tunggang langgang. Membaca macam-macam document untuk siapkan CR doc tu. Tapi percayalah, tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan dengan ketekunan.

Tentang user tu pulak, biarlah mereka. Saya tak kuasa mahu mengungkit-ungkit. Tak ada musuh yang tak dapat ditakluki dengan cinta. Okay. Saya takda lah nak pergi bercinta dengan user. HAHA. Rare sangat tu!

Kehidupan ini memang susah dan sulit. Apalagi saat di uji. Tapi tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan dengan kesabaran. Maka bertabahlah! dan mohonlah pertolongan pada Allah.

Pokok pangkalnya semua terletak pada hati!

Hikmahnya, barulah saya dekat sedikit dengan Tuhan. Selalu baca dan dengar saja bila orang cakap pergilah mengadu dengan Allah. Dulu macam juga terfikir, iskh macam mana nak cakap ye. Contoh kalau phone hilang. Takkan nak cakap dalam doa “Ya Allah, Phone aku hilang. Aku tak ada duit nak beli baru. Dah la tak pernah simpan no contact tu kat tempat lain. Macam mana nak ambil gambar lepas ni..” Okay panjang pulak contoh doa ni. HAHAH.

Tapi point dia adalah, memang macam tulah yang kita kena buat. Saya pun tak pandai nak susun ayat bagi bunyi best dalam doa. Jadi saya doa dalam bahasa melayu macam sedang bercakap saja. Saya cerita kesusahan saya. Saya mintak jalan keluar pada kesusahan ni. Minta Allah bagi akal pada saya. Saya cakaplah apa-apa saja yang terlintas dalam fikiran yang tengah kusut tu.

Alhamdulillah, Allah tunjuk sikit-sikit jalannya. Tiba-tiba saja ada orang datang nak bantu saya. Tiba-tiba saja saya pun jadi rapat dengan bos (okay tu sebenarnya sebab kes kene update kerja tiap-tiap hari dengan dia through whatsapp. HAHAH). Tiba-tiba saja saya dapat selesaikan perkara tu, walaupun pada mulanya macam susah. Hati saya juga menjadi sedikit tenang.

Dan saya juga baru sedar, saya ni sebenarnya bukanlah kuat sangat. Semuanya bergantung pada banyak faktor. Suasana, kawan-kawan dan orang sekeliling, keadaan dan keyakinan saya sendiri. Semuanya memainkan peranan. Dulu saya kuat sebab support system disekeliling saya kuat. Team yang baik. Boss yang backing. Saya tahu bidang tugas saya. Saya tahu di mana saya berdiri dan pendirian yang sepatutnya saya pegang. Dan sebagainya. Dan semua yang saya sebutkan tadi, yang menentukannya adalah Allah. Jadi maknanya, kalau Allah izinkan, maka saya akan kelihatan kuat. Dan kalau Allah tak izinkan, maka lemah dan terkapai-kapailah saya.

Tak apalah. Perkara pun dah berlalu. Sekarang saya tak sabar campur nervous nak menghadapi hari mendatang.

Sebab?

-Sebab nanti saya nak pergi travel lagi!!

Dimana?

-Rahsiah!! HAHAHA. Tunggulah sampai saya balik dan ceritakan nanti.😉

Regards,

~Ha~