Assalamualaikum..

Bila saya baca kembali tulisan saya di sini, saya tahu saya sudah menjadi seorang yang sangat membosankan. Sebab saya sendiri boring dengan entri saya. HAHAH.😀 Saya telah bertukar menjadi manusia apakah??

Baiklah, entri ini saya tulis di waktu malam. Dan publish keesokkan harinya. Ada sebabnya.

Pertamanya, sebab wireless poket saya sudah tidak berfungsi. Selamat tinggal dunia maya di luar waktu kerja. Saya pun menjadi bebas dari ketagihan whatsapp dan Instagram yang menggila. Barulah saya mula pegang buku-buku yang sudah dibeli berkurun-kurun lamanya tu.

No-Internet-Flickr-marcelograciolli

Keduanya, saya teramat lah yakinnya yang saya takkan mampu update blog di waktu kerja, walaupun saya datang se-awal 7.30 pagi. Walaupun hampir 2 jam saya dalam bilik projek tu ke-seorang-an, sebab manusia-manusia yang kerja private tak lah begitu gila untuk datang seawal tu, tapi saya tetap juga gagal menyiapkan entri blog. Sama ada saya terlalu sibuk dengan urusan kemas bilik/meja yang ditinggalkan bersepah, sarapan, check whatsapp, check Instagram, check FB, oh terlalu banyak hal duniawi. 2 jam pun tak cukup!

comic no internetAtaupun sebab saya sendiri tiada hati mahu menulis blog, sebab memikirkan rutin pagi selepas itu ada menghadap user. Jangan buat main-main dengan emosi user. Berdoalah setiap hari mereka telah mengalami mimpi yang indah malam sebelumnya, supaya esoknya mereka bertukar menjadi manusia paling baik di dunia, lalu tak semena-mena boleh menuduh kau cantik pula! ;”> Kalau mereka tersalah tidur malam itu, ya bersedialah menerima tamparan wanita atau jerkahan sang naga. ~tak tak, tu cuma metafora~ Contohnya lah. Eh. Tak. Itu cuma contoh saja. Saya bukan tengah bercakap pasal user saya.😛

~Tapi saya cool saja. Hanya perlu ingat mereka hanyalah hamba Allah. Doa banyak, dan selebihnya, redha.😉

Ketiganya, saya pun sebenarnya cuak nak menulis blog waktu bekerja, nak-nak pula ketika orang lain bertungkus-lumus update log issue dan buat kerja. Haih.. bersalah sungguh rasa!

busyBaiklah. Apa yang saya mahu update?

~Dengan hanya menulis beberapa perenggan kat atas tu je, aku dah lupa main point aku nak buat entry ni. Ya tuhan..

Belajar

Ntah kenapa, saya suka belajar. Ia suatu perkara yang mengasyikkan. ~Okay, ayat aku sangat over. HAHAHAH.😀 Tapi memang seronok belajar ni. Terutama bila tulis nota pakai pen warna warni. Lukis-lukis flow pakai pensil. Dan akhir sekali, menyalurkan maklumat yang saya dapat kepada orang ~Dalam erti kata lain, aku membebel-bebel explain tanpa diminta kat orang apa yang aku paham. Hehehe.😀

Studying-bookApatah lagi bila saya baru di tempat kerja ni. Adrenaline cuak tu membuatkan saya jadi semangat belajar. Supaya dapat catch up dengan orang lain.

Tapi, tugasan yang melampau-lampau dan ada yang bukan-bukan ni buat saya selalu distracted untuk belajar. Bukan tak ada masa nak belajar, cuma by end of the day, energy drain dengan pelbagai perkara, sampai saya pun tak mampu nak hadam information dan work process and flow yang dibaca.

412653-k-on-yui-studyingSemalam saya dengar forum di radio. Saya dengar separuh saja, tapi ada beberapa main point yang menusuk hati saya. Antaranya, untuk menjadi kita ni lebih baik dari sebelumnya, ada beberapa checklist. Iman, mujahadah dan.. alamak saya dah lupa satu lagi. HAHA. Maafkan saya. Saya dengar sepintas lalu saja. Tapi yang penting, bukannya bila kita lebih kaya dari sebelumnya itu menjadikan kita lebih baik. Bukan pangkat kita yang lebih tinggi itu menjadikan kita lebih baik. Value pada apa yang menjadikan kita lebih baik tu, antaranya mujahadah kita dalam mendapatkannya. Hidup di dunia ni bukan untuk bersenang-senang dan berseronok saja.

Allah pun ada berfirman yang bermaksud,

“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

– Surah Al-Mu’minuun: Ayat 115

Jadi tiba-tiba saya tersedar, macam mana saya nak tingkatkan value saya, kalau saya tidak bermujahadah. Bermujahadah tu maknanya berusaha bersungguh-sungguh melawan musuh dalam mencapai apa yang diinginkan. Siapa musuh saya? Malas dan ingin bersenang-senang tu lah!

Jadi saya kenalah berusaha lebih sikit. Buang sifat malas dan lemah tu. Lagipun, malu pulak saya dengan seorang kawan saya ni. Dia dah tukar kerja tahun lepas, tapi sampai sekarang masih tak jemu-jemu lagi belajar tentang kerja dia.

mujahadah1Maaflah kalau merasakan saya seperti nak menjadi Pakar Motivasi wannabe. HAHAHA. Hakikatnya, saya sebenarnya nak remind diri sendiri je.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman. Dan beramal soleh. Dan saling ingat mengingati tentang kebenaran. Dan saling ingat mengingati dengan kesabaran”

-Surah Al-Asr

 Ingat nak tulis panjang-panjang lagi. Tapi erk.. cukup-cukuplah tu. Pergilah tidur.

Regards,

~Ha~