Assalamualaikum..

Meh nak cerita kehidupan saya sekarang, setelah sebulan menyepi dari live update.

Kerja di sini memang sangat tak best! HAHAHA..😀 Sangat jujurkan? Tapi memang betul. Dah rasa hampir-hampir nak menangis ni. Okay.. hampir-hampir sajelah. Belum. Saya belum menitiskan air mata lagi. Sebab masih lagi maintain positive attitude and positive mind. Tapi saya bakal merasakan ada sedikit penindasan telah berlaku, dan mungkin bakal berlaku lebih banyak lagi.

Tapi takpe. Saya perhatikan je dulu perangai diorang. I’m learning neh! Saya belajar macam mana nak buat kerja, dan belajar macam attitude orang-orang kat sini. Takpe, saya baru sebulan, too early to make an action. Tengok nanti apa action saya patut saya buat.

Kedua, saya sebenarnya sangat tak confident dengan post saya sekarang. Saya sebenarnya layak untuk post Business Analyst, tapi kat sini diorang bagi System Analyst kat saya. Tapi takpe, saya akan belajar sebanyak-banyaknya. Tapi definitely nak tukar career path jadi BA balik.

Saya suka boss saya. HAHAHA. Tapi itu dulu la. Masa awal-awal masuk kerja. Tapi bila dah tau boss saya dah kahwin dan anak tiga, trus down. So tak suka dah sangat. HAHAHAA.. senang tak?😀 Alhamdulillah I can easily kill my feeling. Takpelah, I reserve this feeling to my future husband jelah. Saya pernah baca kat mane ntah, kita kene yakin Allah akan bagi jodoh kat kita, insya-Allah nanti Allah bagilah. Kene bersangka baik dengan Allah.

Ke empat, bekerja di sini sangat sibuk. (T_T) Dulu pun sibuk juga. Tapi ada bezanya. Dulu, kitorang sibuk sebelum sistem LIVE. Semua preparation nak kene buat, dari segi harware, sistem, user pandai tak nak guna sistem, user alert tak flow kerja (sebab takut nanti salahkan sistem bile kerja tak boleh buat) dan macam-macam lagi. Sekarang terbalik. Dah LIVE lah lagi sibuk. SA dah kene buat kerja first level support, kene buat visit ke tempat user, kene log ticket report prob, buat testing. Dan paling penting, saya tak nampak pun siapa PM. Saya sungguh konpius. Rasanya siapa yang faham tentu dah boleh agak kan apa masalah project ni. Ikut hati rasa nak berhenti je. HAHAHA.😀 Saya bukan nak easily give up, cuma saya macam nampak ada kemungkinan saya pulak akan jadi support di sini nanti. That’s not what I pursue.🙂

Okaylah, cukuplah setakat itu. Tak lama lagi saya ada trip, penghujung bulan. Itu sajalah motivasi saya sekarang ni. Tapi I is cuaks jugak ni. RO tak tahu lagi plan trip ni. Masa masuk dulu bagi tahu HR je. Macamana RO nak tahu, jumpa RO pun tak pernah lagi ni. HAHAHA..😀 Canggih betul kerja kat sini. Saya dah merasa pun gaji sebulan, tapi RO pun tak jumpa lagi. Kejap lagi nak calling-calling dia lah. Apa khabar mu dia sana…

K bye.😉

Regards,

~Ha~