Assalamualaikum..

Kadang-kadang bila takde perkara menarik berlaku recently yang perlu saya ceritakan di sini, saya selalu lost apa nak tulis. Kadang macam selalu pikir, apa nak tulis apa nak tulis.

Lama saya pikir..

Lepas tu baru teringat, eh saya ada banyak trip yang belum saya ceritakan sebenarnya. Selalu macam tu. Lepas menanam tebu di pinggir bibir, lepas tu janji pun dicapati. HAHAHA. Okay gurau je.

Pun tak ada masa nak tulis jugak sekarang. Sekarang waktu bekerja. Tapi saya perlu tulis ni, supaya remind lain kali saya ada trip yang mahu cerita. Walaupun lately ni saya memang dah jarang pergi trip mana-mana. Kesibukkan satu hal. Cuti tak ada satu hal. Pengurusan wang pun satu hal.

To all friends, Salam Maal Hijrah1436 Hijrah!

Saya ada satu pesanan buat semua. Dizaman maklumat dihujung jari ni, berhentilah menyebarkan maklumat yang tak pasti, walaupun ia nampak seperti sebuah hadith atau petikan kata-kata yang baik, sehingga kamu yakini ia adalah kebenaran sumber dan maklumat tu. Bukan tak boleh sebar, tapi banyak sangat dah berlaku penyebaran maklumat yang salah.

Kalau sebarkan hadith yang salah, berdosa tahu! Sebab ia dah jadi bidaah. Nabi benci kita menokok tambah. Walaupun yang ditambah tu perkara kebaikkan. Dan walaupun kita pun mungkin dapat dari orang, bukannya kita pandai-pandai tambah atau reka sendiri, kalau boleh risik dulu kebenarannya. Kalau tak yakin, atau takde masa nak selusuri kebenaran maklumat tu, then jangan sebarkan!

Begitu juga kata-kata orang ilmuwan atau ulama, kalau boleh cari kebenarannya, carilah. Kalau tidak, fikir dulu sebelum sebarkan.

Nah.. saya tinggalkan sesuatu untuk kita semua buat sebelum kita bercakap (speak) atau mungkin boleh apply juga kalau kita nak post sesuatu..

before speakRegards,

~Ha~