Tags

, ,

Assalamualaikum..

Nampaknya memang betul pun saya tak buat sebarang entri balik bercuti raya hari tu. Nak kata sibuk sangat tu takde lah jugak. Tapi mungkin mood saya telah dibunuh oleh beberapa insiden dan isu, yang terjadi pada saya dan juga keadaan sekeliling.

Bukan kecil hati biasa..

Tahun ini adalah tahun yang kurang bertuah buat saya. Mungkin juga perangai saya yang dah berubah menjadi kurang baik. Maka, ada 2 insiden saya telah membuatkan orang berkecil hati, sampai tak mahu bercakap-cakap dengan saya.

Peluang saya memuhasabah diri.

Saya cuba mintak maaf. Pada saya, kedua-duanya dah cuba memaafkan saya, walaupun yang sorang tu verbally tak cakap pun. Tapi dari gaya bahasa dan gerak tubuh, saya andaikan dia dah cuba membuka ruang untuk berkomunikasi dengan saya.

Tapi, ia dah tak sama macam dulu. Langsung tak sama. Kedua-dua pun sama, bila saya ada, kedua-dua pun cuba limit jumlah perkataan yang keluar. Semua orang pun boleh rasa negative vibe tu. Oh, by the way, kedua orang ni bukan dari kelompok kawan yang sama dan tak kenal pun each other.

So, saya pun dah tak tahu nak buat apa, kecuali back off. Kalau kehadiran saya buat orang tak selesa, elok lah saya berundur diri. Sebagai manusia biasa, kadang-kadang saya terbawa-bawa juga dengan emosi, rasa nak leave the group or tak payah lah kawan dengan orang. Bukan sekali pulak tu saya fikir macam tu. Tapi alhamdulillah, Allah bantu saya. So, bila tersedar tu, cepat-cepat lah beristighfar dan mohon keampunan Allah.

Saya kene tulis ni, untuk ingatkan diri saya. Walaupun saya rasa sangat sakit hati sebab saya dah berkali-kali mintak maaf pun masih sukar nak memaafkan, tapi SEMUA ni Allah yang takdirkan berlaku. Mesti ada sebab kenapa Allah takdirkan SEMUA ni berlaku, walaupun Allah tahu, saya adalah manusia yang mudah terganggu dengan perkara-perkara macam ni. Allah tahu, walaupun saya akan rasa susah hati sebab tahu ada orang terasa hati dengan saya, tapi saya pun kena redha dengan ujian ni dan mohon keampunan pada Allah. Pasti ada hikmah yang tersembunyi yang Allah nak saya fikir. Mungkin perangai saya ni teruk sangat. Mungkin Allah nak saya sedar yang saya kena berubah. Mungkin Allah nak saya sedar, yang kalau berdosa dengan manusia pun susah nak mohon kemaafan, apatah lagi kalau dosa yang bertimbun-timbun dengan Allah tu. (TT_TT)

Jadi, raya ni saya memang rasa down sikit. Tiada mood nak bercerita raya dengan kawan-kawan. Tapi alhamdulillah, Allah masih menganugerahkan keluarga dan adik-adik yang baik buat saya.

Bukan kemalangan biasa

2 kali dalam tahun ni negara kita dikejutkan dengan kemalangan yang rare dan tak mungkin boleh dilupakan. MH370 dan MH17. Siapa sangka, MH370 yang begitu besar boleh hilang begitu saja. Dan selepas 3 bulan MH370 hilang dan masih tak ditemui, tiba-tiba berlaku lagi satu plane crash. This is so unthinkable! Tapi sebagai manusia biasa, kita kena redha dengan ketentuan Ilahi. Allah nak ajar kita yang apa saja boleh berlaku dibawah telunjuk-Nya. Dan paling penting, Allah nak cakap, Kiamat tu pasti. Kalau kiamat yang dasyat tu akan berlaku, apatah lagi insiden-insiden kecil macam ni.

Bila ada dua kejadian sedih ni berlaku, maka, stesen tv pun kerap lah menayangkan bacaan Al-Fatihah dan Al-Quran. Dan kuranglah rancangan-rancangan hiburan di tv. Dalam kurang-kurang tu pun saya masih lagi terleka. Cuba bayangkan kalau takde bacaan Al-Fatihah tu. (-_-“)

Bukan perang biasa

Mana ada perang yang biasa. Perang memang dasyat. Semoga Allah melindungi kita dan negara kita. Tapi yang sedang berlaku di Palestine memang tak dapat dimaafkan. Bukan lagi melibatkan agama. Tapi juga dah melibatkan sifat kemanusiaan. Terlalu banyak nyawa manusia terutama kanak-kanak, wanita dan orang tua dibunuh. Allah dan rasul benci penginayaan dan kezaliman. Malah semua manusia di dunia ni memang tak suka penginayaan dan kezaliman. Siapa cakap suka tu, cuba tengok kalau orang menginaya dia balik, dia nak cakap suka tak?

Jadi bila raya ni, kenalah perpada-pada nak bergembira. Nak-nak pulak, time kita rasa tu lah, Palestine kena bombing dengan dasyatnya. Kesian mereka. Dah la puasa pun ala kadar. Time nak merayakan hari kemenangan pun terus diuji. Semoga Allah memberikan sabar kepada meraka, dan semoga Allah memberikan ganjaran buat mereka.

Tapi saya bukanlah Heliza Helmi nak cakap pasal Palestine ni dengan hebatnya. Saya, perhimpunan aman Pray for Gaza tu pun tak pergi. Sumbangan derma untuk beli ubat-ubatan pun sikit je saya bagi. Dulu masa Aqsa Syarif buat donation untuk beli makanan berbuka puasa pun saya tak mampu nak bagi. (T_T) Siapalah saya nak cakap “Marilah berjihad di bumi Palestine..” Memang tak layak langsung.

heliza on free palesine kempenCuma, saya cubalah memberi sumbangan dalam bentuk lain. Semua orang yang ada fb mesti tahu pasal kempem boikot. Gambar kat bawah ni dah tersebar kat merata-rata dah.

bukan kentang biasa bukan coke biasa bukan kopi biasa bukan mee segera biasaSaya pun sedang mencuba. Bukan senang nak buang terutama product Nestle tu. Belambak kot kat rumah. Tapi saya yakin mesti boleh. Lagipun, memang pun dah terbukti kebanyakkan product ni adalah proses food, jadi memang tak bagus pun. Let’s go for natural and raw food. Makan lah buah. Buah kan bagus, sedap, natural sugar dan kalau buat smoothie pun sedap. Makan lah sayur, bagus untuk digestion.

Saya suka beli product jaga kecantikkan. Sekali tengok-tengok..

bukan cosmetic prod biasaCuba tengok last sekali tu. Alamak, kena cari minyak wangi yang lain la lepas ni.

Selain tu..

bukan prod biasaYang ni saya takde masalah.🙂

Saya ni suka pergi Cold Storage dan try new things. So kadang-kadang tah product apa-apa tah saya try. So, saya pun dah dapat solution untuk tu.

2014-08-05 05.16.11Basically, this is general apps. Bukan untuk boycott product israel je. Jadi, lepas download, kenalah pilih kempen apa yang kita nak follow.

2014-08-05 05.44.03Okaylah. Sampai sini dulu. Until next time. Daa..

Eh. Lupa nak cakap..

Salam Aidilfitri 1435 Hijrah. Maaf Zahir dan Batin.

Regards,

~Ha~