Assalamualaikum..

2 minggu kot saya abandon blog ni. Setelah difikir-fikirkan, macam takda reason kukuh. Kehidupan bekerja time puasa dengan tak puasa sama je. Nak kata kekurangan idea, tak juga. Saya ada je fikir satu isu ni nak kongsi dalam blog ni. Eh. Bukan satu isu, banyak jugak sebenarnya. Pasal CDM 25. Pasal missing goods. Tapi bila depan laptop, tak teringat pulak post entry.

Hari ni dah 27 Ramadhan. Alhamdulillah. Momentum? hampir-hampir jugalah nak terbabas. Tapi sebab banyak kali dah dengar ustaz cakap, fokus fokus fokus, maka setiap kali rasa nak malas tu, terus sendiri cepat-cepat cakap, apa yang saya cari dalam Ramadhan kali ni? Jadi kena fokus dengan tujuan. Alhamdulillah. Pencapaian memang tak membanggakan, tapi rasa ada sedikit perubahan dari tahun yang lepas. Ke? (Boleh pulak doubt sendiri..)

Tapi ada suatu benda ni, saya rasa macam curious je okay ke tak perkara ni berlaku. Saya dah mula terjebak dengan online shopping. (T_T) Sebelum ni pernah la juga beli sekali dua. Tapi Ramadhan ni, saya dah 5 kali beli barang online! :O Bagus ke tak bagus ni? Memang lah lama juga buat keputusan nak beli. Saya fikir betul-betul. Tapi akhirnya belilah jugak kan.. (-_-“)

Okaylah. Malam ni saya dah nak balik kampung. Tahun ni balik Taiping. Kalau tak sibuk sangat (selalunya taklah sesibuk mana), saya mesti akan update hari-hari. HAHAH. Kalau tak.. tiadalah blog entry ucapan Selamat Hari Raya. Hehehe..šŸ˜€

bas-balik-kampung1-470x169