Assalamualaikum..

Sebelum nak cerita projek yang macam tajuk tu, nak cerita pasal ada satu benda yang menarik perhatian saya masa buka Dashboard (admin page) blog ni tadi.

***************************************

Adelah a few weeks ago saya nampak blog stat saya ni mencanak naik secara tak memasal selama 2 hari. Mula-mula saya takda ambil peduli pon. Berapa ramai viewer pun saya tak tengok. Tapi tiba-tiba hari rasa teringat nak tengok pulak.

Actually blog ni bukan la glemer sangat pon. Kalau ada pembaca tegar pun haruslah kawan-kawan ku sendiri. Kemudian beberapa orang yang sedang mencari tips, contohnya pasal nak buat lesen kereta, or pasal nak bayar PTPTN, kemudian mungkin jugak orang yang tengah google pasal aktiviti outdoor tertentu lalu terjumpa entri blog ni kat google, dan last but not least, mungkin ada sorang dua yang tengah cari gambar kat internet lalu terjumpa gambar kat blog ni. HAHAH. Saya pun selalu buat.

Tapi, 2 hari tu yang saya eh blog ni menjadi glemer secara tiba-tiba, saya tengok almost cecah 300 viewers *okay 300 je pon kecoh pulak (T_T)* so saya macam wonder siapa mereka ni? Apa mereka cari dalam blog ni? Saya sebenarnya noob skit pasal stat ni sebab tak pandai sangat nak get the info, so main klik-klik merata je. At last saya perasan, selain dari reason-reason yang saya bagi kat atas, rupanya ade orang baca blog saya ni since the first entry oh terharunya. *okay menipu, saje nak bagi sedap ayat cakap since the first entry padahal tak kot okay tak reti tengok jugak* I was like.. Wow! Ape yang kau cari dalam blog aku neh? HAHAHA. Walau selalu berangan macam ustazah pilihan, tapi sebenarnya most of the things here totally the crap thing about me n my life je. HAHAHA. Banyak juga manusia ni baca. Saya pun scroll je tak kuasa la pulak nak tilik satu-satu tajuk.

Dan yang paling mengejutkan adalah.. Siapakah manusia yang mempunyai perangai seperti aku neh?? HAHAHA. Ya! Saya pun memang ada perangai sebegitu rupa jua, suka stalk blog orang HAHAHA. Provided saya suka blog orang tu lah. Saya baru je lepas stalk Fatin Liyana. Hoi penat kot! Walaupun makcik tu jarang tulis blog, tapi since 2009 kot dia tulis hokay berhentilah buat kerja tak berfaedah. (-_-“) Anyway, nak terima kasih jugaklah kepada sesiapa yang berkenaan sebab sudi membaca cerita manusia picisan ni. Baiklah, seorang je pun view.. lorat sungguh saya ni! HAHAHAHA.

***************************************

Ingat tak masa sekolah dulu kita selalu beli kad raya cantik-cantik, comel-comel dan banyak-banyak, kemudian bagi kat kawan-kawan, which is terdiri dari sepupu-sepupu saya jugak sebab duduk dalam kampung yang terdiri dari sanak saudara sendiri saja. HEHEHEE. Dah lama kan tinggalkan aktiviti-aktiviti memberi kad raya ni, nak-nak pulak sejak ada SMS, MMS, email, FB dan Whatsapp.

So, bermula dengan status fb cikgu sekolah saya yang mintak alamat nak send kad raya, saya pun rasa nak curilah idea cool cikgu saya ni. Kawan ku Mari Chan pun mempunyai idea yang sama, so rasa seronok pula ada kawan buat projek ni.

Tengoklah, nak guntung pun masalah. Tu dah 3 kali gunting nak bagi lurus. Last2 give up guna pisau. Masalah orang kidal..

Tengoklah, nak gunting pun bermasalah. Tu dah 3 kali gunting nak bagi lurus. Last2 give up guna pisau. Masalah orang kidal..

Bila kita asyik guna komputer je, masa nak tulis kad ni punya la menggigil tangan. Tulis tak cantik gila. Tension betul. Lepas tu saya terpaksa plan apa nak tulis sebab saya ni jenis kalut nak tulis semua nanti mesti ada yang tersilap tulis. Jadi kena plan supaya takdelah asyik ade garis nak padam perkataan.

.

Ini dua kad yang dah ditulis. Belakang kad tu saya conteng2 plan apa nak tulis. Matilah saya tulis kat atas minit mesyuarat pagi semalam.

Anyway, masalahnya sekarang, saya cuma baru ada 3 orang nak hantar kad. HAHAHA. Mari Chan, cikgu saya dan kawan di Australia. Jadi siapa berminat nak kad raya dari saya, sila angkat tangan HAHAHA memang tak nampak lah. Sila lah text alamat dekat saya. Dan paling best, saya cuma beli 10 keping kad saja jadi ada 7 keping yang tinggal. *Tu pun ada hati nak buat pengunguman kat sini* Kira siapa cepat dia dapatlah!😛

Selamat Berbuka Puasa.

Regards,

~HA~