Assalamualaikum..

Macam nilah saya. Tiba-tiba muncul 3 entri berturut-turut dalam masa 2 hari.

Anyway, dalam otak ni ada 2 benda nak cerita tapi rasanya cerita satu cukuplah. Yang satu lagi tu, kalau cerita dah rasa macam ustazah pilihan pulak. Padahal bukannya baik sangat pon. Kalau tak kenal, orang memang ingat saya baik, lembut dan sopan santun dan macam ahli surau HAHAHA. Tapi hakikatnya, saya sangat lah garang, bad tempered, kasar.. hoi apsal pulak pergi cerita keburukan sendiri ni! (-_-“)

Anyway, nak cerita yang sepanjang puasa ni, saya asyik diserang sakit perut je. (T_T) Hari-hari pulak tu. Sakit wei.. bukan main-main dia punya sakit. Kadang-kadang kena waktu siang, kadang-kadang kena waktu malam. Kalau siang tu, tahan jelah sakit dia. Kalau malam pun, sebenarnya tak tau nak buat apa, last-last saya pegi makan kurma dan minum air. Kadang-kadang makan anggur. Lepas tu kejap lagi hilang la sakit tu. Sebenarnya tak pasti pun apakah related-nya memakan kurma dengan menghilangkan sakit perut. Saje je makan sebab tak tahu nak buat apa. Bukan ada ubat sakit perut pun.

No brape tah.. 6 kot

No brape tah.. 6 kot

Saya rasa saya kena sakit perut sebab gastrik dan angin. Tak tahulah kat mana silapnya. Tiap kali buka pun makan nasi. Sahur pun tak skip kecuali uzur. Kalau uzur pun saya makan kurma waktu pagi tu. Kadang-kadang rasa macam budak-budak pulak asyik sakit perut dalam bulan puasa.

3290788ly75sjwwsuTapi ada satu benda yang saya tahu itu kesilapan saya. Saya tak pergi jumpa doktor kalau sakit perut. Kalau sakit lain okay je nak jumpa. Mungkin berpunca sebab hari tu jumpa doktor sebab sakit perut, lepas tu doktor tu cakap normal la tu. As if macam sengaja je datang jumpa dia cari alasan nak MC. Memang la pegi jumpa doktor tu hari kerja pun. Tapi kalau saya nak MC, saya takyah datang klinik kerajaan la. Klinik panel pun ada. Saya datang situ sebab itu paling dekat dengan tempat kerja. Lepas tu yang membuatkan saya paling sakit hati, doktor tu tak check pun saya. Tanya-tanya je. Apakah kau mempunyai ilmu mata cylops sampai boleh scan perut ku dari jauh saja?? Sakit sungguh hati time tu! Bukan sekali penah kena macam ni.

Kalau doc tu buat macam ni pun saya boleh terima lagi..

Kalau doc tu buat macam ni pun saya boleh terima lagi..

Dan lepas tu memang dah malas nak jumpa doktor. Tolong la macam mana nak ubah perception pasal doktor-doktor ni. Ni bukan kali pertama dah kena macam ni. Yelah, so far jumpa doktor kat tempat kerja tu semua okay je, masalahnya diorang tu bukan specialty General Med. Yang selalunya Paeds la, Ortho la, Onco la, Nuc Med la.. Tapi takkanlah sakit perut nak pergi jumpa doktor-doktor ni.

Apakah doktor-doktor di klinik ni telah membuat tanggapan kalau datang klinik sebab sakit perut je, diorang akan anggap orang tu sebenarnya tengah berpura-pura sakit dan nak MC. (T_T) Hiba betul rasa hati ni.. *okay, emosi pulak tiba-tiba*

ncBBk44cAAda satu lagi reason kenapa saya tak pergi jumpa doktor. Sebab saya takut endoscopy. HAHAHA. Tu memang kan dah pernah cerita. Tak payah elaborate lagi lah. Sampai sekarang kawan-kawan office saya tak paham, macam mana saya boleh berani pergi naik gunung segala, tapi takut nak buat endo. Huhuuu… tak boleh tak boleh.. This is something unthinkable. *sambil menggeleng-gelengkan kepala*

Okaylah. Demi menghormati nasihat orang tua dan rakan-rakan, kalau sakit lagi esok, saya pergilah jumpa doktor. Bukan sengaja nak tangguh-tangguh tapi saya kena pergi time sakit tu datang. Nanti kalau dah tak sakit, doktor tu ingat saya tipu lagi. Boring tau dituduh penipu.

Sampai sini dulu. Harap tiada yang serius dengan sakit ni. Semoga sakit ni menjadi kafarah penghapus dosa saya. Saya memang banyak dosa… (TT__TT)

Regards,

~Ha~