Salam kawan-kawan..

Kan dah cakap, kejiranan eh kerajinan tu datang secara berkala saja. Selepas 3 hari berturut-turut, penulis blog ini pun hilang entah ke mana. HEH! Maafkan saya, terimalah hakikat akan sifat saya ni.😛

Dalam masa seminggu ni, banyak juga benda dah berlaku. Bermula dengan saya kena outstation ke Temerloh, kemudian terpaksa pula berkerja sampai lewat malam *kejam sungguh company aku ni bulan puasa ade OT gak*, dan berakhir dengan berbuka secara potluck dengan kawan-kawan group TNR aka outdoor.

Outstation Temerloh

Oleh sebab mood nak update blog mendatang secara tiba-tiba *padahal sebenarnya baru lepas baca blog orang lalu ter-inspired*, maka mari update gambar ketika sedang bekerja.

Oh maaf gambar bekerja hari pertama takde.

Dan juga ada gambar berbuka. Masa ni boleh bergembira lagi..

Tapi ada gambar berbuka. Masa ni masih boleh bergembira lagi..

Hari kedua dah mula kurang gembira sebab kena pusing satu hospital check printer.

Hari kedua - Ini printer. Lab label printer.

Ini printer. Lab label printer.

Lepas tu saya semakin tak gembira sebab jumpa buku ni..

wow buku pendaftaran.. why u so big and a lot of patient name inside??

wow buku pendaftaran! why u so big and got so many patients’ names inside??

Baru dua hari je kot system down, tapi rekod pergerakkan patient kat hospital ni sangat dasyat. Kalau HKL atau bandar besar macam boleh faham, tapi Temerloh?? (T_T) Aktif sungguh. Pendaftaran masuk saja sudah 200 orang. Keluar lagi. (TT_TT)

Bekerja dengan gigih masing-masing.

Bekerja dengan gigih masing-masing.

Bos conteng-conteng. Saya tak amik port langsung..

Bos-bos conteng-conteng. Saya tak amik port langsung..

Dipaksa berbuka dengan nasi bungkus. Tiada lagi kegembiraan semalam..

Berkerja sampai waktu berbuka. Dipaksa berbuka dengan nasi bungkus dalam hospital. Tiada lagi kegembiraan semalam..

Berebut-rebut nampak makanan..

Berebut-rebut nampak makanan..

Pukul 8.30 malam, sambung balik kerja. Tiada terawikh di masjid. Buat je kat hotel!

Pukul 8.30 malam, sambung balik kerja. Tiada terawikh di masjid. Buat je kat hotel nanti!

Tapi akhirnya kitorang balik pukul 1 pagi. (-_-“)

Hari ketiga, diorang cakap banyak patient tak admit dalam sistem sebab kerani tak sempat nak buat semalam, despite kitorang dah tolong pre-admit kan. Dah tolong admit, petang suruh lagi double checking. Bleerrrgghh.. mula la nak bertukar menjadi naga je ni!!

check jangan tak check..

check jangan tak check. Sebenarnya time ni tengah marah ni. Nasib diorang amik time tengah tutup muka..

Kawan2ku yang sunguh etnik kreatif..

Kawan2ku yang sungguh etnik kreatif.. Ade dialog terus!

dan lagi..

dan lagi..

Hari ke-3, kitorang kembali berbuka macam manusia biasa. Maka merasalah patin tempoyak dan goreng dan segala macam ikan sungat lagi..

Hari ke-3, kitorang kembali berbuka macam manusia biasa. Maka merasalah patin tempoyak dan goreng dan segala macam ikan sungai lagi.. Tak Temerloh la kalau tak makan patin..😛

Walaupun hari ke 3 dah cukup bertuah sebab dapat berbuka kat luar, tapi tak cukup bertuah untuk tak bekerja di waktu malam..

Walaupun hari ke 3 dah cukup bertuah sebab dapat berbuka kat luar, tapi tak cukup bertuah untuk tidak bekerja di waktu malam..

Selamat bekerja..

Selamat bekerja.. *Apsal kusut sangat tuh!*

Dan pulang pada pukul 12 tengah malam..

Dan pulang pada pukul 12 tengah malam.. Nampak tak kitorang bertabah tu. Masih mampu tersenyum riang. *Padahal sebenarnya tengah mengatur konspirasi tu..*😛

Esoknya.. kitorang cabut KL awal. HAHAHA.😀 Bos-bos bengang tapi nasib lah. Time kitorang stay back adekah mereka stayback sekali? Tidak bukan? So belajarlah bertolak ansur..😉

Majlis Berbuka Puasa secara potluck

Saya dah against kepada perkara-perkara yang bersifat pembaziran, jadi kalau ada yang suggest nak berbuka secara buffet ni memang saya akan menarik diri. Nasib baik bila kawan-kawan outdoor ku ajak berbuka beramai-ramai, dan diorang juga ajak buat secara potluck. Eh. Kenapa ia dipanggil potluck?? Betulkah terms dia adalah potluck?? Adakah hanya orang yang betul-betul bertuah saja dapat makan dari bekas tersebut??

*Selepas googling.. terms potluck adalah betul. Tapi kenapa?? Kenapa nama dia sedemikian rupa?? Okay aku dah malas baca wikipedia tu sampai habis!*

baru sampai.. tak cukup korum lagi..

baru sampai.. tak cukup korum lagi..

the food.. yang macam ni pun berlebihan..

the food.. yang macam ni pun berlebihan..

Ramai rupanya orang berbulah ni eh (berbuka + berkelah)

Ramai rupanya orang berbulah (berbuka + berkelah) ni eh kat depan POJ ni..

Makan time..

Makan time..

depan POJ..

depan POJ.. Masa ni lepas solat maghrib dah.. (ke time orang tgh terawih.. HAHA kantoi berjimba time orang terawih)

Perbadanan Putrajaya

Perbadanan Putrajaya

Apsal tangan aku menggigil amik gambar ni..

Apsal tangan aku menggigil amik gambar ni..

Sebenarnya dah tak larat dah nak tulis. Ada satu lagi aktiviti tak sebut tapi lantak lah. Lain kali je. Atau tak payah terus. HAHA.😀 Alah.. bukan penting sangat pun.

Sekian cerita bergambar.. saje post. Sayang gambar-gambar tu terbengkalai begitu saja.

Regards,

~Ha~