Salam kawan-kawan,

Wah rajin sungguh daku meng-update blog. 3 hari berturut-turut. Takpe, layankan jelah tengah rajin tu. Kang dah datang sifat malas tu, berminggu-minggu blog ni sepi je.

Anyway, macam mana puasa pada hari pertama? Seriously saya tak larat. HAHAHA. Walaupun katanya dah berpuluh tahun pengalaman berpuasa selama sebulan atau kurang sikit, tapi hari pertama memang cabaran dia lain macam sikit. Belum apa-apa, tengah hari saya dah diserang gastrik. So dok tergolek-golek lah di atas katil menahan sakit. Buka? Oh memang tak lah. Itu cabaran sikit je. Kalau tak puasa pun, memang selalu jugak sakit perut.

Cabaran kedua, saya dah beberapa kali tersasul cakap lapar. HAHAHA. Maaflah. Habit suka mengeluh tu, kalau dibiarkan memang akan tercakap-cakap walaupun cuba menahan. In fact, masa tidur tengahari tadi pun saya siap mimpi nak makan. Dang! Apakah ko Ha? Dah macam budak-budak. Itulah.. sangat penting sebenarnya kita buat sedikit persediaan masa bulan Syaaban. Patutnya masa Syaaban hari tu, saya ada puasa sikit-sikit. Tapi oleh sebab sibuk penumpukan perhatian pada training gunung, semua puasa sunat saya tinggal dekat 3 bulan. Jadi walaupun dah balik dari Semeru, saya tak dapat nak puasa sunat jugak sebab saya ada baca kalau kita tak amalkan puasa sunat, selepas 15 Syaaban tak boleh puasa sunat dah kecuali puasa ganti. Okay.. yang ni sebenarnya takde lah dengar nas yang betul-betul, cuma disampaikan dari kawan-kawan. Jadi sure lah maksud tak boleh memang tak boleh, atau cuma tak digalakkan. Tapi memang kesimpulannya, saya memilih untuk tak puasa. Nanti saya cari-cari betul ke tak info tu.

So apa korang buat sepanjang hari Ahad ni?

Saya? Selain menidurkan diri, mengaji sikit-sikit dan baca buku-buku amalan *kantoi baru nak baca*, saya pergi update gambar kat IG. Seriously, walaupun suka ambil gambar dan gambar selalu penuhkan memory phone, tapi jarang sungguh update IG. Pemalas gila. Jadi gambar dalam IG tu pun tah berapa bulan lepas punya gambar. Okay tadi baru update 1. Baru satu je sebenarnya kecoh macam dah update 10. Ahaks. Yelah, nanti saya update lagi. In the process editing skit.

Okaylah, selain tu, saya sibuk baca blog. Try jugak usha-usha baju raya bawah seratus secara online tapi susah la nak jumpa. Ade la jumpa satu dua. Tapi out of stock la pulak. Takpun saya yang tak berkeyakinan nak beli. Saya bukanlah manusia yang suka shopping online. Saya suka nak rasa-rasa, pegang-pegang, ukur di badan sendiri dulu baru decide nak beli. Kadang-kadang dah elok kat badan pun, saya fikir dulu nak beli ke tak. Membazir ke tak? Keperluan ke kehendak? Tapi ntah kenapa tah, seminggu ni saya dirasuk membeli secara online. Gila sungguh minat yang baru ni.

Okaylah. Ada kerja tak siap lagi ni. Kalau saya tak hantar email hari ni, esok pasti diserang developer. Padahal due date dia Jumaat lepas. HAHAHAHA. Suka hati tak??😀

Regards,

~Ha~