Assalamualaikum..

Saya tukar themes. Sebenarnya pakai themse yang dah pernah pakai je. Tapi kali ni agak best sebab wordpress dah upgrade features, dah boleh tukar gambar background, font, palate warna dan sebagainya. So taraaa.. my new blog interface!

*Okay aku baru tau rupanya lepas aku setup-setup cantik-cantik bagai nak rak, aku kene beli dulu to make live. Hampeh! So takde lah background font palet warna dll (T_T)*

Anyway, esok kita dah nak berpuasa. Bersyukurlah kita diberi kesempatan bertemu dengan bulan yang mulia ni. Saya dah try ambil mood siap-siap, dah start baca Al-Quran. Yang sebenarnya, azam tahun ni nak try khatam Al-Quran. Tak pernah berjaya sebelum ni hokay.😦 Asyik tak lepas je. Jadi tahun ni ingat start awal skit. Maklumlah, masalah hal orang perempuan lagi dah kene tolak berape hari tak boleh mengaji. Tu belum lagi masalah diri sendiri yang susah nak istiqamah.

Bila nak dekat bulan Ramadhan ni, banyak la ceramah dan kuliah agama pasal persediaan nak menyambut Ramadhan. Well, tiap-tiap tahun pun dengar benda yang sama. Tapi saya rasa isu dia sekarang bukan lagi bagaimana nak sambut Ramadhan tu. Tapi macam mana nak maintain momentum tu. Kau tahulah kan, awal Ramadhan okay.. tengah Ramadhan so-so, akhir Ramadhan KO. Kadang-kadang, dah cuba ni nak maintain momentum.. alih-alih banyak pulak urusan duniawi yang tak berkesudahan. Jemputan berbuka puasa la *eh aku tak pernah dapat jemputan pun, bajet selebriti pulak.. HEH*, gathering buka puasa la, buat kuih la *bajet gadis-gadis sangat, padahal masak pun tak reti* balik kampung la, malas la.. okay malas bukan urusan duniawi, tu urusan hati!

Urusan tu tak salah sebenarnya, tapi biasalah, manusia ni, takde syaitan pun, kalah dengan nafsu jugak. Alasan je benda-benda tu, sebenarnya memang pun ade rasa malas nak buat ibadah. Itu belum lagi tabiat-tabiat buruk yang susah betul nak buang.

Jadi apa nak buat bila kita jadi hilang momentum?

Saya dah dengar beberapa ustaz cakap. Us. Zaharuddin cakap, IM Asyraf cakap, Us Harryanto cakap.. kita kena fokus. Fokus pada matlamat. Fokus apa yang kita cari dalam Ramadhan ni. Kalau sekadar kata.. Ramadhan datang maknanya kita kena puasa lah. Maka, lapar dan dahaga jelah yang kita dapat. Kalau matlamat kita nak complete solat terawih 30 hari, insya-Allah dapatlah kot puasa 30 hari, kalau Allah nak bagi. Kalau fokus nak baca Al-Quran, insya-Allah khatam la al-Quran tu. Ameen..!

Tapi sebaik-baik matlamat adalah memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan. Oh kene tambah lagi matlamat tu. Demi mendapat keredhaan Allah. Yang tu baru betul! Don’t limit yourselves with one ibadah. Kerja pun ibadah tau. Provided ko kerja betul-betul lah kan. And niat tu kene betul lah jugak.

tarikh-bulan-puasa-2014-3

Fokus tau fokus. Agak-agak dah macam culas tu.. rasa macam program tv tu macam best je.. cepat-cepat ingat, fokus matlamat saya dalam bulan Ramadhan ni adalah…

Cakap macam ustazah pilihan pulak. HAHAHA. Sebenarnya tengah nasihat diri sendiri ni. Banyak sungguh kelemahan saya nak kene saya perbaiki. Kalau yang belajar tu, mungkin okay juga sebab boleh dapat support system dari kawan-kawan, provided kawan-kawan tu okay la. Yang duduk dengan family pun okay jugak sebab ada family tolong tengok-tengok kan. Tapi dah duduk sorang-sorang kat KL ni, memang susah jugaklah. Takde sape nak tolong dan bantu. Kene ada power inner strength tuh.

Okaylah.. sampai sini dulu. Oh, jangan lupa pergi baca buku amalan-amalan di bulan Ramadhan. Walaupun dah pernah buat, mesti dah lupa tu. Setahun dah kot tinggal. Sampai sini dulu, daa..

Regards,

~Ha~