I’m back, save and sound, Alhamdulillah!

However, this time, the event bring a lot of emotion to me, more than expected. I had a mixture feeling, from happy to sad, to feel hopeless, then feel submit fully to Allah caused no one else I can turn to, to feel disappointed, then the need to be patient, to feel mesmerize and wonder with the mother nature, to feel angry and to feel grieving, then to feel guilty for making other sad, oh my.. that’s a lot to tell!

And for the first time, I didn’t reach summit. So no conquer for peak of Semeru. Now I know the feeling of being a loser. The loser that I choose. I just went there half way. No, the feeling is not fun at all, especially when people discussing the matter and you felt left behind.

It started with when I had an anxiety attack for not preparing well for this trip. Yes, lately I easily get heart palpitation, and it getting worst when I realize I’m not prepared…

*****

Okay.. yang atas tu ayat 2 minggu lepas, 2 hari selepas aku tiba di Malaysia, masa tu emosi berkecamuk lagi. HAHA. Tapi ayat tu terhenti kat situ sebab bersusah payah pikir ayat bombastic nak tulis, supaya semua boleh menyelami apa yang aku rasa. Tapi oleh sebab terlalu lama sangat berfikir, plus emosi pun dah tak berkecamuk mana, langsung dah tak tahu macam mana nak continue ayat tu. (T_T)

The truth is, aku tensen juga dengan diri ni sebab selalu je tak jumpa mood nak tulis blog. Dalam dada ni membuak-buak hokay nak cerita macam-macam. Kalau sambil drive or tengah temenung ke or makan ke dan sebagainya, wah bukan main dalam otak ni pikir nak karang macam-macam, nak cerita itu ini, padahal bila dah depan pc ni, hampeh, habuk pun takde!

Lepas tu pergi meroyan, sebab kononnya blog dah lama berhabuk dan ade sawang dah, sebab lama sangat tak update. Lalu terus menggunakan kata ganti ‘aku’ sebab kononnya tengah meroyan. *Macam-macam  hal la ko neh Ha!*

Anyway.. aku try sambung jugak entri ni sampai habis.. menggunakan sisa idea dan tenaga yang tinggal. Teeheehe..😀

*****

Sesungguhnya memang betul ini adalah perjalanan dan pengalaman yang sarat dengn emosi. *Dah aku rasa macam tulis novel la pulak. Skema sungguh* Tapi nak buat macam mana, ini adalah jalan saya pilih. Bak kata pepatah orang sekarang, bersedia atau tidak, kita tempuh sajalah dinding itu.

Di setiap trip, heart palpitation tu memang wajib. It’s always getting worst sampai mengigau tengah malam dan berdebar tak tentu pasal. Sambil duduk-duduk makan nasi pun tiba-tiba boleh mendapat palpitation. Sebab tu secara tak langsung saya juga mensusut secara tiba-tiba. Ehem.. boleh percaya ke? Percaya tak percaya, memang pun telah menimbulkan kesedaran orang lain juga lah.

Cuma, on this trip, kerisauan tu berlebihan, sebab banyak perkara yang tak jelas. Baiklah, saya memang seorang yang sangat sukar dipuaskan hati. Saya mahu itinerary yang lengkap dan gambaran yang sangat jelas. Sebab tu saya memang selalu ada banyak soalan. Saya suka trip Rinjani yang sangat lengkap itinerary-nya. Malah sampai ke tahap, trail yang dilalui dan jenis-jenis training yang perlu dilakukan.

Tapi dipendekkan cerita, no one can feed me the details. Usah diungkit perkara yang lepas, kalau ia bakal mengundang cerita yang tidak baik. Makanya, bila kemahuan saya tak dipenuhi, saya pun runsing seorang diri, sehingga sumpah saya dah pun menangis sebab risau! Saya memang suka menangis masa kecik-kecik dulu. *Tiba-tiba*

Apa lagi yang saya rasa. Oh sudah tentulah mesmerize dengan ciptaan Allah. Subhanallah, tersangat-sangat sangat sangat *berapa banyak sangat daa* lah cantiknya!! Segala perasaan tak okay sebelum tu memang terus lupa tengok keindahan alam. Muka buminya. Langitnya. Pokok-pokok dan bunganya. Gunung-ganang. No word can describe the bless I feel. Macam syurga dunia. Plus cuaca pun tak panas sangat.

Saya juga ada rasa kecewa dengan accommodation trip kali ni except apabila tidur dalam khemah. Dah la saya ni penggeli kan. HAHA. Tapi takpelah, nasib baik baru lepas dengar usrah. Terus insaf. Sedangkan para nabi dan perempuan-perempuan solehah diuji lebih dasyat dari ini, apa sangatlah ujian yang diberikan pada kami ni. Sunnah orang bermusafir, Allah akan menguji di jalanan. Sebab tu doa orang musafir mustajab.

Feel hopeless. Seperti biasa, saya kan mendaki seperti kura-kura. Nak-nak pulak di waktu pagi. Takde semput pun tetiba ada pulak.  Heh. Jadi berjalanlah saya perlahan-lahan mengikut keupayaan sendiri. Bila berjalan berseorangan ditengah-tengah pagi yang hening tu, saya pun asyik jelah menoleh ke belakang. Nasib baiklah ada kawan saya seorang lagi dan juga guide. Kepada mereka sajalah sandarkan harapan melihat-lihat saya dari jauh. Gayat-gayat pun, ku gigih juga sebab kononnya ada orang di belakang. Tapi bila saya mula mendaki track gunung berapi, tiba-tiba saya lihat dah tiada cahaya lampu di belakang. Ingatkan mata dah kelabu tak nampak cahaya. Rupanya, memang diorang berdua dah patah balik.

Masa tu memang dah cuak gila. Nak terus ke nak patah balik jugak? Awal lagi nak mengalah, tapi bolehkah saya mendaki sorang-sorang. Perlahan-lahan, saya cuba juga mendaki, berharap dapat mengejar orang depan yang memang jauh gila, yang sah-sah memang bukan kawan-kawan saya pulak tu. Masa tu hanya Allah saja yang tahu perasaan saya. Sungguh saya sangat takut. Rasa sangat berseorangan. Rasa kalau ada apa-apa jadi pada saya tiada siapa yang tahu sebab saya jauh dengan orang depan, dan tiada siapa di belakang saya. Maka, dalam titisan air mata terus saya berdoa “Ya Allah, tolong jaga aku ketika ini, sebab tiada siapa lagi yang boleh ku harapkan melainkan Engkau”. Ini bukan lagi masalah mendaki berseorangan diwaktu gelap saja, tapi juga masalah cuba mengatasi perasaan takut tinggi dan bahaya terjatuh dalam keadaan muka bumi 40 darjah. Memang waktu tu, saya menyerah diri secara total kepada Allah.

Saya mengalah juga akhirnya, yang kemudiannya membuatkan saya sedikit menyesal selepas tu. Tapi ntahlah, saya memang macam ada instinct yang pendakian tu walaupun tinggal separuh, bukanlah mudah sangat. Tapi rasa menyesal tu sebab tiba-tiba je gambar saya tiada. Ini pertama kali tak sampai summit jadi perasaan tu memang tak best langsung.

Bila dah penat, emosi pun tak stabil. Mulalah nak marah saja kerjanya. Lepas tu ada pulak yang tukang kasi panas hati ni. Dalam saya dok bersabar-sabar tu, terlepas juga. Lepas tu ada pulak yang simpan di dalam hati. Kan dah pesan jangan simpan jarum di dalam peti? HAHAH. Tapi itulah. Kadang-kadang, memanglah terlintas di fikiran, “Apsal aku je kena bersabar dan jaga hati semua orang. Orang lain buat darah aku meyirap aku bersabar je. Bila time aku, amboi bukan main nak sentap simpan dalam hati lama-lama pulak!”

Hokay kawan-kawan, itu nama dia bisikan syaitan ye kawan-kawan. Jangan terpedaya. Jangan buat macam tu. Orang terbuat kat kau, kau buat-buat lupa je. Maafkan jelah kesalahan orang. Tapi kalau kau buat salah kat orang wajiblah kau minta maaf. Bagi saya ada hikmah setiap yang berlaku. Seriously banyak hikmahnya. Tapi takdelah saya pun suka benda ni berlaku. Tak suka hokay. *Kau tau tak aku takleh tidur seminggu pikir pasal benda ni! Sambil drive sambil mandi pun aku pikir*

Baiklah. Banyak lagi emosi yang saya alami kat sana. Tapi saya dah malas, tak sabar nak post dah ni. Kalau semangat sangat nak tulis macam-macam, last-last masuk draft lagi entri ni. Cukup cukup sudah.. cukup sampai di sini saja.. Okay stop.

Ni mungkin pendedahan emosi paling daring pernah saya buat. *masalahnya daring ke??* Takpelah, sekali sekala bercerita. Tak. Yang sebenarnya saya dah terpengaruh dengan banyak blogger yang selamba. Gila selamba sampai ade sesetengah tu saya sampai ketawa berdekah-dekah baca entri diorang. *Tak sangka aku rupanya Fatin Liyana tu kelakar gila. Ingat kan girlish girlish sopan santun amalan mulia. Apsal la aku tak baca dari dulu* Then saya inspired juga dengan perempuan kental macam backpacker busuk. Okay.. banyak lagi contoh blogger tapi cukuplah dua tu.

*Nak link blog diorg? Pegi google sendiri..*

Regards,
~Ha~