Salam..

Rasanya, tak sempat nak habiskan cerita Trip Rinjani sebab next week dah nak off to Semeru. Tulah.. tangguh-tangguh lagi. Kalau bersungguh-sungguh, boleh je sebenarnya. Tapi takpelah. Lagi dua hari punya cerita tu, tidaklah se-thrill mane sebab saya tak buat apa-apa aktiviti pun. Orang lain panjat Gunung Batur pun saya duduk diam-diam dalam van sebab kaki dah sakit. Then di Bali pun memang takde aktiviti lasak melainkan aktiviti merayap saje. Insya Allah balik nanti saya sambung cerita.

Next week ni, Trip Semeru pulak. Hailaah.. nervous ni sebab tak training sangat.😦 Macamanalah keadaannya. Kalau dulu, dekat-dekat nak pergi lagi banyak training naik gunung, kali ni sebulan lebih kurang sekali je. Walaupun start dari awal tahun, tapi stamina tu tak consistent jadi susah nak dijangka keadaannya.

2009-07-11-Hiking...Kinda_

Jangan aku jadi macam kartun ni.. HAHAHA..😀

Dengan keadaan saya yang banyak habiskan masa di rumah makciknya, rumah sewa yang separa ready nak didudukinya (bilik saya je sebenarnya), dan barang-barang outdoor yang lintang-pukang kat mana-mana ntah laginya, weekend ni pasti saya ter-sangattt laa sibuknya. Mencari barang yang ‘hilang’ dalam simpanannya, membeli barang-barang barunya.. Hohooo.. bertabahlah!! Janganlah sampai ada tercicir barang dan terlupa bawak barang.. atau terbawa barang yang tak perlu. Huhuu..

3579: cat backpack

Itu belum lagi mendapat berita yang tak disangka-sangka. Nak tahu apa?

Ada pendaki baru hilang di Semeru 4hb lepas. Haaa.. bacalah ini. Maaf bacaan dalam bahasa Indonesia. Tak jumpa pulak news dalam bahasa Inggeris. Yang paling tragisnya, pihak perhutanan sana dah menutup laluan ke puncak dalam usaha mencari mangsa. Kuang kuang kuang..

Tapi dengarnya, dah jumpa jejak. Baca ini. Harap semuanya baik-baik sajalah. Semoga pendaki tersebut dijumpa dalam keadaan selamat. Insya Allah.. rasanya tak jatuh, cuma mungkin turun arah yang salah saja sebab dia turun sorang-sorang.

Doakan saya  semoga selamat pergi dah pulang!

Sampai sini dulu. Daaa..

Regards,

~Ha~