Saya memang macam ni. Kadang-kadang perasaan malas diletakkan lebih tinggi dari perasaan nak menulis. ~Kadang-kadang ke? macam selalu je.. (-_-“) Kadang-kadang tu kalau hormon rajin tu datang secara melampau, nak-nak macam sekarang, idea tengah berlumba-lumba datang, hadapkan lah tiap-tiap hari ada entri. Ppffttt…

Dulu, selalu je baca orang Malaysia paling malas baca buku. Walaupun saya macam takda boleh faham, sebab saya suka je baca buku, tapi bila dah melalui banyak fasa kehidupan dan jumpa dengan ramai manusia, rasanya mungkin lah kot. Memang pun pernah jumpa ramai manusia tak suka baca buku.

Anyway, tak apalah. Sekarang ni, knowledge and info bukannya boleh dapat thru buku je. Tv ade, internet ade, hp ade. Named it! Tapi for the look and feel, I still go for book. Dia punya feel memang lain macam. Wuhuuu.. ~Kenapa sound effect macam tu pulak??

By the way, walaupun purata orang Malaysia baca buku adalah sangat mensedihkan ~menurut sesetengah pihak~, tapi lately ni banyak sungguh event pesta buku kat sekitar Klang Valley ni. So mungkin statistik sebenarnya dah berubah. Sampai ke satu tahap, saya terpaksa buat-buat tak ingat event tu. Gila kau, asyik datang beli datang beli, habis lah bajet bulan-bulan. Bila nak menyimpan pegi travel pulak?

Big Bad Wolf 2013

Lepas google, turn out rupanya Big Bad Wolf ni banyak kali buat event. Yang saya pergi hujung tahun lepas. The longgest exihibition. Mungkin juga turns out to be The Successful Event, so diorang buat lagi bulan February. Lepas tu buat lagi dekat Penang pulak. Yang dua tu saya tak pergi.

big bad wolf 2013

Harga memang murah nak arwah. Memang boleh jadi gila. Kebanyakkannya buku bahasa luar (baca: bahasa Inggeris). Dan ada juga sedikit buku bahasa tempatan. Genre buku sangat pelbagai. Dari novels, travel, recipe, religion, hokay.. banyak sangat genre nak cakap. Boleh kata one stop centre. Insya-Allah, memang lengkap semua genre.

IMG_20131211_061428Oleh sebab yang kali ke sebelumnya (baca sini), saya telah terpedaya dengan hawa nafsu lalu membeli begitu banyak buku, habis sampai seratus lebih, maka cuba meneguhkan iman pada kali ini. Bukan berkira. Tapi cubalah bayangkan, buku yang dah reduce harga sampai RM8 ke RM10 tu pun, saya mampu belanjakan duit sampai begitu. Boleh bayang tak bagaimana hasil tangkapan? Haruslah sampai senget-sengat bahu bawa beg plastik yang berat.

Maka tahun ni cakap, iman kena teguh. Kau jangan nak beli buku cerita lagi dah. Novel hari tu pun kau tak habis baca. Begitulah monolog terhadap diri sendiri. Tapi janji tinggal janji. Buku tetap dibeli. Namun sekurang-kurangnya, dalam sedikit kuantiti. Bersyukurlah.

Ini saja tangkapan pada hari itu..

Ini saja tangkapan pada hari itu..

Putrajaya International Book Fair 2014

20140319_143736

Sebenarnya, ini kes terkejut-terkejut. Tak pernah sedar wujud event ni. Tapi oleh kawan-kawan sedar, maka saya pun tersedar. Eh.

20140319_134055

Anyway, ia dibuat di PICC, Putrajaya. Pergi dengan niat nak tolong bawak kawan-kawan ke sana. Pergi pun waktu lunch saja. Takda niat nak belanja duit. Konon sedang dalam keadaan miskin hina. Tapi terima kasih kepada kad kredit, saya lah yang paling banyak belanja. (T_T)  Itupun saya pegi section MPH saja.

20140319_13405820140319_134104

dan terjumpa artis..

dan terjumpa artis..

Cuma kali ni lebih ditumpukan ke buku agama.

Ekspo Buku Islam

Oleh sebab kerja kat Putrajaya, adalah nampak poster. Tapi, sayang duit satu hal. Ada aktiviti lain satu hal, maka event ni terbiar tak pergi.

?????

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

pbakl_web

Event ni promosi hebat. Pesta buku paling besar di Malaysia. Semuanya cukup menarik dan tertarik. Tapi mental pulak tak stabil waktu ni. HAHAHA. Macam ade masalah psychology je. Tak tak. Cuma tengah cukup sibuk waktu ni. Urusan perpindahan rumah. Dan menguruskan sedikit hal-hal peribadi. Yang telah mengambil ruang waktu yang cukup banyak. Jadi lupakanlah aktiviti bersuka ria dan menghabiskan duit ni. HAHAH.

*****

Lepas google, ade lagi event yang tak diketahui.

pesta

Jadi, belum setengah tahun begitu banyak pesta buku macam ni, macamana lah diorang boleh cakap orang Malaysia kurang membaca. Pppffftt. ~Ntah-ntah info aku yang dah ketinggalan zaman. Kah kah kah. Kau sendiri silap, pastu cuba nak menyalahkan manusia lain.

Regards,

~Ha~