Tags

, , , ,

Mari continue entri Rinjani..

9 May 2013 (Thursday)

Pukul 12 malam semua dah mula bangun untuk bersiap. Pukul 1 pagi kitorang pun bergerak mendaki puncak. Kalau kekuatan fizikal dan stamina tinggi, tak perlu mula mendaki seawal 1 pagi. Tapi dengan stamina yang tak menentu, ditambah pula kumpulan yang agak besar, bergerak awal adalah jalan terbaik, supaya semua dapat sampai puncak.

Bergerak di waktu malam, memang tak dapat bayangkan apa yang ada disekeliling. Cuma ikut saja pergerakkan orang di hadapan. Jadi kalau orang dihadapan kita tu tangkas, agak mengah jugaklah nak ikut. Pengalaman ni sama saja macam naik Kinabalu. Cuma, bentuk muka bumi saja berbeza. Kalau kinabalu banyak batu-batu, di sini banyak pasir dan batu-batu kecil, jadi memang kalau salah pijak boleh mengelongsor dan jatuh.

Bila semakin lama saya semakin kebelakang, guide suruh saya pegang tangan dia dan dia akan tarik saya berjalan. Saya tak gemar idea ni, tapi bila fikir saya lambat, dan saya pun pakai sarung tangan, kira okaylah. Lagipun, memang saya dah mula ketinggalan.

Lebih kurang pukul 5 pagi, saya dah mula rasa mengantuk. Saya banyak kali saja tertidur sewaktu berehat ditengah-tengah jalan. Akhirnya guide mintak saya duduk di sebalik batu. Mula-mula saya rasa okay. Tapi bila keadaan dah menjadi tak okay, because of something happened, saya terus nak mulakan balik perjalanan. The thing is, guide tu cuba nak panaskan badan saya, if you know what I mean. Eventhough it’s not in a dirty way (I hope so..), but oh my, I’m not too ‘open’ for that too. And I’m not in that critical condition either.

Bila hati dah mula tak tenang, barulah saya mula ingat Allah. Macam-macam perasan ada. So after that saya mintak berhenti untuk solat Subuh. Semoga Allah ampunkan dosa saya dan segala yang terjadi menjadi kafarah penebus dosa saya.

Anyhow, of course saya tak sampai dipuncak sewaktu matahari terbit. HAHA. Itu standard. Saya bukan orang hebat. Waktu sunrise tu, saya betul-betul berada di laluan paling mencabar. Laluan yang mencanak, berpasir dan di kiri dan kanan gaung. Sumpah saya letak satu langkah ke depan, pasir-pasir tu akan menggelongsor bawa saya 2 langkah kebelakang. Betul-betul menguji kesabaran. Sudahlah badan penat sebab dah 4 jam mendaki. Tapi oleh sebab terharu tengok kawan-kawan terjerit-jerit dari atas bagi sokongan, sampaikan Abang Bard pun turun ajar teknik nak naik. Saya tabahkan hati. Saya dah tak fikir puncak. Saya cuma fikir gerak 10 langkah, dan rehat. Sampai pukul berapa pun lantak lah. HAHA.

sun rise

sunrise

the world around me..

the world around me..

2013-05-09 07.35.572013-05-09 07.35.49

and people around me.. some Indo uni student..

and people around me.. some Indo uni student..

Dan akhirnya saya sampai. Kawan-kawan sepanjang perjalanan tiada dari group sendiri. Akhirnya saya berkawan dengan student-student Indonesia. Siap ambil gambar diorang lagi. HAHAHA. Sampai di atas, cuaca dah terik. Padahal baru pukul 7.30 pagi. Cuaca dingin tapi terik, cemane tuh. HEHE.

kan saya dah cakap.. penuh student indonesia je tuh.. mane tah kawan-kawanku??

kan saya dah cakap.. penuh student indonesia je tuh.. mane tah kawan-kawanku??

Tak sampai 20 minit kat atas, saya dah turun. HAHAHA. Dah la paling lambat sampai. Tak sempat dah nak menghayati sangat pemandangan. Tengok dalam gambar jelah. Bila dah turun, barulah tahu betapa bahayanya masa naik tadi. Tah kat mana lah saya tertidur tadi, kalau lasak skit, maunya jatuh dalam gaung. Huhu.. Kalau naik tu susah, turun 10 kali lagi susah. Kalau gaiter tu tak cukup kemas, pasir berlumba-lumba masuk dalam kasut. Tu tak campur tergelongsor dan jatuh. Berkali-kali hokay. Sampai ke tahap 2 bulan selepas tu pun masih sakit kaki dan jalan terhencot-hencot pergi kerja.

2013-05-09 07.42.192013-05-09 07.43.23-12013-05-09 07.43.44

tengok pasir dia.. kena hati-hati so that tak menggelongsor terus ke gaung..

tengok pasir dia.. kena hati-hati so that tak menggelongsor terus ke gaung.. Gaaa..

ceria..

ceria..

2013-05-09 08.49.00 2013-05-09 08.49.12 2013-05-09 08.49.18 2013-05-09 08.49.21

sedikit penambahan filtration..

sedikit penambahan filtration..

Bila dah banyak kali sangat jatuh, mula lah menimbulkan radang di hati. HAHAHA. Dasar manusia tak reti bersyukur. Tuhan bagi kau jatuh sikit je kot. Kalau jatuh gunung?😛 Tapi niat nak turun awal dan nak bersaing dengan kawan-kawan yang lain menyebabkan saya laju je turun. Taknak dah duduk paling akhir.

Sampai di kawasan perkhemahan, rehat, lunch lepas tu mula bergerak Danau Segara Anak, kawasan tasik yang dikelilingi gunung. In fact, kedudukan tasik ni pun sangat tinggi dari aras laut. Pergerakkan adalah kurang penat sebab track menurun, tapi akan menyebabkan sakit kaki sebab terpaksa tahan tekanan pada kaki sewaktu menuruni gunung. Tracknya pun sangat bahaya, jadi guide memang sangat risau dengan kitorang. Bila bersembang dengan guide, rupanya, ini adalah kawasan yang selalu berlaku kematian. Ada sekali tu sebab cuaca hujan dan sejuk, a group of people mati kesejukan kat kawasan tu. Ada tu, turun terlampau laju, langsung terbabas jatuh gaung. Boleh?? Oh my.. saya yang suka lari turun gunung, terus insaf dan turun berhati-hati. Huhu. Tapi memang tak boleh nak berlari sangat pun, kawasannya berbatu-batu. Sudahlah macam tu, pokok pun tak banyak. Jadi memang logik saja kalau turun gunung boleh terbabas sampai jatuh gaung. Nauzubillah.

malangnya.. ni je satu gambar turun gunung yang saya ada.. itulah, sibuk sangat nak turun cepat..

malangnya.. ni je satu gambar turun gunung yang saya ada.. itulah, sibuk sangat nak turun cepat.. tak dapat nak tunjuk kecuraman gunung..

dan sekeping gambar porter.. cenggitu je dia bawak barang..

dan sekeping gambar porter.. cenggitu je dia bawak barang..

Kata guide tu, kadang-kadang banyak saja kejadian orang mati atau jatuh gaung tapi tak disedari dan takde siapa pun yang cari. Until the family or friends report the missing people. Terutamanya pendaki yang tak menggunakan khidmat guide. Mungkin peraturan tak ketat jugak menyebabkan susah nak keep track siapa yang keluar masuh dari kawasan Taman Negara ni. In fact, if you confident enough to hike alone, without helping from a guide, you are welcome to do so. Tak macam di Gunung Kinabalu, ambil guide is a must! Tapi apa-apa berlaku, risiko di tanggung sendiri.

Walaupun berhati-hati, tapi masih boleh tahan speednya. Last-last saya minta kebenaran guide nak ikut saja porter-porter yang ada untuk turun lebih awal. Kesian kawan saya yang injured, ditinggalkan. Takpe, dia lelaki. Guide pun lelaki. Itu lebih sesuai.😉

Akhirnya berkawan-kawanlah saya dengan porter pula. Tapi takdelah ‘mesra’ sangat. Berhati-hati pun ia. Masalah komunikasi pun ia. Like I said before, just play safe.

Ni masa porter berenti rehat.. oh diorang ni pun tahu berehat.. tengok macam kuat semacam je.. HAHA..

Ni masa porter berenti rehat.. oh diorang ni pun tahu berehat.. tengok macam kuat semacam je.. HAHA..

Sampai di bawah, porter dan guide sedang sibuk mencari kawasan untuk didirikan khemah. Satu perkara yang saya kurang gemar adalah bab kebersihan. Tisu basah bersepah di merata-rata. Memang takde kesedaran sivik.

Petang adalah acara bebas. Ada kawasan air panas di sini. Jadi kebanyakkan dari kami pergi mandi. Ada yang pergi ‘memerut’. Ada yang santai tak tahu nak buat apa. HAHAHA. Lepas mandi dan makan, semua dah terbawa-bawa dengan jadual 2-3 hari yang lepas, mula nak masuk khemah dan tarik selimut. Padahal sepatutnya, kami masih ada minum petang, dan acara bersantai bersama guide dan porter. Tapi ahh.. mata sudah mengantuk. Seawal 6 ptg kitorang dah masuk khemah dan ready nak tidur. Melampau tak?? HAHAHA.

I can’t remember much, since no picture evident. But if I’m not mistaken, we wait until maghrib to pray, then we just went to sleep. Dari dalam khemah, ada jugak dengar diorang buat bising main poco-poco, dan ajak kitorang makan pisang goreng ke ape tah. Malangnya tak mendapat sambutan. Katanyalah.. but I wouldn’t know, sebab saya tak keluar pun.😉

No more picture untuk hari ini. Nanti saya cari gambar kawan-kawan kalau ada. Sekarang ni gambar orang lain semua dah hilang sebab hard disk rosak. Kena mintak balik kat diorang.

To be continue..

Regards,

~Ha~