Setelah hampir sebulan lebih bergumbira makan sesuka hati diet sesuka hati dan belanja sesuka hati, minggu ni nak start balik diet yang seimbang. Belum secara drastik pun. Sekadar mengawal pemakanan je. Tapi haih.. memulakan diet yang seimbang adalah sangat susah! (TT_TT)

Dan paling amazing, badan dan otak saya memang genius craving benda-benda yang bukan saja tak susuai dengan diet, malah teramatlah mahal. Ppfffttt. Lain kali, kau layankan lagi keinginan yang bukan-bukan. Sekarang ni hambik nak kena tren balik badan terima dan makan seadanya.

Dan saya pun ada masalah dengan everyday meals sebab currently I’m staying with my Maklang in Kajang. No specific reason. Saje nak duduk Kajang sebab pening tengok rumah yang bersepah tu. HAHA. Boleh??๐Ÿ˜€ Maafkanlah manusia pemalas dan terlalu bercita-cita tinggi ni. Nak duduk rumah yang lepas kemas bersih cantik-cantik segala. So, nak tunggu semua siap, memang lamalah saya duduk Kajang ni.๐Ÿ˜‰

Anyway, nak cakap, bila duduk Kajang, lagi susah lah nak diet. My cousin cooks everyday for one thing. Jadi balik kerja dah ade dinner dah ready. Satu lagi, saya berselera makan kalau ada orang. Kalau kat rumah sendiri, saya boleh je skip dinner sebab takde orang, so takde mood nak makan. Kalau dah lapar sangat pun, I settle myself dengan 2 keping roti bakar je. Or ramen. Tee Hee..๐Ÿ˜€

kenangan suatu ketika dulu.. slurrpp..

kenangan suatu ketika dulu.. slurrpp..

Memang takde cara lain, saya kena kurangkan potion makan sajalah. Nak tolak dinner lagi mencabar. Kita buat yang senang-senang dulu.๐Ÿ˜›

Sekarang ni pulak, tekak ni suka meminta yang bukan-bukan. Ais krim milk shake lah, ice latte lah, macam-macam lah. Last ari tu, tiba-tiba je teringin nak makan boost juice. Mengada sungguh. So far, tak layan kan sangat lagi tekak ni. Sebab dah start diet kot. Dah tu, ais lah pulak tu. Iskh iskh iskh.. Nasib baik dia takde buat teringin nak makan fast food.

brmilkshake IMG_20140422_010421 IMG_20131020_221723Boost-Juice-Bars-2-Low-Fat-Smoothies-OR-Crushes-for-RM11-instead-of-RM22-deals-navigator-malaysia-deal-bulk-purchase-like-groupon-malaysia

Melampau tak keinginan..

Melampau tak keinginan??

Regards,

~Ha~