Kadang-kadang sangat sedih bila tengok blog ni. Dah tak ketahuan hala. Mendapat tuan punya seperti aku.. memang mensedihkan! Menjaga ikut hati. Kalau emosi baik, maka baiklah ia. Tapi kalau emosi tak stabil, maka beginilah jadinya..

Banyak yang berlaku kebelakangan ini. Terlalu banyak, sampai sepatutnya dah boleh dapat 10-20 entries. Dari hal-hal bersifat peribadi, sehinggalah cerita-cerita outing dan outdoor. Belum lagi cerita tentang trip-trip tahun lepas. Haih..

Selalu juga aku terfikir, apa yang membuatkan kita driven menempuh hari esok? Kawan-kawan? Keluarga? Teman istimewa? Impian dan cita-cita? Perancangan? Agama? Dunia? Akhirat?

Baiklah.. sampai di sini dulu. Pendek? Sekurang-kurangnya ada juga entri. HAHA. Kedengaran tak ikhlas. Tak tak. Ikhlas. Ikhlas tapi jauh.. HAHA.

Maaf lah kalau kata ganti diri kurang sopan, tapi sejak merasa diri tidak sopan lagi kerana membiarkan blog ini terkontang-kanting sendiri, maka kata ganti aku adalah sesuai..

jangan terpedaya.. waktu ni aku berabaya sopan sebab hati tu hari jumaat..

jangan terpedaya.. waktu ni aku berabaya sopan sebab hari tu hari jumaat..

Regards,

~Ha~